Bab 38
Tanpa berfikir apa - apa , Adam terus terjun ke dalam kolam lalu berenang untuk mendapatkan Damia yang terkapai. Apabila Adam sudah dekat dengan Damia tiba - tiba Damia berdiri selamba dan air kolam itu hanya paras dadanya sahaja. Dia cuma ingin menguji Adam sahaja.
" Sayang juga awak kat saya ea ? Ingatkan dah tak peduli even saya lemas sekalipun ? " kata Damia.
Adam memandang tajam Damia. Walaupun takut bagi Damia untuk membalas pandangan Adam. Dia tetap memandang Adam.
" Apa awak cuba buat ni Damia ? Awak dah gila ke hah ? " marah Adam.
" Saya cuba buat awak dengar apa yang saya nak cakap ! " balas Damia kuat.
Alahai bergaduh dekat dalam kolam pulak. Masing - masing dah basah lencun. Adam masih dengan keras kepalanya. Dia ingin berlalu pergi untuk keluar semula dari dalam kolam. Namun Damia tidak melepaskan peluang untuk memeluk Adam dari belakang. Hal ini menghentikan langkah Adam.
" Adam..please..tolong dengar dulu apa saya nak cakap..." kata Damia sambil memeluk erat belakang Adam. Takut Adam melangkah pergi lagi.
Adam diam dan terkaku. Dia hanya membiarkan Damia memeluknya dari belakang. Tanpa membuang masa , Damia terus meneruskan katanya.
" Saya tak rehat pun dengan Daus...saya rehat dengan awak sebenarnya..." kata Damia.
Adam sedikit tersentak ! Hah ? Apa maksud Damia ? Dia rehat dengan aku ? Bila masa pulak.
" Memang awak nampak waktu habis aje waktu rehat tadi saya ada berdua dengan Daus dalam kelas kan ? tapi sebenarnya kitaorang baru aje sampai kelas pastu saja borak - borak sikit..." jelas Damia.
Adam masih tak faham dan mematungkan diri. Betul ke apa yang Damia cakapkan ni ? Boleh percaya ke ?
" Mungkin awak salah faham kot sebab Maiera cakap saya rehat dengan Daus kan ? Tak semua tu sebenarnya waktu Maiera dengan Adwa ajak saya rehat sekali memang saya nak rehat dengan diaorang tapi...Daus aje yang memandai - mandai cakap saya rehat dengan dia...pastu terus Maiera dengan Adwa percaya dan tinggalkan saya...saya mengaku memang Daus ada ajak saya rehat sekali , tapi saya tolak. Hmm saya malas nak pergi kantin dah so saya pergi koperasi beli roti dan saya makan dekat padang basketball. Masa tu la saya nampak awak dengan Ikhwan. Saya nampak awak dengan Ikhwan macam bincangkan sesuatu yang serious aje...so saya tak nak la kacau...Saya duduk berdekatan dengan awak berdua aje..." jelas Damia panjang lebar.
Alahaiiiii rupanya Damia ada dekat aje dengan aku ? Sedangkan masa tu aku tengah borak dengan Ikhwan pasal dia dengan Firdaus.
" Saya balik awal kelas sebelum awak...sebab tu kita tak bertembung pun masa balik dari padang basketball tu. Awak tolong percayakan saya..Saya takkan tipu awak Adam...Jangan buat macam ni dekat saya...Jangan marah saya...Jangan mengelak dari saya..." kata Damia dan akhirnya dia menangis teresak - esak di belakang Adam.
Tersentuh dan rasa bersalah Adam setelah mendengar semua penjelasan dari Damia Alahai Adam kau lah ni cemburu sangat. Kan dah tersalah tafsir. Seketika Adam memusingkan tubuhnya menghadap Damia setelah dia meleraikan pelukan Damia. Kelihatan Damia memandang ke bawah...
Adam menolak sedikit dagu comel Damia ke atas agar Damia memandang tepat ke wajahnya. Mata Damia sedikit merah akibat menangis. Hmmm aku dah buat dia menangis lagi.
Tetiba Adam mencium dahi Damia. Lama. Damia memejamkan matanya cuba untuk menghayati ciuman Adam pada dahinya.
" Maaf Mia...Adam cemburu tengok Mia rapat dengan budak baru tu...Adam takut..Adam hilang Mia...Dia kembar Firdaus...wajah dia sama dengan Firdaus...Adam takut kalau Mia mula jatuh cinta pulak dengan dia...Adam takut , Adam dah takkan ada lagi tempat di hati Mia.." luah Adam akhirnya. Itu yang dia rasakan sejak munculnya Firdaus Hakimi dalam hidup dia dan Damia.
Seketika mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Damia menyentuh lembut pipi milik Adam. Dia menggeleng..
" In shaa Allah...takkan ada sesiapa yang dapat gantikan Adam di hati Mia...Firdaus tu masa lalu Mia...tapi Adam...masa depan Mia...Adam jangan fikir bukan - bukan...Adam jangan rasa yang Daus dapat gantikan Adam...sebab wajah dia mirip dengan arwah Firdaus..Walaupun sama , dia bukan Firdaus...dia hanya kembar Firdaus....In shaa Allah Mia akan setia dengan Adam sampai hujung nyawa Mia..." kata Damia pula meyakinkan Adam.
Akhirnya Adam tersenyum kecil lalu tubuh kecil Damia dipeluk erat olehnya. Sweet lahai pasangan suami isteri ni 💕
***********
Keesokkan harinya mereka berdua pergi ke sekolah seperti biasa. Adam juga telah nekad yang dia takkan cemburukan Firdaus Hakim lagi. Adam percaya dan yakin dengan Damia mulai detik ini .
Di dalam kelas 5C1. Sekarang bermulahlah waktu pembelajaran subjek Mathematic iaitu kelas Teacher Mooi. Kelas Math teacher Mooi paling orang takut andai sesiapa sahaja yang tak siap kerja sekolah yang dia beri atau tak bawa buku teks Mathematic. Memang kena marah teruk dan mesti kena rotan dekat tangan atau tak pun kena denda berdiri dekat luar.
Damia menggeledah sendiri beg sekolahnya. Mana buku teks math dia ? Takkan dia tak bawa ? Tapi semalam masa mengemas, Damia letak dekat atas meja. Aduhh ! Dia tertinggal dekat atas meja biliknya. Ermmm macam mana ni ?
Tetiba budak hadapan Damia meletakkan buku teks math di atas meja Damia. Damia sedikit terkejut.
" Err buku siapa ni ? " tanya Damia perlahan.
" Budak baru depan aku yang suruh bagi dekat kau buku teks ni.." kata Naim rakan sekelas Damia yang duduk di hadapan Damia.
Ya Firdaus Hakimi memang duduk hanya selang satu tempat duduk dengan Damia. Seketika Damia mengintai sedikit untuk dapat lihat wajah Firdaus kebetulan Firdaus memang tengah menoleh ke belakang.
Damia menayangkan buku teks math itu kepada Firdaus sebagai tanda tanya " Kenapa bagi saya ? "
Firdaus hanya tersenyum lalu mengangguk.
Adam hanya menjadi pemerhati dalam diam melihat tingkah laku Damia. Dah kenapa dengan Damia ? Dia cakap apa dengan si Firdaus tu ?
" Okay ! Seperti biasa siapa yang taklak bawa itu buku teks math bangun sekarang ! " teriak teacher Mooi.
Semua pelajar melihat kiri dan kanan. Mencari ada tak sesiapa yang tak bawa buku teks math teacher Mooi. Siapa yang tak bawa tu memang tempah maut lah.
Tiba - tiba Firdaus menolak kerusinya lalu bangun.
" Saya teacher..saya lupa bawa buku teks math.." kata Firdaus selamba.
Semua pelajar pakat riuh sedikit. Mesti mereka tengah cakap Firdaus berani tak bawa buku teks math teacher Mooi.
" Ohhh kamu itu bulak baru sudah berani taklak bawa buku teks math saya ya...sini kamu ! " teriak teacher Mooi nyaring.
Damia sedikit terkejut. Terbit rasa bersalah di hati Damia. Tak ! Bukan Daus yang tak bawa buku teks Math tapi Damia sendiri yang tak bawa..Hmmm Daus bagi buku teks math ni sebab tak mahu dirinya yang kena denda dengan teacher Mooi.
Piapppp ! Tangan kiri Firdaus dirotan kecil sekali. Semua pelajar sedikit ngilu rasanya. Well bila orang yang kita tengok kena rotan automatik sakit dia pun kita terasa sikit.
Even tangan kiri Firdaus dirotan namun dia masih tersenyum manis kepada Damia. Tanda yang dirinya tidak apa - apa. Denda Firdaus tidak sampai di situ sahaja. Dia dihukum pula berdiri di luar kelas sampai habis waktu teacher Mooi. Alahaiii kelas form 5 memang straight sikit sekolah ni sebab tahun SPM memang pihak sekolah akan push habis - habisan.
Setelah keluar sahaja dan tamat waktu teacher Mooi , Damia bangun untuk melihat keadaan Firdaus di luar macam mana. Hmmm rasa bersalah Damia menggunung gila ! Kenapa lah Daus ni baik sangat? Sampai sanggup korbankan dirinya untuk Damia.
Namun langkah Damia terhenti apabila Adam menghalang.
" Awak nak pergi mana ? " tanya Adam.
" Nak tengok Daus lah...Kesian dia..." kata Damia.
" Kenapa pulak nak kesiankan dia ?" tanya Adam.
" Yelah...awak tahu tak kenapa dia cakap dia tak bawa buku ? "
" Kenapa ? "
" Sebab buku dia , dia bagi dekat saya...Sebab sebenarnya bukan dia yang tak bawa buku tapi saya yang tak bawa....Saya nak pergi tengok dia kejap...Kesian dia sebab saya dia yang kena denda..." kata Damia dan ingin melangkah pergi.
Tiba - tiba ada sorang pelajar menjerit berkata sesuatu.
" Weyhhh korang ! Budak baru tu pengsan dekat luar ! " teriak seorang pelajar kelas 5C1 juga iaitu Nadine.
Semua pelajar meluru keluar untuk melihat keadaan Firdaus. Tambah - tambah Damia juga berlari keluar untuk melihat keadaan Firdaus. Adam terkaku sendiri di mejanya.
" Kenapa mesti budak baru tu yang tolong Damia ? Kenapa aku tak perasan langsung yang Damia tak bawa buku tadi. Kenapa budak baru tu jugak yang nampak hero dekat depan mata Damia ? " desis hati Adam.
Tiba - tiba belakangnya ditepuk Ikhwan.
" Oii Adam kau tak nak tengok budak baru tu pengsan ke ? Damia dah pergi tengok dah tu. Takkan kau nak biar aje ? Dah - dah jom ! "
***********
Akibat Firdaus didenda , dia jatuh pengsan. Dia juga telah dibawa ke bilik kesihatan Smk Tunku Abdul Putra. Setelah Firdaus dihantar oleh pelajar - pelajar lain, mereka telah beredar pergi. Hanya tinggal Damia , Adam, Ikhwan dan guru bertugas sahaja di situ.
Setelah doktor yang bertugas di sekolah mereka memeriksa Firdaus dia mendapatkan guru bertugas untuk memberitahu akan keadaan Firdaus. Alhamdulillah Firdaus hanya pengsan biasa saja kerana terlalu penat berdiri selama 2 jam di luar kelas memandangkan waku pelajaran teacher Mooi agak lama.
Seketika guru bertugas juga meminta diri untuk menyambung tugasnya yang lain. Damia pula hanya tunggu Firdaus sedarkan diri. Dia nak ucapkan terima kasih dekat Firdaus. Sebabkan dia bagi buku dekat Damia tadi. Damia selamat tidak di denda.
Namun Damia juga nak minta maaf hmmm sebabkan dirinya juga Fidaus sampai pengsan.
" Bro aku balik kelas dulu ea...kejap lagi cikgu marah pulak kalau ramai - ramai dekat sini..." kata Ikhwan meminta diri.
Tinggallah Adam dan Damia sahaja di situ akhirnya.
" Hmmm kalau Mia bawa buku teks tadi..mesti semuanya takkan jadi macam ni kan Adam ? Hmmm betul la kan cakap orang - orang ...Mia memang budak pembawa malang...Sesiapa aje yang dekat dengan Mia..mesti dia akan kena macam - macam...." luah Damia.
" Shhhhhh....jangan cakap macam tu Mia...Benda dah nak jadi...Ni semua bukan salah Mia..dah jangan salahkan diri sendiri...Sudah la biar Firdaus rehat dulu...kita balik kelas sekarang...nanti cikgu cari pulak...jom..." kata Adam lalu menarik tangan Damia.
Damia mengikuti langkah Adam namun hatinya berat untuk meninggalkan Firdaus yang terbaring lesu seorang diri itu.
Dalam beberapa minit aje kepergian Adam dan Damia ke kelas. Tetiba Firdaus sedar akan pengsannya. Firdaus memegang kepalanya yang sedikit sengal dan sakit. Seketika dia mengubah posisi dari baring ke duduk. Firdaus melihat sekelilingnya agak sunyi. Hmmm dia cuba mengingat semula apa yang terjadi sebelum di pengsan. Tetiba Firdaus tersenyum sinis sendiri.
" Oh baru aku ingat ! Sebabkan budak perempuan malang tu la aku ada kat sini ! Herrrr ! Menyusahkan orang betul ! Tak apa lah semua yang aku buat ni untuk arwah abang Fir . Abang Fir ....aku takkan biar dia bersenang lenang dan bahagia dengan orang lain . Aku akan balas dendam untuk tuntut balik kematian kau....." desis hati Firdaus Hakimi.
#Firdaus Hakimi jahat ke ? Dia ada motif sebenarnya disebalik semua kelakuan baiknya di hadapan Damia ? Keep vote and comment pls 💘😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro