Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39


Hampir tamat waktu sekolah, baru Firdaus masuk kelas untuk ambil beg sekolahnya. Sampai aje dia dekat kelas dia terserempak dengan Damia dan Adam yang kebetulan dah nak balik.

" Firdaus...awak dah okay ke ? " tanya Damia risau.

" Eh Damia..ya saya dah okay...awak jangan risau lah..." kata Firdaus.

" Hmmm menyampah aku..." desis hati Adam.

" Hmm saya minta maaf tau sebab saya awak sampai pengsan...dan terima kasih sebab pinjamkan saya buku teks awak...nah....lain kali awak jangan buat lagi...jangan tolong saya...nanti awak yang kena denda..." jelas Damia panjang lebar sambil menghulurkan buku teks math kepunyaan Firdaus.

Firdaus Hakimi hanya tersenyum lalu menggeleng seraya menyambut huluran Damia.

" Its okay...biasa aje la kena denda ni..Lagipun saya okay ...saya lelaki....Takkan saya nak biarkan perempuan kena denda...tak gentle lahh...." kata Firdaus agak bernada sinis gitu seperti menyindir Adam.

Adam hanya mengetap bibirnya geram dalam diam. Adam terasa dhoo yang Firdaus macam menyindir dirinya.

" Hmmm thanks sangat - sangat ya Daus..." ucap Damia lagi.

" Dah la Mia..jom kita balik.." kata Adam lalu ingin beredar. Tidak tahan lama - lama dia di situ. Naik menyampah tengok muka Firdaus Hakimi tu.

" Eh ? Awak berdua balik sekali ke ? " tanya Firdaus.

" Errrrr ya..."

" Rumah dekat ea ? " tanya Firdaus.

Aduhhh banyak tanya pulak budak ni. Hmmm kalau kantoi kami tinggal serumah macam mana ? Kalau kantoi kami ni sepasang suami isteri macam mana ?

" Errr ya saya tumpang Adam balik..sebab jalan ke rumah kami laluan yang sama..." bohong Damia.

" Dah la Mia..jom balik cepat...driver saya dah tunggu lama..." kata Adam lalu beredar. Kang nanti budak baru ni banyak tanya pulak !

" Saya balik dulu tau Daus...bye jumpa esok.." kata Damia lalu mengejar langkah Adam.

Firdaus tersenyum sinis sendiri.

" Satu jalan konon ! Cakap aje lah kalau satu rumah ! Pembohong ! " teriak hati Firdaus Hakimi.

Firdaus tahu ke tentang hubungan Damia dan Adam. Ya dia tahu sebab sebenarnya sebelum Firdaus menjejakkan kaki di sekolah Smk Tunku Abdul Putra ni lagi , dia dah mengintip Damia dan Adam dah lama. Ke mana sahaja mereka pergi dia selalu intip dalam diam.

Bahkan sewaktu Adam dan Damia pergi honeymoon tempoh hari dekat Cameron Highland pun sebenarnya dia juga pergi ke sana.

" Abang Fir....aku takkan biarkan dia bahagia...sedang kan aku dengan ibu merana kehilangan kau... " desis hati Firdaus sambil penumbuknya digenggam kuat.
**********
Beberapa hari kemudian semua pelajar ting kaftan 5 dihebohkan dengan satu kem jati diri  membentuk sahsiah pelajar tingkatan 5 untuk persediaan SPM hujung tahun ini.

Namun kem jati diri ini tidak terbuka kepada semua pelajar. Hanya untuk 40 orang pelajar sahaja. Siapa cepat yang beri nama, dia lah yang dapat pergi.

" Bro...kau tak nak pergi ke kem tu ? " tanya Ikhwan.

" Ermm entah lah...tengok la macam mana nanti.." jawab Adam.

Tetiba Firdaus mendekati Damia di meja sebelah Adam. Errr menyampah la dia ni....Sikit - sikit cari Damia...Macam dah tak ada kawan lain. Seketika Adam mencuri - curi dengar perbualan Damia dan Firdaus.

" Awak pergi tak kem tu Damia ? Kalau awak pergi saya pun nak pergi la...." kata Firdaus.

" Tak pasti la Daus...tapi saya memang rasa nak pergi pun. Teringin pulak nak rasa pergi kem. Lagipun tahun akhir kita kan dekat sekolah ni...Erm saya rasa saya pergi la..." kata Damia.

" Itu la...saya pun rasa nak pergi juga la kem tu..Mesti best kan ? " kata Firdaus.

" Korang pergi ke ? Confirm ? " tanya Ikhwan bagi pihak Adam. Hahahahaha dia tahu mesti Adam pun nak mencelah sebenarnya.

Firdaus dan Damia menoleh ke arah Ikhwan automatik sekali ke arah Adam lah.

" Haah pergi la kot..." kata Damia.

" Adam...diaorang pergi tu...kita pun pergi ea ? Aku teringin gak nak pergi kem dalam hutam macam tu. Mencabar siot..." kata Ikhwan memujuk Adam.

Adam berfikir sejenak. Hmm kalau Damia dengan Firdaus pergi takkan aku tak pergi pulak ? Hmmm aku tak boleh biarkan Damia berdua dengan Firdaus !

" Oiii termenung apa pulak kau ni Adam...Nak pergi ke tak ni ?? " tanya Ikhwan.

" Hah yelah pergi..aku pun pergi jugak..."

" Okay cantik ! "

" Yeahhhhh Adam pergi jugak ! " desis hati Damia seronok.

Sebelum balik, Ikhwan dah beri nama mereka berempat kepada guru kelas mereka iaitu Puan Salwani.

Dalam perjalanan balik ke rumah , Adam sempat berborak dengan adik - adik kembarnya berkaitan dengan kem yang dianjurkan.

" Maiera...Adwa ..korang join tak kem jati diri untuk form 5 tu ? " tanya Adam.

" Join ! Cuma abang Adwa aje dia pemalas nak join ! " kata Humaiera.

" Kenapa kau tak nak join Adwa ? " tanya Adam.

" Hmm korang pergi lah...Adwa malas lah abang...lagipun kalau semua pergi siapa yang nak teman dan tengok - tengokkan ayahnda dengan bonda ? " kata Adwa.

" Oh macam tu. Okay ikut suka kau lah..." kata Adam akhirnya.
**********
Setibanya hari kem jati diri tersebut. Seramai 40 orang pelajar Spm menyertai kem tersebut. Kem tersebut di adakan di sebuah hutan simpan. Di situ terdapat pusat koko untuk aktiviti perkhemahan dan kem jati diri.

Pada hari bertolaknya ke tempat kem , semua pelajar yang terlibat diberi sedikiy taklimat. Ala taklimat macam biasa lah. Setelah selesai taklimat , mereka pun naik ke bas yang terlah disediakan.

Di dalam bas . Berlaku hal yang sedikit menyakitkan hati Adam. Benda apa ? Tu hah budak baru tu memandai - mandai aje duduk sebelah Damia. Herrrr panas siotttt ! Maka Adam pun duduk lah sebelah Ikhwan. Namun tempat duduk Adam hanya lah dibelakang Damia sahaja. Boleh la dia tengok - tengok andai sahaja Firdaus nak berbuat buruk terhadap Damia. Aku luku kepala dia dari belakang ni kang !

Damia juga rasa sedikit serba salah apabila naik - naik sahaja bas pastu duduk tiba - tiba Firdaus terus mengambil tempat di sebelahnya. Nak di halau dan katakan ni tempat Adam kantoi pulak nanti. Hmmm maka Damia terpaksa lah memberikan tempat duduk tersebut kepada Firdaus. Harap Adam memahami dan tak salah faham dah..

Adam tidak jadi senang duduk dibuatnya sepanjang perjalanan. Asyik - asyik nak tengok Damia aje kerja dia.

" Rileka bro...aku faham perasaan kau tapi sekarang kan kita dalam bas nanti kang kantoi pulak status kau dengan Damia..." bisik Ikhwan.

Akhirnya Adam kembali sandar dan tenangkan dirinya di kerusinya.Hmmm asal la Maiera tak duduk dengan Damia tadi ? Ni tak sibuk aje Maiera pergi duduk dengan kawan kelas dia haish.

Setibanya mereka di lokasi kem, semua pelajar kelihatannya agak teruja melihat sekeliling kawasan kem. Kawasan kem adalah di dalam sedikit hutan yang agak tebal. Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam hutan itu seorang diri semestinya akan tersesat. Namun kawasan kem ini terdapat anak sungai di sebelah kiri tapak perkhemahan mereka. Best ni kalau mandi sungai ! Dah lama tak mandi sungai...

" Okay perhatian kepada semua pelajar ! Sekarang adalah waktu untuk kamu semua pasang khemah masing - masing. Satu khemah untuk 2 orang ya ! " kata cikgu Fakri a.k.a cikgu yang bertugas menjaga pelajar sewaktu perkhemahan dan kem jati diri ini dilangsungkan.

Terdapat juga 2 cikgu perempuan dan seorang lagi cikgu lelaki turut bersama mereka. Tidak juga lupa dengan beberapa fasilator yang turut ada. Fasilator - fasilator ini hanya terdiri daripada bekas senior - senior pelajar Smk Tunku Abdul Putra yang menawarkan diri dan sahaja membuat kerja amal untuk menolong cikgu - cikgu menjayakan kem jati diri ini.

Bermulahlah aktiviti memasang khemah masing - masing. Adam sekhemah dengan siapa ? Dengan Damia ke ? Hehehe memang itu yang Adam nak sebenarnya tapi disebabkan semua pelajar masih tidak tahu akan status mereka kecuali cikgu - cikgu sekolah maka terbatas la Adam  hendak berbuat demikian.

Damia sekhemah dengan Humaiera. Itu yang sudah dipesan oleh Adam dari rumah lagi ! Dia pesan dekat Maiera untuk bersama - sama Damia dan menjaganya. Sayang benar dia dengan Damia.

Maka Adam pula sekhemah dengan Ikhwan. Macam biasa lah itu sahaja kawan karib yang Adam ada kan. So ? Si budak baru tu sekhemah dengan siapa ?

Entah ! Lantak dia nak sekhemah dengan siapa ! Dah besar kan ? Pandai - pandai uruskan sendiri.

Damia dan Humaiera memasang khemah bersama - sama. Ini lah pengalaman pertama mereka memasang khemah. Excited rasanya sebab ni juga merupakan first time perkhemahan yang Damia dan Humaiera join.

Setelah siap , Damia terasa sedikit dahaga. Namun tiba - tiba Adam dan Firdaus menghulurkan botol air mineral serentak kepada Damia.

" Nah Damia..." kata Ikhwan.

" Nah Mia..." kata Adam.

Damia sedikit tersentak ! Hahahaha kenapa serentak ni ? Aduh nak pilih yang mana ?

" Errrr..."

" Amboi dua - dua bagi dekat Damia aje ? Maiera tak ada ke ? " tanya Humaiera.

" Errrr terima kasih..." kata Damia lalu mengambil kedua - dua botol air tersebut lalu yang Firdaus bagi Damia bagi dekat Humaiera dan semestinya yang Adam bagi dia minum lah. Gila suami bagi takkan tak nak minum.

Firdaus sedikit tersenyum hambar ! Cehhh ! Tetap pilih yang Adam punya !

Adam juga tersenyum agak sinis. Hahahaha kau ingat Damia hadap sangat dengan air kau ?

" Okay la Damia saya sambung buat kerja dulu tau. Kalau ada apa - apa panggil aje saya okay ? " kata Firdaus lalu dia beredar.

" Tak payah gatal nak panggil dia Mia..." kata Adam straight to the point.

" Wuu ada orang jelous lah hahahah " usik Humaiera.

Damia ketawa kecil.

" Mana ada...abang just tak suka dengan budak baru tu...cari perhatian orang aje semua tu. Ingat ea Mia....kalau ada apa - apa cari suami awak ni...bukan cari budak baru tu..." kata Adam lagi.

" Yelah - yelah ...." kata Damia.

Selepas itu tiba - tiba Adam menghulurkan tangannya kepada Damia. Damia dan Humaiera sedikit terpinga - pinga.

" Nak apa ? " tanya Damia.

" Nak upah bagi air mineral tu lah..." kata Adam.

" Nak upah ? Upah apa ? " tanya Damia masih tidak mengerti.

Tetiba Adam menunjukkan pipinya kepada Damia.
Oh baru Damia faham. Eh - eh Adam ni berani minta yang bukan - bukan dalam hutan ni hahahahaha .

" Oiii abang ! Ingat sama ni bukan bilik korang ea ! Ni hutan ! Pastu ingat sama bukan semua orang tahu status korang..." perli Humaiera.

" Hahahahaa alaa..abang gurau aje la..." kata Adam.

Damia sedikit menggeleng. Hahaha macam - macam perangai lah anak raja seorang ni...

" Okay lah take care ea...saya nak sambung buat kerja dulu ...bye my princess..." kata Adam lalu mengusap lembut kepala Damia seraya berlalu meninggalkan Damia.

Damia hanya tersenyum sambil melihat Adam melangkah pergi. Hmmmm take care juga my prince...
***********
Adam duduk berehat sekejap di tepi sungai. Huh penat dho kem ni nak kemas - kemas apa semua. Aktiviti pun start malam nanti. Sekarang cuma waktu untuk kemas barang - barang dengan tempat tidur aje..

Sedang leka Adam melihat air sungai yang jernih tiba - tiba dia terpandangkan Firdaus yang sedang bercakap dengan seorang fasilator lelaki yang dikenali sebagai abang Zaim.

" Apa yang dia borak dengan abang fasi tu ? Hmmm nak bagitahu tak boleh buat acara malam nanti lah tu. Cehh nak mengular aje kerja .." desis hati Adam.

Setelah itu, Adam mula mengfokus semula kepada air sungai di hadapannya.

Dalam beberapa minit kemudian, semua pelajar diminta untuk berkumpul. Ada pembahagian kumpulan yang hendak diberikan oleh abang fasi kita. Ya berkenaan dengan group semua cikgu serahkan kepada fasilator - fasilator yang terlibat.

" Okay sekarang abang nak bahagi kan kamu semua kepada beberapa group. Satu group akan ada dalam 5 orang ya.

Abang fasi tersebut mula membahagikan orang. Hmmm sedih untuk Adam lagi. Dia tidak sekumpulan dengan Damia. Bahkan yang menyakitkan hati Adam apabila Firdaus Hakimi yang sekumpulan dengan Damia.

Kejap ! Hah entah - entah budak baru tadi tu jumpa abang fasi sebab nak suruh letak dia satu group dengan Damia apa ? Tak guna betul lah ! Ni tak adil. 😤

" Oii bro kau asal ? Tak happy ke satu group dengan aku ? Hehe kita berdua ni memang tak boleh dipisahkan kan ? Pastu adik kau pun satu group dengan kita..." kata Ikhwan teruja. Namun Adam masih mengelamun dan tidak fokus kepada Ikhwan.

Adam masih tak habis fikir. Kenapa Firdaus nak sangat rapat dengan Damia ? Apa motif dia ? Dia sukakan Damia ke ? Hmmm kalau betul benda ni tak boleh dibiarkan.

" Adam kau kenapa ni ? " tanya Ikhwan.

" Aku tak puas hati ahh Ikhwan...Asal aku tak dapat satu group dengan Damia eh ? Asal asyik - asyik budak tu aje yang dapat dekat dengan Damia ? " luah Adam.

" Oh sebab tu lah kau termenung semacam aje ni ? " tanya Ikhwan.

" Hmmm dah la aku tak ada mood lah...aku nak balik khemah jap..." kata Adam.

Ikhwan hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alahai susah betul lah....kalau ada suami isteri di usia muda ni....Asyik nak jelous aje...

Tiba waktu untuk makan. Semua pelajar sibuk mengambil makanan masing - masing yang telah disediakan oleh cikgu - cikgu bertugas. Namun Adam hanya duduk sendirian di tepi sungai tanpa menjamah sedikit pun makanan. Dia hanya menyendiri dan melayan perasaannya.

" Eh bro ? Tak makan ke ? " tegur Firdaua tiba - tiba muncul.

Orang dah la tengah badmood pasal budak baru itu. Entah tiba - tiba muncul pulak ! Dia ni memang menguji kesabaran aku betul lah !

" Aku dah kenyang.." jawab Adam mendatar.

" Oh yeke dah kenyang ? Orang lain baru makan aje takkan kau dah kenyang ? " perli Firdaus.

Adam terus bangun untuk berhadapan dengan Firdaus.

" Aku kenyang ke aku lapar ke tu perut aku yang kau nak ambil kesah sangat tu kenapa ?" kata Adam sedikit kasar. Dia memang dah lama geram dengan Firdaus ni.

" Woo rileks ahhh bro ....asal kau macam nak marah ni ? Aku just tanya aje kan ? " balas Firdaus dengan nada yang rendah.

" Ok lah memandangkan kita berdua aje kat sini...aku nak bagitahu kau something..." kata Adam akhirnya.

" Something apa ? "

" Aku nak bagi warning kat kau....aku tak suka kau dekat dengan Damia ! " jelas Adam.

Firdaus tersenyum sinis.

" Asal pulak kau tak suka aku dekat dengan Damia ? Kau siapa nak halang aku dekat dengan Damia ? " kata Firdaus sengaja ingin mencabar kesabaran Adam.

" Aku suami Damia ! " teriak Adam di dalam hati. Hmmm dia nak sangat sebut perkataan tu dekat depan muka Firdaus tika ini namun semuanya masih terbatas !

" Kenapa kau tak jawab ? Okay buat pengetahuan kau aku suka dekat Damia....kalau kau tak ada apa - apa hubungan dengan Damia better kau tak payah nak halang aku bagai untuk aku dekat dengan Damia..." kata Firdaus yakin.

" Aku boyfriend Damia ! " kata Adam terus. Itu sahaja yang dapat Adam kata tika ini.

" Oh ya ? Okay nevermind baru aje boyfriend bukannya suami lagi kan ? " kata Firdaus sinis.

Adam tersentak ! Berani gila budak ni memang menguji kesabaran aku nampaknya ! Hish kalau aku tak fikirkan yang kami sekarang tengah ada kem mesti aku dah bagi penumbuk sulung aku dah kat muka dia yang acah handsome tu...

" Dah ahh aku blah dulu...Panas pulak lama - lama dekat sini...." kat Firdaus seraya meninggalkan Adam.

" Bagus kau blah ! Lama lagi kat sini aku tolak masuk sungai kang ! " desis hati Adam.

**********

Jam tangan Adam menunjukkan pukul 5 petang. Suasana agak sunyi sedikit kerana masing - masing sedang berehat di khemah.

Adam juga telah berehat di khemahnya tika ini.Namun dia terasa hendak keluar untuk melihat keadaan di luar.

Keluar - keluar aje Adam dari khemah , dia hanya mencari seseorang sahaja iaitu siapa lagi kalau bukan pujaan hatinya Damia. Namun kelibat Damia tidak kelihatan. Adam memerhati sekeliling. Hmm mana Damia ? Ada dalam khemah kot kan ? Tetiba Adam terserempak dengan Humaiera yang sedang mengambil air minum di tempat yang telah disediakan.

" Maiera..." panggil Adam.

Seketika Humaiera mendekati abangnya.

" Kenapa abang Adam ? " tanya Humaiera.

" Mia mana ? Abang tak nampak dia pun ? " tanya Adam.

" Oh Damia masuk hutan.." itu yang dikatakan oleh Humaiera.

Adam sedikit tersentak ! Apa ? Damia masuk hutan ?

" Maiera cakap apa ni ? Damia masuk hutan kenapa ? " tanya Adam risau.

" Eh sabar - sabar.  Tak tadi , abang fasi group Damia dapat tugasan untuk cari kayu api...sebab kayu api untuk camp fire malam ni tak cukup..so Damia dengan group dia pergi cari lah dalam hutan tu..Abang jangan risau lah. Bukan Damia sorang aje dalam hutan tu..siap ada abang fasi lagi yang jagakan diaorang semua...lagipun diaorang dah pergi lama. Kejap lagi balik la tu..Okay la abang Adam..Maiera balik khemah dulu ya..." kata Humaiera seraya melangkah ke arah khemahnya.

" Hmmm kenapa aku rasa tak sedap hati ea ? " desis hati Adam.

Seketika Adam melihat kelibat Firdaus. Eh dia tak ikut group dia cari kayu api sekali ke ?

Beberapa minit kemudian abang fasi group Damia dan beberapa ahli pun sampai. Namun satu aje yang membuatkan Adam risau sangat - sangat. Figura Damia tidak kelihatan di dalam group tersebut.

Adam terus menerpa ke arah fasi group Damia yang dikenali sebagai abang zaim.

" Abang zaim mana Damia ? " tanya Adam straight to the point.

Bila Adam dah face to face dengan fasi tersebut dan ahli kumpulan Damia baru Adam perasan riak wajah mereka berubah sama sekali !

" Abang saya tanya mana Damia ? " tanya Adam lagi.

" Damia....Damia hilang..." kata abang Zaim tergagap.

Adam tersentak hebat ! Apa yang ditakutkan olehnya kini telah menjadi kenyataan.

" Apa ?! Damia hilang ?! "

Dalam diam seseorang sedang tersenyum sinis.

" Well done ..." desis hati seseorang

#Damia hilang guys ? Macam mna dia bleh hilang ? Kehilangan Damia dirancang atau memang benda nak jadi ? Nak tahu apa yang jadi ? Stay tuned ya 😊 keep vote and comment guys 💕




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro