Bab 22
Sekolah tiba - tiba digemparkan dengan karnival yang akan dibuat lagi 2 minggu. Semua guru sibuk mewar - warkan tentang karnival tersebut. Dengar - dengar karnival tu karnival amal. Mesti best lah , sebab macam - macam gerai akan dibuka nanti . Pastu mesti akan ada satu kelab buat macam cafe untuk orang makan dan minum. Kelab tu selalu random, entah kelab apa tahun ni yang akan buat macam tu.
" Adam..kau kelab seni budaya kan ? " tanya Ikhwan tiba - tiba.
" Hah ya kenapa ? "
" Aku rasa tahun ni kelab seni budaya yang aka jadi untuk buka cafe tu.." kata Ikhwan.
" Asal pulak ? "
" Yelah...kau tahu tak sebab kelab yang lain dah pernah buat dah. Hmm tapi kelab seni budaya ni macam krik krik sikit tahu tak ? So maybe tahun ni kelab seni budaya lah yang kena buat cafe tu..hahahah entah laku ke tidak..mesti tak ada siapa yang datang.. hahaha nasib baik aku masuk kelab usahawan muda..tu ahh kau kenapa tak masuk kelab usahawan muda macam aku ? " kata Ikhwan belagak.
Adam terdiam seketika , cuba memikirkan sesuatu. Hmmm kelab seni budaya dekat sini krik krik ? Tak sama langsung macam kelab seni budaya dekat sekolah lama aku. Kalau dulu kat sekolah lama aku kelab seni budaya lah paling aktif. Paling megah lah ! Siapa aje yang tak kenal dengan kelab Seni Budaya sekolah lama aku tu.
Tetiba Adam bangun dari tempat duduknya.
" Kau nak pergi mana Adam ? "
" Aku nak pergi toilet kejap.." kata Adam lalu berlalu pergi.
Setelah selesai keluar dari toilet, Adam berjalan di sekitar sekolah sekejap. Memandangkan cikgu subjek Addmath tak masuk hari ni. Adam memerhati setiap sudut sekolah, kelihatan ramai juga pelajar yang sibuk menghias sekolah sempena karnival amal yang dihebohkan tu.
Hmm lagi 2 minggu kan karnival tu nak diadakan. Kenapa awal sangat orang buat persiapan ?
Tiba - tiba tengah Adam duk leka berjalan memerhati pelajar - pelajar yang duk buat kerja tu, namanya di seru.
" Tengku Adam ! "
Langkah Adam terhenti , dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.
Kelihatan pelajar perempuan yang ala ala nerd sedikit dengan kaca matanya dan bersama buku nota kecil dipimpinnya.
" Ya ? " sahut Adam.
" Maaf mengganggu..saya Farahana..dari kelab photographer sekolah...nak minta tolong Tengku boleh ? " kata Farhana pelajar tingkatan 5.
" Hah ? Minta tolong ? Mintak tolong apa ? " kata Adam sedikit terpinga - pinga.
Farhana mengangguk laju.
**********
Loceng rehat telah berbunyi. Semua pelajar keluar untuk rehat. Adam bangun dari tempat duduknya lalu dia mendekati tempat duduk Damia.
" Damia.."
" Ya ? "
" Awak rehat dengan Maiera dengan Adwa dulu ya..saya ada hal sekejap. Kalau Maiera tanya saya mana, awak cakap aje saya ada hal dekat bilik guru.." pesan Adam.
Damia hanya mengangguk tanda faham. Seketika Adam pun berlalu pergi.
" Adam ada hal dekat bilik guru ? Hal apa ? " desis hati Damia.
Adam berjalan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Farhana tadi. Bilik photographer. Ya dekat sekolah ni ada bilik photographer.
Pintu bilik tersebut tertutup rapat. Adam mengetuk perlahan pintu bilik photographer tersebut.
Tok ! Tok !
Dalam beberapa saat aje, pintu bilik tersebut terbuka. Kelihatan Farhana yang membuka pintu bilik tersebut.
" Ehh Tengku dah sampai ? Jemputlah masuk.." kata Farhana.
Adam mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
Masuk - masuk saja bilik photographer yang ber air cond , Adam sedikit terkedu. Kelihatan 3 figura yang amat dia kenali sudah berada di dalam bilik tersebut. Ya siapa lagi kalau bukan Adwa, Humaiera dan Damia.
" Eh ? Abang Adam pun ada sekali ? " kata Humaiera.
Adam terdiam seketika. Kejap ! Adik - adik kembar aku pun join sekali ke hape ?
" Oh lupa saya nak bagitahu..kami perlukan ke tiga - tiga kembar diraja ni..hee untuk ambil gambar korang dan letakkan dekat majalah sekolah sempena karnival amal nanti.." jelas Farhana.
Kelihatan ada juga beberapa ahli kelab photographer di situ yang masih belum kenalkan diri hanya menjadi pemerhati.
Macam mana adik - adik Adam sampai dulu sebelum Adam sampai ? Sedangkan Adam keluar kelas sebelum Damia ? Hahahaha ni mesti sebab Adam singgah koperasi dulu tadi tu yang lambat.
Seketika Adam mengambil tempat di sebelah Humaiera yang kosong.
" Ohh pergi bilik guru ya ? Best juga bilik guru yang ni ea ? " bisik Humaiera perli Adam.
Adam hanya buat muka selamba. Hahahaha kantoi lah..Damia cakap betul - betul lah apa yang aku pesan. Jujur sangat budak ni..
" Hahahah kenapa Adam tipu ea ? Kenapa dia tak bagitahu aje yang khidmat dia diperlukan dalam majalah sekolah ? " monolog hati Damia.
Apa yang Damia buat kat sini jugak ? Takkan gambar dia pun diaorang nak ? Hahahah tak mungkin ! Tak ada lah Damia hanya teman Humaiera dan Adwa aje. Dia tak lah setanding anak- anak raja ni untuk dijadikan gambarnya di dalam majalah sekolah. Confirm tak ada siapa yang nak beli punya lah. 😌
Seketika mereka bertiga di beri penerangan terlebih dahulu oleh senior lelaki yang juga merupakan ahli kelab tersebut. Mereka menerangkan apa tujuan majalah sekolah ni semua. Tiga adik beradik kembar itu memberi perhatian kepada penerangan tersebut.
So selepas dengar semua penerangan. Mereka juga diberitahu untuk buat photoshoot tu esk lepas balik sekolah.
Semua kembar itu bersetuju dengan apa yang di plan oleh senior lelaki tersebut.
*********
" Eleh orang tu kan dia nak popular sorang - sorang.." perli Humaiera semasa perjalanan balik ke rumah.
" Haish mana ada lah..mana abang tahu diaorang nak semua gambar adik beradik kembar.." nafi Adam.
" Hahaha sudah - sudah lah tu...sekarang dah adil..semua gambar kita ada kan ? Hahahaha lepas ni mesti akan keluar statment. Putra dan putri Tengku Ilham Huzairie menjadi perbualan hangat. Budak hot satu sekolah..pehhh mesti ramai awekk kejar kita ni kan abang Adam ? " kata Adwa berangan - angan.
" Hahahaha ohh korang aje lah yang dikejar - kejar aweksss - aweksss tu ? Habis Maiera macam mana pulak ? " protes Humaiera.
" Ermmm kau kan adik...mana boleh pakwe - pakwe kejar sebab..." kata Adwa tergantung.
" Sebab apa pulak tak boleh ? "
" Sebab nanti Ikhwan jelous..." sambung Adam.
Blushing terus pipi Humaiera di buatnya. What ? Asal hal Ikhwan dibangkitkan pulak ni ? Hahahahaha aduhai kantoi lah yang Humaiera bermain cinta dengan Ikhwan di belakang abang - abangnya.
" Ish mana ada ! " teriak Humaiera geram.
Damia hanya ketawa kecil dalam diam melihat telatah adik beradik kembar ini.
Seketika Adam mencuri - curi pandang Damia di hadapan.
" Kejar lah berapa banyak awekkk pun yang nak kejar aku tapi takkan sama dengan dia..." desis hati Adam.
*******
Adam baru terjaga dari tidurnya. Entah kenapa rasa penat sangat hari ni lepas balik sekolah terus terlelap. Dia bangun lalu membersihkan dirinya dan menunaikan solat zohor yang tertinggal dan solat Asar sekali. Setelah selesai solat, Adam turun untuk makan. Ye lah makan pun dia tertinggal. Ni kalau ada bonda, mau tak dibeleternya.
" Tengku Adam makanannya telah disiapkan di meja makan..." kata pembantu rumah.
Adam mengangguk.
" Terima kaseh.."
Seketika Adam beredar ke meja makan. Dia makan seorang diri. Kelihatan suasana rumah agak sunyi. Mana pergi semua orang ? Selalu Humaiera paling bising dalam rumah. Dia pun tidur juga ke ? Hmm Adwa dengan Damia mana pulak ?
Setelah selesai makan , Adam mula bergerak ke ruang tamu. Dia duduk di sofa yang empuk yang telah disediakan di situ.
" Hmmm rindu dekat bonda dengan ayahnda pulak..bila diaorang nak balik ? " soal Adam seorang diri.
Tetiba ada pembantu rumah yang tengah mengemas di ruang tersebut. Pembantu rumah yang agak berumur jugak. Adam gemar memanggilnya Umi aje sebab dia dah macam ibu kedua dalam rumahnya itu.
" Umi.." panggil Adam.
" Ya Tengku Adam..." sahut Umi.
" Yang lain pergi mana ? Sunyi aje rumah ? " tanya Adam.
" Oh yang lain ada dekat halaman belakang rumah. Diaorang tengah siram pokok - pokok bunga Permaisuri rasanya.." jelas Umi.
" Oh belakang rumah. Okay terima kaseh Umi.." kata Adam seraya bangun dari tempat duduknya lalu naik ke atas.
Eh Adam tak ke belakang rumah ? Kenapa dia naik ke atas. Tak lah dia saja tak nak join. Dia nak tengok dari tingkat atas aje apa yang adik - adiknya dan Damia sedang buat.
Seketika di tingkat paling atas. Adam duduk di balkoni ruang tamu di atas. Balkoni tersebut betul - betul menghadap halaman belakang rumah. Dari sini boleh nampak aje apa - apa yang berlaku di halaman belakang rumah.
Adam memerhati gerak geri adik - adiknya dan Damia. Nampaknya mereka tengah siram pokok lepastu main - main sembur air antara satu sama lain. Kelihatan gelak tawa juga berkumandang di situ. Bahagia pada setiap wajah mereka. Mata Adam juga tidak lepas melihat Damia yang turut tersenyum lebar dan bergelak ketawa bersama Humaiera dan juga Adwa.
" Bagus lah...kalau dia dah tersenyum semula.." desis hati Adam.
Dalam diam Adam juga bahagia melihat senyuman indah yang dipamerkan oleh Damia. Senyuman yang mampu membuatkan jantung Adam tidak berhenti berdegup.
" In shaa Allah aku akan kekalkan senyuman tu sampai bila - bila.." monolog Adam lagi.
#Heeee okay nah last chapter untuk minggu ni. Lepas ni setiap hujung minggu author update ya kalau author free ❤ tunggu tau chapter yg seterusnya nanti. Heee wish me luck for my study ya 😚 thankyouu kpd pembaca yg support cerita ni 🖒 mehhh bagi view cerita ni jdi gempak mcm cerita MSTAP ! 💕 keep vote and comment ya 😍 kbyeee !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro