Bab 44
Beberapa minit selepas Firdaus sampai di stor sukan baru Adam juga sampai. Semua memandang pelik ke arah Adam yang sedikit basah.
" Eh Adam ? Saya suruh kamu pergi beli air aje bukan suruh kamu terjun dalam air.." kata Hazali.
Firdaus hanya tersenyum sinis dalam diam. Ikhwan pulak hanya terpinga - pinga. Damia juga memberi reaksi yang sama seperti Ikhwan.
" Maaf cikgu...tadi hujan tiba - tiba.." kata Adam seakan memerli Firdaus.
" Hujan ? " kata Hazali lalu menjenguk ke luar stor sukan.
Eh biar betul anak murid aku ni ? Tak ada setitis pun air. Datang mana hujan ?
" Macam - macam kamu ni Adam..."
" Ermm cikgu saya nak pergi toilet kejap boleh ? " pinta Adam.
" Hah pergi lah..lagi pun kita dah nak habis kemas dah ni..." kata Hazali.
Seketika Adam terus beredar ke toilet. Dia nak tengok macam mana keadaan dirinya. Mesti serabut en dengan basah habis semuanya.
Beberapa minit selepas Adam membersihkan dirinya dan mengeringkan bajunya yang sedikit basah itu, dia pun keluar untuk meninggalkan toilet.
Baru aje beberapa langkah Adam keluar dari toilet tiba - tiba dia terserempak dengan Ikhwan.
" Oii Adam..." kata Ikhwan mendekati Adam.
" Kau buat apa kat sini ? " tanya Adam.
" Aku cari kau lah..."
" Kenapa cari aku ? "
" Tak lah...aku just nak tanya kau okay tak ni ? Asal kau basah habis macam tadi tu ? Apa yang jadi ? Budak baru tu buat hal lagi kan ? " bebel Ikhwan. Haish dia ni prihatin sungguh dengan Adam.
" Hahaha chill lah weyh. Haah budak baru tu buat hal lagi , ada ke patut dia simbah muka aku pakai satu botol air mineral..." jelas Adam.
" Serious lah ? Kurang ajar betul budak tu..Aku dah agak dah mesti semua ni kerja budak tu...haish...aku belasah juga lagi kang budak tu...." kata Ikhwan geram.
" Hmmm biar aje lah kat dia Ikhwan..Biar orang buat jahat dekat kita tapi kita balas dengan kebaikan...Hmm kalau kita balas balik pun ...semua tu hanya akan tambah rasa dendam dalam diri dia..." kata Adam ikhlas.
Ya Adam dah malas nak fikir pasal benda ni semua buat masa sekarang...Adam cuma terfikir yang dia akan cuba jaga Damia sebaiknya tanpa halang Damia dari berkawan dengan Firdaus Hakim. Adam juga akan cuba cari jalan macam mana nak ubah pemikiran si Firdaus tu soal niat balas dendamnya ke Damia tu adalah satu perkara yang tak perlu dia buat...
" Kau ni kan Adam...asal baik sangat jadi orang hah ? " kata Ikhwan sedikit tidak puas hati dengan sikap Adam yang terlalu baik dan mudah memaafkan orang ni.
" Tak lah...aku mana ada baik....aku pun ada juga benda jahat yang aku buat tapi Allah jaga semua tu..macam ni lah nobody is perfect...dah ahh jom.." kata Adam lalu melangkah.
Ikhwan menggeleng seketika.
"Alahai Adam - Adam...kau ni kann boleh jadi cikgu kaunseling.." ngomel Ikhwan seraya mengejar langkah Adam.
*********
Waktu balik. Adam dan Damia mengemas beg sekolah masing - masing. Hanya tinggal mereka berdua aje sebagai orang terakhir macam biasa. Firdaus pun balik awal jugak hari ni. Kalau tak dia selalu juga duk tunggu si Damia ni. Entah kenapa hari ni dia tergesa - gesa sangat nak balik.
Adam dan Damia berjalan menuju ke pintu pagar utama sekolah. Adam berjalan di hadapan manakala Damia hanya berjalan di belakang Adam. Hmm mereka masih belum bertegur sapa sejak dari pagi tadi. Entah lah masing - masing ego tak nak bercakap. Sehinggalah tiba - tiba....
" Adam...." panggil Damia.
Langkah Adam terhenti. Namun dia masih tidak menoleh ke arah Damia. Dia hanya terpaku. Damia mendekati Adam agar jarak mereka lebih dekat. Selepas itu dia menyentuh hujung baju sukan Adam. Alahaiii comel gitu.
" Mia minta maaf..." ucap Damia.
Adam diam.
" Mia minta maaf sebab dah tuduh Adam tanpa bukti juga...Mia dah sakitkan hati Adam...Mia berdosa sebab dah bersangka buruk dengan suami sendiri...." kata Damia sambil mata berkaca.
Adam tersenyum kecil dalam diam. Alhamdulillah Damia dah buka hati dia untuk tidak terus menerus menuduh aku. Seketika Adam menoleh ke arah Damia. Dileraikan pegangan tangan Damia pada bajunya. Dia menggenggam tangan Damia..
" Tak apa lah...Adam dah lama maafkan Damia....Adam harap Mia takkan buruk sangka lagi dengan Adam..." kata Adam.
Damia memandang ke dalam anak mata Adam. Damia mengangguk.
Seketika Adam menarik Damia dalam dakapannya. Mereka terleka sedikit dan terlupa di mana keberadaan mereka saat ini. Namun kawasan yang mereka sedang lalu tu memang tak dak orang saat ini.
Tapi ! Siapa sangka even nampak aje sunyi tapi masih ada mata - mata yang sedang memerhati dalam diam.
*******
Pada petang itu di rumah mewah Tengku Ilham Huzairie. Damia hanya termenung di balkoni biliknya.
" Hmmm betul ke Firdaus Hakimi tak sama dengan Firdaus Hakim ? Betul ke apa yang Adam cakap ? Daus yang plan semua kemalangan yang berlaku dekat kem tempoh hari ? Tapi sebab apa ? Kenapa Daus nak buat macam tu dekat aku ? " desis hati Damia. Ya Damia masih tak habis fikir soal apa yang berlaku.
Chuppp !
Tiba - tiba pipi gebu Damia dicium pantas. Damia sedikit tersentak !
" Hah mengelamun jauh lagi , kan dah kena cium..." kata Adam.
" Hish Adam ni.." kata Damia sambil pipinya mula blushing. Ahhhh dia malu even dah berapa bulan dia berkahwin dengan Adam.
" Hahahah princess Adam ni tengah fikirkan apa ? " tanya Adam akhirnya..Memang dari tadi lagi dia melihat tingkah laku isterinya itu. Sekejap termenung , sekejap mengeluh. Dah kenapa pulak ?
" Ermmm tak ada apa - apa lah..." bohong Damia.
" Ye lah tu....cerita dekat Adam..." kata Adam.
" Betul lah...Mia tak fikirkan apa - apa pun....Mia just fikirkan......." kata Damia meleret di ayat yang terakhir itu.
" Fikirkan ? " kata Adam tertanya - tanya.
" Fikirkan prince Mia ni lahh...." kata Damia lalu mengenyitkan matanya.
Adam tersenyum lebar.
" Alaaa Prince Mia ni dah ada depan mata dah pun...tak payah nak fikir sangat lah..." kata Adam.
" Tak nak ! Nak fikirkan juga...." balas Damia tidak mahu mengalah.
" Ish...degil ya budak ni...kiss lagi nak ? " kata Adam sengaja ingin mengusik.
Damia terus menutup kedua pipinya lalu menggeleng...
Adam hanya ketawa kecil.
" Eleh tutup pipi aje...tu hah mulut tu tak nak tutup pulak ? Tak takut ke ? " ugut Adam.
Damia tersentak lalu terus menoleh membelakangi Adam..Haish Adam ni. Mengada + gatal lah !
Adam ketawa lagi dibuatnya. Seketika dia mendekati Damia lalu memeluk Damia dari belakang. Damia sedikit terkesima lalu hanya mendiamkan diri. Lebih kepada mematung sebenarnya.
" Mia...Mia tak rindukan someone ke ? " tanya Adam di tepi telinga Damia.
Damia sedikit terpinga. Hah ? Rindukan someone ? Siapa ?
" Rindukan someone ? Maksud Adam ? "
" Haish...sejak bila princess Adam ni pelupa ? "
Damia masih tak faham apa maksud Adam.
" Hello...my princess ni lupakan hadiah pemberian Adam ke ? " kata Adam..
" Hadiah pemberian Adam ? Errkkk ? Benda apa pulak ni ? " kata Damia masih lupa.
" Amboi..sejak dah dapat suami ni kan .... si clara pun dia dah lupa ...ish - ish kesian Clara...kena tinggal dekat rumah nenek Jannah...." kata Adam.
" Oh ! Clara ! Ya Allah Mia hampir terlupa pasal Clara...." kata Damia terkejut.
Ya lah , sejak balik ke sini semula Damia memang tak teringat langsung pasal Clara yang ada di rumah nenek Jannah.
" Tengok tu ish - ish...lupa betul lah..." kata Adam.
Selepas itu automatik Damia terus menoleh ke arah Adam. Dia memandang Adam.
" Adam please....bawa Mia pergi rumah nenek Jannah..Mia nak ambil clara...Mia nak bawa dia tinggal sini boleh ? Lagipun Mia pun dah lama tak jenguk nenek Jannah..." kata Damia merayu.
" Hah yelah - yelah...memang Adam nak ajak Mia pergi rumah nenek Jannah...nak jenguk dia sekali pastu boleh lah kita ambil clara. " kata Adam.
" Yeahhh thanks Adam...." kata Damia gembira lalu terus memeluk Adam.
Adam membalas pelukan Damia. Hahaha seronok benar dia nak jumpa clara. 😂
#Nah guysss new chapter ! Sorry kepada reader yg mna tunggu sis update smlm , sis tk berapa sihat sikit smlm. Hri ni bru dpt update balik ❤ hee hope u guys suka ya 😭 mcm biasa la keep vote and comment 💞👌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro