Bab 31
Adam membuka matanya setelah mendengar bunyi jam penggerak dari telefon bimbitnya. Terasa seperti ada sesuatu di atas tubuh Adam. Eh ? Selimut ? Sejak bila aku pakai selimut pula ? Bukan selimut ada satu aje ke ? Tu pun aku selimut.....
Automatik Adam memandang ke arah katil. Kosong ! Eh mana perginya Damia pulak ni ?
Adam membetulkan posisinya dari baring terus duduk seketika. Di ambil dan di lihat phonenya. Jam di dalam paparan phone Adam menunjukkan pukul 6 pagi.
" Hmm mana Damia ni ? Dia pergi mana pulak pagi - pagi ni ? " desis hati Adam.
Tiba - tiba seseorang keluar dengan siap berpakaian lengkap sambil mengelap kepalanya dengan tuala. Adam sedikit terpegun melihat Damia yang baru keluar dari bilik air tu. Nampak Damia macam lain...segar semacam aje pastu nampak comel pulak tu..dengan rambut panjangnya.
" Ehhh Adam ? Awak dah bangun ? " kata Damia sedikit terkejut.
Adam mengawal riak mukanya. Astagfiruallahalazim...Adam...istigfar banyak - banyak...
" Hmm..." jawab Adam.
" Ermm Adam memandangkan awak dah bangun...boleh tak kalau kita solat sekali ? " minta Damia.
Adam sedikit terdiam. Hmmmm dari mula mereka sah menjadi suami isteri, Adam belum lagi mengimamkan solatnya bersama Damia. Hmm dia berasa kasihan pulak dekat Damia. Ya lah setiap impian kaum hawa yang baru berkahwin mesti nak solat yang diimamkan suami sendiri. Hmm kejam sangat ke aku Ya Allah ?
" Adam ? Boleh tak ? Ermm..kalau tak boleh..tak apa lah...kita solat asing aje.." mengalah Damia akhirnya.
Damia ingin melangkah pergi meninggalkan Adam setelah Adam tidak memberi respon. Hmm tak bagi respon means tak sudilah kan ? Hmmm teringin sebenarnya nak solat diimamkan suami sendiri. Itu la impian setiap perempuan bila dah berkahwin.
Namun Adam cepat - cepat menahan langkah Damia dengan terus menghalang jalan Damia. Nak ditarik tangan Damia takut terbatal air wudhuk Damia pula.
" Hmm ya solat sekali. Tunggu kejap , saya siap..." kata Adam.
Damia terdiam jadinya. Akhirnya , Adam nak imamkan solatnya.
Seketika Adam mengambil barang - barangnya lalu masuk ke dalam toilet. Damia juga mula bergerak untuk bersiap nak solat subuh bersama dengan Adam buat pertama kali.
Dalam 15 minit macam tu , Adam juga sudah bersiap dan duduk di posisinya sebagai imam ketika itu. Bukan sahaja Damia yang rasa berdebar menjadi makmum untuk Adam bahkan Adam juga menjadi berdebar - debar untuk menjadi imam pada Damia subuh itu.
Solat subuh berjalan dengan lancar, akhir sekali Adam membaca sedikit doa selepas solat. Damia hanya menadah tangan dan mengaminkan setiap doa Adam. Damia tersenyum bahagia dalam diam. Suka benar dia mendengar setiap bacaan yang keluar dari mulut Adam. Lancar sahaja bacaannya.
Seketika Adam tiba - tiba pusing menghadap Damia. Damia sedikit tersentak. Err nak buat apa ni ? Salam tangan dia ea ?
Adam tiba - tiba menyuakan tangannya kepada Damia. Tanpa dipinta Damia menyambut huluran itu lalu disalamnya. Adam tersenyum kecil dalam diam.
Seketika masing - masing mengubah posisi. Sejadah juga dilipat dan disimpan.
" Siap , lepas ni kena turun makan pagi dekat bawah dengan ahli kerabat yang lain.." kata Adam mendatar.
Damia mengangguk kecil.
" Hmmm bila aku nak berbaik dengan dia ? Hmm aku pun teringin sangat nak tahu kenapa dia tipu aku pasal surat Firdaus? Hmmm nasib baik , Maiera dah ceritakan separuh dari cerita sebenar. Lagi separuh Maiera suruh aku minta Adam explainkan sendiri. Hmmm Adam memang sayangkan aku ke apa ? " monolog hati Damia sambil melihat figura Adam yang sedang membelakanginya melihat cermin.
***********
Semua ahli kerabat diraja yang tak sempat nak balik ke rumah masing - masing bagi kedua - dua pihak semalam , turun ke ruang makan hotel.
Penuh satu ruang tu dengan ahli kerabat diraja aje. Nasib baik memang dah booking ruang VIP.
Adam dan Damia makan bersama - sama dengan bonda dan ayahnda mereka. Dalam satu meja tu ada juga menyempitnya Humaiera , Adwa dan Damian. Nasib ruang luas lagi.Sepanjang sesi makan pagi itu Humaiera , Awa dan Damian tak habis sakat- sakat pengantin baru .
" Malam tadi tidur nyenyak tak Adam ? Ke kau kena tendang jatuh katil ? " tanya Damian spontan.
Semua yang ada di meja tersebut ketawa kecil. Adam sedikit berdehem . Jatuh katil ? Aku tidur sofa lah ! 😅
" Abang Damian boleh diam tak ? Orang nak makan kan ? Tak payah lah nak tanya soalan yang bukan - bukan.." marah perlahan Damia. Tak suka dirinya apabila abang Damian menyakat Adam. Dia takut Adam tak selesa.
" Alahhhh malu cakap..." sambung Damian masih mengusik.
" Damian..sudah - sudah lah tu sakat adik kamu...Hah kamu tu bilanya nak kahwin ? Asyik sakat orang aje ? Tak tahu nak kahwin ke ? Umur tu bukannya makin muda tapi makin tua tahu.." bebel Tengku Aiman Namzin.
Damia membuat muka isyarat sebagai padan muka kepada abangnya Damian. Damian pulak hanya menggaru - garu belakang kepalanya yang terasa gatal.
" Errr...nanti lah..awal lagi lah ayahnda..." jawab Damian tergagap - gagap.
" Awal lagi ...awal lagi...tu aje yang kamu tahu. Tak ada - tak ada..cukup bulan ni kalau kamu tak bawah pilihan hati kamu , ayahnda jodohkan juga kamu dengan anak kawan ayahnda.. " putus Tengku Aiman Namzin.
Damia sudah tersenyum mengejek dalam diam. Adam masih serious makan di sebelahnya. Sikit pun tidak terpengaruh dengan masalah Damian. Ayahnda dan bondanya juga ada yang ketawa kecil dengan kerenah si Damian tu.
Damian pulak buat muka seposen dekat ayahnda mertuanya.
" Abang Damian..Jangan bersedih brader.." kata Adwa mengundang pecah gelak ketawa di meja makan tersebut. Cuma Adam aje yang tak ketawa.
Seketika tiba - tiba bonda mertuanya menegur Damia.
" Damia..kalau nak tambah lagi makan ... makan lah ya..." kata Tengku Safira Hazwani.
" Hmmm tengok lah.." jawab Damia dingin.
Adam menoleh seketika memandang kedua anak beranak itu. Hmmm Damia kenapa cakap macam tak suka dengan bondanya saja ? Diaorang gaduh ke ? Tidak mahu Damia perasan yang dia memerhati terus Adam memandang semula makanannya.
Dalam beberapa minit , Adam terasa seperti ingin memakan dessert pula. Maka Adam pun bangun dan pergi ke tempat hidangan dessert. Bermacam - macam dessert yang dihidangkan contohnya puding caramel, cup cake, cheese cake dan sebagainya.
Sedang Adam memilih makanan tiba - tiba dia disapa seseorang.
" Amboiii pengantin baru pilih dessert apa ? "
Adam menoleh ke arah suara itu. Muncul seorang wanita yang berumur lingkungan 40 macam tu dan sama baya dengan bonda mertua Adam rasanya. Hmmm siapa dia ni ea ? Ahli kerabat Damia ke ? Ermm aku bukannya kenal sangat. Sebab ramai..tak sempat nak kenal satu - satu..maklumlah keluarga baru la katakan...
" Haah pilih dessert .. " jawab Adam sopan.
" Tahniah ea atas perkahwinan Adam dengan Damia...ohh mesti Adam tak kenal lagi kot dengan bonda..."
" Bonda ? Dia gelar diri dia bonda ? Hmmm mesti keluarga rapat dengan Damia ni.." desis hati Adam.
" Bonda Tengku Lydia Qaisara ...Boleh panggil bonda aje...lagipun...bonda ni ibu saudara Damia..." jelas Lydia.
Adam mengangguk kecil. Oh betul lah apa yang aku jangkakan.
" Baik lah bonda.." kata Adam cuba beramah.
" Eh bonda..." kata Damia yang tiba - tiba muncul.
" Ehh Damia..." kata Lydia lalu memeluk erat tubuh anak saudaranya itu. Adam hanya menjadi pemerhati. Hmmm nampaknya Damia rapat juga ea dengan bonda Lydia..
" Bila bonda sampai ? Semalam Mia tak nampak bonda pun ? " kata Damia.
Damia kelihatan lebih rapat dengan bonda Lydia berbanding bondanya sendiri iaitu Tengku Safira Hazwani. Pelik..
" Ehh bonda dah sampai dari semalam tapi sebab Damia kan jadi raja sehari semalam pastu ramai ahli kerabat yang datang pulak tu..mana nak perasan bonda..betul tak Adam ? " kata Lydia.
" Err haah ya.." kata Adam.
" Alaa maaf ya bonda...Mia tak perasan lah.." kata Damia.
" Its okay lah my girl.." kata Lydia sambil tersenyum manis.
Tiba - tiba muncul pula bonda mertua Adam.
" Rancaknya berborak..." mencelah Hazwani.
" Eh Haz ? Tak ada lah..saja borak dengan pengantin kita ni..lagipun I rindu dekat anak saudara I ni...bukan senang nak jumpa dengan dia..." kata Lydia.
Kelihatannya wajah bonda sedikit berubah , berbeza bila dekat meja makan tadi. Adam perasan akan perubahan wajah bonda.. Kenapa ? bonda cemburu kah dengan keakraban yang terjalin di antara Damia dengan bonda Lydia ?
" Ermm Adam , Mia ..boleh tinggalkan bonda dengan bonda Lydia sekejap ? " pinta Hazwani tiba - tiba.
" Ermm yelah.." jawab Damia mendatar. Hmmm kacau lah bonda ni..orang nak berborak dengan bonda Lydia ada aje dia nak kacau.
Adam hanya akur lalu dia bergerak menuju ke meja makannya semula bersama Damia. Namun Adam sempat menoleh ke belakang melihat bonda mertuanya sedang berborak agak serious dengan bonda Lydia. Apa yang diaorang borakkan ?
********
Masing - masing sudah bergerak balik ke rumah masing - masing. Adam dan ahli keluarga yang lain jugak sudah mula bergerak balik. Hmmm Adam dah kena balik ke rumah Damia. Sudah tiba masanya untuk Adam tinggal di rumah ayahnda dan bonda mertuanya.
Hmm Adam nak kena sesuaikan diri dekat rumah baru lagi aduhaii..
Setibanya Adam di rumah besar Damia, Adam sedikit terpegun. Besar jugak rumah Damia , hampir sama besar dengan rumah nenda.
" Adam masuk lah..jangan malu - malu. Buat macam rumah sendiri..." kata Namzin.
" Baiklah ayahnda.." jawab Adam.
Seketika Adam melangkah masuk ke dalam rumah itu. Cantik susun atur dan deco rumah Damia. Semuanya kelihatan ala ala british gitu. Mata Adam sempat juga mengscan semua sudut dan ruang rumah Damia. Hahaha kemas siot.
Sedang leka Adam meneliti setiap sudut , tiba - tiba Damia juga membuat perkara yang sama macam Adam di sebelahnya.
Adam memandang pelik ke arah isterinya. Dah kenapa Damia pun macam tak pernah tengok rumah sendiri ?
" Awak dah kenapa Damia ? Tak payah la tengok rumah sendiri macam tu. Kot lah saya yang baru masuk rumah ni..." kata Adam.
Damia terdiam jadinya.
" Ermm tak ada apa - apa lah.."
" Whats up my brother...." sapa Damian tiba - tiba dari belakang.
" Abang Damian....ni asal perangai macam childish sangat ? " marah Damia lagi.
" Hish mana ada..okay ni nak maid kita tunjukkan bilik ke macam mana ? " tanya Damian.
" Hm tak payah..biar Mia yang tunjukkan bilik dekat Adam.." kata Damia yakin.
" Oh okay..bagus lah..boleh abang Damian suruh maid buat air untuk abang...Dah haus dah ni..."
Damia mencebik ! Seketika dia terus berlalu menuju ke escalator milik rumahnya. Ya rumah Damia ada disediakan escalator untuk naik ke tingkat atas. Hebat bukan ? Ingat rumah nenda Adam aje ke ada lif ? Damia ada escalator terus.
Adam hanya mengikuti setiap langkah Damia. Sikit pun dia tak cakap apa.
Apabila mereka sampai di tingkat yang ke 3 , kelihatan ada 4 bilik di tingkat tersebut. Damia terkaku seketika. Adam sedikit kepelikkan. Kenapa Damia terpacak kat tengah - tengah ni pulak ? Mana satu bilik dia ?
" Hmmm mana bilik awak ? " tanya Adam.
" Err bilik saya..yang ni.." kata Damia lalu memulas tombol bilik sebelah kanannya.
Buka - buka sahaja tengok - tengok bilik tu penuh dengan buku - buku. Damia mengetap bibirnya sedikit. Adam tayang muka toya. Biar betul ni bilik dia ?
" Betul ke ni bilik awak Damia ? Asal penuh buku ? Awak tidur dengan buku ke sebelum ni ? " tanya Adam.
" Errr ehhh salah - salah...bilik sebelah ni lah..." kata Damia lalu memulas tombol pintu yang berikutnya.
Damia sedikit tersentak ! Eh ni bilik abang Damian..Ya Allah..mana satu bilik aku ni ?
Adam dah mula rasa menyampah ni. Apa kena dengan Damia ni ? Adam dah la penat. Nak rest ! Boleh pulak dia main - main cari bilik tak jumpa..Haish 😪😪😪
" Damia ? Awak tahu tak bilik awak yang mana satu ni ? " tanya Adam mendatar.
" Errr .."
" Apa hal ni ? " kata Damian yang tiba - tiba muncul.
" Hmm ni Damia tak jumpa bilik dia.." kata Adam selamba.
" Hah tak jumpa bilik ? Ohhh dia lupa kot...Mia adik abang...bilik Mia kat sini lah..." kata Damian lalu memulas tombol pintu bilik yang berhadapan dengan biliknya.
Damia hanya mengangguk kecil lalu bergerak ke bilik tersebut.
" Jangan lah marah Mia ya..dia lupa tu bilik dia kat mana.." kata Damian seraya menepuk - nepuk perlahan bahu Adam.
Adam hanya membiarkan itu sahaja. Seketika Damian dan Adam pun masuk ke bilik masing - masing.
#Heeee nah chapter baru for you guys ! Kita update awal skit hri ni sbb tgn ni dh gatal nak update memandangkan hri ni last exm 🤣 Keep vote and comment 😊❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro