Bab 41
Sedar - sedar sahaja Damia terus mencari Adam. Mana Adam ? Kenapa dia tak ada di samping aku ketika ini ? Apabila dikabarkan sahaja keadaan Adam masih dalam kritikal , Damia terus berkeras hendak melihat Adam. Hendak ada di samping Adam.
" Mia...Mia baru sedar kan ? Nanti lah ya kita tengok Adam ? Biar doktor yang uruskan Adam dulu... " kata Hazwani.
Damia memandang tajam ke arah bondanya.
" Bonda ! Mia nak tengok Adam ! Bonda jangan nak halang - halang Mia ea ! Selama ni bonda tak pernah kesah pun tentang Mia ! Bonda tak pernah ambil tahu pun ! So sekarang tak payah nak halang - halang Mia..." kata Damia agak kasar.
Tersentak Hazwani dibuatnya. Terguris sedikit hati kecil ibunya. Hmmm tapi tak mengapalah dia dituduh sebegitu asalkan Damia masih selamat. Dia rela. Belum tiba waktunya Damia mengetahui segalanya.
Damia masih berkeras untuk bangun. Dia nak tengok Adam...Akhirnya Hazwani mengalah lalu membantu Damia untuk menemukannya dengan Adam. Damia duduk ditolak dengan kerusi roda.
Seketika sampai lah di hadapan ruang ICU.Ruang yang hanya untuk pesakit yang agak kritikal. Adam ditempatkan di bilik khas dan hanya dia sahaja di situ.
Damia ditinggalkan berdua dengan Adam yang masih baring tidak bermaya di situ. Damia menghampiri Adam. Mata Damia berkaca di buatnya. Tak sangka ! Adam yang baru kelmarin berdiri menghulurkannya botol air di tapak kem kini sudah terlantar lemah di ruangan ini.
" Adam..." panggil Damia.
Seketika tangan Adam diraih perlahan.
" Adam....bangun Adam...." rintih Damia lalu air matanya menitis.
Tangan Adam digenggam erat oleh Damia lalu dicium Damia.
" Maafkan Mia Adam....disebabkan Mia...Adam jadi macam ni....Andai sahaja Adam tak tolong buang bisa tu , Adam mesti masih sihat sekarang....Mia memang budak pembawa malang....Mia selalu cederakan orang disekeliling Mia....Mia minta maaf Adam...." kata Damia bersama tangisan.
Adam masih begitu. Tiada respon.
" Bangun ya Adam ? Mia akan tunggu Adam bangun....Jangan tinggalkan Mia...Mia sayangkan Adam...Mia tak nak hilang Adam...macam mana Mia hilang Firdaus...." luah Damia....
Seketika Damia ingin melepaskan tangan Adam. Dia tidak mahu menganggu Adam. Biarkan Adam berehat untuk seketika.
" Mia keluar dulu...Nanti Mia tengok Adam lagi...Adam rehat ya...Adam kuat demi Mia...Adam kena sedar cepat.
Tetap sama, Adam tidak memberi respon. Damia menghapus sisa air matanya. Ni kalau Adam tengok Damia menangis , mesti tangan Adam yang menghapus air mata itu.
***********
Sudah 2 hari berlalu namun Adam masih tidak sedarkan diri. Ahli keluarga kerabat diraja dikedua - dua pihak tidak putus - putus mendoakan Adam.
Pintu wad Adam ditolak seseorang. Seketika ada sepasang kaki yang melangkah masuk ke dalam ruang yang hanya ada Adam yang terlantar di katil. Dia menghampiri Adam.
" Haha nak jadi hero pulak kau ni kan Adam ? " kata Firdaus Hakimi sinis perlahan.
Ya orang itu adalah Firdaus Hakimi. Dia datang melawat Adam hari ini.
" Hmmm kau ni cuma halangan aku untuk balas dendam dekat Damia aje...Bagus lah kalau kau tak sedarkan diri macam ni...tapi kan lagi bagus kalau kau lenyap terus dari muka bumi ni...." kata Firdaus sinis. Seketika tangannya mula bergerak ke arah alat penafasan Adam.
Dekat makin dekat....Dan apabila hanya hampir seinci sahaja lagi dia mahu mengenggam alat penafasan Adam untuk dibukanya tiba - tiba....
Zapppp ! Tangan Firdaus dicengkam kuat.
" Aku takkan biarkan kau bunuh aku ...." kata Adam.
Firdaus tersentak ! Terus dia menarik tangannya kuat dari genggaman Adam.
Apa ? Adam dah sedar ? Ya sebenarnya Adam dah sedar tadi , namun tak ada sesiapa di situ. Selepas itu beberapa minit macam tu tiba - tiba sahaja ada orang tolak pintu. Adam terus buat - buat pengsan semula. Kalau orang yang masuk tu Damia, Adam ingin buat surprise tapi lain pula yang datang. Tak disangka - sangka pula yang Adam.akan dengar semua kata - kata sinis Hakimi sebentar tadi.
" Bu...bukan...kau pengsan ke ? " kata Hakimi gugup.
Adam tersenyum sedikit sinis kali ni.
" Memang aku pengsan tapi Allah itu maha adil. Dia nak aku dengar semua niat busuk kau tu....Sebab tu dia sedarkan aku awal sebelum manusia jahat macam kau hapuskan aku... " balas Adam sinis pula.
Firdaus Hakimi sedikit tergamam. Tak sangka yang Adam akan dengar kata - kata jahatnya tadi.
" Erkk...erk..."
" Kau nak cakap apa sekarang hah ? Apa masalah kau sebenarnya ? Aku dah perhati lama dah kau ni...aku tahu kau ada motif lain...dekat - dekat dengan Damia..dan pasal kes Damia hilang ni...semua ni rancangan kau dengan abang fasi tu kan ? Mengaku aje la..." kata Adam pedas.
Walaupun Adam baru aje sedar namun dia masih kuat untuk bertikam lidah dengan Firdaus saat ini. Dia takkan biarkan Firdaus sakitkan Damia.
Firdaus terdiam seketika. Tetiba Damia masuk ke dalam ruangan tersebut.
" Adam ? " panggil Damia.
Adam dan Firdaus masing - masing menoleh ke arah Damia.
" Awak dah sedar ? Kejap saya panggilkan doktor..." kata Damia teruja.
Terbantut terus perbualan hangat yang terjadi di antara Adam dan Firdaus.
" Lain kali aje la kita borak pasal ni..." kata Firdaus akhirnya.
" Kau jangan ingat kau boleh lari...aku akan bongkarkan siapa kau sebenarnya..." balas Adam.
" Okay goodluck...siapa aje nak percayakan kau Adam ? Kau dengar semua benda ni waktu kau tengah sakit...paling pun orang akan ingat yang kau tu cuma mimpi...Hahaha sudah lah aku balik dulu..." kata Firdaus masih berani lalu keluar meninggalkan bilik rawatan Adam.
Adam mengenggam erat penumbuknya ! Err geram betul lah !
*******
Tidak lepas - lepas tangan Adam digenggam erat oleh Damia. Rindu benar isterinya itu pada dirinya. Adam juga begitu. Baru beberapa hari aje tak sedarkan diri dia dah terlalu rindukan Damia.
" Adam...awak tahu tak hidup saya jadi tak tentu arah bila awak tak sedarkan diri untuk beberapa hari ni..." luah Damia akhirnya.
Seketika tangan Damia dicium lembut oleh Adam.
" Alala....kesian princess saya ya ? Maaf buat awak tertunggu - tunggu..." kata Adam.
Damia tersenyum kecil. Damia dah sihat dah sekarang. Cuma tinggal Adam aje nak sembuh macam selalu balik. Keadaan Adam juga makin hari makin baik.
" Erm...Mia....boleh saya nak cakap sesuatu tak ? " kata Adam tiba - tiba serious.
Damia sedikit pelik.
" Cakap apa ? "
" Ni pasal....Firdaus Hakimi.." ucap nama itu oleh Adam.
" Daus ? Kenapa ? "
" Boleh tak lepas ni awak jangan dekat - dekat sangat dengan dia ? Kalau boleh jangan berkawan dengan dia langsung.. "
" Hah kenapa pulak ? Awak jelous ea saya kawan dengan Firdaus ? " kata Damia seperti menganggap kata - kata Adam itu hanya disebabkan perasaan cemburu Adam.
Adam menggeleng.
" Tak bukan sebab Adam jelous ke apa tapi...Firdaus tu...dia ada niat jahat dekat Mia....dia..." jelas Adam.
" Apa maksud Adam ni ? Mia tak faham lah..." kata Damia mula serious jadinya.
" Okay - okay macam ni....Mia tahu tak apa yang jadi sekarang ni...semua kes yang Mia hilang dalam hutan hari tu...semua tu plan Firdaus...dia cuba nak cederakan Mia...dia yang plan semua ni dengan abang fasi tempoh hari tu...." jelas Adam panjang lebar cuba buat Damia faham.
Damia terdiam seketika.Beberapa saat lepas itu Damia ketawa tiba - tiba...
" Apa Adam merepek ni ? Hahahah takkan lah Firdaus nak buat macam tu dekat Mia....Dia baik lah Adam...dia sama macam arwah Fir.....dia adik Fir....takkan dia nak buat yang bukan - bukan dekat Mia....Adam salah orang kot ? " balas Damia tidak percaya langsung dengan kata - kata Adam.
" Tak Mia...Adam dah tahu semuanya...Kalau Mia nak tahu , waktu Adam sedar hari tu...Adam hampir nak kena bunuh dengan Firdaus tahu ? Dia nak cabut alat pernafasan Adam...tapi Adam dah sedar sebelum tu...kalau tak, tak tahu la apa yang akan jadi..." kata Adam.
Damia sedikit terkejut. Ehh Adam ni ? Biar betul ? Sampai cakap pasal nak bunuh bagai lah..
" Adam...hmm Mia rasa better Adam rest lah dulu...Adam..."
" Please Mia...percayakan Adam...." pintas Adam merayu sambil menggenggam erat tangan Damia.
Damia terus menggeleng lalu menarik tangannya dari pegangan Adam.
" Tak Adam...semua tu tak betul...Adam tak boleh tuduh Firdaus tanpa bukti....Please Adam...Firdaus datang hari tu dengan niat baik sebab nak melawat Adam....Mia tak sangka pulak yang Adam akan tuduh dia sampai macam ni sekali...." kata Damia.
Adam tersentak. Damia still tak percaya kan aku ? Ya Allah ...hmm macam mana aku nak buktikan dekat dia ni ?
" Tak apa lah Adam...Mia faham..Adam masih perlu rest lagi secukupnya...Adam jangan fikirkan yang bukan - bukan ya...Adam rest la...Mia nak keluar kejap..." kata Damia.
Adam hanya mendiamkan dirinya. Dia tak mampu lagi nak yakinkan Damia. Nampaknya di mata Damia , Firdaus Hakimi memang terlalu baik. Adam harus memikirkan cara lain untuk meyakinkan Damia nanti. Tapi macam mana ?
#Hi guys ! I'm back 💕 heee hri ni dh hbis exam 😍 so bleh la kita update kan ? nahhh for u guys 💜 keep vote and comment pls. Ada yg rindu ADAMIA tak ? 😜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro