Bab 49
Damia kejap pusing sana kejap pusing sini. Hmmmm tak boleh nak tidur. Alahaii tu lah bila ada class yang terlalu padat penat pulak. Bila semua class cancle hari ni , Damia jadi bosan pulak.
Humaiera mana ? Kan dia sama class dengan Damia. Kalau Damia class cancle mesti class Humaiera pun cancle kan ? Hmmm Humaiera dia keluar pergi date berdua dengan Ikhwan. Untung lah orang yang bercinta dan tak kahwin lagi boleh date tapi aku ni ? Dah kahwin pun macam tak kahwin. Gaduh la apa lah....
Seketika Damia bangun dari posisi baringnya. Dia mencapai Iphonenya. Apabila di tekan punat tengah. Terpapar gambarnya bersama Adam yang tersenyum dan buat peace sebagai wallpaper lockscreen.
" Adam...." panggil Damia.
Diusap wajah Adam di dalam Iphonenya itu.
" Mia rindu....Mia rindu Adam...Bila kita nak macam dulu balik..." luah Damia sambil matanya berkaca...
Tanpa diminta air mata Damia jatuh satu persatu. Selepas itu Damia terus memeluk Iphonenya. Dia rindu nak peluk Adam. Tapi sekarang dia hanya mampu peluk Iphone yang wallpapernya bergambarkan Adam sahaja.
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Damia akhirnya bosan duduk seorang diri di dalam biliknya. Hmmm Humaiera pun tak balik - balik lagi..Haish sakan pergi date dengan Ikhwan nampaknya..
Akhirnya Damia keluar untuk mencari angin di luar. Namun dalam hati dia berharap sangat yang dia bertembung dengan Adam. Dia nak tatap wajah Adam dan kalau diberi peluang dia nak peluk Adam. Dia tak kesah kalau dia masih bergaduh dengan Adam sekali pun tapi dia dah tak dapat nak tahan perasaan rindunya yang semakin menggunung ini.
" Hmmm Adam mana ea ? Ke dia dalam bilik dia ? " desis hati Damia sambil matanya memerhati sekeliling.
Hmmm sunyi aje kawasan yang dia lalu sekarang. Ada sesetengah budak yang masih ada class waktu - waktu macam ni.
Seketika Damia berhenti duduk di sebuah kerusi yang ada. Damia bersandar lalu mengeluh seketika.
" Mia...kalau kau rendahkan ego kau mesti kau takkan susah payah nak cari Adam macam ni..." kata Damia seorang diri.
Seketika Damia mengeluarkan Iphonenya dari poket seluar. Dia memandang screen Iphonenya.
" Ke aku call aje terus tanya dia ada dekat mana ? " soal Damia sendiri.
Tanpa membuang masa , tangan Damia terus mencari nombor telefon Adam. Apabila sudah jumpa, Damia terus menekan nombor tersebut.
Tut...tut..tut...
" Dia nak angkat ke ? " desis hati Damia. Telefon bimbitnya masih ditekup di telinga. Menanti Adam untuk mengangkat panggilan tersebut.
Beberapa saat kemudian panggilan Damia diangkat Adam. Damia terdiam.
" Hello...Hmmm kenapa call ? " tanya Adam dingin di hujung talian.
Damia diam. Dia terkelu. Tak tahu nak cakap apa..Namun hati Damia sedikit tersentuh..Akhirnya dapat juga dia dengar suara Adam. Ya Allah rindunya aku dengan suara dia ni.
" Kalau tak ada apa - apa nak cakap..tak payah lah call..." kata Adam lagi.
Tersentak hati Damia dibuatnya. Hmm Adam betul - betul marahkan dirinya tika ini. Tu lah Damia...kau asyik nak marah Adam aje..Kau tak fikir niat baik dia pulak.
" Hanafie ! "
Damia menoleh ke arah suara orang yang memanggil nama Hanafie itu. Dia tersentak lagi.
Damia dapat melihat yang Adam hanya berada berdekatan dengan dirinya. Kenapa dia tak perasan Adam ada dekat sini jugak ? Telefon masih ditekup di telinga. Mata tidak lepas memandang Adam begitu juga Adam. Adam pun membuat hal yang sama. Dia juga memandang Damia dari jauh. Namun tiba - tiba kehadiran Sofee memberikan tanda tanya kepada Damia.
" Okay lah....saya busy ni...bye..." putus Adam akhirnya.
Tut....
Damia tergamam. Adam tutup panggilannya setelah kehadiran budak perempuan yang sama sekali Damia tak kenal tu. Mata Damia mula berkaca. Dari jauh dengan jelas sekali Damia dapat lihat dengan matanya yang Adam berlalu pergi berjalan beriringan bersama perempuan itu. Sakit hati Damia tika ini melihat itu semua. Mungkin ni lah rasa sakit hati Adam bila tengok aku berdua dengan Firdaus.
********
Semakin melangkah , Adam semakin gelisah. Hmmm Ya Allah apa yang aku dah buat ni ? Kenapa aku nak kena balas dendam macam ni dengan Damia ? Aku sengaja ajak Sofee berjalan sama - sama semata - mata nak buat Damia cemburu. Nak buat dia rasa apa yang aku rasa bila tengok dia berdua dengan Firdaus tempoh hari ?
Langkah Adam terhenti tiba - tiba. Tak ! Ni semua tak betul ! Apa yang aku buat ni tak betul !
" Hanafie ? Kenapa ni ? " tanya Sofee pelik dengan tingkah laku Adam.
Seketika Adam memandang tepat ke wajah Sofee.
" I'm sorry Sofee. I got to go...see you soon.." kata Adam lalu lari patah balik ke arah yang mereka lalu tadi.
Adam kena cari Damia. Masalah ni takkan selesai selagi ada perasaan balas dendam macam ni antara satu sama lain. No !
Damia berjalan bagaikan tiada hala tuju. Air mata yang asyik turun sejak tadi disekanya. Haish kenapa kau ni lemah sangat Damia ? Sikit - sikit nangis. Kau kena terima ! Kau yang mulakan dulu sakitkan hati Adam ! So sekarang kau rasa lah apa yang Adam pernah rasa.
Entah ke mana Damia jalan sehingga sampai ke fakulti seni dan kebudayaan. Namun malang sekali apabila di situ ada 3 senior lelaki yang agak nakal melepak.
" Haii cik adik...sorang aje ke ? " kata seorang senior lelaki memakai cermin mata hitam mula menghalang jalan Damia.
Damia terdiam. Fikirannya dah lah bercelaru pastu entah datang mana mamat - mamat ni kacau pulak. Aku tak dak mood ni !
" Amboii bisu ke cik adik..." kata lagi seorang senior lalu tiba - tiba berani mencuit dagu Damia.
Damia terkejut ! Hish berani betul sentuh aku !
" Apa ni ?! Jangan kacau boleh tak ? " teriak Damia. Dia mula geram jadinya.
" Amboii garangnya ! Tak yah ahh garang ...jom teman abang - abang nak ? " kata senior yang ketiga lalu ditarik - tarik tangan Damia.
Damia bertambah terkejut... Mereka ni memang tak makan dek saman. Tiba - tiba Damia mula rasa takut..dah lah jalan masa tu memang sunyi ! Ya Allah apa aku nak buat ni ? 😭😭😭
" Jom lah..." kata senior yang pertama tadi lalu merentap tangan Damia kuat.
" Aduhhh.." Damia mengaduh.
" Hahahhahaa " mereka bertiga ketawa serentak.
" Lepas lah ! " teriak Damia lalu cuba meleraikan pegangan senior tersebut.
Apabila Damia meronta - ronta tanganya untuk dilepaskan tiba - tiba senior tersebut melepaskan tangan Damia. Itu menyebabkan Damia jatuh terduduk.
" Aduhhh..."
" Hahahahaha ehhh tadi kata nak lepaskan ? So abang lepas lah...ehh jatuh pulak ? Alololo siann...dia ehh hahahhaha "
Damia memandang mereka bertiga silih berganti...Damia mula ketakutan. Yaa Allah apa ni ? Tiada sesiapa ke yang nak tolong ?
" Dah lain kali jangan jual mahal sangat yaa..." kata senior berkaca mata hitam tadi lalu ingin menyentuh wajah Damia.
Damia tersentak !
Bukkkkk ! Tapak kasut mula mendarat di belakang senior yang ingin menyentuh wajah Damia itu. Tersembam terus senior itu mencium lantai jalan.
" Jangan kau berani nak sentuh dia ! " teriak Adam.
" Adam..." panggil Damia sambil air matanya menitis. Tak sangka yang Adam akan datang. Dia ingat Adam takkan datang selamatkan dia lagi.
Adam memandang Damia sepintas lalu. Selepas itu dia terus berlawan dengan senior - senior tersebut. Dalam beberapa minit , senior - senior tersebut terus kalah di tangan Adam. Adam memberi amaran sebelum beredar. Adam memberi amaran kepada senior - senior tersebut agar tidak menganggu mana - mana pelajar lain lebih - lebih lagi Damia. Kalau Adam dapat tahu aje awas ! Adam akan laporkan dekat pihak Universiti.
Seketika Adam membawa Damia ke bilik kesihatan.
***********
Luka di pergelangan tangan Damia akibat ditarik senior tadi telah diubatkan oleh doktor yang bertugas. Setelah siap dibalut pergelangan tangan Damia itu ,doktor meninggalkan Adam dan Damia di situ berdua.
Beberapa minit juga suasana menjadi sepi , masing - masing mendiamkan diri. Tak tahu nak mula bercakap macam mana...
" Ermm kalau dah okay ... dah jom balik bilik..." kata Adam akhirnya.Tidak tahan dia berada dalam situasi akward seperti itu.
Adam bangun dari kerusi dan mula untuk melangkah...Namun tiba - tiba tangan Adam ditarik kuat sehingga dia tertoleh semula. Dan dalam sekelip mata Damia memeluknya.
Adam sedikit terkesima.
" Adam..." panggil Damia akhirnya. Dia memeluk erat tubuh Adam. Seakan tidak mahu lepas lagaknya.
Adam terdiam. Dia hanya kaku. Dia juga tidak membalas pelukan Damia itu.
" Mia...minta maaf....Mia minta maaf sebab abaikan Adam untuk beberapa hari ni...Mia rindu Adam...Terlalu rindu....Please maafkan Mia Adam..." rayu Damia sambil menangis teresak - esak...
Lambat - lambat tangan Adam untuk membalas pelukan Damia. Namun akhirnya dia membalas pelukan hangat itu jugak.
" Hmmm miss you too my princess " kata Adam perlahan...
Damia menangis teresak - esak jadinya. Alahamdulillah Adam masih rindukan dirinya. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.
" Mia...tolong...jangan menghukum Adam lagi lepas ni...Adam pun tak kuat bila kena tanggung rindu yang menggunung ni...." luah Adam akhirnya. Adam mencium kepala Damia yang bertudungkan shawl itu.
Rindu benar dia pada isterinya ini. Alhamdulillah keputusan dia untuk patah balik tadi tidaklah sia - sia.
#Heeee okay jangan marah - marah or benci kan watak Damia yaa...Dia bkn lah jahat tapi terlalu naif nak menilai yg mna stu baik dan jahat...well manusiakan selalu buat kesilapan. So u guys tunggu apa lagi comment and vote ya 😍💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro