Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40

Damia memandang sekelilingnya. Hanya tinggal dia dan hutan tebal sahaja. Mana pergi yang lain ni ? Macam mana Damia boleh terpisah dengan yang lain ?

Sebenarnya macam ni, semasa Damia dan groupnya sedang mencari kayu api tetiba abang fasi kumpulannya menyuruh mereka berpecah untuk mencari kayu api dengan lebih mudah. Maka abang fasi menyuruh dirinya mengikut abang fasi tersebut untuk mencari kayu di sebelah kanan , lagi 2 orang pelajar sebelah kiri. Abang fasi ada pesan jumpa kat tempat tadi balik dalam masa setengah jam. Tanpa berfikir panjang Damia hanya mengikut arahan dan langkah abang fasi tersebut. Namun lama kelamaan Damia baru perasan yang mereka dah terlalu jauh masuk ke dalam hutan.

Abang fasi tu pula tiba - tiba dia suruh Damia tunggu dekat situ , sebab abang Fasi tu tiba - tiba cakap nak buang air kecil. Macam - macam lah 😂

Dalam beberapa minit lepas tu abang fasi tu tak muncul - muncul dah. Kenapa abang fasi tu tak balik semula ? Dia sesat ke atau dia sengaja tinggalkan Damia ?

Langit semakin berubah warna dari cerah kini kian gelap. Damia sudah ketakutan. Dia cuba untuk mencari jalan keluar namun hampa ! Damia dah terlalu dalam tersesat.

" Adam....tolong saya...saya takut..." desis hati Damia.

Damia cuba menguatkan dirinya untuk berjalan lagi mencari jalan keluar. Namun tiba - tiba langkahnya terhenti. Kenapa terhenti ? Damia sedikit kecut perut. Kenapa time - time macam ni la benda - benda semua ni nak muncul ?

Apa yang muncul ? Kelihatan seekor ular tedung sedang berhadapan dengan Damia. Damia tergamam. Langkahnya kaku. Dia tidak tahu sama ada mahu bergerak atau hanya berdiam diri di situ sahaja...

" Ya Allah...tolong aku..." desis hati Damia. Mata Damia sedikit berkaca. Dia terlalu takut tika ini. Nyawanya hampir terancam.

Ular tedung tersebut tiba - tiba bergerak mendekati Damia. Damia pula melangkah setapak demi setapak ke belakang. Namun tiba - tiba ular tedung tersebut terus menerpa dan mematuk kaki Damia.

" Arghhhhhhhhh ! "


Prangggg ! Gelas yang dipegang oleh Tengku Safira Hazwani terlepas dan terjatuh dari genggamannya. Habis gelas tersebut pecah di atas lantai.

" Mia..." nama itu yang terpancul di bibirnya.

" Andinda kenapa ni ? " tanya Tengku Aiman Namzin.

" Mia kanda....Adinda rasa tak sedap hati....soal Mia..Rasa macam ada sesuatu yang berlaku dekat Mia.." luah Tengku Safira Hazwani.

" Tak ada la adinda...mainan perasaan sahaja tu.." pujuk Tengku Aiman Namzin.

Tetiba muncul Damian tidak disangka - sangka.

" Bonda ! Ayahnda ! " panggil Damian.

" Ada apa anaknda ? Kenapa nampak cemas sangat ni ? " tanya Tengku Aiman Namzin.

" Mia...Mia hilang dalam hutan ! "

" Apa ?! "

*************
Setelah kaki Damia dipatuk , terus ular tedung tersebut bergerak pergi entah ke mana. Damia terjatuh dan tersandar pada sebatang pokok yang agak besar di situ. Kesakitan yang teramat sangat Damia rasa kini. Tak pernah Damia rasa sesakit ini. Tubuhnya menjadi lemah. Peluh menitis di dahi Damia saat ini. Nafas Damia juga menjadi tidak teratur dibuatnya.

" Adam....mana awak....sa..ya..perlukan awak....to..long.. saya...." panggil Damia perlahan. Damia sudah tidak terdaya untuk menjerit lagi.

Mata Damia juga kian berat kini. Adakah begini takdir hidupnya ? Harus mati sebegnini kah dia ? Kenapa bila dia baru nak rasa bahagia bersama orang yang tersayang pasti akan ada sahaja bencana yang menimpa.

Air mata Damia mengalir tika ini. Tiada seorang pun kah yang mencarinya tika ini ? Tiada sesiapakah yang mencari dirinya saat ini ? Ya Allah tolong kirimkan penyelamat buatku....Aku mohon....

" Damia !! " teriak seseorang yang tidak jauh dari tempat Damia tersandar.

Mata Damia menjadi agak kabur. Tidak dapat dia menangkap wajah orang yang memanggil namanya. Orang tersebut mendekati dirinya lalu terus menarik dirinya ke dakapan. Siapa dia ?

" Mia....Mia...maaf...Adam lambat sampai selamatkan Mia.." kata Adam cemas.

Ya seseorang itu ialah Adam. Ya Allah terima kasih kerana engkau mengirimkan dia kepada aku.

" Adam...kaki...Mia....sa..kit..." adu Damia.

Adam terus melihat ke arah kaki Damia lalu menarik sedikit kaki seluar trek Damia. Kelihatan ada kesan gigitan ular di situ. Adam tersentak !

Tanpa membuang masa Adam terus menghisap tempat gigitan ular pada kaki Damia. Adam perlu membuang bisa ular tersebut dengan secepat yang mungkin ! Sebelum ia makin merebak ! Selama 3 kali Adam membuang bisa tersebut. Setelah itu , Adam terus mengeluarkan sapu tangan miliknya lalu diikat pada kesan gigitan ular di kaki Damia.

" Bertahan Mia...Adam akan bawa Mia keluar dari sini ya sayang..." ucap Adam memberi semangat kepada Damia.

Damia hanya mengangguk kecil. Selepas itu Adam terus memapah Damia untuk membawa Damia keluar dari hutan tebal itu. Eh ? Adam seorang sahaja ke yang datang mencari Damia ? Ya Adam seorang sahaja . Selepas sahaja Adam mendapatkan kepastian dari abang Zaim bahawa Damia hilang. Dia terus berlari masuk ke dalam hutan bersama sedikit barang - barangnya yang mungkin boleh diguna di dalam hutan nanti.

Adam telah meninggalkan beberapa tanda di anak - anak pokok sepanjang dia melalui jalan untuk mencari Damia tadi. Alhamdulillah dengan kesabaran yang tinggi dan dengan pertolongan Allah , Adam berhasil menemukan Damia.

Semasa perjalanan Adam membawa Damia untuk keluar dari hutan itu dengan segera tetiba Adam terasa agak lemah sedikit. Kenapa ? Entah dia sendiri juga tidak pasti. Dia merasakan tubuhnya sedikit lemah. Pandangannya juga sedikit kabur namun demi selamatkan Damia dia gagahkan juga dirinya.

" Mia...sabar ya..sikit aje lagi dah nak sampai...." bisik Adam di telinga Damia.

Damia tidak menyahut. Kali ni tenaganya betul - betul habis. Langkahnya semakin susah dia tidak lagi merasa langkahnya.

Dalam beberapa minit selepas itu, akhirnya Adam dan Damia sampai juga di tapak kem.

" Tolong ! " teriak Adam.

Beberapa orang pelajar perempuan dan guru bertugas menerpa ke arah mereka lalu menyambut Damia dari Adam.

" Tolong cikgu...tolong bawak Damia ke hospital sekarang...kaki dia kena patuk ular ! " teriak Adam.

Baru - baru beberapa langkah Damia di bawa pergi tiba - tiba ....

Bukkkkk !

Adam jatuh terjelopok di atas tanah. Dia juga pengsan dan tidak sedarkan diri.

*************
Adam dan Damia kedua - duanya ditempatkan di hospital yang berdekatan dengan tapak kem.

Masing - masing dalam keadaan yang agak serious sekarang ni. Damia dirawat akibat kakinya dipatuk ular. Adam pula dirawat kerana bisa ular yang dihisapnya tadi telah termasuk ke dalam tubuhnya.

Ahli keluarga kedua - dua pihak telah sampai di hospital tersebut.

" Bonda...." panggil Humaiera sambil nangis - nangis.

" Ya sayang.." sahut Aliya.

" Damia...bonda..Abang Adam bonda....macam mana kalau jadi apa - apa dekat diaorang ? " kata Huamiera teresak - esak.

" In shaa Allah tak sayang.." kata Aliya cuba menenangkan Humaiera namun disebalik ketenangan Aliya ada juga terselit kerisauan di hatinya. Ya mana tak risau putra sulungnya kini sedang bertarung nyawa di dalam wad kecemasan. Selamatkan dia Ya Allah...

Tengku Safira Hazwani sudah menangis teresak - esak dalam dakapan suaminya iaitu Tengku Aiman Namzin.

Seketika doktor yang memeriksa Damia pun keluar.

" Doktor macam mana dengan anak kami Damia ? " tanya Tengku Aiman Namzin.

" Alhamdulillah dia selamat....semua berkat suaminya yang telah membuang bisa ular tersebut sebelum ia merebak...Kalau langkah tersebut tidak dilakukan dengan awal...pasti nyawa putri Tengku tak dapat lagi diselamatkan.." kata doktor yang bertugas.

" Terima kasih doktor..." ucap Tengku Aiman Namzin.

Tetiba Huzairie pula yang datang menerpa ke arah doktor tersebut.

" Doktor...putra saya macam mana pulak ? " tanya Huzairie.

Doktor tersebut menggeleng kecil seketika.

" Maaf...masih belum ada apa - apa perkembangan tentang putra Tengku...Hmmm doktor yang lain sedang berusaha untuk keluarkan bisa ular yang ada dalam tubuhnya...Tengku sekeluarga banyakkan lah berdoa ya..." kata doktor tersebut.

Huzairie terduduk jadinya di situ.

" Ya Allah....selamatkanlah putra ku ..." desis hati Huzairie.

Dalam diam air mata Aliya jatuh satu persatu . Begitu juga adik beradik kembar Adam. Ya mereka adik beradik kembar mesti merasakan kesakitan yang sama.

" Ya Allah selamatkan lah abang Adam...bantu dia Ya Allah...." desis hati Adwa.

Mereka sayangkan abang Adam mereka. Even abang Adam selalu memarahi mereka. Abang Adam selalu serious dengan mereka. Namun mereka tahu abang Adam sayangkan adik - adiknya. Abang Adam mahukan yang terbaik untuk adik - adiknya. Tolong selamatkan abang Adam Ya Allah.... 😔😔😔💔💔💔

#Nahhhh chapter baru untuk reader kesygan semuanya 💞 Hee for information maybe ni last update untuk bulan 11 ni. In shaa Allah author akan smbung uupdate bulan 12 nanti pulak...sbb author kena stop dulu update crita apa smua ni..Author ada last sem exam start 13/11 - 5/12 ni 😭 so you guys pls doakan author ya smoga author dpt jwb dgn lancar exm last sem ni 💕 Heee ok last but not least keep vote and comment ya 💜 Heeee see you soon reader 😊 jgn jemu untuk tunggu chapter yg seterusnya nnti kbyeee !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro