Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 50


Cukup 1 semester Adam dan Damia belajar di UITM. Kini mereka telah masuk ke semester 2. Yess ! Boleh lah Adam dan Damia tinggal bersama. Heee Adam nak cuba tanya ayahnda lah boleh tak kalau dia nak tinggal di luar dengan Damia. Habistu Ikhwan macam mana ? Takkan nak dibiarkan tinggal seorang diri di hostel ? Hmm nampaknya macam tu lah kot tak pun mungkin Ikhwan akan mencari rumah sewa yang terdekat. Cuma Humaiera la yang akan ikut tinggal bersama mereka.

Hujung minggu ni, bonda dan ayahnda mentuanya menyuruh mereka balik ke rumah. Katanya ada majlis kecil yang dibuat. Dengar kata majlis pertunangan Abang Damian. Hahahah akhirnya bertunang juga abang ipar aku tu. Tak sabar nak tengok calon dia siapa….

“ Mia…jangan lupa ea hujung minggu ni kita kena balik rumah bonda ngan ayahnda…” kata Adam mengingatkan Damia.

“ Cherating ke ? “

“ Apa pulak Cherating ? KL lah….abang awak kan nak bertunang…alahai lupa ke ? “ kata Adam.

Damia mengangguk kecil…Selepas itu dia mengeluh kecil.

“ Kenapa ni sayang ? “ tanya Adam setelah melihatkan riaksi Damia seperti itu.

“ Balik KL ea ? “ ulang Damia.

Adam mengangguk kecil. Oh okay Adam dah faham sekarang…Patut lah, Damia memang tak berapa suka balik ke rumah bonda mentuanya. Hmm Adam masih tak habis fikir, kenapa Damia terlalu tak sukakan bondanya sendiri. Hmm Adam sendiri pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni.

" Mia...jangan mengelak dari bonda lagi boleh tak ? " pinta Adam.

" Hmmm..."

" Dia bonda kandung Mia tahu ? Okay lah Adam tak tahu apa yang terjadi di antara Mia dengan bonda tapi benda yang lepas tu lepas lah..Jangan Mia berdendam dengan bonda Mia sendiri..."  nasihat Adam.

" Hmm tengok lah macam mana nanti.." kata Damia.

Adam hanya menggeleng kecil. Hailahh Damia...

Tibanya hujung minggu, Adam dan Damia balik ke rumah besar Tengku Aiman Namzin. Rumah bonda dan ayahda mentua Adam nampaknya sudah dibuat persiapan. Ya lah kan esok dah nak start majlis pertunangan tu. Majlis akan di adakan pada waktu malam.

" Yooo..bro...apa khabar ? Sihat ? How relay dengan adik aku okay ? " sapa Damian lalu memaut bahu Adam.

" Err hah ? Hah ya khabar baik...okay aje..." kata Adam.

" Hah bgus - bagus.."

" Abang Damian...pulak apa cer ? Tiba - tiba aje bertunang ni ? " kata Adam.

" Hmmm semua ni atas permintaan ayahnda dengan bonda mentua kau tu lah...Tak pasal - pasal aku dijodohkan dengan anak kawan ayahnda..tapi kebetulan nasib baik sangat lah.." bebel Damian.

" Kebetulan nasib baik sangatlah apa ? " tanya Adam.

" Anak kawan ayahnda tu...first love aku masa kecik - kecik dulu....hahaha nice kan ? " bisik Damian.

Adam tersenyum senget. Hahahaha untung lah abang Damian ni dapat kahwin dengan first love dia masa kecik. Hahahaha patut lah tak banyak membantah kali ni.

" By the way...semalam kau tengok bola tak ? " tanya abang Damian mengubah topik tiba - tiba.

" Tak...tak keluar lepak mamak pun semalam hahah..." balas Adam. Well hostel mana ada tv pun.

" Nasib kau tak tengok..abang menyesal dho tengok..."

" Kenapa ? Kalah ke ? Siapa ? Malaysia ? " kata Adam. Ya dia tahu semalam adalah perlawanan bola di antara Malaysia dengan Vietnam.

Damian tersenyum sinis.

" Yalah...Malaysia kalah...Vietnam menang..." kata Damian.

Adam tergelak kecil jadinya.

" Asal kau gelak ? " tanya Damian pelik dengan reaksi Adam..

" Hahaha tak ada lah...tapi kan satu aje yang Adam boleh cakap dekat abang Damian.." kata Adam.

" Apa ? "

Adam menepuk - nepuk bahu Damian.

" Malaysia...kalah...tak selamanya...Diaorang dah buat yang terbaik so...itu bukan rezeki Malaysia nak menang kali ni..." kata Adam begitu banyak makna dan nasihat.

Damian terdiam jadinya. Pehhhh deep bhaiii adik ipar aku punya ayat ! 😅

**********
Majlis pertunangan Damian berjalan dengan lancar sekali. Ramai ahli kerabat yang datang. Penuh satu rumah. Majlis ini dibuat secara tertutup sedikit. Hanya ahli - ahli kerabat diraja sahaja yang hadir. Tampak bahagia di wajah abang Damian dan tunangnya yang sah iaitu Ratu Adelia Safa. Bakal kakak ipar Adam jugak tu.

" Nampak sesuai kan abang Damian dengan kak Adel ? " kata Damia di sisi Adam.

Adam mengenggam erat tangan Damia.

" Haah nampak sesuai sangat....Macam kita lah kan ? " kata Adam.

Damia menoleh ke arah Adam. Heeee Adam nampak handsome sangat malam ni. Dengan berpakaian lengkap sut hitam. Pastu dikenakan dengan tie berbentuk reben di leher pulak. Heee handsome. Cair ayeee..

" Kenapa pandang saya macam tu ? " tanya Adam lalu menoleh juga ke arah Damia.

" Ermm nope.." kata Damia lalu memandang ke hadapan semula melihat abang Damian dan Kak Adelia yang sibuk mengambil gambar bersama ahli keluarga kerabat diraja yang lain.

Adam masih memandang Damia di sisi. Cantik Damia malam ni. Dengan gaun kembang berwarna putih ala ala princess gitu.

" Mia..you look so cute and gorgeous tonight..." kata Adam.

Damia tertoleh ke arah Adam semula jadinya selepas mendengar kata - kata Adam seperti itu. Pipinya mula blushing gitu.

" Hahaha pipi tu kenapa ? " tanya Adam apabila pipi Damia bertukar kemerah - merahan. Ya lah Damia memiliki warna kulit yang putih dan mudah nampak kemerah - merahan bila marah atau malu.

" Apa ? Mana ada lah.." kata Damia lalu menutup - nutup pipinya dengan tangan sebelah sahaja. Ya lah lagi sebelah kan masih di dalam genggaman Adam.

Tiba - tiba Adam melepaskan tangan Damia lalu menarik pinggang Damia supaya lebih dekat dengan dirinya. Selepas itu tiba - tiba sahaja Adam terus mencium pipi kiri Damia yang merah dan tidak ditutup dengan tangannya itu.

Chupp !

Damia terkesima. Jantungnya berdegup laju. What ? Adam kiss pipinya tengah dalam majlis ni ?!

" Hahahaha lagi merah lahh pulak..Ingatkan lagi kurang..." ngomel Adam perlahan.

Damia terus memandang tajam ke arah Adam.

" Awak buat apa ni Adam ? Eeee malunyaa...Orang tengah ramaikan sekarang ? " kata Damia perlahan lalu melihat sekeliling.

" Hahaha mana ada orang perasan pun lah...Orang tengah sibuk makan pun...Tak ada nya nak pandang - pandang kita..." balas Adam selamba.

" Ish awak ni ..." geram Damia.

" Ehem - ehem..."

Datang seseorang tiba - tiba berdehem.

" Amboi - amboi...pengantin baru dua ni....main kiss - kiss pipi ya dekat sini...Hahahaha jelous abang Damian kamu tu nanti kang...Dia baru aje bertunang...tak boleh lagi main kiss - kiss macam kamu berdua..." kata Bonda Lydia.

Ya orang yang menyapa mereka itu adalah bonda Lydia.

" Hahaha tak ada lah bonda Lydia..Adam ni hah saja nak mengusik Damia..mengada lebih..." kata Damia menutup malu. Haish Adam ni memang nak kena lah dengan aku..

" Hahahaha tak apa ...bonda faham...suami isteri memang suka usik mengusik...itu kan dapat kekalkan rumah tangga..." kata Lydia lagi.

Adam hanya tersenyum kecil. Entah lah Adam lebih memilih mendiamkan diri daripada berborak dengan bonda Lydia ini. Memang Damia rapat dengan bonda Lydianya ini tapi Adam mula rasa yang dirinya lebih rapat dengan bonda mentuanya iaitu Hazwani.

************
Leka berborak dengan abang Damian sehingga membuatkan Adam terlupa akan keberadaan Damia. Adam memerhati sekeliling cuba mencari kelibat Damia. Hmmm namun hampa tak ada.

" Asal kau ni ? Cari apa ? " tanya Damian setelah menyedari akan tingkah laku Adam yang berubah.

" Adam cari Mia...abang ada nampak dia tak tadi ? " tanya Adam.

" Damia ? Oh rasanya macam abang Damian nampak dia keluar tadi...Mungkin ambik angin dekat kolam bahagian sana kot.." kata Damian.

Adam mengangguk kecil.

" Ohh macam tu...ermm..Adam pergi cari Mia dulu ea..nanti kita borak lain.."

Damian mengangguk. Alahaii diaorang ni tak boleh berpisah sekejap...Asyik nak mencari aje....

Part of Damia.

Damia melangkah dengan pandangan yang agak kabur. Hmmm kepalanya juga terasa berat dan berpusing - pusing. Asal dengan aku ni hah ? Tadi okay aje, tapi kenapa rasa pening semacam.

Damia berjalan terhuyung hayang seorang diri di tepi kolam. Damia ingin mencari udara segar di luar ini agar boleh mengurangkan rasa peningnya. Mungkin sebab dalam ramai sangat kot tu yang rasa panas dan pening semacam.

Damia berhenti melangkah seketika lalu menoleh ke arah kolam. Sekarang Damia betul - betul berhadapan dengan kolam. Pandangan Damia kian kabur. Kolam di hadapannya juga kelihatan seperti ada dua. Damia menggeleng kecil kepalanya. Aduhh pening gila ! Kenapa dengan aku ni ?

Tiba - tiba tidak semena - mena. Damia terasa tubuhnya ditolak kuat dari belakang. Damia tersentak ! Lalu tubuhnya terus terjatuh ke dalam kolam.

Blushhhh !

Damia terkapai - kapai jadinya di dalam air. Ya lah dia memang tahu berenang tapi dia tak ready lagi tika ini nak berenang. Dengan keadaannya yang tengah pening kepala lagi. Memang susah untuk dirinyaa. Damia cuba melihat figura orang itu namun hanya samar - samar. Siapa orang tu ? Kenapa dia tolak aku ? Dia nak bunuh aku ke ? Akhirnya Damia tidak dapat lagi bertahan lalu pandangannya kian kelam.

#Guys ! Ada orang jahat dalam family Damia ke ? Siapa ? Ke memang orang jahat dari luar ? Adakah Damia dapat diselamatkan ? Wahh makin menarik or tak cerita SAP ni ea ? Keep vote and comment ya 😊💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro