Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28

Adam hanya memandang kosong ke arah kertas yang tercatat elok nombor phone tunangnya itu. Hmm patut ke aku ws dia ? Ke call terus aje ?

Adam buntu perlu buat apa dengan no phone tersebut. Nak diabaikan saja nanti apa pulak kata nenda jika si tunang mengadu kata aku tak contact dia langsung ? Haish 😪

Akhirnya Adam menyimpan nombor phone tunangnya. Dia meletakkan nama contact " Future " . Hahahaha tak tahu nak letak apa dah 😂 takkan nak diletaknya yang buruk - buruk nanti nak jadi isteri seumur hidup jugak.

Setelah disimpan nombor phone tersebut, Adam membuka ruang whatsappnya. Tertera nama si tunang di contact Adam. Seterusnya ada membuka lagi ruang chatt di antara dia dan tunangnya. Hmmm dp tunang dia hanya gambar bunga sahaja. Haish kenapa Adam ? Kau teringin nak tengok muka dia pulak ke ? Bila nenda nak tunjuk gambar, kau berlagak habis. Arghhh tak nak - tak nak , aku tak ready lagi nak tengok muka dia. Hahahaha Adam sendiri pun tak letak dp ws muka sendiri tapi yang diletaknya gambar jari yang dibuat mini love aje 😂

Adam cuba untuk menaip " Assalamualaikum" untuk dihantar kepada tunangnya. Namun tiba - tiba Adam pulak yang menerima " Hi Assalamualaikum Encik Tunang.."

Adam meneliti banyak kali chatt yang diterima dari tunangnya itu.

Future 😇

Hi Assalamualaikum Encik Tunang..

Hmmm nampaknya tunang aku ni bukan seorang yang pemalu. Tak macam Damia, kalau lah aku chatt ngan dia ni mesti dia takkan mulakan chatt dulu. Lagipun Maiera dah pernah bagi tahu , yang Damia tak ada phone.

Seketika Adam reply chatt dari tunangnya itu.

Adam 👦

Hi waalaikumusalam 😊

Mereka mula sual kenal antara satu sama lain pada malam itu hanya melalui chatt sahaja. Mereka juga malah membuat perjanjian antara satu sama lain bahawa mereka tidak akan menunjukkan muka masing - masing sehinggalah hari pernikahan mereka. Mereka belum ready lagi. Awal suai kenal , nampaknya mereka ada chemistry 😂 hmmm aku dah tak boleh ingatkan Damia lagi , sebab sekarang aku dah ada tunang yang perlu dijaga 😌

Keesokan harinya, tiba - tiba kedua - dua adik kembar Adam mengajaknya untuk pergi mall. Dah lama katanya mereka tidak ke mall sejak duduk Cherating. Lagipun diaorang cakap nak spent time dengan abang Adam diaorang sebelum nanti abang mereka ini menjadi hak sepenhunya kakak ipar mereka nanti. Sedih betul lahhh abang Adam dah kahwin awal 😔😔😔

Adam hanya mengikuti sahaja permintaan adik - adiknya itu. Diikutkan sahaja ke mana mereka pergi. Sekejap singgah butik beli baju lah. Sekejap singgah kedai beli barang itu ini lah. Alahai adik - adik aku ni. Mereka keluar begitu sahaja ke ? Hahahaha tak ada lah, masing - masing ada penyamaran masing - masing. Gila nak keluar macam tu aje ? Diaorang ni anak kerabat diraja. Nanti kang kena kejar dengan paparazi and mamarazi macam mana ? Lagipun driver mereka juga ada sekali. Hanya mengikut ke mana sahaja mereka pergi.

Sementara menunggu adik - adiknya membeli barang , Adam tertarik akan pameran arnab yang dianjurkan di dalam mall tersebut. Adam melangkah ke pameran itu untuk melihatnya. Terdapat beberapa anak arnab yang comel dijual di situ jugak. Semuanya comel - comel dan bermacam - macam colour. Alahai comelnya. Tetiba Adam teringatkan sesuatu.

" Abang Adam...kat sini rupanya abang..." teriak Humaiera menyentakkan Adam.

" Hah ? Eh dah habis beli barang ke ?" tanya Adam.

" Sudah ...habis dah semua kami borong.." kata Humaiera.

" Hah betul tu.." sambung Adwa pulak.

" Ermm okay lah korang tunggu sini kejap..abang nak pergi toilet jap.." kata Adam.

" Saya ikut ke Tengku ? " kata driver kami iaitu Pakcik Halim.

" Eh tak apa..saya pergi sorang aje. Tolong tengok - tengokkan adik - adik saya ni.." kata Adam seraya berlalu meninggalkan adik - adiknya dan driver

Di toilet , semasa Adam nak keluar tiba - tiba dia bertembung dengan seseorang yang mampu mengejutkannya.

" Adam ? "

" Ab..ang Damian ? " ucap Adam gugup.

Damian hanya memandang sinis kepada Adam.

" Tak sangka jumpa kau dekat sini ... bagus juga ... ada benda aku nak settle dengan kau ! "

Bukkk ! Perut Adam ditumbuk kuat oleh Damian sehingga Adam jatuh terduduk di situ. Kawasan toilet situ pun sunyi tika ini. Kalau tak salah hanya ada Adam dan Damian saja kot ?

" Ap..a ni abang Damian ? Kenapa tumbuk Adam ? " tanya Adam tidak mengerti. Yalah bayangkan lah tiba - tiba jumpa , pastu terus kena tumbuk ? Kuat pulak tu !

Seketika Damian mencengkam kolar baju milik Adam sehingga Adam terdorong untuk bangun semula.

" Kau boleh tanya aku kenapa tumbuk kau ? Hah ? Kau ingat aku tak tahu ke yang kau dah buat Damia menangis ? Kau dah sakitkan hati dia ? Mana janji kau pada aku ? Nak buat adik aku tu bahagia ? Nak protect dia dekat sekolah ? Mana hah ?! Kau ni memang hipokrit lahhhh ! " hambur Damian marah.

Adam baru faham. Oh abang Damian dah tahu semuanya. Patut la dia marah benar dengan aku.. hmmmm maafkan Adam abang Damian... 😔

" Hmmm maaf abang..saya dah tak boleh nak protect Damia lagi..maaf sebab buat adik abang tu menangis..maaf sebab sakitkan Damia...saya dah putus asa..saya dah tak dapat nak jaga dia lagi macam mana saya janji dekat abang.." luah Adam akhirnya.

" Kenapa ? " kata Damian mendatar.

" Maaf saya tak dapat nak bagitahu tapi memang saya ada alasan saya sendiri.." kata Adam jujur...

" Ish kau ni kan ! " kata Damian kasar seraya ingin menumbuk Adam lagi..

" Abang Adam ! " teriak Humaiera dari jauh apabila dia nampak abang Adamnya hendak ditumbuk seseorang yang macam familiar aje bagi dia.

Seketika Damian terus pergi meninggalkan Adam. Dia malas nak timbulkan isu. Humaiera terus meluru ke arah Adam.Patut lah dia tak sedap hati terus rasa nak cari abang Adamnya. Tengok - tengok betul memang abang Adamnya dalam bahaya.

" Abang Adam.."

" Ya Maiera.." jawab Adam lemah.

" Abang okay tak ni ? Jom kita balik sekarang.." ajak Humaiera.

Adam hanya mengangguk lalu dia dipapah oleh Humaiera. Adam masih dalam keadaan sedikit terkejut dengan kehadiran Damian yang tiba - tiba itu.

**********
Humaiera mengetuk pintu abangnya tapi tiada sahutan. Seketika dia masuk ke dalam bilik Adam. Kelihatan Adam sedang tertidur lemah di atas katilnya. Humaiera mendekati abangnya. Dia meneliti setiap inci wajah abang Adamnya. Hmm abang Adam memang handsome , setiap anggota di wajahnya memang terletak elok. Perfect ! Haish nasib baik orang tadi tu tak apa - apakan muka abang Adam ni. Hmmm tapi siapa orang tu ? Kenapa dia buat abang Adam macam ni ? Haishhhhh !

" Abang Adam...goodnight.." ucap Humaiera perlahan lalu ingin keluar dari bilik abangnya.

Namun tiba - tiba tangannya ditarik. Humaiera tertoleh semula ke Adam. Adam yang menarik tangannya ketika itu.

" Maiera..." panggil Adam.

" Ya.." sambut Humaiera lalu mengambil tempat di birai katil Adam.

Seketika Adam mengubah posisi dari baring ke duduk lalu bersandar di kepala katil.

" Maiera..tolong jangan bagitahu pasal apa yang jadi tadi..abang tak nak orang lain risau..." pinta Adam.

" Hmmm yalah - yalah, tapi abang Adam bagitau Maiera dulu..tadi tu siapa ? Kenapa dia nak pukul abang ? Orang jahat ke tadi ? " tanya Humaiera.

" Hmm Maiera kenal orang tu..Tu abang Damian, abang kepada Damia. Dia pernah datang sekolah kita...."

" Ohhhh ! Patut lah Maiera rasa macam pernah tengok dia ! Tapi kenapa dia kena buat abang macam ni ? " bebel Humaiera.

Adam menghembus nafas berat.

" Memang salah abang pun..sebab abang dah buat adik dia menangis. Sebab tu dia marah sangat dengan abang..Abang Damian tu sayang betul dia dengan Damia. "

Humaiera terdiam jadinya. Patut lah dia nak pukul abang Damia. Sebab Damia rupa - rupanya. Haishhhhhhh kesian juga lah dekat abang Adam.Semua benda asyik dia aje yang kena ?

********
Damia hanya melirih ke arah jam dinding biliknya. Hmmm lagi 5 minit , tepat pukul 12 malam. Kenapa hari ini Damia sibuk sangat dengan pukul 12 malam ? Ya lah tepat pukul 12 malam , maka cukuplah umur Damia 16 tahun.

" Hmm tahun ni pun sambut sorang - sorang lagi hari lahir aku..." desis hati Damia.

Apabila tepat sahaja pukul 12 malam , tiba - tiba hujan turun dengan lebatnya. Seperti rahmat dari Allah turun pada hari lahir Damia. Hmmm Damia selalu mengimpikan setiap hari lahirnya akan buat parti birthday. Pastu ramai orang bagi hadiah, tambah - tambah hadiah yang selalu dia idam - idamkan.

Namun hampa semua itu hanya angan - angan sahaja. Masa Firdaus hidup dulu saja dia dapat rasakan itu semua..hmmm sebab Firdaus aje yang selalu buat kejutan untuknya. Firdaus akan datang rumahnya tepat pukul 12 malam dan hantar hadiah berserta kek kecil lalu menyambut bersama - samanya malam itu.

Tetiba Damia jadi sebak pula bila teringatkan kenangan bersama Firdaus dahulu. Tetiba Damia tergerak hati untuk membuka tingkap biliknya dan seperti berharap yang Firdaus akan datang pada malam tu.

Buka - buka saja , hujan memang turun dengan lebat. Nasib baik tingkap bilik Damia ini tidak mudah untuk dimasukki air hujan. Namun tiba - tiba Damia ternampak seseorang yang berlalu bersama sekaki payung meninggalkan halaman rumahnya. Siapa tu ?

" Hoiii ! " teriak Damia memanggil orang itu.

Orang itu tidak menoleh malah lagi cepat dia berlalu. Damia terus melangkah ke pintu rumahnya ingin membuka pintu dan mengejar orang itu. Buka - buka sahaja pintu, Damia tersentak melihat hadiah yang ditinggalkan di hadapan pintu rumahnya. Hadiah yang dia idam - idamkan selalu. Hadiah apa ? Seekor anak arnab yang comel!

Ada seekor anak arnab yang comel di dalam sangkar di tinggalkan di hadapan rumah Damia.
Tetiba baru Damia perasan ada satu sampul kecil ditinggalkan di sebelah sangkar itu.

Seketika Damia membuka sampul itu dan membaca isi surat di dalamnya.

Assalamualaikum. Happy Birthday to you Damia. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Moga sentiasa tabah dan bersabar di dalam menempuh setiap dugaan. I know you can do it. Keep strong ya dear. Please jangan sedih - sedih lagi. Jangan rasa diri awak tu malang. Allah tak pernah cipta seseorang itu untuk jadi malang. Abaikan kata - kata orang yang tak penting tu. Hanya awak yang dapat tolong diri awak untuk terus kuat. Nahhh hadiah birthday. Harap arnab tu dapat teman awak lepas ni. Dapat jadi pendengar yang setia untuk awak. Okay hanya sampai di sini saja. Happy Birthday again my dear Damia 💞

- TAH -

Ya Allah , siapa yang baik sangat ni ? TAH ? Siapa ? Hmmm tapi macam nama...Adam ? Tengku Adam Hanafie ? Tak ! Tak mungkin lah ! Dia mana tahu birthday aku ! Kalau dia tahu pun , dia takkan buat semua ni. Dia benci aku la ! Dia tak suka aku ! Dia tipu aku aje. Dia penipu ! Bukan dia yang buat semua ni , tapi mungkin Allah kirimkan semua ni dari pihak Firdaus. Ya dari Firdaus 😢

#Okay nah last chapter untuk minggu ni. Heee thankyouu gila kepada reader yang support gila crita ni dgn crita MSTAP 😚 author tak sangka orang akan suka dgn karya2 author yg tak seberapa ni 😭 Heee thankyouu jgk yg mana suka comment tu, author baca smua comment cuma tak dpt nk bls smua sbb author bz skit klw bkn hri cuti..maklumlah tahun ni last sem author 😂 Heeee okay la keep vote and comment ya💕💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro