Bab 2
Pejam celik pejam celik dah nak start sekolah baru. Ayahnda menghantar kami 3 beradik masuk ke sekolah baru pada hari ini. Kami daftar masuk lambat sikit hari ni. Masa berjalan di dalam sekolah nak menuju ke bilik pengetua, sempat juga Adam melihat sekeliling semasa dalam perjalanan.
Setibanya mereka di bilik pengetua. Ayahnda menguruskan semuanya. Ayahnda ada juga berborak serba sedikit dengan pengetua. Pengetua nama diberi Encik Mansor Shaari. Orangnya berumur lingkungan 40- an gitu. Kemas orangnya , bertie berwarna biru hari ini. Encik Mansor juga ada berterima kaseh dengan ayahnda kerana sudi memilih sekolah beliau untuk menghantar kami 3 beradik. Dia amat berbesar hati menerima kami iaitu bakal putra mahkota dan putri mahkota kerajaan.
Hmmm lepas ni mesti satu sekolah bising kan dengan kehadiran kami. Yelah macam biasa , siapa aje yang tak kenal kami? Kalau tak kenal tu memang sah tak baca newspaper or tak ikut perkembangan semasa betul.
Tapi satu aje hampa , disebabkan kami pindah sekolah tengah bulan. So kelas dah full. Hanya 2 orang daripada kami aje yang boleh duduk kelas no 2 . Kelas no 1 pun dah gila padat. So seorang tu kena duduk kelas no 3 😪
Memandang kan aku ni abang , so kena mengalah dengan adik - adik lah 😌 Humaiera dan Adwa ditempatkan di kelas 4B1 manakala Adam ditempatkan di kelas 4C1. Redho aje lah. Kelas depan atau kelas belakang sama aje. Cuma diri sendiri tu lah kena tunjuk sama ada kelas tu pandai atau tak !
Ayahnda dah balik ke rumah, mulalah guru masing- masing mengambil tugas.
" Abang Adam..jangan nakal - nakal tau duduk kelas 4C1..." pesan Humaiera pada Adam.
Adam hanya tayang wajah selamba. Aku ? Nakal ? Hahahaha tolong lah. Humaiera tu nak pesan dekat diri sendiri agaknya. Dia yang nakal.
" Abang Adam..nanti rehat jumpa kat kantin ke atau nak kami tunggu depan kelas abang ? " kata Adwa pula.
" Hmm takpayah tunggu aku. Korang pergi aje rehat..macam tak biasa pulak. Aku jarang rehat kan ? " kata Adam.
Ya , betul tu. Adam ni bukan orang yang suka rehat kat kantin. Dia lebih gemar memanfaatkan masa rehat dengan membaca buku di dalam kelas atau library. Lagipun dia dah breakfast dekat rumah so dia tak ada lah nak rasa lapar sangat.
" Iyo lah " jawab Adwa faham sangat dengan perangai pelik abangnya.
Seketika mereka terpisah, masing masuk kelas baru masing - masing.
Cikgu Dania menyuruh Adam menunggu di luar kelas terlebih dahulu. Adam hanya akur. Seketika dia memerhati papan tanda di hadapan pintu kelas.
" Kelas 4C1 " desis hati Adam.
By the way, baru Adam perasan, sekolah ni macam nak dekat sama susun aturnya dengan sekolah korea lah. Kelas pun guna huruf dengan nombor.
Eh macam mana Adam boleh tahu soal susun atur sekolah di Korea ? Hmmm ni semua kerja si Humaiera. Minat benar dia dengan kpop lah kdrama lah. Humaiera lah yang selalu sangat tengok Kdrama pastu duk paksa - paksa Adam temankan dia tengok. Haish nahhh sekarang kan Adam ni dah terhafal pulak susun atur sekolah sana !
" Adam meh masuk ! " panggil cikgu Dania.
Adam mengangguk kecil lalu dia melangkah hebat masuk ke dalam kelas barunya. Seketika dia menoleh memandang seisi kelas. Semua mata tertumpu kepadanya sekarang kecuali seorang aje pelajar. Nervous ? Boleh lah. But Tengku Adam Hanafie selalu menayang wajah cool dia 💕 Kelihatan pelajar perempuan lah yang selalu teruja bila tengok pelajar baru lelaki. Mulalah ada yang nak pintal - pintal rambut macam orang gila. Mulalah ada yang nak kenyit - kenyit mata bagai. Lumrah hidup. By the way sekolah ni pelajar perempuan bebas nak pakai tudung atau tak. Terpulang kepada diri masing - masing.
" Okay semua ! Ni Tengku Adam Hanafie. Pelajar baru kelas 4C1. Harap kamu semua boleh berkawan dengan dia dan tolong dia sesuaikan diri kat tempat baru ya " kata cikgu Dania.
Ya , selalu cikgu akan suruh pelajar baru yang kenalkan diri kan ? Tapi tidak pada Smk Tunku Abdul Putra. Sekolah ni lain aturannya. Guru kelas itu sendiri yang akan perkenalkan diri pelajar.
Seketika Cikgu Dania menghulurkan kunci loker kepada Adam. Ya dalam kelas tu ada loker masing - masing. Satu loker untuk satu pelajar. Susunan meja juga serious macam sekolah Korea yang selalu kita tengok. Satu per satu.
" Ermmm dekat mana ea saya perlu tempatkan pelajar baru ni ? " tanya Cikgu Dania sambil mata memerhati di sekeliling kelas.
Adam hanya mendiamkan diri.
" Hah ! Kamu duduk situ lah. Tempat duduk yang kosong kat belakang tu. " kata Cikgu Dania.
Sebut saja tempat kosong belakang. Terus semua pelajar mula berbisik sesama sendiri. Dah kenapa ? Ahhh lantak. Janji aku ada tempat untuk duduk. Belakang ke depan ke sama aje yang penting fokus tu.
Adam berjalan penuh yakin menuju ke tempat duduk yang dimaksudkan oleh cikgu Dania sebentar tadi. Pelajar - pelajar lain masih sibuk berbisik antara satu sama lain. Ish asyik nak membawang aje kerja manusia sekarang.
Seketika Adam perasan akan posisinya. Adam duduk di antara seorang pelajar perempuan di sebelah kirinya dan sebelah kanannya seorang budak lelaki.
Adam menoleh sedikit memandang teman meja di sebelah kanannya. Dia sedikit tersentak ! Kenapa ? Yalah toleh - toleh aje , budak lelaki tu tengah tersengeh macam kerang busuk kepadanya. Dah kenapa ? Teruk sangat dia senyum. Seketika Adam menoleh kekirinya pula. Kelihatan seorang budak perempuan sedang membelakanginya. Dia tengah termenung ke luar tingkap. Ya sebab sebelah budak perempuan tu ada tingkap. Nampak dari belakang macam familiar aje budak perempuan ni.
" Hmmm apa lah nasib aku dapat classmate ntah apa - apa macam ni " desis hati kecil Adam.
Seketika Adam baru perasan yang mejanya habuk dan berdebu gila. Hmm tak ada orang duduk sini ke dulu ? Kenapa berdebu sangat ? Adehh nasih kau lah Adam.
Seketika Adam mengeluarkan beberapa helai tisu. Nasib baik Adam selalu sediakan tisu ke mana - mana saja. Adam mengelap habuk dan debu di atas meja tersebut.
Cikgu Dania juga telah keluar sebab sekarang bukan waktu mengajar dia. Ermmm cikgu yang mengajar waktu sekarang tak datang kot ? Sebab tu tak ada cikgu yang masuk.
Tetiba kedengaran bunyi kerusi ditolak ke belakang. Adam menoleh ke arah datangnya bunyi tolakan itu. Orang sebelah kirinya. Pelajar perempuan yang membelakanginya tadi. Akhirnya dapat juga dia melihat wajah si gerangan. Ermm comel aje minah ni. Nampak ayu gitu tapi kenapa dia pandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsir. Senyuman juga tidak dihadiahkan kepada aku ? Seketika pelajar perempuan tu terus berlalu dan keluar kelas begitu saja.
" Budak bermasalah ke dia tu ? Tapi..takkan lah.. " desis hati Adam.
Kring ! Kring ! Kring !
Loceng rehat kedua berbunyi. Semua pelajar berpusu - pusu keluar rehat kecuali Adam. Dia paling tak suka dan rimas kalau keluar ramai - ramai macam tu, Adam lebih gemar berjalan seorang diri tak pun dengan kawannya yang hanya beberapa orang sahaja. Kelihatan pelajar perempuan di sebelahnya juga telah keluar. Pergi kantin kot ?
Tetiba Adam terasa nak ke tandas pulak. Dia pun bangun dan ingin ke tandas. Nasib baik masa perjalanan dia nak ke kelas bersama cikgu Dania tadi dia sempat melihat di mana adanya tandas. So tak payah lah susah nak suruh orang tunjukkan. Setelah selesai di tandas , Adam pun keluar untuk balik ke kelas. Namun apabila hampir nak sampai ke kelas tiba - tiba Adam memberhentikan langkahnya.
" Kenapa kau asyik ikut aku dari tadi ? " kata Adam tiba - tiba lalu menoleh ke belakang.
Orang di belakang Adam tersentak! Ya memang dari kelas tadi sampai masuk ke tandas sampai lah dah nak masuk ke dalam kelas semula pun seseorang itu asyik mengikuti jejak Tengku Adam Hanafie.
#Siapa ? 😨 Keep vote and comment guys 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro