Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 37


Makin hari , Firdaus Hakimi semakin rapat dan mula selesa dengan Damia. Damia juga jadi semakin selesa bersama Firdaus. Mungkin Damia masih terasa dan terbayangkan yang Fir masih ada dengan dirinya.Dia boleh nampak dan rasa sikap Daus juga seperti Fir.

Hal ini mengundang rasa tidak senang hati kepada Adam. Hmmm keakraban yang terjalin di antara Firdaus Hakimi dan Damia mengundang rasa cemburu di hati Adam. Siapa yang tak cemburu ? Bila isteri sendiri rapat dengan lelaki lain ? Tambah - tambah lagi rapat dengan lelaki yang berwajah sama dengan bekas kekasih. Namun Adam masih mampu menahan rasa cemburunya. Dia tidak boleh memaksa dan mengatur - aturkan hidup Damia. Nak melarang Damia untuk berkawan dengan siapa pun..dia tidak boleh buat begitu walaupun sebenarnya dia berhak.

" Adam.." panggil Ikhwan di sebelah.

" Apa ? "

" Kau tak jelous ke tengok Damia makin rapat aje dengan budak baru tu ? " tanya Ikhwan. Tengok Ikhwan sendiri juga nampak benda yang sama. Damia makin rapat dengan Firdaus.

" Hmm biarlah..diaorang nak berkawan apa salahnya...takkan aku nak halang.." kata Adam selamba.

" Ish kau ni. Kau kata tak salah ? Heyy man...dekat sekolah ni aku sorang aje yang tahu kau dengan Damia tu sepasang suami isteri tau....budak baru tu apa tau ? Dia nampak Damia tu single kau tau tak ? " bebel Ikhwan perlahan takut pula kalau didengari oleh orang yang ada dekat situ memandangkan mereka sekarang tengah lepak dekat padang basketball. Maklumlah tengah waktu rehat. Malas nak rehat dekat kantin.

Hmmm ada betul juga kata Ikhwan. Firdaus tak tahu pun yang Damia tu isteri aku. Milik aku. Be positive Adam. In shaa Allah Mia tahu jaga batas dia. Takkan dia nak jatuh cinta dengan kembar Firdaus pulak kan ?

" Oiii kau dengar tak ni apa yang aku cakap ? " tanya Ikhwan.

" Hah ? Oh dengar - dengar. Ermm tak apa lah Ikhwan...aku kenal Mia...dia just berkawan aje takkan lebih dari tu..." kata Adam yakin.

" Hmmm yelah - yelah...ikut suka hati kau lah Adam...yang penting aku dah ingatkan kau dah..." kata Ikhwan.

Adam mengangguk kecil lalu menghadiahkan senyuman kepada Ikhwan.

" Thanks Ikhwan ambil berat pasal aku.." kata Adam.

" Sama - sama.."

" Dah la jom balik kelas...kejap lagi loceng tamat rehat  dah nak bunyi.." ajak Adam.

Seketika mereka pun beredar untuk pergi ke kelas. Semasa Adam dan Ikhwan hendak ke kelas, tiba -tiba dia terserempak dengan adik - adiknya. Kelihatan pelik sekejap sebab hanya ada adik - adik Adam tanpa Damia. Eh bukan Damia rehat dengan adik- adiknya ke hari ni ? Tadi Damia cakap dia nak rehat dengan Humaiera dan Adwa.

" Eh abang ? Dari mana ? " tegur Adwa.

" Abang dari padang basketball dengan Ikhwan tadi rehat dekat sana..." kata Adam. Matanya tidak fokus pada Adwa malah meliar ke merata tempat seperti mencari sesuatu.

" Hai angel ..." sapa Ikhwan kepada Humaiera.

Humaiera hanya menjelingkan mata memberi isyarat mata kepada Ikhwan bahawa dia malu disapa seperti itu.

" Ermmm Damia tak rehat dengan korang ke ? " tanya Adam akhirnya.

" Tak...dia cakap dia rehat dengan budak baru kelas abang tu..." kata Adwa selamba.

Adam sedikit tersentak ! Apabila budak baru itu disebut. Apa ? Damia rehat dengan budak baru tu ? Hmmm tadi cakap lain dengan aku kata nak rehat dengan Humaiera la apa la..

Ikhwan sedar akan perubahan riak Adam. Seketika dia memegang bahu Adam lalu membisikkan sesuatu.

" Rileks bro..aku tahu apa yang kau tengah fikirkan sekarang..." bisik Ikhwan.

" Kenapa abang ? " tanya Humaiera setelah melihat abangnya yang sedikit berbeza.

" Hah ? Ehh tak ada apa - apa...abang balik kelas dulu..." kata Adam seraya terus berlalu.

Ikhwan juga terus mengejar langkah Adam yang semakin jauh. Tinggallah Humaiera dan Adwa yang sedikit terpinga - pinga.

Sampai - sampai saja di kelas , kelihatan Damia dan Firdaus sedang duduk berdua sambil bergelak ketawa seraya menikmati roti yang dibeli di koperasi. Adam terkaku seketika di hadapan pintu kelas tanpa Firdaus dan Damia sedar akan kehadirannya.

Hati Adam sedikit terguris. Bahagianya Mia..dengan Firdaus. Seketika Adam menguatkan hatinya untuk melangkah masuk ke dalam kelas. Tetiba loceng tamat rehat pun berbunyi. Adam melangkah selamba menuju ke tempat duduknya. Adam dah dekat dengan mejanya baru Damia dan Firdaus perasan akan kehadirannya.

" Ehh hai Adam..." sapa Firdaus ramah.

Adam hanya memandang kosong ke arah sapaan Firdaus. Hmmmm tak payah nak berhai sangat lah ! Menyampah aku ! Adam tak balas sapaan dari Firdaus malah dia hanya mengeluarkan buku teks subjek yang seterusnya untuk dibaca.

Damia hanya memandang pelik ke arah Adam. Kenapa dengan Adam ni ? Macam moody semacam aje ? Tapi tak baik lah buat tak endah aje dengan sapaan Daus.
*********
Jam loceng telah berbunyi menandakan waktu balik tu semua pelajar Smk Tunku Abdul Putra. Macam biasa pasti Adam dan Damia adalah pelajar yang agak lewat sedikit keluar kerana tidak suka berebut - rebut dengan pelajar - pelajar lain untuk balik. Namun hari ni bukan tinggal Adam dan Damia sahaja berdua tapi budak baru si Firdaus Hakimi tu pun ada sekali. Arghhh sibuk aje budak baru ni !

" Damia...nanti awak tolong ajarkan saya buat Math ya...saya lemah sikit lahh..." kata Firdaus tiba - tiba datang ke tempat Damia.

" Oh yaka ? Hah boleh - boleh...In shaa Allah..." kata Damia.

" Hee terima kasih...ermm awak dah nak balik ke ? Nak saya hantarkan awak balik ? Saya datang naik superbike. Kalau awak nak balik sekali, jomlah saya tumpangkan..." tawar Firdaus tiba - tiba.

Pehhhhhh ! Hangin bhaiii Adam satu badan ! Ajak balik sekali pulak ? Budak ni kan cukup hari bulan makan penyepak sulung aku jugak !

Damia sedikit terkejut dengan ajakan Firdaus. Dia memandang Adam yang sedang memandang lain macam ke arah Firdaus tanpa Firdaus sedar.

Tetiba Adam terus menggalas beg sekolahnya dan melangkah hendak keluar dari kelas. Tidak dapat dia tahan nak duduk dalam kelas tu lama-lama. Nanti kang ada yang makan kasut jugak ! Adam juga tidak menunggu Damia untuk berjalan bersama  seperti selalu.

" Errr tak apa Daus...saya dah ada orang jemput....terima kasih ya...Ermm saya balik dulu..bye Assalamualaikum..." kata Damia lalu mencapai begnya dan cepat - cepat berlalu untuk mengejar Adam.

Hmmm mesti Adam fikir bukan - bukan soal ajakan Daus tadi. Aduhaiii 😩

Damia melihat Adam yang hampir dekat dengan pintu pagar sekolah dah. Huh lajunya Adam berjalan hari ni.

" Adam...tunggu Mia..." teriak Damia sedikit kuat.

Adam menoleh sekilas lalu meneruskan langkahnya lagi. Namun kali ni , Damia lebih pantas menyaingi langkah Adam lalu dia menarik tangan Adam sehingga Adam tertoleh menghadapnya.

" Adam..." panggil Adam.

Adam hanya mendiamkan diri sambil memandang tepat ke wajah Damia.

" Awak jangan salah faham pasal ajakan Daus tadi. Saya tak sangka yang dia akan ajak balik sekali. " jelas Damia.

" Its okay...kalau nak balik dengan dia pun apa salahnya. Rehat pun boleh rehat sekali kan ? " kata Adam straight to the point lalu Adam meleraikan pegangan tangan Damia.

Damia sedikit terkedu.Ohh disebabkan benda ni la Adam moody ? Aduh mesti Adam dah salah faham ni.

Sesampainya di kereta, Adam terus membuka pintu kereta tempat duduk hadapan. Kelihatan Adwa sudah duduk di hadapan.

" Eh tempat kau kat belakang lah abang ! Asal buka pintu aku ? " tanya Adwa terkejut tiba - tiba pintu tempat duduknya dibuka.

" Aku nak duduk depan hari ni , kau pergi duduk belakang...cepat lahh..." kata Adam mendatar.

Akhirnya Adwa mengalah lalu duduk di belakang. Jadi hari ni, Adwa , Humaiera dan Damia duduk belakang bertiga.

" Hmm Adam marah sangat sampai tak nak duduk belakang dengan aku...." desis hati Damia sedih.

" Abang Adam asal tak duduk belakang ?! Gaduh ke dengan Damia ? Ishhh kan Maiera dah cakap...kalau ....aban....." kata Humaiera...

" Shut up Maiera ! " celah Adam sedikit kuat.

Terdiam Humaiera dibuatnya. Kalau suara abang Adam dah lain tu jangan sesiapa pun berani melawan lagi.
***********
" Lahhh macam tu ke ? Haish patut lah abang Adam moody semacam..." kata Humaiera setelah mendengarkan setiap cerita Damia.

" Hmmm ya.. Sampai sekarang , Adam tak cakap dengan  saya..." luah Damia.

" Hahahaaha abang Adam ni kuat jelous betul lah....aduhaii..okay macam ni lah. Malam ni cuba awak slow talk dengan abang Adam..Explain dia baik - baik... In shaa Allah mesti dia okay punya lah.." cadang Humaiera.

Damia mengangguk kecil.

Pada malam itu, selepas menunaikan solat isyak apa semua. Damia mencari Adam untuk menjelaskan semua salah faham. Namun Adam tidak kelihatan langsung ! Hmmm mana Adam pergi sebenarnya ?

Sedang Damia mencari Adam tiba - tiba dia terjumpa satu laluan bertangga yang menuju ke atas. Eh ? Atas ni ada apa ? Seketika Damia pun naik ke atas. Setibanya Damia di atas, Damia sedikit terkejut. Tak sangka betul dia. Ada tingkat atas lagi di bahagian bumbung rumah kalau dilihat dari luar tapi sebenarnya di sini ada sebuah kolam renang.

Dan ada Adam juga disitu. Adam tengah duduk seorang diri sambil merendam kaki di dalam kolam. Nampak dari jauh yang Adam tengah mengelamun. Terbit rasa bersalah dalam hati Damia. Hmmm mesti Adam mengelamun sebab fikirkan aku dengan Daus.

Seketika Damia mendekati Adam.

" Prince..." sapa Damia.

Adam sedikit tersentak lalu menoleh ke arah Damia.

" Awak buat apa kat sini Damia ? " tanya Adam.

Seketika Damia mengambil tempat di sebelah Adam lalu dia juga merendam kakinya.

" Saya cari putra raja saya lah...hmmmm" kata Damia lalu memandang tepat ke wajah Adam.

Seketika Adam menoleh memandang ke dalam kolam. Hmmm tak sanggup dia nak bertatapan dengan Damia.

" Saya tahu awak marahkan saya....sebab awak ingat saya rehat dengan Daus kan ? "

" Hmmm sudah lah...saya tak nak tahu dan saya tak nak dengar lagi pasal budak baru tu.." kata Adam mendatar lalu bangun untuk pergi dari situ.

" Adam ! Boleh tak dengar dulu apa yang saya nak cakap ? " kata Damia.

Adam sikit pun tak endahkan kata - kata Damia dia tetap meneruskan langkahnya.

" Adam ! "

Bushhhh ! Kedengaran bunyi seperti orang jatuh ke dalam kolam. Adam terus menoleh ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Damia sudah terjatuh ke dalam kolam dan tangannya terkapai - kapai.

" Damia ! "

#Heee nah last chapter untuk minggu ni. Apa jadi kat Damia ? Selamat ke tak ? Sempat tak dia explainkan semuanya dekat Adam agak - agak ? 😥 Keep vote and comment yaa 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro