Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 45

Pejam celik pejam celik kejap aje dah nak SPM sebenar. Baru sebulan lepas diaorang trial SPM dan result mereka agak memuaskan hati juga. Harap SPM sebenar ni result memang akan gempak lah kan ? Semua pelajar tingkatan 5 Smk Tunku Abdul Putra mula sibuk menyediakan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba hanya lagi 4 hari.

Macam mana dengan hal Firdaus ? Hmmm dia tak ada buat apa - apa setakat ini cuma beberapa bulan yang lalu sudah timbul isu tentang kematian abangnya adalah berpunca dari Damia. Satu sekolah telah berkatakan itu semula.

Akhirnya seperti terbongkar lah tentang diri Damia yang ada bersama Firdaus Hakim waktu kejadian. Damia telah mengaku akhirnya kepada Firdaus. Namun Firdaus hanya menunjukkan riak biasa. Dia tidak marah , malah dia hanya memaafkan Damia dan tidak menyalahkan Damia. Pelik ? Kenapa dia bersikap sebegitu ? Memang nampak apa semua yang dilakukan Firdaus itu baik tapi tidak pada Adam. Hati Adam masih kuat merasakan yang Firdaus masih saja berlakon menunjukkan dia baik di hadapan Damia.Hmmmm tak guna betul Firdaus ni.

Firdaus depan Damia memang kau boleh tunjuk baik. Memang kau boleh tunjuk yang kau tak.ada apa - apa sikit perasaan balas dendam tu. Namun bagi aku , aku tetap yakin bila - bila sahaja kau masih boleh balas dendam dekat Damia.

Aku janji aku akan jaga Damia. Aku takkan biarkan kau sakitkan Damia lagi. Even diri aku sendiri yang aku terpaksa korbankan.

" Adam ? " panggil Damia.

" Hah ? "

" Termenung jauh nampak ? Kenapa ni ? " tanya Damia.

" Hah ? Err tak ada apa - apa lah...Dah jom kita buat latihan math..." kata Adam.

Damia hanya mengangguk lalu menggeluarkan beberapa buku latihan Math. Pada petang itu di rumah mewah Tengku Ilham Huzairie. mereka belajar bersama - sama di halaman belakang bonda Aliya. Haish sweetkan suami isteri belajar sama - sama ? 🙈💕

Peperiksaan SPM telah tiba. Semua pelajar islam  dikumpulkan untuk membaca doa terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan peperiksaa. Selepas selesai membaca doa mereka terus bergerak ke dewan peperiksaan.

Pelajar tingkatan 5 berjumlah hampir 200 orang pelajar. Dewan juga telah dipenuhi oleh 200 orang tersebut. Semua pelajar kelihatannya bersungguh - sungguh memerah otak untuk menjawab semua soalan dan mengeluarkan semua apa yang dipelajari oleh mereka selama ini.

Adam juga menjawab dengan tenangnya. Dia tidak boleh tergopoh gapah kalau tak nanti tersilap jawapan. Kekadang tu Adam sempat juga mengerling Damia di meja hadapan sebelah kanannya. Ya kedudukan Damia dalam dewan tidak lah terlalu jauh dengannya.

" Buat yang terbaik ya princess..nanti kita boleh masuk U sama - sama..." desis hati Adam sambil matanya melihat figura Damia dan dia tersenyum kecil.

Seketika dia dia memandang kertas soalannya semula..
*******
Alhamdulillah dah hampir semua subjek mereka menjawab. Hanya tinggal lagi satu paper aje esok. Heee harap dipermudahkan lah.

" Ermm Mia.." panggil Adam.

Damia mendongak memandang Adam yang duduk berhadapan dengannya.

" Ya kenapa ? "

" Adam nak tanya sikit boleh ? " tanya Adam.

" Ya tanya apa ? "

" Ermmm kalau Mia dapat result bagus nanti...Mia nak  mohon U mana ? " tanya Adam ingin tahu.

Damia terdiam seketika sambil berfikir.

" Hah Mia...teringin nak mohon UITM atau USM..." luah Damia.

Adam mengangguk kecil.

" Kenapa Adam tanya ? Adam pulak nak mohon U apa ? " tanya Damia pelik.

" Adam ? Ermm satu aje U yang Adam teringin sangat nak masuk..." kata Adam serious.

" U apa ? "

" Adam teringin nak masuk U ......yang ada my princess dekat U tu...Adam akan masuk di mana pun U yang my princess Adam ni masuk...." kata Adam sambil merenung mata Damia.

Damia terpaku. Dia juga menatap mata Adam. Seketika Damia tersenyum kecil.

" Habis kalau kita tak dapat satu U macam mana ? Adam nak buat apa ? " kata Damia.

Adam berfikir seketika.

" Adam akan tetap usahakan supaya kita satu U jugak ! Tak kira ! " kata Adam bersemangat.

Damia ketawa kecil jadinya. Seketika Damia menggengam tangan Adam yang terletak elok di atas meja.

" Adam...Terima kasih untuk segalanya...Terima kasih sebab hadir dalam hidup Mia...Terima kasih sebab buat Damia tersenyum lagi...Mia bahagia sangat dengan Adam...Mia sayangkan Adam..." kata Damia.

Adam membalas genggaman tangan Damia lalu mengangguk kecil.

" Sama - sama Mia...dah tu memang tanggungjawab Adam..." kata Adam.

Selepas itu mereka menyambung semula pembelajaran mereka.

***********
Tamatlah sudah peperiksaan SPM  untuk tahun ini. Semua pelajar SPM untuk tahun ini telah bebas seketika daripada belajar. Semua pelajar mula mengambil gambar bersama - sama kawan - kawan. Alahhh sebagai gambar kenang - kenangan lah katakan.

" Eh korang jom selfie jom..." kata Adwa.

Seketika Damia , Adam , Humaiera , Adwa dan Ikhwan selfie bersama - sama. Sehinggalah tiba - tiba muncul Firdaus.

" Ermm nak join sekali boleh ? " kata Firdaus mencelah. Hmmm sakit hatinya melihat mereka berseronok - seronok selfie tanpa dirinya. Tambah - tambah Adam yang selfie dekat - dekat dengan Damia pulak kan ?

" Oh mehh lah selfie sekali Daus..." ajak Damia.

Ikhwan mencebik ! Sibuk aje budak baru ni ! Firdaus tersenyum lebar kepada Damia. Adam pula hanya tersenyum hambar dengan kedatangan Firdaus. Takkan dia nak tumbuk pulak budak ni kan dekat last day sekolah hari ni.

Seketika mereka pun berselfie lagi dengan Firdaus pulak. Hahahaha semua orang muka okay aje dalam gambar tu tapi hanya Ikhwan aje yang duk buat muka buruk hahahaha. Entah apa - apa aje si Ikhwan ni. Sengaja lah tu. Adam tahu Ikhwan tak suka akan Firdaus sebab tu lah dia buat muka buruk sebab nak burukkan setiap gambar yang ada Firdaus.

" Ish Ikhwan awak ni buat lah muka tu elok - elok sikit...ni tak dia aje macam tak tentu arah..." marah Humaiera kerana Ikhwan buat muka yang amat memburukkan gambar.

" Errkkk..alaaa sorry lah...dah saya tak ready tadi..." kata Ikhwan.

Humaiera mencebik !

" Tu la kau buat lagi muka entah apa - apa kan dah kena bebel dengan angel kau..." bisik Adam.

Ikhwab menjelirkan lidah kepada Adam.




Sedang sibuk adik - adik Adam tengah berborak dengan Ikhwan dan Damia , Adam pula menyapa Firdaus.

" Boleh kita berborak kejap ? " sapa Adam lembut.

" Apahal pulak kau nak ajak aku berborak ? " jawab Firdaus sinis.

Adam masih dalam keadaan santai dengan tangan sebelahnya dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Pehhhh handsome dhoo..

" Aku tak nak gaduh ngan kau...Aku just ajak kau berborak...tu aje..." kata Adam tenang.

Firdaus mendengus kecil.

" Hah apa yang kau nak borak sangat tu dengan aku ? " tanya Firdaus masih sinis.

" Hmm tak aku just nak cakap ....harap lepas cuti ni kau boleh fikirkan masak - masak lah pasal balas dendam kau tu...." kata Adam.

" Haha fikir masak - masak ? Rasanya tak perlu kot ? Aku memang tetap dengan keputusan aku...Aku akan balas dendam dekat Damia...aku takkan mudah macam tu aje lepaskan dia.." kata Firdaus masih berkeras hati.

" Sudah lah Firdaus....kau ingat arwah abang kau suka ke kau buat macam ni ? Kau mesti tahu kan siapa Damia pada abang kau ? " kata Adam lagi tenang. Dia masih bersabar dengan kata - kata Firdaus.

" Ya aku tahu siapa Damia pada abang aku...Heh Damia tu pembunuh...." kata Firdaus lagi sinis.

Setiap kali Firdaus menyebut nama Damia sebagai pembunuh , hati Adam seperti disiat - siat dengan pisau rasanya. Tak ! Damia bukan pembunuh. Semua tu hanya kemalangan yang tiada siapa pun sangka...

" Eh kejap....semua tu hanya satu kemalangan yang tiada siapa pun sangka ? Betul ke tu satu kemalangan ? Atau memang semuanya disengajakan ? " desis hati Adam tiba - tiba.

Tetiba terngiang - ngiang pesanan bonda mentuanya.

" Tolong jaga Mia baik - baik ya...bahaya ada di mana - mana sahaja. Kita tak dapat nak jangka bila dan di mana..."

" Kau dengar sini ea Adam...buat sementara waktu ni aku takkan kacau kebahagiaan kau dengan Damia..so enjoy your holiday...tapi ingat lepas aje kita habis sekolah dan ambik result SPM nanti..aku tak berani janji...apa yang akan jadi dekat Damia..so kau yang perlu fikir masak - masak dan bersedia untuk apa jua yang kau dengan Damia akan hadap nanti.." kata Firdaus sinis sambil menepuk - nepuk kuat bahu Adam.

Adam memandang tajam dan penuh persoalan ke arah Firdaus. Seketika Firdaus terus mengambil beg sekolahnya yang ada di tepi dewan lalu beredar pergi untuk balik. Itu lah kali terakhir Adam melihat Firdaus sebelum cuti sekolah bermula.

#Heee new chapter ! Keep vote and comment 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro