Bab 51
Adam mundar mandir di hadapan biliknya. Sedang menunggu doktor yang memeriksa Damia di dalam. Hati Adam tidak tenteram jadinya kini. Betul lah tadi hatinya kuat mengatakan yang Damia dalam bahaya. Tak dapat bayangkan sekiranya dia terlambat tadi. Masa sampai kat kolam tadi pun , Adam dah nampak yang Damia terapung - apung di dalam kolam. Adam memang tak fikir apa dah. Dia terus terjun ke dalam kolam untuk selamatkan Damia. Majlis juga sudah ditamatkan. Kini hanya tinggal ahli keluarga kerabat yang rapat sahaja masih menunggu keadaan Damia.
" Hmmm macam mana Damia boleh terjatuh dalam kolam ? " desis hati Adam.
" Lydia ! " teriak bonda Hazwani tiba - tiba.
Adam menoleh ke arah bonda mentuanya itu.
" Ni semua mesti kerja kau kan ! Kenapa ? Kenapa kau nak bunuh sangat anak aku hah ?! " kata Hazwani marah.
Adam sedikit terkejut. Apa ? Kenapa bonda mentuanya tiba - tiba menuduh kemalangan yang terjadi ke atas Damia ini kepada bonda Lydia ?
" Apa yang kau merepek ni Hazwani ? Aku nak bunuh Damia ? Heyyyy...kau yang buat semua ni kan ? Dari dulu lagi kau memang nak bunuh Damia ! Sebab tu kau hantar dia dari kecil dekat orang upahan tu...Sebab apa ? Sebab kau takut kalau kau tak boleh nak control rasa ingin bunuh anak sendiri kan ? " balas Lydia tidak mahu mengalah.
Adam lagi tersentak ! Apa ? Bonda nak bunuh anak sendiri ?
" Cukup ! Lydia ! Hazwani ! " teriak Tengku Aiman Namzin menghentikan pergaduhan yang terjadi di antara Lydia dan Hazwani.
Ya Lydia dan Hazwani memang tak pernah sehaluan sejak dari dulu lagi. Berlaku bermacam - macam konflik di antara mereka berdua ini.
" Kamu berdua ni tak habis - habis nak tuduh antara satu sama lain ! Sepatutnya kita berdoa agar Damia baik - baik sahaja ! " kata Tengku Aiman Namzin.
Terdiam jadinya bonda Lydia dan bonda Hazwani. Adam pula hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu menahu apa yang terjadi sekarang. Yalah dia kan orang baru dalam keluarga ni..Hmm rupa - rupanya keluarga ni tak seharmoni yang Adam sangka. Tiba - tiba bahu Adam di tepuk - tepuk oleh Damian.
" Kau jangan layan sangat drama yang tengah berlaku ni...Semua ni memang selalu berlaku sejak dulu lagi...Aku dah lali lah dengan semua ni...Satu aje aku nak pesan...jangan pernah percayakan sesiapa pun dalam keluarga ni.." kata Damian serious.
Adam merasa berdebar - debar jadinya. Mendalam betul kata - kata abang Damian. Tak pernah dia dengar kata - kata yang seserious tu dari mulut abang iparnya itu.
Seketika doktor peribadi keluarga Tengku Aiman Namzin pun keluar.
" Doktor ? Macam mana dengan keadaan Mia ? " tanya Tengku Aiman.
" Alhamdulillah..dia okay...tak ada kecederaan yang teruk pun...nasib baik Tengku Adam cepat - cepat selamatkan dia...kalau tak paru - paru dia boleh masuk air dengan banyak sekali dan dia akan menanggung risiko yang amat besar...." jelas doktor..
Adam meraup wajahnya lega mendengarkan kata - kata doktor. Alhamdulillah Damia selamat.
" Doktor boleh saya berjumpa dengan anak saya ? " tanya Hazwani.
" Boleh tu boleh tapi...tadi sebelum saya keluar , Damia ada berpesan...yang dia tak nak jumpa sesiapa dulu dan dia hanya minta bonda Lydia yang temankan dia..." kata doktor menyampai pesan Damia.
Hazwani tersentak ! Begitu juga Adam. Seketika Lydia berselisih dengan Hazwani untuk masuk ke dalam bilik Damia dan dia sempat berbisik di telinga Hazwani.
" See ? Anak kau sendiri lebih memilih aku dari bonda kandung dia sendiri..." kata Lydia.
Hazwani tersentak ! Selepas sahaja Lydia masuk ke dalam. Hazwani terus beredar dari situ.
Adam masih sahaja memerhati.
" Siapa sebenarnya dalang dalam semua ni ? " desis hati Adam.
*************
Pagi menjelang tiba. Adam terjaga dari tidurnya. Mengantuk gila ! Tadi lepas subuh boleh tertidur semula. Buka - buka sahaja mata dilihat Damia tidak ada di sebelahnya. Adam terus bangun dari posisi baring tadi. Diperhati sekelilingnya.
" Mana Damia ? " desis hati Adam. Dia risau sebab Damia kan baru aje kemalangan kecil semalam.
Seketika Adam dapat menangkap figura Damia yang sedang berdiri tegak di balkoni bilik mereka di rumah Tengku Aiman Namzin itu. Adam bangun lalu bergerak mendekati permaisurinya itu. Dia merangkul pinggang Damia dari belakang.
" Arghhh " Damia terjerit kecil kerana terkejut. Damia masih fobia pasal semalam. Dia takut kalau ada yang menolaknya lagi untuk jatuh dari balkoni ini pula.
" Heyy..shhhh...Ni Adam lah..." kata Adam menghentikan teriakkan Damia.
Damia menoleh lalu terus memeluk Adam kuat. Dia takut. Sangat takut.
" Adam..." panggil Damia dalam pelukan...
" Ya sayang...Adam ada ni..." balas Adam.
" Mia takut..." ngomel Damia perlahan.
" Takut ? Takut apa ? "
" Ermm tak ada apa - apa lah..." nafi Damia.
" Yeke ni ? Jangan tipu Adam ya.."
" Erm...Mia takut...kalau ada orang tolak Mia lagi.."
Adam sedikit terkejut. Hah ? Tolak Damia ?
" Maksud Mia apa ni ? " tanya Adam lalu mengemaskan pelukan.
" Hmm pasal semalam tu lah..Mesti Adam ingat Damia tak sengajakan terjatuh dalam kolam tu ? "
" Ya habis tu ? "
" Hmmm ada orang tolak Mia dari belakang..." jelas Damia takut. Ada getaran di setiap percakapan Damia.
Adam tersentak ! Apa ? Ni bukan kemalangan biasa tapi memang dirancangkan.
" Dan..Mia rasa..Mia tahu siapa yang tolak Mia.."
" Siapa..."
" Orang yang paling bencikan Mia...Even Mia ni anak kandung dia sendiri..." luah Damia seraya air matanya mengalir.
Adam bertambah tersentak dibuatnya ! Apa ? Bonda Hazwani ?
" Kenapa Mia boleh kata yang tolak tu bonda ? Mia nampak ke orang yang tolak Mia tu siapa ? " tanya Adam masih tidak berpuas hati.
" Hmmm tak Mia tak nampak sangat tapi...bila Mia fikir - fikir balik...Hmmm sebelum Mia ke kolam, Mia pening kepala. Mia pening sangat kepala lepas minum air yang bonda kasi...masa tu Mia tak nak minum...tapi bonda tetap nak Mia minum...Mia tak nak malukan bonda dekat majlis semalam sebab tu Mia minum...dan lepas beberapa minit macam tu..kepala Mia sakit...pening - pening...sebab tu Mia ke kolam untuk cari ruang sebab Mia fikir kat dalam panas ramai orang..." jelas Damia panjang lebar.
Kalau betul lah semua ni kerja bonda mentuanya. Adam memang betul - betul tak sangka. Jadi betullah apa yang bonda Lydia cakapkan ? Bonda mentuanya memang seorang yang tak boleh control perasaan nak bunuh anak sendiri tu..
" Shhhh....baik - baik...Mia tenang ea...Lepas ni kalau nak pergi mana - mana , jangan sorang - sorang. Kalau ada apa - apa cari Adam.." pesan Adam sambil mengusap lembut belakang Damia.
************
Damia sedang berehat di dalam bilik mereka. Esok dah nak balik ke hostel. Lusa dah boleh pindah barang ke rumah baru yang telah ayahnda sediakan dan dekat jugaklah dengan UITM.
Seketika Adam berjalan - jalan disekitar kawasan rumah besar Tengku Aiman Namzin. Hmmm Adam masih tak habis fikir. Betul ke semua ni kerja bonda Hazwani ? Kenapa bonda terlalu kejam dengan anak sendiri ? Ke bonda memang ada sesuatu penyakit tu ?
Sedang Adam berjalan, dia tidak sedar yang kakinya sudah melangkah ke kolam renang tempat kejadian kemalangan Damia itu. Di situ Adam dapat melihat bonda Hazwani sedang duduk seorang diri.
" Bonda ? Hmmm aku masih tak boleh percaya tu semua kerja bonda..." desis hati Adam.
Seketika Adam ingin berlalu pergi dari situ. Tidak mahu dia bersua muka dengan bonda mentuanya. Tak ready dhoo..lepas apa yang berlaku ni.
" Adam ! " panggil Hazwani menghentikan langkah Adam.
Adam menoleh semula. Alahaii bonda nampak aku pulak...Hazwani menggamit - gamit tangan memanggil Adam untuk mendekatinya. Adam melangkah ke arah bonda Hazwani dalam keadaan terpaksa.
" Ada apa bonda ? " tanya Adam.
" Ada benda yang bonda nak cakap dengan Adam...penting...Adam..kena tahu.."
Adam mengangguk kecil.
#Hahaha confius ennn ? Keep vote and comment 😊❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro