Bab 27
Aliya sedang meluangkan masa bersama pokok - pokok kesayangannya di halaman belakang rumah. Suka benar dia dengan halaman yang telah dicipta sendiri itu. Ni lah best kalau ada halaman. Macam - macam boleh buat.
Sedang Aliya sibuk menyiram pokok - pokoknya tiba - tiba di disergah oleh Humaiera.
" Bonda ! " teriak Humaiera mengejutkan Aliya.
" Oii mak aku pokok bunga ! " melatah Aliya dibuatnya.
Humaiera ketawa terkehkeh mendengar bondanya melatah. Lawak lah bonda ni.
" Maiera sayang ! Apa ni ? Terkejut bonda tau.." bebel Aliya.
" Alalala ampun bonda beribu - ribu ampun. Sembah patik harap diampun.." kata Humaiera masih berseloroh dengan Aliya.
" Haish Maiera apa cakap macam tu ? Maiera keturunan kerabat diraja , mana boleh cakap perkataan patik macam tu..." kata Aliya.
" Err yalah bonda...maaf.."
" Hah ni ada apa kacau bonda ni ? Ni mesti nak minta sesuatu ni kan ? " teka Aliya.
Humaiera tersengih seperti kerang busuk lalu mengangguk.
" Maiera ada hal nak cakap dengan bonda.." kata Humaiera.
" Hmm baik lah. Duduk sana dulu bagi bonda habis siram pokok bunga ni dulu.." kata Aliya masih dengan pokok bungannya.
Humaiera hanya akur lalu duduk di kerusi yang telah disediakan.
Dalam beberapa minit selepas itu, Aliya mengambil tempat duduk di hadapan Humaiera setelah dia siap menyiram pokok bunganya itu.
" Hah ada apa ? Nak cakap apa dengan bonda ni ? Macam serious aje ? " kata Aliya.
" Memang serious pun bonda...ni pasal abang Adam.." kata Humaiera straight to the point.
" Pasal abang Adam ? Kenapa ? Dia gaduh kat sekolah ke apa ? " kata Aliya jauh terpesong.
Humaiera menggeleng.
" Tak ...ni pasal penjodohan abang Adam..." kata Humaiera.
" Oh penjodohan abang Adam ... ehhh bukan abang Adam dah setuju ke ? Ayahnda dah bagitahu bonda cakap abang Adam dah setuju.." kata Aliya jujur.
Humaiera sedikit tersentak ! Apa ? Ayahnda tipu bonda ke ? Patut lah bonda tak tanya langsung pasal keadaan abang Adam selepas dapat tahu pasal penjodohan ni. Apa ayahnda buat macam ni ?
" Abang Adam setuju ? Mana ada lah bonda..abang Adam kena paksa dengan ayahnda..Dia tak pernah setuju pun bonda..Hmmm Maiera kesian dengan abang Adam...dia dah ada pilihan hati sendiri lah bonda..tapi ayahnda halang sebab pilihan hati abang Adam hanya rakyat biasa...." luah Humaiera.
Aliya terdiam. Huzairie tipu aku lah ni ? Haish ada kang yang kena tidur luar nanti.
" Bonda tolong abang Adam...kesian dia..Tolong pujuk ayahnda batalkan semua penjodohan ni..tolong fikirkan macam mana perasaan abang Adam..Maiera sayang abang Adam...Maiera tak nak tengok dia terluka.." pinta Humaiera.
" Hmm baiklah nanti bonda cakap dengan ayahnda..Maiera jangan risau ea.." kata Aliya.
Maiera mengangguk untuk kesekian kali.
**********
Huzairie baru balik dari menguruskan sesuatu di luar. Balik - balik aje dia terus tuju biliknya. Sepanjang naik ke bilik , matanya tak lepas - lepas mencari kelibat isteri kesayangannya. Hmm mana Aliya ea ? Rindu lah..Cehh mengada betul !
Huzairie memulas tombol pintu biliknya lalu masuk ke dalam. Kelihatan Aliya sedang duduk di atas kerusi malas yang menghadap balkoni bilik mereka.
" Sayang..Ayie dah balik ni.." kata Huzairie manja.
Aliya diam. Tiada sahutan.
" Ehh ? Isteri aku tidur ke apa ? " desis hati Huzairie sebab dia tak dapat nak lihat wajah Aliya sebab Aliya duduk secara membelakangi dirinya.
Seketika Huzairie mendekati Aliya. Dia sedikit pelik , Aliya tidak tidur malah hanya termenung memandang ke arah balkoni.
" Eh sayang kenapa ni ? "
Aliya tersedar dari lamunannya.
" Hmmm dah balik ? " kata Aliya mendatar.
" Ya dah balik lah ni..Sayang kenapa ? Macam ada masalah aje ? " kata Huzairie.
" Hmmm memang ada masalah pun.." kata Aliya seraya bangun dari kerusi malas tersebut dan bergerak ke balkoni.
Huzairie membuntuti Aliya hingga ke balkoni.
" Kenapa ni ? Cuba bagitahu Ayie.." kata Huzairie risau.
" Hmm Al paling pantang kalau orang tipu Al.." kata Aliya serious.
Huzairie terdiam jadinya.
" Hmm kenapa Ayie tipu Al ? " tanya Aliya lalu memandang tepat ke arah Huzairie.
" Apa yang Al cakapkan ni ? Ayie tak faham lah.." kata Huzairie.
" Hmm kenapa tipu pasal yang Adam setuju dengan penjodohan tu ? Adam tak setuju pun kan ? Dia ada pilihan hati lain kan ? Kenapa buat anak kita macam tu..kalau betul dia ada pilihan sendiri. Biarkan...jangan paksa..Al tak suka kalau anak - anak kita terbeban dengan arahan dan suruhan kita.." luah Aliya sedih.
Seketika Huzairie menarik kedua - dua belah tangan milik Aliya lalu digenggamnya.
" Ayie minta maaf sebab tipu....Ayie mahukan yang terbaik untuk Adam..Ayie tahu apa yang Ayie buat..Ayie yakin penjodohan ni akan buat anak kita bahagia...percaya pada Ayie please..Ayie takkan aturkan semua ni kalau tak ada sebab...please Al...bantu Ayie untuk buat anak kita bahagia..." kata Huzairie ikhlas.
Aliya terdiam jadinya. Hmm betul juga kata suaminya ini. Huzairie takkan sekejam itu untuk sakitkan anak diaorang. Mesti ada sebab kenapa Huzairie bersikap sebegini.
********
Cuti sekolah akhirnya telah tiba. Adam sekeluarga mula kembali ke rumah nenda mereka di bandar. Maklum lah majlis pertunangan Adam juga bakal berlangsung di sana nanti.
" Hmmm Ya Allah , mungkin ini yang terbaik. Aku dan Damia memang tidak ditakdirkan bersama. Itu lah orang cakap jodoh ajal maut semuanya ditangan Allah. Hmm aku redho kalau aku tetap ditunangkan bahkan berkahwin dengan calon kedua - dua ibu bapa aku...Restu kedua ibu bapa aku itu yang akan memberikan kebahagiaan kepada aku." desis hati Adam sambil melihat bulan dan bintang pada malam itu di teratak nendanya. Tempat kesukaan ayahndanya iaitu Huzairie suatu ketika dahulu.
Keesokan harinya acara pertunangan dilangsungkan. Seperti biasa , tunang lelaki tidak dibenarkan untuk menghadiri acara tersebut. Tidak manis katanya. Humaiera dan Adwa juga tidak dibenarkan ikut oleh bonda mereka. Hmm tak best betul lah..baru nak tengok bakal kakak ipar macam mana haish ! 😥😥😥
Hanya bonda , nenda , ayahnda dan beberapa pengikut aje yang hadir di majlis tersebut. Hmmm Adam sendiri juga tidak tahu bagaimana wajah tunangnya. Cantik kah ? Hodoh ke ? Cukup sifat tak ? Kurus ke ? Gemuk ke ? Arghhh Adam tak kesah lah yang penting tunangnya masih manusia dan bukan Alien.
Hmmm ni kalau arwah atoknda dengan toknenda ada dekat acara tu mesti best kan ? Mesti diaorang seronok tengok cucu dan cicit diaorang ni dah nak bertunang.
Eh kejap kalau Adam dah bertunang , habis tu macam mana dengan Amanda ? Bukan diaorang couple ke ? Hahahaha tak ada lah , diaorang couple ada limit nya jugak. Amanda hanya meminta Adam couple dengannya hanya untuk sebulan lepas sebulan diaorang acah - acah clash lah ! Apa susah 😂
Selepas beberapa jam , pulanglah ayahnda , bonda dan nenda dari acara pertunangan tersebut. Paling teruja nak tanya macam mana majlis apa semua tu Humaiera dan Adwa lah. Cehh ! Macam majlis pertunangan diaorang pulak.
" Bonda ..bonda macam mana majlis tu ? Best tak ? Bakal kakak ipar Maiera macam mana ?Lawa tak ? Ke buruk macam muka abang Adwa hahahahHa " kata Humaiera..
" Ish Maiera ni..." kata Adwa.
" Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.." kata nenda..
Adam hanya memasang telinga sahaja. Dia hanya duduk membaca majalah di ruang tamu. Seketika Adam bangun dan ingin bergerak menuju ke lif untuk naik ke biliknya.
" Adam..Adam tak nak tengok gambar tunang Adam ke ? " tanya nenda..
" Hmmm tak apa la nenda...Adam tak nak tengok lagi. Nanti masa nikah aje lah Adam tengon face to face..." kata Adam selamba lalu melangkah masuk ke dalam lif.
Apabila pintu lif hampir tutup, tiba - tiba nenda melaungkan sesuatu.
" Nama tunang Adam Tengku Zalikha ...."
Itu sahaja yang dapat Adam dengar sebelum pintu lif tertutup dan dirinya berlalu naik ke atas.
" Hmmm tunang aku nama Tengku Zalikha ? " desis hati Adam.
Pada malam itu, sedang leka Adam mengulang kaji pelajarannya , tiba - tiba pintu bilik dia diketuk.
Tok ! Tok ! Tok !
" Masuk...pintu tak berkunci.." kata Adam.
Dia malas nak bangun bukak pintu dah.. Rajin kan Adam ni ? Duduk dekat rumah nenda dia pun still bawa buku - buku untuk study.
Seketika Humaiera muncul masuk ke dalam bilik Adam.
" Sorry Maiera kacau abang Adam study ea ? "
Adam menoleh ke arah Maiera.
" Eh tak lah..Ada apa ni Maiera cari abang ? " tanya Adam.
" Ermm tak ada apa - apa pun. Just nak tengok keadaan abang..Abang okay ke ? " kata Humaiera.
" Keadaan abang ? Hahaha abang okay aje..masih sihat dan masih waras...." kata Adam cuba berseloroh.
" Hmmm Maiera bukan apa..Maiera takut abang tertekan aje dengan pertunangan ni semua...Maiera..." kata Maiera sedih.
" Maiera...jangan risau..abang dah boleh terima pertunangan ni...abang dah dapat petunjuk dari solat istikarah abang...dan penjodohan ni jugak yang muncul. Mungkin ni yang terbaik bagi abang...Tak apa lah , abang tak ada jodoh dengan Damia. Biar aje lah..nak buat macam mana kan ? " kata Adam bersama sedikit senyuman. Comel aje wajah Adam bila senyum.
" Hmm bagus lah kalau macam tu, lega Maiera dengar...by the way nahh..." kata Humaiera lalu menghulurkan secebis kertas.
Adam menyambut huluran tersebut. Ada tertulis nombor 10 angka di dalam kertas tersebut.
" Nombor siapa ni ? " tanya Adam pelik.
" Nenda suruh kasi dekat abang..nenda cakap tu nombor phone tunang abang...Nenda suruh abang call or whatsapp ke dengan tunang abang..suai kenal ke apa.." jelas Humaiera.
" Oh no phone tunang aku..." desis hati Adam.
#Hmmmm macam mana ni guys ? Habis lah kisah cinta Adam & Damia macam ni. Hmmm takkan Adam dah berubah hati kepada tunangnya, Tengku Zalikha pulak ni ? Nak tahu apa jadi tunggu next chapter ya ? Keep vote and comment ❤😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro