Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29

Hari ni Damia ke sekolah seperti biasa. Heee sebelum ke sekolah dia sempat memberi arnab kesayangannya makan terlebih dahulu. Apa nama arnab yang diberikan oleh Damia ? Ermm setelah berfikir lama, akhirnya Damia memberi nama clara. Heeee comel kan ?

Di kelas, Damia hanya mencuri - curi memandang Adam yang duduk di tempat asal Ikhwan dulu.

" Hmmm dia ke yang datang semalam ? Bagi hadiah arnab tu ? Tapi macam mana dia boleh tahu birthday aku ? Tak ada seorang pun yang tahu birthday aku bila. Pastu arnab tu memang arnab tu aku teringin nak bela tapi aku tak berkesempatan lagi nak bela.." desis hati Damia.

Tiba - tiba Ikhwan menoleh ke arah Damia.

" Eh Damia ? Tengok apa tu ? Tengok saya ke ? " tanya Ikhwan cuba mengusik.

Damia tersentak. Seketika Adam juga menoleh ke arah Ikhwan dan Damia.

" Errr tak lah.." kata Damia gugup lalu memandang ke arah tingkap semula. Arghh dia malu. Hmmm pasti Adam akan ingat dirinya yang curi - curi pandang Adam. Masih berharap pada Adam.

Part of Adam.

Hmmm harap dia suka la hadiah tu. Nasib baik aku sempat beli balik arnab dekat mall tempoh hari. Mana aku tahu birthday dia ?Aku tahu sebab aku terbaca diari dia tempoh hari. Ingat lagi tak masa diari dia terjatuh dan aku simpan. Sebenarnya aku terbaca separuh diari dia. Tentang keinginannya yang nak kan seekor arnab pada hari lahirnya. Hmmm ya lelaki yang berpayung pada malam itu ialah Tengku Adam Hanafie. Sanggup Adam curi - curi keluar pada malam itu, semata - mata nak sampaikan hadiah untuk Damia.

Even Adam dah bertunang dan dalam proses untuk melupakan Damia namun dalam diam dia susah untuk lupakan Damia. Damia cinta keduanya selepas Anisa. Tak mudah untuk Adam berubah hati untuk tunangnya.

******
Adam duduk bersua muka dengan ayahndanya.

" Ayahnda.."

" Ya.." sahut Huzairie.

" Anaknda dah ikut apa kemahuan ayahnda. Anaknda harap lepas ni ayahnda jangan ugut - ugut lagi anaknda soal Damia. Anaknda tak mahu ayahnda ganggu kehidupan Damia. Kalau ayahnda apa - apa kan Damia, anaknda tak teragak - agak untuk batalkan pertunangan dengan Tengku Zalikha. " kata Adam serious.

Huzairie berfikir sejenak lalu mengangguk.

" Baik lah tapi andai saja ayahnda dapat tahu yang anaknda masih berhubungan dengan budak tu , ayahnda pun tak jamin apa yang akan jadi dekat budak tu.." balas Huzairie sinis.

Adam terdiam seketika lalu dia bangun dan meninggalkan ayahnda sendiri dia ruang tamu itu. Adam bergerak ke halaman belakang untuk mencari sedikit ketenangan.

Di halaman, Adam hanya sendiri. Melayan perasaan yang entah ke mana..

" Kenapa ? Kenapa aku tak boleh kejar kebahagiaan aku sendiri ? Kenapa perlu diatur ? " desis hati Adam sedih.

Adam kecewa dengan sikap ayahndanya. Entah lah kekadang tu Adam rasa macam nak lari aje dari kehidupannya ini. Dia nak hidup macam biasa. Nak jadi rakyat biasa. Tanpa ada penindasan , tanpa ada kongkongan dari sesiapa. Hidup aman dan hidup mengikut apa yang dia sendiri inginkan 😌

Adam mengeluh untuk yang kesekian kali. Lagi beberapa bulan aje dia akan bernikah. Mampu kah dia pikul tanggungjawab jadi suami orang diusia semuda ini ? Hmm entah lah , dia sendiri juga tidak yakin.

Harap apa yang dia buat ni memang betul - betul yang terbaik. Adam tak mahu menyesal di kemudian hari nanti.

" Eh Adam ? " sapa Aliya.

Adam sedikit tersentak dengan kehadiran Aliya yang muncul tiba - tiba.

" Eh bonda..bu..at apa dekat sini ? " tanya Adam.

" Bonda saja amik angin tadi tetiba nampa putra sulung bonda duk mengeluh aje dari tadi kenapa ? " kata Aliya lalu mengambil tempat di sebelah putranya itu.

" Errr tak ada apa la bonda..mana ada Adam mengeluh..Adam pun amik angin juga ni..." bohong Adam.

" Hmmm alahhh tak payah nak tipu...kamu tu putra bonda tahu. Bonda tahu la kamu ada masalah kan ? Cer cerita dekat bonda..mana tahu lega nanti ?" kata Aliya.

Adam hanya tersenyum kecil. Tak . Dia tak patut ceritakan dekat bonda. Adam tak nak bonda risau. Adam tak suka buat bonda banyak fikir nanti. Lebih baik Adam pendam. Hmm baiknya Adam sebagai seorang anak.

" Cepat lah Adam..cerita pada bonda.."

Tetiba Adam menarik Aliya ke dalam pelukannya. Aliya sedikit tercengang.

" Adam okay lah bonda...Bonda jangan risau ea. Bonda..Adam peluk bonda kejap ya..rindu nak peluk bonda.." kata Adam mendatar di pendengaran Aliya.

Aliya hanya membiarkan hal itu. Dia tahu , putra sulungnya ini memang ada masalah tapi satu aje Aliya bangga dengan Adam sebab Adam tak pernah nak susahkan orang. Adam salah satu putranya yang mendengar kata. Selalu menjaga hatinya yang seorang ibu ini. Seketika Aliya mengusap lembut belakang putranya itu. Cuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada putranya.

Adam pula masih memeluk Aliya erat sambil memejamkan matanya. Cuba untuk menghapus segala keperitan yang dirasainya dan cuba untuk meminta sedikit kekuatan daripada bondanya.

********
Pejam - pejam celik, kejap aje rasa dah nak mula cuti sekolah bulan 12. Maka , tiba lah juga hari - hari yang mendebarkan buat Adam. Ya lah..dia akan berkahwin. Bukan satu hal yang boleh dibuat main. Hmmm macam mana lah agaknya wajah bakal permaisurinya ?

Adam bersiap dengan memakai baju melayu putih yang telah direka khas oleh pereka kerabat diraja. Adam kelihatan segak sekali dengan mengenakan pakaian itu pada dirinya.

Dia melihat dirinya di dalam cermin.Hmm aku dah nak kahwin ? Adwa juga ada di situ membantu Adam untuk bersiap.

" Abang...tak sangka kan kejap lagi kau dah nak jadi suami orang ... cepat betul kau kahwin..." kata Adwa.

Adam hanya tersenyum hambar. Entah lah di hari yang bahagia ini dia tidak rasa apa itu erti kebahagiaan. Hmm boleh tak kalau dia nak undurkan masa ? Boleh tak dia nak bertatapan dengan Damia macam dulu ? Boleh tak dia nak buat Damia tersenyum lagi ? Boleh tak dia nak mendampingi Damia ?

Tiba - tiba pintu bilik persiapan Adam diketuk.

" Masuk .." arah Adam.

Seketika muncul lah Humaiera yang juga sudah siap dengan pakaian kerabat dirajanya. Humaiera kelihatan begitu anggun di mata Adam. Cantik adik aku hahahaha untung lah Ikhwan kalau dapat.

" Abang Adam...." panggil Humaiera.

" Hmm apa ? "

" Last ni Maiera nak tanya ..." kata Humaiera serious.

" Tanya apa pulak ? "

Adwa hanya menjadi pemerhati.

" Abang serious ke nak teruskan perkahwinan ni ? Kalau abang tak kuat ! Lebih baik abang hentikan sekarang. Jom Maiera bantu abang untuk lari.. " kata Humaiera.

Adam sedikit tersentak dengan cadangan Humaiera. Begitu juga dengan Adwa.

" Oiii adik...kau dah gila ke ? Kau tahu kalau abang Adam buat macam tu.Ayahnda boleh murka tahu tak ? Dah tak payah bagi cadangan yang entah apa - apa tu. Abang Adam takkan lari mana - mana lah. Lagipun abang Adam dah ready dah pun nak kahwin. Betul tak abang Adam ? " kata Adwa yakin. Hahahaha yalah memang lah Adwa cakap macam tu sebab sampai ke hari ni dia masih tak tahu soal masalah Adam.

Adam tergelak kecil.

" Sudah lah..korang ni..macam - macam perangai..Maiera..abang okay. Abang tetap akan teruskan perkahwinan ni..ya betul lah tu cakap abang Adwa...Abang dah bersedia." kata Adam.

" Hmmm baiklah...Kalau abang Adam dah cakap macam tu. Maiera harap abang bahagia ya..." kata Humaiera sedikit sedih.

" In shaa Allah.." ucap Adam.



Seketika rombongan bagi pihak Adam mula bergerak ke rumah mewah Tengku Aiman Namzin & Tengku Safira Hazwani. Itu lah nama bakal bapa mentua dan ibu mentua Adam tak lama lagi.

Adam mula berasa berdebar - debar apabila dia sudah duduk di tempat akad nikahnya. Ramai kerabat - kerabat diraja dan ahli keluarga yang datang majlis akad nikah tersebut. Tidak lupa juga untuk beberapa wartawan yang telah dijemput. Masing - masing semuanya ada camera di tangan. Tidak mahu ketinggalan majlis yang bersejarah ini.

Adam sempat juga mengerling ke arah tempat duduk pengantin perempuan yang masih kosong itu. Ya pengantin perempuan masih bersiap sedikit lagi dan tidak turun lagi.

" Ya Allah..kuatkan aku..." desis hati Adam yang makin tak keruan ini.

" Abang Adam...jangan nervous yaaa.." pesan Adwa yang duduk di sebelah kiri Adam.

Dalam beberapa minit , bakal ayahnda Adam iaitu Tengku Aiman Namzin turun lalu mengambil tempat di hadapan Adam. Tetiba Adam rasa nervous gila. Kalau aku tak lepas sekali akad macam mana ?

Seketika pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin perempuan yang baru turun dari tingkat atas. Adam tiba - tiba tiada kekuatan untuk tengok bakal isterinya. Maka sedikit pun dia tak berpaling ke arah tempat pengantin perempuan.

Namun tiba - tiba Adwa menyentuh bahu Adam.

" Aba..ng...biar be...tul tu ...bakal isteri kau ? " kata Adwa..

Adam pelik. Kenapa Adwa kelihatan amat terkejut sekali ? Kenapa kalau tu bakal isterinya ? Buruk sangat ke wajahnya ? Adam terus berpaling ke arah tempat pengantin.

Kebetulan penganti perempuan ketika itu juga memandang ke arah Adam. Mereka bertatapan dari jarak yang agak jauh sedikit. Masing - masing menunjukkan riak terkejut.

" Dia ? Bakal isteri aku ? " monolog Adam di dalam hati.

#Wuishhhh kenapa semua terkejut sangat ni ? Siapa pengantin perempuan tu ? Agak - agak korang siapa ? Cer komen . Nak tau apa jadi ? Tunggu chapter yg seterusnya ya ! Kbye 😍 Keep vote and comment ya 💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro