Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 42

Adam dan Damia sudah sembuh sepenuhnya. Mereka juga telah masuk ke sekolah seperti biasa. Damia dan Firdaus masih sahaja berkawan rapat. Adam hanya mampu berdiam diri. Tika ini dia tak mampu nak buktikan apa - apa lagi. Dia tidak mahu sampai Damia lebih percayakan Firdaus jika dia terus menerus memberitahu Damia tentang niat busuk Firdaus. Damia takkan percaya tanpa bukti.

Namun apabila Adam mendiamkan diri , Firdaus makin memijak kepala nampaknya. Dia lebih cuba untuk rapat dengan Damia dan sengaja menimbulkan perasaan cemburu dan sakit hati kepada Adam.

" Hish geram pulak aku tengok budak baru tu...makin hari makin rapat pulak dengan si Damia..Kau tak rasa sakit hati ke Adam ? Kau kan suami Damia ? " ngomel Ikhwan kepada Adam.

Adam hanya termenung jauh. Hari ni dia berehat berdua dengan Ikhwan.

" Oii Adam aku cakap dengan kau ni...kau tak sakit hati ke ? " kata Ikhwan seraya menolak lembut pipi Adam yang flawless gitu...

" Hah ? Oh pasal tu...hahaha siapa aje yang tak jelous...Hmmm tapi aku tak tahu nak buat apa ...semua ni terlalu rumit bagi aku Ikhwan...." luah Adam.

Ikhwan sedikit pelik. Eh ? Aku tanya pasal Damia rapat dengan Firdaus aje. Asal sampai Adam cakap semua ni terlalu rumit untuk dia ?

" Maksud kau ? "

" Hmmm kalau kau nak tahu...budak baru tu ada niat jahat dekat Damia....Kalau kau nak tahu , kalau tak kau takkan dapat jumpa aku kat sini sekarang..." kata Adam sedih sambil matanya jauh merenung ke padang bola yang kosong tanpa pemain.

Ya sini lah port Adam ngan Ikhwan suka rehat kalau tak mahu  rehat dengan budak - budak lain.

" Hari tu budak baru tu melawat aku dekat hospital...nasib baik Allah nak tunjuk dekat aku niat busuk dia...Dia cuba cabut alat penafasan aku masa tu....nasib masa tu aku pura - pura pengsan ....kalau tak aku tak tahu apa akan jadi dekat aku..." jelas Adam hal yang sebenar.

Ikhwan menunjukkan reaksi yang amat terkejut. Dia tak tahu pula yang Adam lalui semua tu ?

" Apa ? Kau biar betul ?! "

Adam tersenyum sinis seketika.

" Mungkin kau pun tak percaya apa yang aku cakap kan ? Sama macam Damia...Dia pun tak percayakan aku..." kata Adam redha.

Tetiba Ikhwan menyentuj bahu Adam.

" Aku percayakan kau..." kata Ikhwan serious.

Adam sedikit mendongak memandang ke arah Ikhwan memandangkan Ikhwan sedang berdiri.

" Kenapa kau percayakan aku pulak ? "

" Erk..actually...aku tahu pasal plan budak baru tu dengan abang fasi....diaorang memang ada rancang nak tinggalkan Damia dalam hutan tu sorang - sorang..." cerita Ikhwan.

" Kau tahu ? Macam mana kau boleh tahu ? " tanya Adam terkejut.

" Ermm macam ni...lepas aje kau pengsan....kan semua jadi panik dan bawa kau pergi...aku tak sengaja terdengar perbualan si Firdaus tu dengan abang fasi ... dia cakap terima kasih jalankan plan ni dengan berjaya...pastu aku dengar lagi ....abang tu ada tanya kenapa Firdaus nak sangat buat plan ni...pastu kau tahu tak apa dia jawab ? " jelas Ikhwan serious. Kali ni dia benar - benar serious. Tidak seperti selalu.

" Apa dia jawab ? "

" Serious aku terkejut dengar jawapan dia...Dia cakap dia nak balas dendam untuk pihak abang kembar dia..." kata Ikhwan gugup.

Adam tersentak ! Apa ? Firdaus nak balas dendam untuk Fir ? Kejap ! Takkan lah dia salahkan Damia atas  kematian Fir ? Gila ke apa budak ni ?

" Aku tak sangka pula yang dia segila ni....dan cuba nak bunuh kau pulak..." kata Ikhwan.

Adam berfikir sejenak. Oh jadi memang Ikhwan sengaja tak nak mengaku dekat Damia la yang dia tahu Damia lah orang yang ada bersama Firdaus Hakim masa kemalangan dulu tu.

" Ermm Adam better kau hati - hati lah dengan Firdaus tu....tak boleh percaya sangat lah budak tu..." kata Ikhwan.

Tiba - tiba seseorang muncul tanpa diundang sambil bertepuk tangan. Adam dan Ikhwan tersentak lalu memandang ke arah orang itu.

" Tak boleh percayakan siapa tu ? Aku ke ? " kata Firdaus Hakimi.

" Kau ! " gumam Ikhwan geram.

" Wahh nampaknya Ikhwan pun dah tahu soal plan aku lah ni ? Ish - ish aku pun rasa aku kena lebih hati - hati lah sekarang...hmmm " kata Firdaus acah - acah takut.

Adam dan Ikhwan masing - masing memandang tajam ke arah Firdaus. Sengaja membangkitkan api kemarahan mereka berdua agaknya budak ni !

*******
Terkejut Damia dibuatnya apabila terdengar beberapa pelajar bercakap antara satu sama lain tentang satu pergaduhan yang berlaku di padang sekolah tadi.

Namun yang paling terkejutnya Damia apabila mendapat tahu bahawa pergaduhan itu terjadi di antara Adam dan Firdaus.

Memandangkan guru subjek sejarah juga tak masuk, Damia terus keluar dari kelas untuk mencari Adam. Mesti diaorang ada dekat bilik disiplin ni...

Apabila Damia hampir tiba di bilik disiplin, kebetulan Firdaus dan Adam baru keluar dari bilik tersebut.

Kelihatan wajah Adam tidak nampak kesan tumbukkan pun tapi yang teruknya wajah Firdaus. Bibirnya sedikit pecah. Pipi kanannya juga sedikit lembam.

" Hmmm ni mesti kerja Adam...Dia tak puas hati lagi nak yakinkan aku pasal Firdaus..sekarang dia cari gaduh pulak dengan Firdaus..." ngomel hati Damia..

Seketika Damia mendekati kedua - duanya.

" Adam...Daus.." panggil Damia.

Kedua - duanya menoleh.

" Apa yang dah jadi dengan awak berdua ni ? Kenapa bergaduh ? " tanya Damia.

" Err..err...." kata Firdaus.

Adam memandang kosong kepada Damia.

" Awak yang mulakan ke Adam ? " tanya Damia straight to the point.

" Tengok...aku tak cakap pun..aku dah tahu , Damia akan salahkan aku...better aku diam...memamng dia takkan percayakan kata - kata aku pun..." desis hati Adam sedih.

Dalam diam Firdaus tersenyum kemenangan tanpa pengetahuan Damia. Hahahaha Adam , Adam see ? Isteri kau sendiri tak percayakan kau ! Macam mana kau nak buktikan yang aku ni jahat ?

Adam tidak menjawab pertanyaan Damia , malah dia berlalu pergi begitu sahaja.

" Adam ! " teriak Damia.

Namun Adam tidak menoleh dan hanya meneruskan langkahnya. Damia mendengus geram. Selepas itu dia menoleh ke arah Firdaus.

" Err...Damia....saya..."

" Tak apa Daus...awak tak perlu explain apa - apa...hmm saya minta maaf dari pihak...err..kawan saya Adam...maaf ya kalau dia tumbuk awak sampai lebam macam ni..." kata Damia bersalah.

" Hahahaha tak sia - sia aku tak melawan sangat tadi masa Adam tumbuk aku..." desis hati Firdaus.

" Ermm tak pa lah Firdaus jom kita balik kelas..." ajak Damia.

Seketika mereka pun balik ke kelas mereka. Beberapa minit kemudian , Ikhwan baru keluar dari bilik disiplin seorang diri.

" Haish diaorang yang gaduh aku yang kena ceramah lebih dengan cikgu disiplin..apahal ! " ngomel Ikhwan seorang diri.

Tetiba dia melihat kiri dan kanan. Eh kosong ! Cehh diaorang tak tunggu aku pulak tu ! Puih punya kawan !

******
Balik - balik aje sekolah , macam biasa adik - adik Adam semestinya menyoal siat Adam bagaikan polis pencen lah. Namun Adam sedikit pun tidak memberi respon. Dia lebih memilih mendiamkan diri. Namun hati Adam sedikit sakit apabila mendengar Damia seakan - akan memerlinya.

" Abang korang ni...dah tak dak kerja lain...sengaja cari gaduh dengan orang...entah apa yang dia cari pun tak tahu lah.." perli Damia.

Humaiera dan Adwa sedikit terpinga - pinga. Apa yang Damia cuba sampaikan ni ?

Adam hanya memendam rasa. Aku tak salah lah...Bukan aku yang mulakan semua ni. Tapi Firdaus ! Dia yang cari gaduh dulu dengan aku !

Sampai - sampai aje rumah , Adam terus masuk ke dalam biliknya. Selepas itu Damia menyusul Adam.

Masuk - masuk aje bilik , Damia terus menyoal Adam lagi.

" Adam..boleh tak awak explainkan hal yang sebenarnya dekat saya ? Kenapa awak cari gaduh dengan Firdaus ? Apa masalah awak ? " marah Damia. Dia tak suka Adam hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab setiap pertanyaannya.

Adam hanya terduduk membisu di birai katil. Sebenarnya dia juga tengah menahan sakit di perutnya yang lembam dipukul Firdaus tadi. Entah dia pun tak faham. Masa dia lawan bertumbuk tadi , Firdaus hanya banyak tumbuk di bahagian tubuhnya tapi bukan di muka.

Firdaus pulak hanya membiarkan Adam menumbuk di mukanya. Sikit pun dia tak halang. Apa motifnya ? Ke dia memang sengaja nak tunjuk yang dia dibelasah teruk oleh aku ? Kau memang licik Firdaus ! Kau nak buat aku nampak salah di mata Damia.

" Adam ! Mia tanya ni kan ? Jawab la..." kata Damia sedikit meninggi. Dia benci bila Adam mendiamkan diri sebegini dengannya.

Seketika Damia terus menarik tangan Adam untuk bangun dari mendiamkan diri begitu sahaja.

Adam jadi terbangun terus. Apabila Adam bangun seperti itu , perutnya terasa lebih sakit. Dia ingin mengaduh namun dia hanya mampu mengetap bibirnya kuat. Dia tidak mahu Damia tahu akan sakit yang dia rasa sekarang. Dia tak nak Damia risaukan dia. Tak apa sakit ni biar dia tanggung sendiri.

" Jawab saya Adam..." pinta Damia..Suaranya semakin mengendur. Entah la tak tahu kenapa dia terlalu emosi tika ini.

" Awak...na..k..saya cakap apa Mia ? Explainkan perkara sebenar ? " kata Adam perlahan.

Damia mengangguk kecil sambil menatap mata Adam. Adam juga membuat hal yang sama.

" Hmm kalau saya explain pun...nak ke awak percayakan saya tanpa bukti ? Sama aje Damia...sama ada saya salah atau Firdaus salah tapi tetap di mata awak...saya yang salah kan ? So dah tahu dah jawapan dia apa....tak perlu kot saya explain..." kata Adam lembut. Tiada nada kasar atau menengking pun.

Damia terdiam jadinya. Ya Allah. Aku ni terlalu menuduh Adam ke ? Aku tak percayakan Adam ? Seketika Adam terus berlalu meninggalkan Damia dan dia mencapai tuala untuk mandi. Damia terduduk di birai katil jadinya.

#Nahh guys ! Chapter baru. Hahaha double update jadinya hari ni 😂 sbb author baca comment dari reader yang nakkan next update so author cuba la buatkan...hope u guys enjoy ya ❤ thankyouuu support crita SAP ni sgt2 😭 keep vote and comment ya !





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro