Bab 21
Adam hanya terpaku memandang Damia. Maka mereka pun bertentangan mata di atas tangga tersebut. Pegangan tangan Damia yang berlapik baju juga masih erat di dalam genggaman Adam.
Dalam beberapa minit, Damia terus mengubah posisinya. Adam juga melepaskan pegangan tangan Damia.
" Ermm terima kaseh.." ucap Damia malu.
" Erm sama - sama. Awak buat apa dekat sini ? Macam mana awak boleh ada dekat sana ? " tanya Adam terus.
Eh ? Adam tak tahu ke yang aku stay rumah dia untuk beberapa hari ?
" Errr saya..."
" Ehh Cik Damia , Tengku Adam ? Saya baru aje nak panggil turun makan...yang lain dah menunggu di ruang makan..sila kan ? " kata pembantu rumag yang tiba - tiba muncul.
Perbualan mereka terhenti di situ, mereka malah turun menuju ke ruang makanan bersama pembantu rumah.
Di ruang makan utama. Adam dan Damia mengambil tempat duduk masing - masing.
" Eh abang Adam ? Dah jumpa Damia ? " tanya Humaiera.
Adam dan Damia masing - masing mendiamkan diri. Masing - masing masih malu akan kejadian di atas tangga tadi.
" Maiera lupa nak bagitahu abang, yang Mia tinggal sini untuk 3 hari...nenek Jannah pergi lawat kawan dia sakit.." jelas Humaiera.
Adam mengangguk kecil. Damia stay rumah aku untuk 3 hari ? Means aku sebumbung dengan dia ? Hahahaha tetiba jantung Adam berdegup laju.
Selepas itu mereka mula makan malam bersama - sama. Damia makan dengan penuh sopan. Rumah orang lagi - lagi rumah kerabat diraja jangan tunjuk gelojoh sangat Damia oiii.
******
Kejap Adam baring kejap dia duduk. Kejap dia mengiring ke kanan kejap ke kiri. Dia tak boleh tidur haish kenapa ni ?
Rasa panas semacam aje ? Dah kenapa ? Nak hujan ke ? Tapi panas apa nya air cond bilikya dibuka sampai ke angka 20 dah. Sejuk lah tu !
Akhirnya Adam ambil keputusan untuk keluar dari biliknya. Dia menuju ke tempat biasanya di halaman belakang rumahnya. Semua orang kelihatannya sudah ada di bilik masing - masing hanya Adam sahaja yang berkeliaran di sekitar rumah tapi lampu - lampu di setiap sudut masih di buka.
Hampir sampai saja Adam di halaman belakang rumah, Adam dapat tangkap satu figura yang dia kenal.
" Eh? Dia pun tak tidur lagi ? " monolog hati Adam.
Hmmm nak tegur ke atau aku masuk balik aje dalam bilik ? Adam masih ragu - ragu.
" Hmmm patah balik aje lah Adam. Tak payah ganggu orang. Mana tahu dia nak bersendirian ke kan ? " desis hati Adam.
Selepas itu Adam terus menoleh dan ingin berlalu namun tiba - tiba langkahnya terhenti apabila namanya diseru.
" Adam ? " panggil Damia.
Adam menoleh semula perlahan - lahan. Alah dia nampak aku pulak ?
" Ya ? " sahut Adam. Tu aje yang terkeluar dari mulutnya.
" Awak buat apa kat sini ? Tak tidur lagi ? " tanya Damia.
" Erkk...saja jalan - jalan ambil angin. Tak boleh nak tidur. Awak pulak ? " kata Adam lalu melangkah mendekati Damia.
" Ermm sama lah. Tak boleh tidur juga tu yang ada dekat sini.." kata Damia.
Seketika mereka duduk di tempat yang sama sambil melihat bulan dan bintang yang bersinar pada malam itu. Alahai sweet pulak rasa, hari tu tengok di rumah masing - masing. Tak sangka kali ni tengok sama - sama.
" Ermm..Adam boleh saya tanya ? " kata Damia tiba - tiba.
" Tanya lah "
" Apa yang abang Damian cakap dengan awak hari tu ? " tanya Damia akhirnya.
Adam sedikit tersentak.
" Err..err..dia...tak cakap apa pun..Dia cuma kenalkan diri dia pastu sembang kosong macam tu aje.." bohong Adam. Tak mungkin dia nak bagitahu perkara sebenar sebab dia dah berjanji dengan Damian dia takkan bagitahu Damia.
" Oh hmmm okay.."
" Damia..."
" Hmm ? "
" Boleh saya nak tahu sesuatu ? " tanya Adam.
" Nak tahu apa ? "
" Siapa Firdaus bagi awak ? "
Damia tersentak ! Macam mana Adam boleh tahu nama Firdaus ?
" Ermm..mana awak tahu pasal Firdaus ? " tanya Damia mendatar.
Dia sungguh sensitif apabila nama Firdaus dibangkitkan.
" Ermmm maaf. Ikhwan yang cerita pasal Firdaus dekat saya. Awak jangan marahkan dia sebab saya yang tanya. Sekarang saya nak tahu sendiri dari awak..siapa Firdaus pada awak ? Boleh ? " pinta Adam.
Hmmm disebabkan dah tak ada topik lagi nak disembangkan, akhirnya Damia pun menceritakan perihal Firdaus kepada Adam. Adam hanya setia menjadi pendengar kepada Damia pada malam itu. Damia meluahkan segala - galanya yang terpendam selama ni kepada Adam. Adam juga bersimpati dengan kisah hidup Damia bersama Firdaus.
" Hahahahaha orang - orang yang panggil saya budak malang apa semua tu tak pernah faham apa yang saya rasa. Diaorang tak tahu yang saya sangat terpukul dengan kepergian Firdaus. Hmmm manusia cuma tahu nak jatuh hukum dekat orang aje..." kata Damia sebak.
" Saya faham apa yang awak rasa Damia. " luah Adam jugak.
Damia menoleh ke arah Adam. Apa maksud Adam?
" Saya tahu , macam mana rasanya kehilangan orang yang kita sayang...Saya juga kehilangan orang yang saya sayang masa saya tingkatan 3....cuma situasi kita berbeza..." kata Adam.
" Maksud awak ? Awak pun ada...."
" Ya ...sama macam Firdaus...nama dia Anisa.."
Adam pula mula membuka cerita tentang kisah silamnya bersama gadis yang bernama Anisa. Kalau Damia boleh cerita soal Firdaus, tak salahkan kalau Adam pun cerita pasal Anisa ?
Pada malam itu, mereka berdua mula lah mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi 💕
*******
Pada pagi itu, Adam dan Damia bangun dari tidur dengan perasaan yang lega dan tenang aje. Ahhhhh mimpi indah betul. Masing - masing bersiap untuk pergi ke sekolah. Setelah mereka sudah siap, Adam dan Damia tiba awal di meja makan. Malah mereka juga bertembung di tangga.
" Selamat pagi.." sapa Adam bersama segaris senyum.
Jantung Damia berdegup laju seakan tidak mahu berhenti. Alahai cairnya pagi - pagi dah dapat wish morning dengan senyuman dari putra raja ni sorang.
" Se..lamat..Pagi.." balas Damia.
Seketika mereka duduk berdua bersama beberapa pembantu rumah yang menyusun makanan sarapan pagi di atas meja.
Dalam beberapa minit, Adwa dan Humaiera pula yang datang.
" Eh ? Awalnya korang tunggu kat meja makan? " sapa Humaiera.
Damia hanya tersenyum kecil. Adam pulak buat muka selamba. Malas nak layan pertanyaan adiknya itu.
" Ada apa - apa ke ni ? Turun sama - sama nampak ? " tegur Adwa pulak sekadar ingin mengusik.
Adam sedikit berdehem.
" Tak ada apa - apa lah..dah makan cepat..nanti lambat pergi sekolah lah.." kata Adam lalu mengambil roti yang telah disediakan oleh pembantu rumah.
Humaiera hanya tersengeh. Hahahaahaha eleh macam aku tak tahu ni mesti mimpi indah semalam date berdua dekat luar. Hahahah act semalam pun Humaiera tak boleh tidur. Tak tahu kenapa panas semacam kat dalam so dia pun jalan - jalan ambil angin kat luar, pastu tetiba ternampak abang Adam tengah duduk berdua dengan Damia dekat halaman belakang rumah. Hahahahaha nampaknya tak lama lagi makan nasi minyak lah aku. 😂💕
Setelah semuanya selesai makan, mereka semua mula berjalan kaki untuk ke sekolah. Kali ni , Humaiera dan Adwa bersepakat sengaja tinggalkan Humaiera dan Adam berjalan berdua dengan Damia di belakang. Sweet gitu. Hahahaha suka benar adik beradik kembar Adam ni menyakat dan susun plan. Hahaha diaorang memang setuju sangat kalau abang mereka ni bersatu dengan Damia. Lagipun Damia pun baik dan cantik orangnya.
Dalam perjalanan ke sekolah, Adam dan Damia masing - masing dalam dunia sendiri. Tak bercakap apa langsung sedangkan semalam punya rancak berborak tapi sekarang masing - masing membisu tak ada mulut 😂
Tetiba entah macam mana ada sebuah moto tengah bawa laju dan Damia juga tak perasan yang dia berjalan agak ke tengah jalan disebabkan tak mahu berjalan rapat sangat dengan Adam . Motor tu menuju laju ke arah Damia.
Pin ! Pin !
" Damia ! " teriak Adam lalu menarik Damia kuat.
Damia tersentak ! Sekelip mata dia di dalam pelukan Adam.
Adwa dan Humaiera juga agak terkejut dengan kejadian itu.
Damia pula dapat merasakan degupan jantung Adam. Mana taknya dia betul - betul dalam dakapan Adam saat ini.
" Damia ? Awak okay ? " tanya Humaiera.
Seketika Damia meleraikan pelukan Adam. Malu lah adik - adik Adam tengok.
" Ya saya okay.." kata Damia sedikit tercungap - cungap.
Adam hanya terdiam. Motor tadi dekat sangat nak langgar Damia. Nasib baik aku sempat tarik dia. Kalau tak ? Tak tahu apa akan jadi. Tetiba Adam teringatkan janjinya kepada Damian.
" Saya akan jaga adik abang..abang jangan risau..."
Adam meraup wajahnya seketika.
" Abang okay tak ni ? " tanya Humaiera pelik melihat tingkah laku Adam.
" Hah ? Oh okay - okay.."
" Hah okay lah..Damia awak jalan dengan saya..jalan sebelah sini..." kata Humaiera lalu mengubah posisi semuanya.
Adwa pula yang berpindah berjalan dengan Adam.
" Pehhhh abang....hebat ahh kau. Tarik Damia..macam cerita hidustan dhoo...sweet bhai.." usik Adwa lagi.
" Banyak lah kau sweet..dah ahh kau jalan cepat.." kata Adam blushing lalu mempercepatkan jalannya.
#Heee macam mana chapter ni guys ? Okay tak ? Keep vote and comment please 😍💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro