Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Adam berehat seketika sambil duduk di kerusi panjang yang disediakan di tepi balkoni bilik Damia. Dia memerhati setia sudut bilik Damia. Semuanya nampak baru. Seperti tak ada sesiapa pun yang pernah tinggal dalam bilik ni.

Hmmm Damia memang tak stay dengan family dia ke apa ? Memang dia duduk dengan nenek Jannah dari kecil lagi ?

Tetiba Adam teringatkan kata - kata bonda Lydia sebelum dia berangkat pulang ke rumahnya. Bonda Lydia ada memberi satu pesan kepada Adam.

" Adam...jaga Mia baik - baik ya ? Selagi ada peluang , jagalah dia..."

Hmmm kenapa macam pelik aje apa yang bonda Lydia pesan tu ? Selagi ada peluang ? Kenapa ? Ada antara keluarga Damia yang nak buat jahat dekat Damia ke ? Tapi siapa ? Motif ?

Pintu bilik air dibuka , figura Damia yang baru habis mandi pun keluar sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

Adam tersedar dari lamunannya. Dia memerhati setiap gerak geri Damia. Jadi tidak selesa Damia diperhatikan seperti itu oleh Adam.

" Err kenapa awak tengok saya macam tu ? " tanya Damia akhirnya.

" Errr tak ada apa - apa " kata Adam.

" Yeke ? Ke awak nak air ? Haus ke ? Nak saya buatkan ? "

" Ermm tak.."

Damia mengangguk kecil lalu melihat cermin solek seraya menyikat rambut panjangnya itu.

" Mia..." panggilan itu terpancul di bibir Adam.

Damia tersentak. Adam panggil dia Mia ? Panggilan Mia tu hanya orang yang rapat macam ahli keluarganya saja yang panggil. Kenapa tiba - tiba Adam pun panggil dia dengan panggilan tu ?

Perlahan - lahan Damia menoleh ke arah Adam.

" Awak panggil saya ke ? " tanya Damia.

Adam diam cuma matanya tak lepas memandang tajam Damia.

Damia telan liur. Adam dah kenapa ? Jangan dia buat bukan - bukan sudah....

" Boleh saya tanya something ? " kata Adam.

" Tanya apa ? "

" Kenapa awak lebih rapat dengan bonda Lydia berbanding bonda kandung awak sendiri ? " tanya Adam serious.

Damia terdiam seketika.

" Satu lagi sebagai suami awak yang sah sekarang , saya just nak ingatkan awak . Saya tak suka bila awak buat endah tak endah dengan bonda...dia bonda kandung awak Damia. Tak baik awak buat dia macam tu. Dia kecil hati nanti. " kata Adam panjang lebar. Dia tak boleh biarkan Damia terus - terus bersikap sebegitu dengan bonda mertuanya.

" Kalau awak boleh rapat dengan bonda Lydia kenapa awak tak boleh buat macam tu dengan bonda kandung awak sendiri ? " tambah Adam lagi.

Kelihatannya Damia sudah menunduk memandang lantai. Matanya dah mula berkaca . Kenapa ? Salah ke apa yang Adam cakapkan ?

" Dah lama saya perhatikan awak bila awak bercakap dingin dengan bonda...awak tak..boleh..." kata Adam terhenti apabila dipintas oleh Damia.

" Cukup Adam ! Awak tak tahu apa - apa ! Awak tak boleh tentukan sama ada saya patut bersikap macam mana pun dengan bonda Lydia atau bonda saya sendiri. Bonda memang patut dapat layanan macam tu. Dia bukan bonda saya. Kalau dia bonda saya , dia takkan tinggalkan saya dekat nenek Jannah ! Dia akan jaga saya Adam ! Tapi tak ! dia boleh tinggalkan saya dari kecil dekat nenek Jannah ! Dekat orang luar yang tak ada pertalian darah langsung dengan saya..." hambur Damia dengan air mata yang mengalir di pipi mulusnya.

Adam terkedu mendengar pengakuan Damia. Apa ? Nenek Jannah bukan nenek kandung Damia ?

" Nenek Jannah bukan nenek saya , tapi hanya orang upahan untuk menjaga saya dari kecil. Ya sebab tu la saya tak pernah dapat rasa pun yang saya ni anak kerabat diraja. Soal perkahwinan kita ni pun , saya tak tahu. Semuanya rancangan bonda saya , dia yang aturkan semuanya...awak tahu tak selama 16 tahun saya hidup , saya ni hanya patung yang hanya diarah sesuka hati. Saya tak tahu kenapa bonda benci dengan saya sangat sampai dia tinggalkan saya dekat orang lain... " luah Damia. Dia penat ! Penat pendam seorang diri.

Adam terkelu akhirnya. Tak sangka yang isterinya ini sebenarnya melalui saat - saat yang begitu sukar. Damia bukan penipu tapi dia mangsa dalam situasi macam ni. Tetiba Adam berasa bersalah kerana membuat andaian macam - macam dekat Damia tanpa soal selidik apa pun.

" Sekarang awak dah tahu kan ? Macam mana kehidupan saya yang sebenarnya ? Bukan saya nak bersikap dingin dengan bonda...tapi saya kekok dengan bonda..saya tak selalu jumpa bonda... cuma bonda Lydia...dia yang rajin ambil berat pasal saya masa saya kecil. Dia yang selalu contact saya waktu saya tinggal dengan nenek Jannah tapi tu pun....saya dah dilarang untuk berhubungan dengan bonda Lydia atas arahan bonda...saya tak tahu kenapa bonda menghalang sangat untuk saya berhubung dengan ahli - ahli kerabat yang lain...Saya ni bukan putri dia ke ? " kata Damia sebak. Hampir 10 tahun dia menjalani kehidupan tanpa kasih sayang seorang bonda dan ayahndanya. Bahkan untuk berjumpa abang kandungnya sendiri juga secara diam - diam.

Damia menangis teresak - esak jadinya. Adam pula dihuni rasa bersalah yang menggunung.

" Tolong Adam...jangan tuduh saya macam ni..saya tak minta pun semua ni jadi...saya perlukan masa untuk sesuaikan diri semula dengan status saya yang sebenar...kalau awak perasan sampaikan bilik saya sendiri pun saya tak kenal...dah nak dekat 10 tahun saya tak balik sini Adam...Kalau saya tak kahwin dengan awak rasanya entah bila saya dapat jejakkan kaki dekat sini lagi..." kata Damia.

Tiba - tiba Adam bangun dari posisinya lalu melangkah menuju ke arah Damia dan apabila hanya tinggal beberapa inci sahaja dengan Damia dia berhenti. Damia memandang Adam dengan mata yang mula merah. Muka nangis Damia amatlah teruk apabila dilihat Adam.

Seketika Adam menyapu air mata di pipi Damia dengan ibu jarinya. Damia sedikit tersentak dan terkedu.

" Saya minta maaf Damia...sebab buat awak nangis...Awak tak layak untuk nangis..." ucap Adam perlahan di pendengaran Damia.

Dalam beberapa saat selepas itu , Adam menarik Damia ke dalam pelukannya. Jantung Damia berdegup kencang. Nafasnya juga tidak teratur. Adam peluk aku ?

Lalu Adam menepuk lembut belakang Damia..

" Maaf juga sebab fikir yang bukan - bukan pasal awak..." kata Adam untuk kesekian kali.

***********
Makan malam pertama Adam bersama keluarga baru. Makanan semua sedap-sedap. Pandai ayahnda mertuanya mencari tukang masak.

" Hah Adam....makanlah...jangan malu - malu..."

Adam tersenyum kecil lalu mengangguk.

" Mia...makan banyak - banyak ya.." kata Hazwani kepada Damia.

" Hmm ya.." balas Damia.

" Hah Adam , macam mana honeymoon ? Dah dapat location nak pergi mana ? " tanya Namzin tiba - tiba.

Adam jadi tersedak dibuatnya apabila ayahnda mertuanya bertanyakan soal honeymoon. Ya Allah perlu ke honeymoon bagai ni ? Aku baru 16 kot ? Tak ready apa - apa pun sebenarnya.

" Kanda....ni tersedak dibuatnya menantu kita ni..." kata Hazwani.

Damia hanya mendiamkan diri. Tak sangka juga ayahndanya akan bertanyakan soal honeymoon ? Pergi berdua dengan Adam ? Serious lah ? Malu lah..dah la petang tadi aku nangis teruk kot dekat depan Adam tu pun tak habis malu lagi.. 😂

" Kenapa sampai tersedak ni Adam ? Ke kau nak abang Damian ikut sekali ? " tawar Damian tiba - tiba.

Adam memandang ke arah Damian setelah Damian berkata seperti itu. Tolong lah even aku nak pergi honeymoon sekali pun , aku takkan bawa abang Damian...nanti habis rosak semua plan...

" Errr maaf Adam belum dapat lagi location tu...nanti Adam fikirkan .." jawab Adam sopan.

" Hah baiklah...kalau dah tak tahu nak pergi mana sangat , nanti ayahnda tolong booking ticket pergi New Zealand aje. Nak ? " cadang ayahnda.

" Eh tak apa lah ayahnda..Nanti Adam bincang dengan Damia nak pergi mana ...kan ? " kata Adam.

Damia hanya mengangguk kecil. Adam nak bawa aku honeymoon ke mana ? Masa pun terhad lagi 2 minggu dah nak sekolah balik dah pun..








Setelah habis makan , Adam terasa nak ambik angin dekat halaman rumah Damia. Rumah Damia pun ada halaman tapi ada kolam renang pastu ada beberapa kerusi antik yang disediakan di situ.

Adam duduk di halaman seorang diri , cuba mencari ketenangan diri. Memikirkan bagaimana caranya dia untuk meluahkan perasaannya terhadap Damia. Semakin hari dia semakin sayang dan cintakan Damia. Namun dia takut jika dirinya tak dapat nak gantikan tempat Firdaus. Adam juga sedang berfikir bagaimana cara untuk dirinya menjelaskan tentang surat yang diamanahkan oleh Firdaus kepada Damia. Iya lah masalah sewaktu Adam tipu Damia soal cerita sebenarnya belum settle lagi..

Tiba - tiba lamunan Adam terhenti apabila telefon bimbit ditangannya berbunyi.

Adam mengangkat panggilan yang diterimanya itu.

" Abang Adam !!!!! We miss you ! " teriak Humaiera dan Adwa dicorong phonenya.

Adam menjauhkan sedikit phonenya dari telinga. Hish adik - adik aku ni , cakap mengalahkan aku buka loud speaker tu.

Setelah mereka sudah habis menjerit baru Adam dekatkan semula phone nya di telinga.

" Hello Assalamualaikum ... apa la salam pun tak ada ke ? "

" Hehe sorry ... dah lah abang Adwa sana..Maiera nak cakap dengan abang Adam personal ni.." kata Humaiera di dalam phone menghalau Adwa.

Setelah Humaiera telah pastikan abang Adwa sudah berlalu pergi. Humaiera mula berborak dengan Adam.

" Hello abang Adam macam mana ? Best tak tinggal sana ? "

" Ya boleh lah...ni kenapa call abang ? "

" Bagus lah...hahaha tak ada la rindu abang ja.." mengadu Humaiera.

" Rindu abang ? Eh tak sampai sehari pun kita berpisah ? Dah rindu ? " kata Adam.

" Haah ...yalah kitakan adik beradik kembar. Mana pernah berpisah...Hmmm nanti balik sini ea ? Jenguk kitaorang..." pesan Humaiera.

" Haha tak yah nak drama sangat ehh Maiera..lagi 2 minggu kita jumpa..kan dah nak start sekolah balik nanti.." kata Adam.

" 2 minggu lambat lagi..." runggut Humaiera.

" Tak ada..kejap aje..ermm Maiera boleh abang minta pendapat kejap ? "

" Pendapat apa ? "

" Ermm tempat travel mana yang best ? " tanya Adam.

" Tempat travel eh ? Hah adik tahu abang nak pergi honeymoon ea dengan Damia..aiceyhcehh..untungnya Damia..abang nak bawa pergi honeymoon...." kata Humaiera.

" Ermm mana ada lah..abang saja tanya.."

" Hahaha eleh macam lah Maiera tak tahu. Hah pada pandangan Maiera la kan ? Abang kalau nak travel untuk honeymoon ermm macam yang Maiera selalu tengok dalam cerita korea...abang kena buat macam ni...buat surprise sikit...abang bawa pergi tempat yang pasangan abang teringin sangat nak pergi tapi abang jangan bagitahu yang abang nak bawa dia pergi sana..alaa buat lah surprise sikit..baru sweet.." terang Humaiera panjang lebar.

" Tempat yang dia teringin nak pergi..." desis hati Adam..

Tetiba Adam baru teringat sesuatu. Hah ! Dia dah tahu nak ke mana !

" Okay lah abang Adam..I got to go..bonda panggil lah..nanti borak lain ea..bye abang love you much muahh.." kata Humaiera lalu menutup panggilan.

Adam juga menutup phonenya. Dia tersenyum kecil. Kalau aku bawa dia pergi situ, mesti dia suka...

#Okay guys ! Macam mana chapter ni ? Best or not bad ? 😹 Agak2 Adam nak honeymoon di mana ? Cuba comment tgk...Heee ok keep vote and comment ya guys 😊❣️





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro