Bab 47
Damia dan Humaiera bergerak bersama – sama menuju ke dewan kuliah. Kejap aje dah sebulan mereka study dekat UITM ni. Damia dan Humaiera masing – masing suka dengan course yang diorang ambik ni. Hee macam-macam jenis pastri yang dapat diorang belajar.
Setibanya di pintu dewan kuliah, tak disangka – sangka Damia bertembung dengan seseorang.
" Damia ?"
Damia sedikit terkejut. Hah ? Dia study sini juga ? Tak pernah pulak nampak masa first day study sini.
" Firdaus ? Awak study sini jugak ? "
Firdaus mengangguk laju.
" Haah. Saya second intake dekat UITM....course seni pastri..." jelas Firdaus.
" Eh sama dengan kitaorang la kalau macam tu..First day ke ni ? " mencelah Humaiera.
" Wahhh sekelas lagi lah kita ya Damia ? Haah first day. " kata Firdaus teruja.
Damia hanya mengangguk kecil. Seketika Damia berasa sedikit terkedu. Hmm apa reaksi Adam ea kalau dia tahu Firdaus study sini jugak ? Satu course dengan aku pulak tu ?
" Ehh Mia jom masuk..kita tercegat dekat sini kenapa hahah " kata Humaiera lalu menarik tangan Damia.
Seketika Firdaus hanya membuntuti langkah dua gadis itu.
Mereka mencari tempat di bahagian tengah sedikit. Kelas hari ni adalah subjek Bahasa Inggeris. Tak ramai sangat budak pastri ambik subjek ni. Damia sedikit kekok jadinya apabila dia duduk bersebelahan dengan Firdaus dan di antara Humaiera. Hmmm memang lah Firdaus ni kawan dia tapi dah berapa bulan mereka tidak bertemu dan bersua muka. So jadi akward lah alahaii.
" Damia.." panggil Firdaus perlahan menyentakkan lamunan Damia seketika.
" Err hah ? " berpaling seketika Damia kea rah Firdaus.
" Nanti boleh la awak bawa saya melawat tempat-tempat kat sekitar U ni ea ? " kata Firdaus.
" Err ya..boleh.." jawab Damia acuh tak acuh.
Haish kau ni Damia. Tak baik lah layan Firdaus acuh tak acuh. Dia kawan kau kan ? Yang paling penting dia adik arwah Fir...Mesti Fir pun tak suka kau layan adik dia macam tu. Seketika Damia menghapus segala fikiran buruk dan cuba selesakan diri semula dengan Firdaus.
***********
Tengah – tengah Adam dan Ikhwan melepak dekat cafe tiba – tiba mereka berdua disergah oleh Humaiera.
" Bahhh ! "
" Oh mak aku nak kahwin empat ! " melatah Ikhwan.
Adam hanya beriak biasa. Humaiera sudah bercekak pinggang dan memandang tajam ke arah Ikhwan.
" Hah ? Apa ? Nak kahwin empat ?! " teriak Humaiera.
" Eh tak lah mana ada...siapa tu yang cakap nak kahwin empat ? Kau ke Adam ? " nafi Ikhwan seraya melemparkan tuduhan kepada Adam pulak.
" Please ea jangan nak libatkan aku pulak...." Balas Adam. Seketika matanya memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. Hmm mana pujaan hatinya ? Kenapa Humaiera seorang diri sahaja ?
Seketika Humaiera menarik kerusi kosong di situ.
" Berani lah nak kahwin empat...Maiera suruh ayahnda pancung kepala Ikhwan kang ! " ugut Humaiera.
Glurpp ! Ikhwan tertelan air liur sendiri. Perit dho !
" Hahahaha taka da lah angel....Ikhwan takkan mendua , mentiga dan menempatkan angel Ikhwan ni..." kata manis Ikhwan.
Humaiera mencebik ! Lelaki ! Memang pandai berkata – kata kan ? Bukan boleh percayakan sangat !
" Maiera....Mia mana ? " tanya Adam akhirnya. Tidak senang duduk dibuatnya jika dia masih tidak nampak kelibat Damia.
" Jadi pemandu pelancong...." Jawab Humaiera selamba.
Adam sedikit tercengang ! Hah ? Pemandu pelancong ? Dah kenapa ?
" Apa maksud Maiera ni ? Abang tak faham lah..."
" Tak macam ni...Maiera jadi pemandu pelancong untuk kawan abang lah...si Firdaus tu...Dia first day hari ni kat UITM....dia satu course dengan kitaorang abang tahu tak...Heee tak sangka jumpa kawan sekolah satu U jugak.." cerita Humaiera.
Adam tersentak manakala Ikhwan sudah tersembur air minuman dari mulutnya.
" Apa awak ni Ikhwan ?! Tak senonoh betul lah ! Haish habis basah meja ni...macam mana lah saya boleh jatuh cinta dengan orang yang macam ni ea ? Pelik ! " bebel Humaiera melihatkan reaksi Ikhwan.
Apa ?! Firdaus study sini jugak ?! Satu course dengan Damia pulak tu ! Akhirnya Firdaus dah kembali ! Ketenangan Adam sudah terhenti nampaknya ! Adam terus bangun meninggalkan Humaiera dan Ikhwan tanpa bersuara. Tercengang di buatnya Humaiera.
" Abang Adam ! " panggil Humaiera. Namun sikit pun tidak dipedulikan Adam.
Seketika Humaiera berpaling kepada Ikhwan.
" Abang Adam nak pergi mana tu ? " tanya Humaiera.
" Err dia..dia nak pergi toilet la tu...Nak buang air kecil kot...." bohong Ikhwan. Sebenarnya dia tahu ke mana arah tujunya Adam. Mesti Adam nak pergi cari Damia dengan Firdaus lah tu. Alahai moga tak ada apa – apa peperangan yang berlaku lah.
********
Akhirnya taman rekreasi utama UITM menjadi tempat pilihan Damia dan Firdaus untuk berehat setelah penat bersiar-siar di sekitar UITM ini. Pelbagai – bagai tempatnya Damia tunjuk dekat Firdaus. Sebulan berada di UITM membuatkan Damia lebih arif dengan selok belok UITM ini.
" So kenapa awak macam mendiamkan diri aje lepas SPM hari tu ? Masa last day pun awak balik macam tu aje ? Tak jumpa dulu pun dengan saya and kawan-kawan yang lain ? Pastu masa ambik result SPM kami tak jumpa awak langsung...."bertubi – tubi soalan yang ditanya oleh Damia.
Firdaus tergelak kecil jadinya.
" Hahaha kenapa ? Awak rindu saya ke ? " teka Firdaus.
" Err.."
" Hahah saya gurau..okay lah macam ni...masa last day exam SPM dulu tu...saya baru teringat yang ibu saya tengah tunggu saya dekat rumah sebab tu lah saya cepat – cepat balik..tak sempat nak cakap apa – apa dekat awak dengan kawan-kawan yang lain..Masa ambik result pulak saya datang lambat...sebab hari tu saya ada kerja part time....Saya pun terkilan juga tak jumpa kawan-kawan saya waktu ambil result tu tambah- tambah awak...haha dah la rindu awak kan ? " jelas Firdaus.
" Err hahaha yelah tu....rindu saya...."kata Damia seakan – akan menganggap itu satu gurauan.
" Betul la Mia.. I really miss you a lot...." Kata Firdaus bernada tulus di pendengaran Damia.
Damia sedikit tersentak !
" Aduhhh..." tiba – tiba Damia mengaduh. Kenapa ? Entah lah tetiba mata kanan Damia masuk habuk ! Pedih ya amat...
" Mia are you okay ? " kata Firdaus terkejut.
" Awww ....mata saya Daus..pedih..masuk habuk agaknya.." kata Damia sambil mata kanannya terkedip – kedip.
" Err mehh sini saya tengok..." kata Firdaus lalu wajahnya mendekati wajah Damia.
Damia hanya membiarkan hal itu. Dia menganggap Firdaus hanya sekadar ingin membantu dirinya.
Seketika Firdaus menyuruh Damia membuka mata kanannya itu sedikit selepas itu Firdaus meniup perlahan – lahan mata Damia. Serious kalau dilihatkan kedekatan Firdaus dari sisi belakangnya memang nampak macam Firdaus sedang cuba mencium Damia lagaknya. Kalau Adam nampak macam mana ? Tak ke salah faham ?
Bukkkkkk !
Pipi Firdaus ditumbuk seseorang secara tiba – tiba. Tersentak Damia dibuatnya ! Semuanya berlaku secara sepintas lalu.
" Tak guna kau Firdaus ! " teriak Adam.
Firdaus memegang pipinya yang terasa berpinar. Pehhhh first day aku dah dapat rasa penumbuk orang ni ! Ape hal ?!
" Adam ! Apa awak buat ni ?! Kenapa tumbuk Firdaus ? " marah Damia. Damia tak sangka yang Adam akan bertindak seperti ini.
Firdaus niat baik kot nak tolong dirinya tetiba aje Adam datang terus tumbuk Firdaus. Ya memang Damia tahu Adam memang tak pernah sehaluan dengan Firdaus tapi tak boleh la tumbuk anak orang suka – suka hati macam ni...
" Tak ! Saya tahu Firdaus ni ada niat jahat dekat awak..please Mia jangan back up dia sangat...."kata Adam sambil memandang tajam ke arah Firdaus.
Firdaus hanya menggeleng kecil.
" Ishh kau ni kan ! Tak payah ahh nak tunjuk baik ! " kata Adam seraya nak menumbuk wajah Firdaus lagi sekali.
" Tengku Adam Hanafie ! Stop it ! " teriak Damia lalu menolak tubuh Adam sedikit kuat.
Adam terundur ke belakang jadinya. Dia sedikit terkejut ! Damia masih back up Firdaus?
" Awak jangan buat hal dekat sini boleh ? Ni Universiti...jangan jadi samseng boleh ? Dah lah awak tu anak raja..so behave ! "marah Damia.
Seketika Damia berpaling kepada Firdaus. Kesian Damia jadinya melihat pipi Firdaus yang kian lebam.
" Awak okay Daus ? Jom kita pergi bilik kesihatan U...." kata Damia seraya membantu Firdaus bangun dan berlalu untuk ke bilik kesihatan.
Damia berlalu pergi bersama Firdaus meninggalkan Adam sendirian di situ. Adam seakan – akan tidak mengerti. Ya Allah aku cuba untuk selamatkan Damia tapi kenapa ? Kenapa aku selalu dan tetap nampak salah dimatanya ?
#Late update sorry guys ! Heeee hmmm ni nak kesiankan siapa ni ? Adam ke Firdaus ? Alahaiii Firdaus tak ada pun tanda2 nak buat jahat dekat Damia setakat ni ? Adam terlalu tuduh melulu ke ? Keep vote and comment ya 😍💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro