Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Alhamdulillah dengan sekali nafas saja, Adam kini sah menjadi suami orang. Perasaan Adam kini berbelah bahagi. Fikirannya juga kini penuh dengan tanda tanya. Setelah selesai akad nikah , mula lah sesi pembatalan air sembahyang antara pengatin lelaki dan pengantin perempuan.

Adam bergerak penuh debaran menuju ke isterinya. Sang Puteri hanya menunduk tidak kuat untuk menatap Sang Putera.

Apabila sampai sahaja Adam di hadapan isterinya. Dia di minta untuk menyarungkan cincin. Seketika acara pertukaran cincin pun dilangsungkan. Selepas itu si isteri mencium tangan Adam. Dapat Adam rasakan tika itu tangan si isteri tersangat lah sejuk begitu juga ada sedikit titisan air mata yang terkena pada tangan Adam.Menangis barangkali si isteri.

Tibalah masanya untuk Adam mencium dahi si isteri. Jatung Adam berdegup laju ketika itu. Seperti mahu tercabut aje dibuatnya. Apabila sampai sahaja bibir merah Adam pada dahi si isteri , semua wartawan memainkan peranan mereka. Gambar Adam dan Damia tidak henti - henti di ambil.

Ya isteri Adam kini ialah Damia. Sungguh tak sangka semuanya jadi seperti ini. Siapa Damia sebenarnya ? Dia juga kerabat diraja seperti Adam ? Bukan sebagai statusnya rakyat biasa yang selalu dihina dan dikatakan budak malang itu ? Apa semua ni ? Adam ditipu ke selama ni ?
Damia atau nama sebenarnya Tengku Zalikha Damia. Ya Damia satu - satunya putri kepada Tengku Aiman Namzin.

Setelah semua majlis akad nikah selesai. Adam bertemu dengan Damian yang kini abang iparnya. Adam masih tidak mengerti apa semua ni ?

" Wahh..dah jadi adik ipar aku akhirnya kau..Tak sangka betul..so macam mana ? How your feeling ? " kata Damian atau nama sebenarnya Tengku Malique Damian.

Adam terkelu. Jadi , abang Damian pun tahu yang aku akan berkahwin dengan adiknya ? Kenapa dia tak bagitahu aku apa- apa pun masa dekat mall tempoh hari ? Siap pukul aku lagi tu kenapa ?

" Apa semua ni abang Damian ? Kenapa tak bagitahu Adam pasal ni ? " tanya Adam mendatar. Entah lah dia rasa dirinya tertipu sangat.

" Bagitahu kau ? Dah kau tak pernah tanya pun...by the way sorry lah aku tumbuk kau hari tu. Actually aku sengaja aje buat macam tu. Saja nak usik bakal adik ipar aku..." kata Damian selamba.

Memang Damian anggap itu satu gurauan tapi tidak pada Adam.Dia rasa dirinya seperti orang bodoh ketika ini. Dia harus bersua muka dan minta ayahnda explain kan semua ini. Ayahndanya juga terlibat dalam hal ini.

Baru Adam hendak bersuara tiba - tiba dirinya dipanggil. Adam diminta untuk melakukan sesi photografi untuk majlis akad nikah ini sebelum ke majlis yang seterusnya. Maka perbualan dia bersama Damian terhenti di situ.

Di sesi photografi akad nikah, Adam terasa sedikit kekok apabila harus menggayakan gaya yang sweet - sweet bersama Damia. Tak sangka , betul - betul tak sangka yang Damia dah sah menjadi isterinya. Allahu..

Damia hanya mendiamkan diri sejak tadi. Sikit pun tidak bersuara. Semasa mereka membuat gaya bertatapan antara satu sama lain. Masing - masing menahan perasaan malu antara satu sama lain. Bila kena buat gaya pegang tangan pun rasa seram + sejuk semacam entah. Ya lah mana tak rasa macam tu apabila dulunya hanya kawan tapi kini telah menjadi suami isteri.

" Okay rapat sikit yaa...pastu Tengku Adam tolong pegang pinggang Tengku Zalikha ya.." kata photographer itu.

Takut - takut Adam untuk memegang pinggang Damia. Alahai apa lah tangkap gambar zaman sekarang ni ? Pelik - pelik aje. Akward gila dhoo..

*********
Setelah selesai majlis akad nikah , diteruskan pulak majlis persandingan yang diadakan di Hotel The Light Star ( Entah wujud ke tak 🤣) Majlis persandingan ini dibuat terus bagi kedua - dua pihak. Tema warna yang dipilih ialah Blue Pink..

Adam dan Damia disiapkan dengan segak dan cantik sekali. Mereka la raja sehari untuk hari ini. Hanya mereka yang paling menonjol dalam majlis itu.

Setelah beberapa jam kemudian. Tetiba Damian membuat satu pengumuman yang amat mengejutkan.

" Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Okay saya ada sedikit pengumuman kepada semua. Ermmm mesti anda semua rasa bosan kan tanpa ada apa - apa persembahan daripada raja sehari kita hari ini kan ? Ermmm dengar kata adik ipar saya ni pandai main gitar pastu pandai juga bernyanyi. Apa kata kita minta dia untuk nyanyikan satu lagu untuk para tetamu dan kerabat - kerabat semuanya ?Setuju tak ?" kata Damian.

Semua tetamu bersorak keriangan dan berkata setuju. Adam terkelu seketika. Apa ? Buat persembahan secara spontan ? Abang Damian ni suka hati dia aje cakap aku nak buat persembahan. Nasib dah jadi abang ipar aku ! Kalau tak aku belasah dekat sini jugak.

" Hish abang Damian ni dah kenapa ? Hmmm suka buat keputusan sendiri aje..." desis hati Damia. Damia memandang Adam yang duduk bersanding di sisinya.

Akhirnya Adam akur lalu bangun dan menerima gitar yang telah disediakan. Adam membuat keputusan untuk menyanyikan sebuah lagu dari Virgoun.

Bukti by Virgoun.

Memenangkan hatiku
Bukanlah satu hal yang mudah
Kau berhasil membuat
Ku tak bisa hidup tanpamu

Menjaga cinta itu
Bukanlah satu hal yang mudah
Namun sedetik pun tak pernah kau
Berpaling dariku

Beruntungnya aku
Dimiliki kamu

Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini

Kaulah bentuk terindah
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu

Meruntuhkan egoku
Bukanlah satu hal yang mudah
Dengan kasih lembut kau pecahkan
Kerasnya hatiku

Beruntungnya aku
Dimiliki kamu (ku ingin engkau tahu)

Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini

Kaulah bentuk terindah (kaulah bentuk terindah)
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu (mengusaikan cantikmu)
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu

Begitu lah sedikit sebanyak nyanyian Adam untuk para tetamu yang datang pada malam itu. Tak sangka Adam ada kekuatan untuk menyanyikan sebuah lagu di majlis itu. Selalu dia hanya bernyanyi sendiri di tepi pantai sahaja. Selesai sahaja Adam bernyanyi semua para tetamu menepuk tangan yang amat kuat. Tak sangka mereka, yang Adam memiliki suara yang amat merdu pastu pandai pulak memetik gitar.

*********
Tamatlah sudah majlis akad nikah dan persandingan pada hari itu. Semua kerabat diraja mengambil bilik rehat masing - masing. Y semuanya masih tidak balik ke rumah masing - masing sebab majlis tamat pada lewat malam jugak.

Pengantin juga telah disediakan bilik khas kepada mereka oleh pihak hotel.

Dalam perjalanan menuju ke bilik hotel , Humaiera sempat berbual dengan Damia.

" Tak sangka pulak yang awak akan jadi kakak ipar saya Damia..hmmm lepas ni tolong explain dekat saya ea pasal awak. Saya masih terkejut dan tak faham siapa identiti awak yang sebenarnya. " kata Humaiera.

Damia hanya tersenyum lalu mengangguk kecil.

" Saya pun tak sangka yang saya akan kahwin dengan Adam. Bagi saya semua ni hanya mimpi..." desis hati Damia.

Adam hanya berjalan beberapa inci sahaja bersama Adwa di belakang Damia dan Humaiera seperti selalu.

Apabila sampai sahaja di hadapan bilik pengantin. Humaiera dan Adwa sempat mengusik abang mereka dan kakak ipar mereka.

" Goodnight pengantin ! Sweet dream ahahahah " kata Adwa dan Humaiera serentak lalu meninggalkan mereka berdua.

Adam hanya membuat muka selamba dan serious sahaja. Cuma Damia yang sedikit blushing. Seketika Adam dan Damia masuk ke dalam bilik hotel.

Cantik hiasan dalam bilik. Nama pun hotel 5 star. Nampak cantik dan tenang aje. Bilik yang berkonsepkan ala ala british.

Dah sampai ke bilik hotel pun, Adam dan Damia masih belum bercakap antara satu sama lain. Sejak majlis akad nikah lagi. Lagi satu bila Damia cuba untuk tegur Adam pasti Adam akan bersikap dingin dengan Damia. Tiba - tiba Adam bersuara....

" Hmmm awak pergilah bersihkan diri dulu pastu solat apa yang patut.." kata Adam mendatar tapi sikit pun dia cakap tak pandang Damia.

" Ermmm ...kita solat sekali ea ? " balas Damia.

" Hmmm awak solat aje la sorang...kita solat asing..." kata Adam dingin lalu ingin melangkah keluar dari bilik tidur mereka itu untuk memberi privasi kepada Damia. Takut Damia tak selesa nak tukar baju ke apa nanti.

" Adam.." panggil Damia sambil menarik tangan Adam.

Langkah Adam terhenti.

" Kita kena bincang..." luah Damia akhirnya.

Adam mendiamkan diri seketika. Cuba mengawal emosinya.

" Tak ada apa - apa yang patut kita bincang pun.." kata Adam lalu menarik tangannya dari dipegang Damia.

" Tapi...kita tetap kena bincang pasal kita..."

Tiba - tiba Adam menoleh ke arah Damia. Dia memandang tajam ke wajah Damia.

" Pasal kita ? Atau pasal awak ? Saya tak sangka yang saya akan kena tipu macam ni dengan awak Damia.. Awak pernah cakap yang saya penipu kan ? Tapi awak pun penipu Damia. Awak yang tipu saya ! Buat macam rakyat biasa. Buat macam orang miskin tapi sebenarnya ? Anak kerabat diraja ! Awak dah bodohkan saya Damia..." hambur Adam. Dah lama dia pendam dari sejak akad nikah tadi baru sekarang dia dapat luah.

Damia sedikit tersentak dan terdiam dibuatnya.

" Sudah lah Damia..saya penat...saya tak nak cakap apa - apa dengan awak...tolong jangan ganggu saya.." kata Adam seraya meninggalkan Damia yang terkaku di situ seorang diri. Adam keluar dari bilik tidur itu.

Adam sudah bersihkan dirinya. Nasib baik hotel ni sediakan 2 toilet dalam setiap bilik. Maka Adam boleh pakai toilet yang di luar bilik.

Setelah membersihkan diri, Adam mengganti solat yang tertinggal kerana majlis tadi. Selepas solat isyak , Adam membaca doa.

" Ya Allah...terima kaseh Ya Allah...kerana engkau memberi petunjuk ini kepada aku. Pilihan aku adalah tepat. Walaupun kenyataan ini begitu berat untuk aku terima. Kuatkan aku Ya Allah..untuk terus tabah dalam menghadapi ujian yang engkau berikan...Aku bersyukur kerana dia menjadi isteri ku...aku bersyukur Ya Allah kerana dia menjadi jodoh aku. Lindungilah rumah tangga kami Ya Allah...moga semuanya akan baik - baik sahaja...Amin...Amin rabbal alamin..." doa Adam bersama tangisannya.

Selepas itu , Adam masuk ke dalam bilik tidurnya. Kelihatan Damia sudah terlena di atas katil. Buat kali pertama, Adam melihat Damia tanpa bertudung. Cantik..Damia memiliki rambut yang agak panjang dan berwarna keperangan sedikit.. Adam meneliti setiap inci wajah isterinya itu.

" Hmmm dia dah jadi permaisuri aku...tapi.. hati aku masih sakit sebab dia dah tipu aku..." desis hati Adam.

Seketika Adam menarik selimut lalu menutupi tubuh Damia. Malam itu, Adam mengambil keputusan untuk tidur sofa panjang di sebelah katil yang sedang Damia tidur.

Adam tidur secara mengiring menghadap Damia yang sedang tidur di katil itu.

" Selamat malam permaisuriku..." ucap Adam perlahan.

Dalam beberapa minit kemudian, Adam akhirnya tertidur. Penat agaknya dengan majlis yang berlangsung seharian itu. Tiba - tiba , tubuh Adam diselimutkan pula. Eh siapa yang selimutkan Adam ? Hahahaha siapa lagi kalau bukan Damia. Eh Damia tak tidur lagi ? Hmmm tak ... sebenarnya Damia hanya berpura - pura tidur..semasa dia tahu yang Adam akan masuk ke dalam bilik. Tak sangka pulak Damia yang Adam akan selimutkan dirinya even tadi Adam marah sangat dengan dirinya. Hmm dia tersentuh sangat dengan tindakan Adam.

Seketika Damia berlutut di sofa yang sedang Adam tidur.. Kini giliran Damia pula yang meneliti setiap inci wajah Adam. Dah lama tak tatap wajah Adam macam ni..Rindu sebenarnya.

" Adam...maafkan saya..saya tak berniat nak tipu awak...tapi saya sendiri pun tak tahu yang saya akan kahwin dengan awak...semua ni aturan keluarga saya...saya hanya mengikut arahan bonda...Ya saya memang anak kerabat diraja..tapi saya ditinggalkan oleh bonda dari kecil lagi dekat nenek ...sebab tu saya tak rasa sangat pun saya ni anak kerabat diraja...maafkan saya Adam..." luah Damia sebak dan perlahan pada malam itu tanpa didengari oleh Adam yang sedang tidur itu.

#Okay guys nahhhh chapter baru. Dah taukan siapa pengantin perempuan tu ? Hahahaha kpd pembaca yg dh buat spekulasi dkt komen bab 29 , really2 thankyouu heeee memang hmpir sama. Alahai mcm boleh baca idea author aje ni 🤣 Heee hope you guys suka chapter ni 😙 ni chapter last untuk minggu ni. Okay untuk minggu dpn author tak janji bleh update ke tak sbb author ada trial exm sem 3 minggu skali lagi tu...Hmm so kena stop dulu mengupdate smua ni. Wish me luck guys. Doakan author bleh jwp exm tu dgn lancar 😭 Okay guys bye ! SYS ! Jngn jemu untuk tunggu next chapter okay 😊keep vote & comment plssssss 💕💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro