Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26

Adam menunaikan solat istikarah pada tengah malam itu. Mencari petunjuk daripada Allah. Hanya itu yang mampu dia lakukan saat ini. Inginkan kepastian tentang penjodohan ini. Harap solat yang ditunaikan olehnya ini membantu sama sekali.

" Bantu aku Ya Allah..beri aku petunjuk.." desis hati Adam sebak.

Keesokan harinya Adam bersiap ke sekolah seperti biasa. Masalah - masalah juga namun pelajaran sebagai keutamaan jangan diabaikan. Dah lah tahun depan nak SPM dah.

Hari ni kelas untuk masa sebelum rehat berjalan dengan lancar. Namun selepas rehat tetiba timbul satu isu apabila tiba - tiba guru disiplin nak buat spot check sebab ada pelajar yang lapor dia kehilangan telefon bimbitnya.

Ya sekolah Smk Tunku Abdul Putra memang diberi kebenaran untuk bawa telefon bimbit cuma apabila waktu P&P saja semua telefon bimbit perlu disimpan di loker masing - masing.

Adam terasa pelik seketika. Siap pulak yang hilang phone ni ? Sebelum ni tak ada isu hilang pun ? Semua pelajar kelas 4C1 juga kelihatan tertanya - tanya antara satu sama lain.

Seketika , guru disiplin yang bernama Cikgu Kamarul dan beberapa pengawas sekolah yang telah ditugaskan memeriksa setiap satu - satu beg sekolah pelajar.

Semua beg sekolah telah digeledah oleh pengawas dan tidak menjumpai apa - apa telefon bimbit pun. Namun apabila tibanya giliran terakhir beg Damia untuk diperiksa tiba - tiba...

Ting ! Ting ! Ting !

Kedengaran ada bunyi masuk notification handphone dari dalam beg Damia.

Damia sedikit tersentak !

Seketika pengawas sekolah menyelongkar beg milik Damia dan akhirnya mereka menjumpai satu telefon bimbit berjenama Iphone 6.

" Cikgu tu telefon saya ! " kata Amanda.

Semua pelajar mula berbisik antara satu sama lain. Adam juga sedikit terkejut.

Damia menggeleng kecil. Tak mungkin ! Kenapa boleh ada dalam beg aku ?

" Damia..boleh awak jelaskan macam mana Iphone Amanda ni ada dalam beg awak ? " tanya Cikgu Kamarul tegas.

" Err..tak..bukan saya yang ambil cikgu..saya pun tak tahu macam mana Iphone tu boleh ada dalam beg saya..saya..." kata Damia gugup.

" Sudah ! Sekarang awak ikut saya jumpa dengan pengetua ! " teriak Cikgu Kamarul.

Damia dah terkejut gila. Tetiba dia memandang ke arah Adam. Cuba untuk melihat bagaimana reaksi Adam saat ini. Namun hampa , Adam sedikit pun tidak memandang ke arahnya.

Damia ! Kenapa kau masih mengharapkan dia untuk tolong lindungi kau lagi ? Berhenti berharap ! Pandang muka kau pun dia dah tak ingin lagi !

" Cepat ! Ikut saya sekarang ! "

Akhirnya Damia terpaksa akur. Matanya juga mula berkaca. Ya Allah , kenapa macam - macam dugaan yang engkau berikan kepada aku. Apa salah aku Ya Allah ?

Dalam diam Amanda dan Farah tersenyum kemenangan ! Hahahaha mati kau budak malang ! Tu lah tunjuk berani lagi dengan kitaorang ! Kau still tak tahu siapa Amanda !

********
Damia di bawa menghadap pengetua. Pengetua tidak mahu memperpanjangkan lagi masalah ini , maka Damia diberikan 2 hukuman iaitu bersihkan setiap tandas pelajar perempuan di setiap blok selama seminggu dan sebelum balik sekolah hari ini Damia di denda lari padang sebanyak 10 pusingan.

" Weyhh Adam..kau tak kesian ke dekat Damia ? Dia kena denda teruk kot...kau tak nak tolong dia ke ? " tanya Ikhwan di dalam kelas.

" Kenapa pulak aku nak tolong dia ? Dah dia yang cari pasal. Siapa suruh dia curi barang orang lagi ? Tanggung sendiri lah. Tak ada kena mengena dengan aku lah.." kata Adam selamba.

Ikhwan sedikit terkejut. Biar betul Adam ni ? Selalu dia yang suka tolong Damia sangat tapi kenapa sekarang berubah gila ?

" Kau pehal cakap macam tu Adam ? Aku tak rasa la yang Damia sanggup nak curi macam tu. Ni mesti ada budak yang tak puas hati pastu sabotaj dia...Kau kenapa tak nak tolong Damia ? Kau still tak berbaik dengan dia lagi ke ? " bebel Ikhwan.

Adam terdiam dibuatnya. Hmmmm aku tahu memang bukan salah Damia. Dia tak mungkin mencuri tapi apa yang aku boleh buat Ikhwan ? Kalau aku tolong dia , aku cuma boleh bahayakan dia Ikhwan. Hmmm Damia , maafkan saya sebab dah tak dapat nak lindungi awak lagi. Harap awak kuat hadap semua ni.

Seketika Adam bangun dari tempat duduknya.

" Aku nak pergi toilet kejap.." kata Adam seraya berlalu meninggalkan Ikhwan.

Ikhwan hanya mencebik ! Hish ego betul lah anak raja ni...

Adam sengaja kata nak pergi toilet tapi dia sebenarnya nak jalan - jalan ambik angin kejap memandang kan cikgu subjek sepatutnya masuk tak hadir. Fikirannya kusut gila sekarang ni , Adam tak dapat nak berfikir dengan betul.

Semasa Adam berjalan melintasi toilet pelajar perempuan tiba - tiba dia terserempak dengan Damia yang kebetulan juga keluar dari toilet pelajar perempuan bersama mop lantai dan sebaldi air. Wajah Damia kelihatan agak comot dan berpeluh. Kelihatan wajahnya juga penat.

" Kesian Damia.." desis hati Adam.

Damia dan Adam memandang antara satu sama lain buat seketika sebelum masing - masing berlalu ke arah yang berlainan.

********
Keesokan harinya, Damia tiba - tiba dipanggil oleh cikgu disiplin dan diberitahu sesuatu. Beritahu apa ? Beritahu yang Damia sebenarnya tak perlu lagi melakukan denda yang diberikan. Amanda dah maafkan Damia atas apa yang berlaku. Amanda juga yang menyuruh pengetua dan cikgu Kamarul untuk memberhentikan segala denda ke atas Damia.

Pelik ? Baik pulak Amanda kali ni ? Kenapa tetiba dia suruh semua denda diberhentikan ?

Di dalam kelas , tiba - tiba Amanda hendak membuat pengumuman. Dia berdiri betul - betul di hadapan kelas iaitu di meja guru. Memandangkan cikgu subjek Bahasa Melayu belum masuk lagi.

" Guys ! Attention please ! " teriak Amanda gedik.

Semua pelajar mula memberi tumpuan kepada Amanda. Kalau tak beri tumpuan nanti karang terbang white board kat depan tu pulak.

" Okay guys ! I have something special to tell you guys ! Mulai hari ni , aku dengan Tengku Adam dah couple ! " ucap Amanda excited gila.

Semua pelajar mula riuh dalam kelas. Damia tersentak lalu menoleh ke arah Adam. Amanda couple dengan Adam ?

" Woi Adam betul ke ni ? Kau couple dengan minah senget tu ? " tanya Ikhwan tidak puas hati.

Adam hanya tayang muka selamba lalu mengangguk. Seketika seisi kelas menepuk tangan ! Ada juga yang buat bunyi piwittttt !

" Kau dah gila ke Adam ? " tanya Ikhwan.

" Heyy Ikhwan ! Kau jangan nak memandai - mandai kata boyfriend aku gila ea ! Aku pukul kau karang ! " teriak Amanda memback up Adam.

" Diam ahh kau ! " balas Ikhwan.

Tetiba guru matapelajaran Bahasa Melayu masuk. Semua pelajar masing - masing diam da Amanda pulak baru terkedek - kedek nak balik tempat dia dan sempat lagi juga dia bagi flying kiss dekat Adam hahaahaaha 😂

Ikhwan buat gaya termuntah dekat Amanda. Seketika dia memandang tajam ke arah Adam.

" Aku rasa wayer otak kau dah putus ni. Kalau kau couple dengan Damia aku still boleh terima lagi tau. Ni tak dengan minah senget tu jugak kau couple ? " bebel Ikhwan perlahan.

Adam hanya mendiamkan diri. Seketika p&p dimulakan. Adam mencuri - curi memandang Damia.

" Hmmm dah tu yang aku mampu lakukan Ikhwan.." desis hati Adam sedih.

Sejak pengumuman yang diberikan oleh Amanda. Heboh satu sekolah tentang hubungan Amanda dan Tengku Adam Hanafie. Amanda juga menjadi popular dibuatnya. Dia juga tak ada masa lagi nak ganggu Damia apabila dia sibuk mengejar popularitinya.

Waktu rehat sekarang pun , dia asyik berkepit aje dengan Adam. Rehat apa semua sama - sama. Adam pula hanya menurut aje apa kemahuan Amanda. Even kekadang tu rasa menyampah ya amat namun dia tetap akur sahaja.

" Adik..kau suka ke abang Adam couple dengan Amanda ? " tanya Adwa..

Hmmm Adwa tidak tahu menahu tentang apa punca Adam bergaduh dengan Damia apa semua tu. Abang Adam dah suruh Humaiera rahsiakan ni semua dari Adwa. Dia takut Adwa ni bukan boleh kalau bagitahu pasal ayahnda pasti dia nak pergi membantah. Silap hari bulan , Adwa pula yang kena dengan ayahnda.

" Hmmm mesti lah tak ! Menyampah tahu tak ? " bebel Humaiera tidak puas hati.

" Dah tu abang Adam tu dah kenapa terima minah tu ? Kot la dengan Damia, abang Adwa setuju jugak.."

Humaiera menghembus nafas berat. Abang Adam terpaksa terima Amanda , abang Adwa...

Ehh kenapa pulak Humaiera cakap macam tu ? Ada apa - apa ke yang Humaiera tahu ?

Okay macam ni , lepas aje Amanda buat pengumuman yang tak masuk dek akal tu , Ikhwan kan protes gila ? So Ikhwan pun mengadu lah dekat kekasih hatinya iaitu Humaiera.

Apabila Humaiera dapat tahu aje dia pun bengang lah. Hari tu juga balik - balik aje sekolah , Humaiera terus mencari abang Adamnya untuk minta penjelasan.

Adam sekarang kan dah banyak berkongsi duka dengan Humaiera so dia pun cerita segalanya bagaimana Adam boleh couple dengan Amanda..

*Flashback*

Damia dan Adam memandang antara satu sama lain buat seketika sebelum masing - masing berlalu ke arah yang berlainan.

Adam berjalan untuk kembali ke kelasnya semula namun tiba - tiba dia terdengar suara beberapa junior yang sedang berborak suatu sudut.

" Licik betul kan kak Amanda kelas 4C1 tu..ada pulak dia upah aku untuk letakkan Iphone 6 dia dalam beg kakak malang tu..dengki sungguh kak Amanda tu..." kata pelajar perempuan yang memakai baju sukan.

Adam dah agak ni semua angkara Amanda. Dia sengaja menfitnah Damia disebabkan dengki.

Waktu balik, Adam menahan Amanda dari balik terlebih dahulu dalam diam. Ada benda yang Adam perlu settlekan dengan Amanda.

" Amanda..."

" Yes Tengku Adam ? "

" Kau yang sabotaj Damia kan ? "

" Apa bukti I sabotaj Damia ? "

" Kau ingat aku tak tahu ke yang kau upah budak junior untuk letak Iphone tu dalam beg Damia ? " jelas Adam.

Amanda terdiam seketika.

" So ? You ingat pengetua nak percaya ke apa yang you cakap ni ? You nak suruh budak junior tu mengaku dekat pengetua ? Macam tu ? Sila kan ... kalau you nak tengok budak junior yang baru nak kenal dunia tu kena buang sekolah. Dah la budak junior tu miskin ! " kata sinis Amanda.

Adam terdiam sebelum berbicara semula.

" Amanda ... please stop it...Tolong jangan ganggu Damia lagi. Biar dia hidup tanpa ada gangguan. Aku merayu dengan kau Amanda.." ucap Adam akhirnya..Adam mengalah.. dia tak boleh nak buat apa lagi..sebab seandainya dia menggunakan statusnya lagi untuk membantu Damia semua tu akan sampai ke telinga ayahnda...Nanti ayahnda akan lakukan apa - apa pulak dekat Damia.

Takk ! Adam takkan biarkan tu semua berlaku.

Amanda diam dan berfikir sejenak.

" Hmmm baik lah. I boleh stop kacau Amanda dan I boleh tolong dia daripada kena buat semua denda - denda tu tapi dengan 1 syarat.." kata Amanda.

" 1 syarat ? Syarat apa ? " tanya Adam.

Amanda tersenyum sinis sebelum berbicara.

" You kena couple dengan I ..."

Adam tersentak..

*Endflashback*

Hmmmmm maaf lah abang Adwa , Maiera tak dapat nak cerita apa - apa. Maiera dah janji dengan abang Adam. Hmmm kesian abang Adam. Abang Adam dah banyak berkorban untuk nak jaga Damia walaupun pengorbanan yang abang Adam buat hanyalah secara diam - diam 😢😢😢😢

#Hmmmm baik tak Adam guys ? Sweet tak dalam diam ? Untung tak siapa yang dapat orang macam Adam ni ? Keep vote and comment guys 💕😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro