Bab 3
" Kenapa kau asyik ikut aku dari tadi ? " kata Adam tiba - tiba lalu menoleh ke belakang.
Orang di belakang Adam tersentak! Ya memang dari kelas tadi sampai masuk ke tandas sampai lah dah nak masuk ke dalam kelas semula pun seseorang itu asyik mengikuti jejak Tengku Adam Hanafie.
" Err..err "
Adam melangkah maju untuk mendekati orang itu. Dia ni dah kenapa ? Tadi tersengeh macam kerang busuk dalam kelas , ni duk ikut aku macam spy pulak ?
" Errr sebenarnya...aku..nak kawan dengan kau ! Eh tak ..tak..aku nak jadi pembantu peribadi kau ! " kata Ikhwan.
Adam tayang muka pelik. Hah ? Nak jadi pembantu peribadi aku ?
" Maksud kau apa ni ? Apesal nak jadi pembantu peribadi aku pulak ? " tanya Adam.
" Heee sebenarnya aku ...kenal kau. Nama aku Ikhwan.Serious ahh aku selalu ikut perkembangan kau. Kau anak raja Tengku Ilham Huzairie kan ? Weyh aku minat ahh kat kau...ehh bukan minat sesama sejenis tu, maksud aku..aku minat ahh dengan personaliti kau. You are cool man.." jelas Ikhwan panjang lebar.
Adam mengangguk kecil. Oh macam tu rupanya. Pelik - pelik budak zaman sekarang. Dia minat personaliti aku ?
" So macam mana ? Boleh aku jadi pembantu peribadi kau ? Serious aku tak sangka pulak yang kau akan pindah sini..masa tadi kau masuk serious aku excited gila dhoo " kata Ikhwan lagi.
Adam terdiam seketika. Jadi pembantu peribadi aku ?
" Hmm maaf. Tak kot. Aku tak ada bayaran kalau kau jadi pembantu peribadi aku.." kata Adam lalu menoleh dan berlalu.
Ikhwan sedikit melopong ! Lalu dia mengejar Adam yang masuk ke kelas.
" Alaa please lah Adam..aku sanggup jadi pembantu peribadi kau tanpa bayaran apa - apa pun.." kata Ikhwan.
Hish dia ni apa yang best sangat jadi pembantu peribadi aku ? Tanpa bayaran pulak tu. Tetiba Adam berhenti melangkah lalu menoleh ke arah Ikhwan.
" Hmm macam ni la ikhwan kan ? Apa kata kau tak payah lah jadi pembantu peribadi aku. Aku tak perlukan pun.." kata Adam straight to the point. Ya Adam bukan jenis yang suka ada pembantu bagai ni. Dia boleh buat semua hal sendiri tanpa bantuan pembantu peribadi.
Ikhwan muncung sedepa dan buat muka sedih.
" Kau jadi aje kawan aku memandangkan aku pun still baru kat sini dan tak ada kawan lagi.." putus Adam.
Mata ikhwan mula bersinar kembali. Wahhh memang terbaik arrr anak raja ni. Tak sombong dho..dan tak menindas orang di bawahnya. Memang Adam ni idolah Ikhwan lah 💪
" So kita jadi kawan ahh macam ni ? Tapi kau tak kesah ke kawan dengan aku ? Aku ni kan rakyat biasa aje. Setakat jadi pembantu peribadi kau layaklah ... " kata ikhwan.
" Hmmm kau alien ke ? " tanya Adam tiba - tiba.
Ikhwan blur sekejap.
" Alien ? Tak lah aku manusia lah.." kata Ikhwan.
" Dah tu ? Apa yang layak tak layaknya ? Aku pun manusia. So tak ada istilah layak ke tak layak. Kita manusia semua sama aje.." kata Adam lalu mengambil tempat duduknya.
Aduhhh ! Cool lahh Tengku Adam Hanafie ni ! Merendah diri betul siot...
*********
Adam memerhatikan suasana kelas ketika ini, masing - masing duk berborak dengan kawan - kawan. Memandangkan cikgu Bahasa Melayu baru sahaja keluar tadi. Satu aje Adam perasan kenapa budak perempuan di sebelahnya ini asyik bersendirian aje. Pastu tak ada seorang pun yang ajak dia berborak. Dia bisu ke macam mana ? Muka dia pun lain macam aje tapi satu aje aku perasan , dari tadi dia suka curi - curi tengok meja yang aku duduk ni. Dah kenapa ? Ada apa - apa ke dengan meja ni ?
" Adam..kau buat apa tu ? " tegur Ikhwan tiba - tiba.
" Hah ? Tak ada apa lah...aku tak buat apa pun.." kata Adam.
" Oh..hah ni aku nak ke tandas. Nak join ? Jom lah.." ajak Ikhwan.
Adam tayang muka pelik. Kenapa nak pergi tandas pun nak ajak aku ? Eh kalau perempuan kot lah pergi berdua. Ni lelaki kot.
" Err kau pergi aje la. Aku tak rasa nak ke tandas pun. " kata Adam.
Ikhwan mengangguk lalu beredar. Tinggallah Adam dan budak perempuan yang dia masih tak tau nama apa tu di barisan tempat duduk paling belakang.
Adam menghembus nafas berat. Dia masih memikirkan kenapa dalam banyak - banyak classmate dia , budak perempuan sebelah ni aje yang paling pelik.
Tok ! Tok !
Tiba - tiba meja Adam diketuk. Adam sedikit terkejut dengan kehadiran 2 orang budak perempuan kelasnya.
" Hi Adam..." sapa Amanda.
" Hmm.." sahut Adam. Biasalah tu. Balasan hmmm tu dah sebati dalam hidup Adam 😂
" Hi Adam.." sapa seorang lagi yang bernama Farah.
Adam hanya mengangguk kecil. Malas betul dia nak layan budak - budak perempuan ni. Dah lah semua pakat free hair. 😩
" Kenalkan I Amanda dan ni Farah. Kawan baik I.." kata Amanda manja.
Herrr aku tak tanya pun !
" Ermm you ni kalau tak silap I anak raja kan ? By the way , you ni handsome lah. Rambut you memang perang ea ? Semula jadi or you pakai apa - apa ? " kata Amanda lagi.
Hmmm dah kenapa minah ni ? Interview pasal rambut aku pulak ?
Tiba - tiba , pelajar perempuan di meja sebelah Adam bangun. Adam sempat menoleh ke arahnya sebelum pelajar perempuan itu keluar dari kelas lagi begitu saja.
" Ish minah ni ! Jelous lah tu kita rapat dengan budak baru kan Farah kan ? Hahaha kesian dia tu tak ada sesiapa pun nak kawan . Sebab apa ? " kata Amanda sinis.
" Sebab dia..budak pembawa malang ! Hahahaha " sambung Farah berserta ketawa sinis.
Adam terdiam seketika. Apa ? Budak pembawa malang ? Kenapa pulak ? Seketika Adam pulak yang bangun.
" Ehh ? You nak pergi mana pulak ni ? " tanya Amanda terkejut dengan tindakan Adam.
Adam mengabaikan soalan Amanda lalu dia juga beredar keluar dari kelas.
*******
Mata tak habis - habis mengeluarkan air mata. Kenapa kau lemah sangat Damia ?! Kenapa kau sedih sangat bila tempat tu dah diduduki pelajar baru ? Kenapa ? Kau kena sedar ! Tempat tu tak selamanya akan kosong. Tempat duduk tu akan ada penggantinya jugak.
" Hmmm tapi...tu tempat Fir.. tak ada orang lain yang boleh duduk tempat tu..." kata Damia seorang diri.
Damia duduk di rooftop. Tempat favouritenya dari form 3 lagi. Tempat ni yang menjadi tempat untuk luahan hatinya. Tempat ni juga adalah tempat kenangan dia bersama Fir.
" Fir ... maafkan Mia.." kata Damia lagi kini air matanya turun dengan laju.
Dia tak tahu, bila air matanya akan berhenti.Damia cuba untuk menghapus air matanya. Namun tetap terus keluar lagi. Hmmm kau memang pembawa malang Damia. Semua orang bencikan kau. Semua orang menjauh dari kau. Kau memang ditakdirkan untuk hidup seorang diri !
Tetiba Damia terasa agak pening, mungkin sebab terlalu banyak menangis barang kali. Tubuhnya terhuyung hayang dan ingin terjatuh namun tiba - tiba ada seseorang yang menyambutnya dari belakang.
Damia mendongak ke atas namun silauan dari cahaya matahari menghalang dia untuk melihat wajah si gerangan. Selepas itu si penyambut itu melindung silauan cahaya matahari itu sehingga wajahnya jelas terpapar di hadapan Damia.
Damia tersentak !
#Keep vote and comment 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro