Bab 35
Pejam celik pejam celik tempoh untuk honeymoon dan buka sekolah untuk tahun baru sudah tiba. Kejap aje rasakan. Alahai tak puasnya cuti tambah - tambah sejak dah ada isteri and permaisuri hati ni.
Adam dan Damia mula masuk ke sekolah seperti biasa namun yang tak biasanya ni, Adam sedikit pelik kenapa bonda Hazwani tetap merahsiakan identiti sebenar Damia. Bonda pernah berpesan pada Adam supaya jangan pernah bagitahu siapa Damia di sekolah nanti. Adam juga agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh bonda mentuanya bahwa pihak sekolah termasuk pengetua sekolah memang tahu soal identiti sebenar Damia namun mereka merahsiakannya atas permintaan bonda Hazwani sendiri.
Bila ditanya kenapa sebegitu pada bonda Hazwani. Bonda hanya cakap tak ada apa - apa . Ni semua untuk kebaikan Damia.
Kenapa bonda mentuanya hanya berikan tanda tanya kepada Adam ? Tak kesah lah. Aku akan cari juga dan siasat tentang rahsia disebalik identiti Damia.
Aku berhak tahu sebab sekarang Damia di bawah tanggungjawab aku.
Hari pertama sekolah di tahun baru. Kini Adam dan Damia dah jadi budak senior iaitu pelajar form 5. Haish tahun ni ada exam penting. SPM 😪 Okay , jangan kata identiti Damia aje yang dirahsiakan namun perkahwinan Adam juga dirahsiakan. Kawasan cherating ni kan agak jauh sedikit so tak ramai yang tahu soal perkahwinan Adam dan Damia. Maka perkahwinan di antara Adam yang tahu hanya lah Ikhwan..
Setibanya Adam dan Damia di sekolah. Mulai tahun baru ni , Adam , Damia dan adik beradiknya di hantar ke sekolah dengan driver. Ada juga pelajar - pelajar memandang sinis dengan kehadiran Damia yang datang sekolah dengan 3 orang anak raja tersebut. Namun siapa aje yang tahu akan kelayakkan status Damia juga merupakan anak dari kerabat diraja.
" Princess ... " panggil Adam perlahan di sebelah yang jalan beriringan dengan Damia menuju ke tapak perhimpunan.
Damia menoleh ke arah Adam.
" Jangan pedulikan pelajar lain yang pandang sinis dekat Mia ya...abaikan diaorang.." pesan Adam seperti memahami Damia yang berasa tidak selesa dari tadi.
Damia sedikit tenang setelah mendengar kata - kata Adam itu. Damia kini lebih yakin bila Adam ada di sampingnya.
" Thanks my prince ..." ucap Damia.
Adam mengangguk kecil seraya berpisah dengan Damia untuk masuk ke barisan masing - masing.
********
Waktu rehat , Damia menyuruh Adwa dan Humaiera untuk ke kantin dahulu sebab Damia tiba - tiba rasa nak ke toilet. Adam ? Adam pula dia ada sedikit urusan dekat bilik guru. Maybe nak tanya tentang pelajarannya dekat guru kelas kami agaknya.
Seketika Damia melangkah menuju ke toilet perempuan. Apabila hampir sahaja Damia dengan toilet tiba - tiba ada sedikit pelanggaran di antara dia dengan seseorang namun nasib baik Damia tidak terjatuh.
" Sorry.." ucap orang yang terlanggar Damia itu.
Damia tidak sempat nak pandang wajah orang yang melanggarnya itu. Lagipun orang tu dah berlalu pergi.
Yang Damia pasti orang yang terlanggar Damia tu seorang lelaki. Berpakaian biasa bukan baju sekolah ermmm orang luar ke ? Namun bila tengok dari belakang nampak macam sama baya dengan Damia aje. Ahhh sudah lahh...Damia meneruskan niatnya untuk ke toilet.
Dalam beberapa minit macam tu, Damia keluar dari toilet. Tetiba terserempak dengan Amanda dan Farah.
" Hoii budak malang ! " teriak Amanda lalu menolak sedikit bahu Damia.
Damia mengundur beberapa tapak jadinya.
" Apa lagi yang awak berdua nak ni ? " tanya Damia.
" Hmmm kitaorang nak kau berambus dari sekolah ni ! Asal tahun ni pun kau still sekolah ni ? Kau tahu tak di sebabkan nasib malang kau kitaorang kena tukar kelas masuk kelas last tahu tak ? Ni semua sebab kau ! " hambur Farah.
Amanda & Farah turun kelas ? Hahahha ya diaorang tahun ni turun ke kelas last sekali disebabkan prestasi diaorang yang menurun dan disiplin mereka yang teruk. Semua nak salah kan orang sedangkan semua tu berpunca dari diri diaorang sendiri.
" Apa kaitannya dengan saya pulak ? Awak berdua yang buat perangai kan ? So terima aje lah turun kelas..." jawab Damia berani.
Masuk tahun baru ni , Damia ada azam baru. Salah satunya dia tak mahu lagi ditindas. Dia bukan budak malang. Apa yang terjadi pada Firdaus adalah takdir dan aturan Allah. Bukan sebab dirinya malang.
" Ohh sejak tahun baru ni kau dah makin berani melawan ea ? Kau ni kan ! Memang nak kena lah ! " kata Amanda lalu terus menolak Damia kuat hingga Damia jatuh terduduk.
" Padan muka kau ! " kata Farah.
Damia mengetap bibir kegeraman setelah itu dia menggenggam penumbuknya lalu terus berdiri semula. Kelihatannya Amanda dan Farah sedikit terkejut. Mereka tak sangka yang Damia kini lebih berani dari yang dulu.
" Awak berdua jangan ingat boleh buli saya macam dulu lagi ya ! " kata Damia mendatar lalu terus menolak kuat pulak Amanda dan Farah sehingga mereka pulak yang jatuh terduduk di situ.
" Aduhh.." mengaduh Amanda dan Farah.
Damia hanya memandang tajam ke arah Amanda dan Damia.
" Ingat ea ! Kalau awak berdua masih aje ganggu saya...saya takkan berdiam lagi. Saya akan laporkan dekat cikgu disiplin ! Bukan turun kelas aje awak nanti bahkan dibuang sekolah pun saya boleh buat ! " kata Damia berani memberi amaran.
Terdiam jadinya Amanda dan Farah. Seketika Damia menepuk baju sekolahnya yang sedikit berdebu lalu terus berjalan meninggalkan Amanda dan Farah yang terpinga - pinga itu.
Dari jauh Adam melihat semua kejadian itu. Adam tersenyum sendiri. Baguslah kalau Damia dah berani protect diri sendiri. Ya Allah engkau kuatkan dia dan lindungi lah dia di mana pun dia berada.
**********
Pada petang itu di rumah mewah Tengku Ilham Huzairie. Damia duduk sendirian di laman belakang rumah bonda mentuanya iaitu Aliya.
Damia masih teringatkan kejadian di sekolah tadi. Dia tersenyum sendiri akhirnya. Tak sangka betul yang dirinya berani lawan balik Amanda dan Farah sampai macam tu sekali. Ya sudah tiba untuk aku berubah. Aku tak boleh jadi macam dulu lagi. Aku dah ada family baru sekarang. Aku dah ada Adam di sisi aku. Aku kena terus cuba move on dari masa silam aku bersama Firdaus. Mungkin bukan jodoh aku dengan Firdaus tapi jodoh aku dengan Adam.Allah dah tetapkan segalanya.
" Fir...terima kaseh sebab pernah hadir dalam hidup Mia..Mia akan selalu ingat setiap kenangan kita bersama...Moga Fir tenang di sana ya.." desis hati Damia.
Tiba - tiba terasa pipinya dicuit seseorang. Damia tersedar dari lamunannya.
" Termenung jauh nampak ? Teringatkan siapa tu ? Kekasih lama ke ? " kata Adam seraya duduk di hadapan Damia.
" Kalau teringatkan kekasih lama pun apa salahnya..." kata Damia sengaja ingin mengusik Adam.
" Oh macam tu..tak apa lah..kita pun nak teringatkan kekasih lama lah macam tu.." balas Adam.
Damia sedikit terdiam. Hmmm dia kenakan aku balik. Seketika Damia terus bangun dan hendak beredar dari situ sengaja nak tunjuk yang dia merajuk.
Zapppp ! Pantas tangan Damia ditarik Adam. Damia terus tertoleh menghadap Adam yang sudah berdiri di situ.
" Kenapa ni ? Merajuk ke ? " tanya Adam lembut.
" Tak ada lah..." jawab Damia ringkas dan matanya memandang ke arah pokok bunga milik Aliya. Sikit pun tak pandang Adam.
" Heyyy..bila suami tengah cakap...tengok muka suami...bukan tengok pokok bunga.. tengok muka suami dapat pahala tau...tengok pokok tu dapat apa ? " kata Adam.
Automatik Damia terus mendongak memandang wajah Adam. Well Adam tinggi sangat macam galah.
" Hmmmm apa ? " tanya Damia.
Tiba - tiba bibir Adam mendarat pada dahi milik Damia. Damia terkesima jadinya.
" Maaf tau ...kalau Adam buat Mia merajuk...tak sengaja...Jangan merajuk dengan Adam sebab nanti Adam rindu...heee " kata Adam.
Damia tersenyum akhirnya bila dengar kata - kata Adam...
" Lagi satu...Adam ucap tahniah dekat my princess Adam ni.."
Damia sedikit tercengang !
" Hah tahniah ? Kenapa pulak ? " tanya Damia tidak mengerti.
" Tahniah sebab dah berani protect diri sendiri depan Amanda dengan Farah.." kata Adam.
Damia sedikit tersentak.. Adam tahu mana aku lawan balik Amanda dengan Farah?
" Adam tengok dari jauh tadi...tu yang Adam tahu.." kata Adam seperti menjawab kata hati Damia.
Akhirnya Damia terus memeluk Adam erat. Alahai petang - petang ni dah buat drama korea dekat laman belakang pulak.
" Terima kaseh Adam.." desis hati Damia.
Adam membalas pelukan Damia.
Dalam diam tingkah laku mereka diperhatikan dari atas di balkoni.
" Alahaiii sweetnya diaorang...macam kita dulu - dulu kan Miku..." kata Aliya.
" Hahahaha ehh dulu - dulu aje ? Sekarang dah tak sweet ke ? " tanya Huzairie yang sedang merangkul pinggang Aliya dari belakang.
" Ermm sekarang ea ? Heee tetap sweet jugak..well awak kan Mr. Sweet saya punya..." kata Aliya.
Huzairie hanya tersenyum kecil. Hmmm tak sia - sia dia jodohkan Adam dengan Damia...Dia tahu mereka akan bahagia.
*************
Keesokan harinya , sedang waktu p&p berjalan dengan lancar tiba - tiba kelas 5C1 di gemparkan dengan kemasukkan pelajar baru.
" Perhatian semuanya ! " kata cikgu Sejarah.
Seisi kelas yang tadinya bising terus memandang ke depan. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya.
" Saya dapat inform dari guru kelas kamu , yang sekejap lagi ada pelajar baru yang akan masuk kelas ni. So kamu semua pun akan dapat kawan baru nanti.. " kata cikgu sejarah tika itu.
Dengar - dengar sahaja soal pelajar baru , semua pelajar mulai bising semula. Masing - masing kelihatan tertanya - tanya dengan kedatangan pelajar baru sebentar lagi.
" Adam..kau rasakan nanti...pelajar baru tu perempuan ke lelaki ? " tanya Ikhwan.
Adam hanya mengangkat bahu. Malas nak layan soalan Ikhwan yang entah apa - apa tu.
" Kalau perempuan boleh lah kita ngorat ya idok ?" kata Ikhwan selamba.
Damia sedikit berdehem.
" Kau dengar tak ada orang berdehem ? So jangan berani - berani nak ajak aku ngorat okay..." kata Adam.
" Opppss ! Aku terlupa pulak yang kau dah kahwin..." kata Ikhwan perlahan.
Seketika Ikhwan memandang Damia.
" Sorry ya Mia..." kata Ikhwan.
Damia hanya menjeling kepada Ikhwan lalu dia fokus semula dekat bukunya.
Tok ! Tok ! Tok !
Pintu kelas 5C1 diketuk. Semua mata mula terarah ke pintu kelas. Masing - masing tidak sabar hendak melihat siapakah si gerangan pelajar baru itu.
" Hah kamu pelajar baru tu kan ? Silakan masuk ...." kata cikgu sejarah.
Dalam beberapa minit seseorang itu melangkah masuk ke dalam kelas 5C1. Seisi kelas 5C1 kelihatan agak terkejut tambah - tambah Damia. Damia paling tersentak hebat ! Jatungnya berdegup kencang ! Tangannya juga mula kedinginan.
" Fir...daus ? " desis hati Damia.
#Kenapa Damia sebut nama Firdaus guys ? Siapa pelajar baru tu ? Firdaus hidup semula ke macam mana ? Nak tahu tunggu next chapter minggu dpn ya 🤣 Sorry for late update, minggu ni author busy sikit. Ni pun author cuba untuk menaip harap you guys suka ya 😙 Keep vote and comment ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro