Bab 33
Adam telah mendapatkan lokasi untuk honeymoon. Honeymoon la sangat ! Travel ni hanya untuk buat Damia happy aje. Tak lebih dari tu pun. Harap Damia akan suka lah. Tak sia – sia Adam baca diari Damia tempoh hari. Memang membantu betul. Seketika Adam mula masuk ke dalam rumah. Rasanya dah terlalu lama pulak duduk di luar ni. Rasa sejuk pulak.
Di depan bilik, Adam memulas pintu bilik perlahan – lahan. Takut terkejut kan Damia pulak nanti. Kelihatannya Damia yang berbaju pyjamas pink berkartunkan hello kitty sedang membaca buku sambil duduk di atas kerusi yang disediakan di tepi balkoni. Hahaha comel lahai .Ingatkan dia dah tidur.
“ Damia ..” panggil Adam.
“ Ya ?” sahut Damia lalu menoleh ke arah Adam.
“ Esok awak packing barang – barang untuk 1 minggu ya..” kata Adam straight to the point.
Damia sedikit tercengang.
“ Kenapa ? Nak pergi mana ? “
“ Kita pergi honeymoon macam yang ayahnda tanya waktu makan malam tadi lah “ jelas Adam.
Damia telan air liurnya. Biar betul Adam ni nak pergi honeymoon ? Aku tak ready lah nak jadi isteri yang sebenar.
Adam ingin ketawa namun masih mengawal riak wajahnya setelah melihat reaksi yang dipamerkan oleh Damia. Mesti Damia fikir yang bukan – bukan ni.
“ Awak jangan risau, kita takkan buat apa – apa pun. Just anggap ni sebagai travel untuk kita berdua waktu cuti sekolah ni. Saya faham Damia , awak tak ready untuk jadi isteri saya dan saya pun macam tu. Perkahwinan ni terlalu awal untuk kita. Saya sendiri pun tak faham kenapa kita kena kahwin awal macam ni kan ? So kita jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. “ jelas Adam baik – baik.
Damia mengangguk lalu tersenyum kecil. Alhamdulillah aku dapat seorang suami yang memahami dan baik aje.
“ Tapi ….kita nak pergi mana?” tanya Damia masih ingin tahu.
Adam tersenyum kecil. Even kecil tetap nampak comel bila tengok.
“ Ada lah…awak ikut aje nanti..” itu jawapan yang diberikan oleh Adam.
***************
Perjalanan Adam ke destinasi telah diiringi dengan 2 orang bodyguard. Haish cakap aje honeymoon tapi pelik kenapa ayahnda dan bonda mertuanya menyediakan sampai 2 bodyguard. Hmm tak ada privasi sungguh la orang nak acah – acah berhoneymoon ni.
Baru setengah jam diaorang bergerak dari kediaman Tengku Aiman Namzin, Damia sudah mulai merasa mengantuk.
“ Ermmm Adam saya nak tidur ni..boleh nanti awak kejutkan saya bila dah sampai ?” kata Damia.
“ Its okay. Awak tidur lah , nanti kalau dah sampai saya kejutkan..”
Damia mengangguk kecil lalu dia melentokkan kepalanya di tingkap kereta. Haish tingkap kereta tu jugak yang dicarinya. Bukan ni hah bahu suami sendiri. Setelah Adam telah yakin yang Damia sudah betul- betul tidur, Adam mengubah posisi Damia daripada kepalanya dilentokkan di tingkap kereta kepada lentok di bahu Adam. Sedikit pun Damia tidak sedar akan perubahan posisi tersebut.
Dalam beberapa jam selepas itu, sampai lah di destinasi yang dituju. Maybe tempat ni hanya lah tempat biasa atau tempat yang sering dikunjungi oleh orang lain. Namun tidak pada Damia. Damia tak pernah travel ke mana sebelum ni. Macam mana Adam boleh tahu ? Adam ada terbaca dalam diari Damia tempoh hari. Keinginan yang belum pernah Damia realisasikan ialah Damia teringin sangat nak pergi Cameron Highland. So Adam bawa dia ke sini, untuk tunaikan keinginan Damia tu. Harap dia suka.
“ Mia..” kejut Adam.
Damia bergerak kecil lalu terjaga dari tidurnya.
“ Hmm dah sampai ke ? “ tanya Damia dalam keadaan mamai.
“ Haah dah sampai. Jom ? “ ajak Adam.
Damia masih tidak perasan akan kehadiran dirinya ke Cameron Highland.
First Adam berhenti di The LakeHouse Cameron Highland. Tempat penginapan yang dipilih oleh Adam atas bantuan Adwa dan Humaiera. Damia turun dari kereta dan dia sedikit tersentak.
“ Adam…kita dekat….” kata Damia
“ Dekat Cameron Highland. Ni lah location travel kita…” sambung Adam.
Automatik Damia memandang kearah Adam yang ada disebelahnya.
“ Mana awak tahu saya teringin nak pergi Cameron ?” soal Damia lagi.
“ Ermmm ada lah. Macam mana saya tahu tu tak kesah, yang penting awak suka tak datang sini ?” kata Adam.
Mesti lah suka ! Tempat yang paling aku idam – idam kan nak pergi ialah Cameron Highland, sebelum ni aku hanya dengar classmates aku aje yang bercerita tentang mereka yang melancong ke Cameron Highland. Hmmm tak sangka yang Adam akan bawak aku ke sini. Tiba – tiba Damia jadi sebak. Matanya mula berkaca.
“ Eh kenapa ni ? Tak suka ke ?” tanya Adam setelah melihat reaksi Damia yang seperti ingin menangis sahaja.
Damia menggeleng.
" Tak ..saya suka..terima kaseh Adam.." kata Damia seraya air matanya menitis satu persatu.
Untuk kesekian kali , jari Adam menyentuh dan menghapus air mata Damia.
" Jangan lah nangis..tak comel nanti.." kata Adam perlahan.
Damia terkedu. Buat kali pertama dia dengar Adam cakap macam tu. Means aku memang comel lah kalau tak nangis depan dia ?
" Hmm sudah lah jom ? Kita tengok kat dalam macam mana.." ajak Adam seraya menghulurkan tangannya kepada Damia.
Damia perlahan - lahan menyambut huluran tangan Adam itu. Seketika Adam menarik Damia untuk mengikuti langkahnya. Body guard yang dua orang pulak tu telah ditugaskan untuk mengangkat beg - beg mereka.
Seketika Adam berjumpa dengan pengurus penginapan mereka untuk beberapa urusan lagi. Setelah beberapa minit macam tu , Adam dan Damia masuk ke dalam rumah tersebut. Serious memang cantik. Hiasan dalam rumah ni semuanya barang antik dari segi perabot dan susun aturnya.
Ada pelbagai ruang disediakan. Ada ruang membaca pulak tu. Adam dan Damia memang sama - sama orang yang suka membaca.
Adam memerhati setiap ruang rumah itu. Berbaloi juga lah adik - adiknya memberi cadangan. Dalam diam Adam juga memerhati tingkah laku Damia yang teruja dengan rumah yang bakal mereka duduk untuk seminggu. Seminggu jadi orang cameron oiii. 😂
Seketika mereka pergi pula melihat bilik. Dalam rumah ni disediakan 4 bilik. Hiasan keempat - empat bilik ini juga cantik seperti hiasan ruang luar.
" Awak pilih lah bilik mana yang awak nak.." kata Adam.
" Hah pilih ? Maksud awak bilik kita asing ? " tanya Damia.
Kenapa tiba - tiba Adam minta aku pilih bilik ? Dia dah tak nak sebilik dengan aku ke ?
" Ya lah...saya nak awak selesa dekat sini...tapi kalau awak still nak satu bilik dengan saya pun saya tak kesah..." kata Adam.
" Hmm tak apa lah Adam...saya nak satu bilik dengan awak jugak..." jawab Damia. Hmmm tak nak lah dia duduk satu bilik tu sorang - sorang..dah la tempat baru macam ni. Seram lah...
" Okay..terpulang..saya okay aje...awak nak bilik yang mana ? " kata Adam.
Akhirnya Damia pilih bilik yang tengah sebab bilik tu besar sikit. Adam hanya mengikut sahaja apa kemahuan Damia. Dia tak kesah yang penting dia boleh buat Damia bahagia.
By the way Adam dah buat keputusan yang malam ni dia dah booking dinner untuk Damia dan Adam dah ready nak confess tentang perasaannya terhadap Damia. Dia tak mahu bertangguh lagi takut tak sempat nak confess nanti menyesal pulak.
*************
Siang pun telah berganti malam. Hari ni sampai - sampai aje dekat Cameron Highland, diaorang hanya rehat aje dekat Lake House. Tak ke mana lagi , masing - masing hanya nak rest dan menikmati rumah penginapan mereka.
Adam berpakaian serba kemas hari ni. Berbaju t shirt berwarna biru muda dan bersweater hitam. Maklumlah sana kan sejuk sedikit. Adam siap awal dan menunggu Damia di pintu utama Lake House. Hatinya sedikit berdebar - debar menanti akan kehadiran Damia. Kotak panjang baldu berwarna blue black di genggam erat sebelum disimpan di dalam poket seluarnya. Hadiah untuk Damia nanti. Ya Allah engkau permudahkan lah segala urusan aku hari ni.
" Ermm Adam..sorry lambat.."
Adam menoleh ke arah suara itu. Dia sedikit terpegun melihat Damia bertudung shawl purple tua dan berbaju warna biru muda serupa dengan dirinya dan juga bersweater hitam. Kenapa boleh sama ? Sebab Adam yang berikan pakaian itu kepada Damia. Sengaja nak buat nampak macam baju couple. Namun Damia nampak comel berpakaian seperti itu.
" Adam? " panggil Damia setelah Adam tak berikan respon.
" Err hah ? Ya ya..okay jom.." kata Adam seraya mula melangkah.
Sampai di hadapan kereta mereka kelihatan 2 body guard telah setia menunggu di situ. Hmm Adam ada cuba berborak dengan kedua - dua body guard ini yang kenalkan diri mereka Zack & Kimi. Cuba bertanyakan kenapa mereka kena ikut ke mana sahaja Adam dan Damia pergi ? Tak boleh ke kalau biarkan sahaja Adam dan Damia pergi ke mana pun tanpa mereka. Namun salah seorang daripada mereka berkata tidak boleh. Semua ni adalah arahan dari Tengku Safira Hazwani. Diaorang perlu mengawasi dan menjaga keselamatan Tengku Zalikha Damia dan Tengku Adam Hanafie. Akhirnya Adam terpaksa akur.
Damia kelihatan sedikit tercengang. Kenapa Adam berhenti dekat depan kereta ? Kenapa tak masuk terus aje ?
" Adam awak tak nak masuk kereta ke ? " tanya Damia.
Tiba - tiba Adam menoleh ke arah Damia. Selepas itu pintu kereta dibuka oleh salah satu body guard.
Adam menghulurkan tangannya kepada Damia selepas itu. Damia tayang muka pelik. Kenapa Adam hulurkan tangannya ?
" Awak tak nak sambut tangan saya ke Mia ? " tanya Adam lembut.
Damia sedikit tersentak. Kenapa Adam tiba - tiba jadi romantik semacam aje malam ni ? Selepas itu , Damia terus menyambut huluran tangan Adam.
" Silakan my princess..." ucap Adam. Ya hari ni Adam nak berikan layanan yang terbaik untuk Damia. Adam nak layan Damia seperti seorang puteri raja malam ni. Dia nak Damia rasa layanan sebagai seorang kerabat diraja yang tak dapat dia rasai sebelum ini.
Damia tersenyum kecil. Hahahaha sweet + comel aje bila Adam cakap my princess. Hati Damia berbunga - bunga jadinya.
Mereka menuju ke Bistro Strawberry ( Tak tahu wujud ke tak ya 😂 ) yang telah ditempah khas oleh Adam untuk Damia. Bistro Strawberry ni merupakan sebuah cafe yang berkonsepkan tentang strawberry. Hiasan dalamannya juga penuh dengan corak dan gambar strawberry. Jangan kata hiasan dalaman sahaja. Makanan pun semuanya berasaskan strawberry.
Heee bagi penggemar strawberry wajib datang ke cafe tersebut. Meja yang telah dibooking Adam terletak di balkoni cafe. Ya cafe ni ada balkoni yang berhadapan dengan pemandangan malam yang sangat cantik dengan lampu - lampu yang disediakan.
Seketika Adam menarik kerusi untuk diduduk oleh Damia. Damia hanya menurut sahaja apa yang dilakukan oleh Adam. Macam mana dengan body guard ? Takkan join sekali ? Hahahaa tak ada la Adam suruh diaorang duduk di sudut paling jauh sekali 😂
Selepas itu datang pelayan memetik api untuk lilin yang ada di atas meja di antara Adam dan Damia. Candle light dinner kata kan.Damia terasa agak pelik sedikit. Kenapa dengan Adam malam ni ? Nampak pelik aje. Romantik semacam.
Suasana menjadi agak krik - krik juga sementara nak tunggu pesanan makanan yang telah diorder. Kelihatan masing - masing melayan perasaan sehinggalah Adam mula berbicara.
" Mia..." panggil Adam.
" Errr ya ? " sahut Damia.
" Boleh saya nak cakap something ? "
Damia mengangguk kecil. Tetiba Adam menraih tangan Damia yang terletak elok di atas meja. Damia sedikit terkejut dengan tindakan Adam.
" Ermm..saya...sebenarnya..nak..luahkan perasaan saya terhadap awak selama ni.." kata Adam sedikit gugup.
Damia terdiam seketika. Cuba memberi laluan untuk Adam bercakap.
" Hmmm I 'm falling in love with you Tengku Zalikha Damia..." ucap Adam akhirnya.
Damia sedikit tersentak.
" Saya tak tahu bila saya jatuh hati dengan awak tapi saya tahu yang saya akan jatuh hati dengan awak sampi bila - bila..." kata Adam lagi.
Damia tergamam seketika. Adam tengah confess ke ni ? Adam pun sukakan aku ?
" Saya minta maaf Mia..pasal surat Firdaus..Ya jujur saya mengaku memang masa first saya baca surat dari Firdaus...saya cuma berniat nak tolong dia tunaikan surat tu..tapi lama - lama saya baru sedar yang saya dah jatuh hati dengan awak..." luah Adam akhirnya.
" Kalau betul awak sayangkan saya , kenapa awak tak pertahankan langsung saya hari tu ? Masa saya lari hari tu ? Kenapa awak tak kejar langsung ? " tanya Damia akhirnya.
" Sebab memang plan saya tak nak kejar awak pun..." kata Adam.
" Hah ? "
" Saya terpaksa buat macam tu Mia..sebab ayahnda nak jodohkan saya dengan anak kawan dia...pastu dia ugut saya andai saya tak terima penjodohan ni , dia akan ganggu hidup kawan perempuan yang saya tengah kawan masa tu...orang tu adalah awak Mia...Saya tak sanggup nak tengok awak menderita lagi. Tambah - tambah berpunca dari ayahnda saya sendiri..Saya tersepit Mia....jadi saya terpaksa sakitkan hati awak masa tu agar awak menjauhi saya...Saya minta maaf Mia..." luah Adam ikhlas.
Menitis lagi air mata Damia dibuatnya. Tak sangka. Begitu besar pengorbanan Adam dalam diam untuk dirinya.
" Hmmm saya bersyukur sangat Mia bila dapat tahu Tengku Zalikha tu adalah awak...Saya lega sangat ... saya tak salah pilih lagi...Betul lah kata orang...kalau jodoh takkan ke mana.."
Damia mengangguk kecil lalu dia menyapu air matanya.
" Saya pun bersyukur Adam..sebab jodoh saya tu awak...saya pun sayangkan awak Adam...sejak kehadiran awak saya mulai mengerti semula apa itu kebahagian...Saya dah boleh move on dari Firdaus...sebab awak...
Awak sama macam Firdaus...selalu pandai buat saya tersenyum semula..." balas Damia.
Adam tersenyum lebar akhirnya. Alhamdulillah aku tak kena reject 😂 Aku tak bertepuk sebelah tangan.
Seketika Adam menghulurkan kotak baldu berwarna blue black kepada Damia. Damia memandang Adam tidak mengerti. Kotak apa ni ?
" Hadiah untuk my princess..." kata Adam lagi.
Adam bertekad mulai hari ini , mulai detik ni dia nak panggil Damia Princess. Heee comel aje rasa. Sweet pun ada..
Damia mengambil kotak tersebut lalu dibukanya. Kelihatan ada gelang yang berwarna emas dan ada satu tulisan di tengah - tengahnya. Tertulis tulisan nama " ADAMIA " .
Damia sedikit tergamam. Cantiknya. Ada nama dia dan Adam pulak tu.
" Suka tak my princess ? " tanya Adam.
Damia menoleh ke arah Adam lalu mengangguk dan tersenyum.
" Cantik..Mia sukaa..."
" Sini..biar Adam pakaikan.." kata Adam.
" Hah Adam pakaikan? Tak ! Nahh my prince pakaikan ..." kata Damia. Ya dia juga ingin menggelarkan diri Adam sebagai princenya.
Adam tersenyum kecil. Alahai comel. Prince & Princess.
Akhirnya Adam memakaikan Damia gelang itu. Malam itu mereka menikmati makan malam yang sangat indah buat kali pertama dalam hidup mereka. Masing - masing dah luahkan perasaan mereka pada malam itu. Arghhhh leganyaa...
#Chapter baru lagi ! Heeee macam mana ? Puas hati tak diaorang dah berbaik ? But bukan setakat itu sahaja masih ada dugaan yang akan datang nnti. So keep vote and comment ya 😊💕💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro