Bab 25
Ombak pantai yang datang pergi menjadi pilihan Adam untuk dilihat petang itu. Angin - angin pantai yang terasa nyaman tidak mampu menembusi dan menyamankan hati milik Tengku Adam Hanafie.
Kejadian di sekolah amat mengganggu fikirannya. Di mana dia melepaskan kata - kata seperti itu kepada Damia.
" Apa yang aku buat ni betul ke ? " desis hati Adam.
Tetiba Adam teringatkan perjumpaan di antara dia dengan ayahndanya Tengku Ilham Huzairie di ruang tamu utama.
*Flashback*
" Kenapa ayahnda nak jumpa dengan anaknda ni ? Macam ada hal penting aje yang ayahnda nak cakap ? " tanya Adam.
Huzairie duduk bersandar sambil menyilangkan kakinya. Wajah kelihatan agak serious tika itu. Ruang tamu itu hanya menjadi tempat untuk Huzairie dan anak sulungnya sahaja. Tanpa ada pembantu mahupun sesiapa.
" Hmm baik lah. Memang ada perkara penting yang ayahnda nak cakapkan.."
Adam berdiam diri dan cuba fokus kepada ayahndanya..
" Mesti Adam pelik bukan ? Kenapa ayahnda hanya memanggil anaknda seorang sahaja tanpa adik - adik yang lain ? " kata Huzairie.
Adam mengangguk kecil.
" Begini , ini soal masa depan anakda.. "
" Masa depan anaknda ? Masa depan apa ? " tanya Adam pelik dengan kata - kata ayahndanya.
" Masih ingat waktu ketidak beradaan ayahnda dan jugak bonda tempoh hari ? "
Adam mengangguk untuk kesekian kalinya.
" Sebenarnya, ayahnda dan bonda pulang ke bandar untuk uruskan hal penjodohan Adam.." jelas Huzairie.
Adam tersentak hebat ! Apa uruskan hal penjodohan aku ? Apa semua ni ?!
" Apa yang ayahnda cakapkan ni ? Hal penjodohan ? Dengan siapa ? Anaknda tak pernah tahu pun ? " balas Adam.
" Ya memang anaknda tak pernah tahu pun. Ni semua keputusan ayahnda..Ayahnda dah jodohkan kamu dengan putri kawan ayahnda..Dia juga kerabat diraja macam kita.." kata Huzairie lagi tanpa memikirkan sikit pun tentang perasaan putranya ini.
" Apa ni ayahnda ? Adam tak pernah pun bagi apa - apa persetujuan. Adam tak nak dijodohkan. Teman hidup Adam , Adam sendiri yang akan tentukan.." kata Adam tanda protes. Tak , aku tak boleh dijodohkan. Aku dah ada seseorang yang istimewa di hati aku.
" Tidak sama sekali ! Ayahnda tak perlukan persetujuan dari Adam. Teman hidup Adam , biar ayahnda tentukan. Kenapa ? Adam dah ada pilihan sendiri ? Siapa ? Putri dari kerajaan yang mana ? Atau hanya rakyat biasa ? " kata Huzairie sinis.
Alahai memang semua yang dah dapat title ayah ni memang suka mengatur hidup anak - anak ke macam mana ?
Adam terus berdiri.
" Tak ! Adam takkan setuju ! Kenapa ? Kalau pilihan hati Adam rakyat biasa sekali pun ? Salah ke ? Ayahnda pun dijodohkan dengan bonda tapi bonda rakyat biasa jugakkan ? Kenapa Adam tak boleh ? " bidas Adam menegakkan hak nya.
Huzairie terdiam dibuatnya. Tak sangka yang sekarang Adam dah pandai bersuara. Kalau dulu dia tak banyak melawan. Dia hanya akan mengikuti kata - kata ayahndanya sahaja tapi tidak kali ni...
Setelah melihat Huzairie tidak memberikan apa - apa respon..Adam sudah tidak mampu bersabar lagi untuk menghadap ayahndanya tika itu , maka dia ingin berlalu..
" Ayahnda tetap dengan keputusan ayahnda..Cuti sekolah yang akan datang ni , Adam akan ditunangkan dan hujung tahun ni Adam akan dinikahkan dengan putri kawan ayanda.." kata Huzairie masih berkeras.
Kali ni lagi cepat Adam akan dikahwinkan tak seperti dulu waktu zaman Huzairie dia dikahwinkan semasa dia berumur 17 . Kini anaknya pula seawal 16 tahun.
Langkah Adam terhenti lalu dia menoleh ke arah ayahndanya dan menggeleng laju sebagai jawapan tidak. Adam mula ingin melangkah semula.
" Kalau Adam masih berkeras. Ayahnda akan pastikan hidup dan masa depan budak perempuan yang Adam tengah kawan sekarang musnah.." ucap Huzairie menyentakkan hati Adam...
Apa ? Ayahnda mula mengugut pulak ? Ayahnda tahu pasal Damia ? Adam tidak membalas lalu beredar...
*EndFlashback*
Ya , Ayahnda dah dapat tahu dengan siapa Adam berkawan sekarang. Hmmm maafkan saya Damia. Saya terpaksa buat macam ni. Mungkin dah takdir kita macam ni. Saya tak dapat nak buat apa - apa. Lebih baik saya akhirkan semuanya macam ni. Dari ayahnda buat sesuatu hal yang lagi teruk dekat awak.
Maafkan saya Damia , saya tersepit.
Seketika Adam bangun untuk balik ke rumahnya namun baru beberapa langkah dia berjalan dia terserempak dengan Damia yang kebetulan tengah jalan jugak dekat situ. Automatik , Adam berjalan dan berselisih dengan Damia tanpa melihat antara satu sama lain langsung.
Mungkin ni adalah yang terbaik. Lebih baik Damia sedih dan sakit sekarang daripada kemudian hari , dia akan lebih sakit disebabkan ayahnda..
********
Sejak dari pergaduhan hari tu, Adam jugak sudah tidak lagi pergi ke sekolah bersama - sama Damia dan adik - adiknya. Ayahnda juga telah menyediakan kenderaan untuk Adam ke sekolah , cuma kali ni adik - adiknya pula yang masih berkeras untuk jalan kaki sebab diaorang masih nak temankan Damia. Even Damia gaduh dengan Adam namun persahabatan antara Damia dan adik - adik Adam masih terjalin.
Adam menjadi dirinya yang dulu semula. Banyak mendiamkan diri daripada bercakap. Bercakap pun hanya dengan Ikhwan sahaja.
Dalam kelas pun, Adam mintak tukar tempat duduk dengan Ikhwan. Dia cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada Damia. Dia tak nak Damia terlibat apa - apa langsung dengan dirinya.
Biarlah jarak macam ni yang memisahkan diaorang. Adam hanya memerhati dari jauh sahaja Damia. Kekadang tu ada jugak dia curi - curi memandang Damia. Even dia dah sakitkan hati Damia dengan kata - kata yang kasar tempoh hari , namun Adam tak dapat nak tipu dirinya yang dia masih sayangkan Damia. Susah untuk dia buang perasaan ini terhadap Damia.
Damia juga kelihatannya menjadi seorang yang muram semula di dalam kelas. Cuma bila dia bersama adik - adiknya Adam sahaja dia nampak Damia tersenyum sedikit. Hmmm abang Damian , maafkan Adam. Adam tak dapat nak teruskan semua ni lagi. Adam tak dapat nak buat Damia tersenyum lagi. Adam mintak maaf.
Part Of Damia.
Loceng sekolah menandakan watu rehat. Namun hari ni Damia memilih untuk bersendiri.
Hmmm rasa kecewanya masih bersisa. Firdaus...kenapa awak tinggalkan saya ? Kalau awak tak tinggalkan saya mesti semua ni takkan jadi macam ni.
Dia sakitkan saya Firdaus. Dia hina saya Firdaus. Saya tarik balik kata - kata saya waktu saya cakap yang sikap dia hampir sama macam awak. Awak lebih baik dari dia. Dia jahat !
Damia hanya termenung di taman mini sekolah. Namun tiba - tiba dia di kacau oleh Amanda dan Farah.
" Oii budak malang ! " panggil Amanda.
Damia hanya diam dan buat tak tahu aje dengan panggilan Amanda. Dia dah bosan dah dengar panggilan itu.
" Kalau dah budak malang tu memang budak malang kan ? " kata Farah seraya menarik Damia supaya bangun dan berhadapan dengan mereka.
Damia diam. Dia hanya memandang ke bawah. Dia tak tatap pun wajah Amanda dan Farah.
" Hahahaha kesian kan kat kau ni ? Siapa aje yang dapat bertahan nak berkawan dengan kau ? Kau ni semak ahhh kat sekolah ni. Lebih baik kau blah lah dari sekolah ni ! " kata Amanda sinis lalu menunjal - nunjal kepala Damia.
Damia terdiam. Tetiba kata - kata Adam tempoh hari menerjah masuk ke dalam telingannya.
" Tolong jangan lemah lagi lepas ni ? Kalau awak ditindas tolong lawan balik..jangan biarkan orang pijak kepala awak.."
" Kau dengar tak hah ? Kau berambus lah dari sekolah ni ! " teriak Farah pula lalu ingin menunjal kepala Damia.
Zapppp ! Tingkah Farah terhenti apabila tangan yang ingin menunjal kepala Damia digenggam erat oleh Damia.
Farah dan Amanda sedikit terkejut dengan tindakan Damia.
" Apa hak awak berdua nak halau saya dari sekolah ni ?! " teriak Damia geram. Sudah lama dia pendam selama ni. Kini tiba masa untuk dia lawan balik. Diaorang berdua ni memang betul - betul melampau !
Damia mengenggam kuat tangan Farah sampai Farah terasa sakit.
" Kau...kau..berani ea..." kata Amanda gugup cuba untuk marah Damia semula.
" Yaa ! Kalau saya berani pun kenapa ?! Terkejut ?! Memang dulu awak semua boleh hina saya buat macam - macam dekat saya..tapi sekarang...tak lagi ! " kata Damia sinis lalu menolak tangan Farah yang digenggamnya.
" Aduh.." mengaduh Farah.
Seketika mereka beredar meninggalkan Damia takut Damia buat yang bukan - bukan lagi. Setelah mereka beredar , Damia terduduk lemah lalu menangis teresak - esak. Dia cuma pura - pura kuat sahaja tapi tak ada la sekuat mana pun. Itu sahaja yang mampu Damia buat untuk dia lindungi dirinya sendiri.
*********
Adam duduk sambil membaca buku rujukan sejarahnya di halaman belakang rumah pada petang itu. Cuba mencari suasana baru untuk study. Bosan juga lama - lama asyik belajar dalam bilik aje.
Sedang Adam ralit membaca kisah - kisah sejarah tiba - tiba dia ditegur oleh Humaiera.
" Abang.." panggil Humaiera lalu mengambil tempat duduk kosong di hadapannya.
" Hmmm apa ? "
" Maaf ganggu abang...Maiera nak cakap something dengan abang ni..." kata Humaiera.
" Hmm cakap lah.." balas Adam tapi matanya masih fokus pada buku rujukan Sejarah.
" Abang memang tak nk berbaik dengan Damia ke ? " soalan itu yang keluar dari mulut Damia.
Adam diam tidak memberi respon.
" Kenapa abang buat Damia macam tu ? Abang tak kesian kan dia ke ? Abang tak sayang kan Damia ke ? Abang tak ingat ke apa yang abang dah buat semata - mata nak jaga dia ? Sampai Maiera sakit , sampai ayahnda denda abang. Abang tak ingat ke ? Kenapa abang kena sakitkan Damia pulak sekarang ? " luah Humaiera panjang lebar.
Buku rujukan Sejarah Adam ditutup. Adam memandang tepat ke arah Humaiera.
" Kenapa abang ? Cuba explain dekat Maiera.."
Adam melepaskan nafas berat. Sakit hatinya apabila dia dituduh tidak menyayangi Damia. Sedangkan dia sayang teramat sayang.
" Abang terpaksa Maiera..." luah Adam.
" Kenapa pulak terpaksa ? "
" Abang...takkan boleh bersama lagi dengan Damia...Abang akan dijodohkan.."
Humiera terkelu seketika mendengar penjelasan abangnya.
" A....pa ? Dijodohkan ? Dengan siapa ? Kenapa Maiera tak tahu pun ? "
" Hmmm ya..abang sendiri pun tak tahu pada awalnya. Maiera ingat tak tempoh hari waktu Maiera panggil abang cakap ayahnda nak jumpa ? Hah ayahnda nak bagitahu pasal penjodohan ni lah.." jelas Adam. Tak mampu dia nak pendam sorang - sorang lagi.
Humaiera terdiam jadinya.
" Bukan tu saja..abang dah tolak penjodohan ni..tapi ayahnda..."
" Ayahnda kenapa ? "
" Ayahnda..dia ugut abang.."
" Ugut apa ? " tanya Humaiera.
" Dia ugut nak rosakkan masa depan Damia andai kata abang tak nak ikut keputusan ayahnda...abang..tersepit Maiera..siapa cakap abang tak sayangkan Damia. Ya abang mengaku abang sayangkan Damia lebih dari seorang kawan. Abang tak boleh biarkan ayahnda apa - apa kan Damia. Maiera tahu kan siapa ayahnda ? Dia berpangkat besar dan berpengaruh. Ayahnda boleh buat apa saja yang dia nak..Lebih baik..abang sakitkan Damia sekarang sebelum ayahnda lebih sakitkan Damia di kemudian hari nanti..Maiera faham kan sekarang sebab apa abang tak explain hal yang sebenar soal surat Firdaus tu ? " jelas Adam.
Humaiera akhirnya faham dan mengangguk kecil. Kesian abangnya. Abangnya turut menderita bukan sahaja Damia.
#Okay guys ! Author terlebih rajin so author update chapter baru lagi 💕 heee enjoy ya. Nahh dah tahu perkara sebenarkan ? So tak ada lah rasa macam tertanya - tanya lgi kan ? 😂 okay guys siapa rasa kesian dekat Adam ? Huzairie ni kejam sangat ke guys ? 😐 keep vote and comment ya kbyeeee ! 🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro