Bab 18
Humaiera dan Damia masing - masing berjalan nak menuju ke kantin. Tetiba apabila hampir sahaja dengan kantin Humaiera terasa nak ke tandas pulak.
" Ermmm Damia..Maiera rasa nak pergi toilet lah.."
" Oh yaka ? Okay jom lah pergi toilet ..." kata Damia sambil memeluk erat bekal yang diberikan abangnya tadi.
" Eh tak apa lah..Damia pergi lah rehat dulu. Maiera boleh pergi sorang - sorang..." kata Humaiera.
Damia serta merta menggeleng. Tak ! Dia tak boleh biarkan Humaiera ke toilet seorang diri. Nanti jadi apa - apa lagi macam mana ?
" Tak apa ! Damia temankan.."
Eh mana Adam dan Adwa ? Oh diaorang ada sedikit hal di bilik guru.
Akhirnya Humaiera akur. Seketika mereka ke tandas bersama - sama. Di hadapan toilet, Damia hanya tunggu di luar sahaja. Sementara menunggu di luar , Damia tergerak hati untuk tahu apa makanan yang disiapkan oleh abangnya. Seketika Damia mencari tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan toilet.
Setelah duduk, Damia membuka perlahan - lahan penutup bekal makanannya. Heee tadi masa abangnya bagi dia belum lagi melihat isi di dalam.
Buka - buka sahaja , Damia sedikit tersentak. Spageti cabonara kesukaannya. Ya Allah lama tak makan 😭 hmmm dekat kampung nenek susah nak jumpa bahan - bahan spageti macam ni sebab jauh dari pekan. Ni mesti abang Damian susah- susah cari bahan semata - mata nak buat bekal ni untuk aku 😢
" Abang Damian...memang the best lah..dia tahu aku suka makan benda ni dari kecik lagi..lama gila tak makan.. " kata Damia seorang diri.
Tetiba Damia tak sabar pulak nak rasa makanan dari air tangan abangnya ini. Seketika dia melihat ke arah toilet. Kelibat Humaiera masih belum muncul. Hmm lamanya Humaiera ni melepaskan hajat.
" Apa kata aku try rasa masakkan abang Damian dulu ? " desis hati Damia.
Damia mencedok sesudu spageti cabonara tersebut. Baru beberapa inci sahaja lagi hendak masuk ke mulutnya tiba - tiba ditepis seseorang. Habis jatuh bersepah di atas lantai spageti di dalam sudu tersebut. Selain itu bekas makanan di tangannya juga ditepis dan jatuh di atas lantai. Damia terkejut lalu memandang orang itu.
" Wahhh budak malang ni nak makan spageti pulak ya ?! Hebat ! " kata Amanda.
Damia memandang sayu ke arah spageti yang bertaburan di atas lantai.
" Hey budak malang ! Kau dengar sini ea ! Aku tak suka kau rapat dengan 3 triplet tu ! Kau kena sedar yang kau tak setaraf dengan diaorang ! Kau faham tak hah ?! " jerkah Amanda.
" Betul tu Amanda..." sokong Farah.
Tiba - tiba Amanda menarik kuat tudung Damia setelah Damia tidak memberi respon. Damia tersentak hebat. Tak sangka dia akan diperlakukan macam tu.
" Kau tu dah lah pembawa malang ! Miskin pulak tu ! Tu hah spageti tu kau nak makan sangat ke ?! Okay nah makan lah ! Kau makan atas lantai tu ! Kutip ! " kata Amanda sambil menolak - nolak kepala Damia ke arah lantai. Damia sudah seperti pengemis lagaknya di mata Amanda.
" Woiii ! " teriak Humaiera yang baru keluar dari toilet. Terkejut dibuatnya apabila keluar - keluar sahaja dari toilet di lihatnya Damia yang dibuli seteruk itu.
Apabila terdengarkan teriakan Humaiera sahaja , terus Amanda dan Farah berlari meninggalkan Damia. Humaiera terus cepat - cepat mendekati Damia. Damia terduduk lesu. Dia bukan sedih sebab dihina tapi dia sedih sebab makanan yang disediakan oleh abangnya Damian rosak macam tu aje. Damia terasa ingin menangis. Tetiba teringatkan kata - kata abangnya. Bahawa pelajar - pelajar lain akan jelous terhadap dirinya kerana mempunyai abang seperti Damian.
" Maaf abang...maaf tak dapat jadi adik yang membanggakan abang..." desis hati Damia sebak.
" Damia ? Awak okay tak ni ? Diaorang buat apa dekat awak ? Habis makanan awak...dah - dah bangun.." kata Humaiera risau.
Dalam diam ada sepasang mata yang memerhati semuanya sejak dari tadi. Aksi buli membuli itu juga telah dilihat oleh orang itu. Seseorang itu menggenggam erat penumbuknya.
**********
Damia berjalan sambil membawa perasaan yang terkilan dan sedih. Dia berjalan tanpa menghiraukan Adam langsung di sebelahnya yang berjalan bersama menuju pintu pagar utama sekolah.
" Hmmm dia kenapa ? Macam sedih aje ? " desis hati Adam sambil mencuri - curi melihat Damia yang berjalan secara beriringan dengannya.
Damia hanya berjalan sambil termenung sahaja. Sedikit pun dia tidak bercakap dengan Adam.
" Hmmm nak tanya ke tak eh pasal lelaki tu siapa ? " desis hati Adam.
Dia masih ragu - ragu dengan hubungan Damia dan lelaki yang tiba - tiba muncul dalam hidupnya itu.
" Ermmm Damia...pasal..." belum sempat Adam nak habiskan kata - katanya tiba - tiba ada yang datang mencelah.
" Damia ! "
Damia memandang ke arah suara itu. Dia sedikit tiada reaksi. Dah tau dah siapa orang itu. Sejak kehadirannya , jadi huru hara hidup Damia dibuatnya.
" Jom balik ...." kata Damian.
Adam hanya kaku menjadi pemerhati. Wahh berani betul mamat ni. Terus ajak Damia balik macam tu aje ? Haish ! Dah la datang tanpa diundang ! Semak lah ada kat sini.
" Tak nak ...Mia boleh balik sendiri..." tolak Damia. Dia tidak mahu balik bersama abangnya. Dia takut abangnya dapat tahu yang dia sedang sedih.
Damian terus menarik pergelangan tangan Damia. Damia sedikit tersentak.
" Jom balik ! " kata Damian sedikit meninggi.
Damia memandang tajam ke arah abangnya. Seketika dia cuba menarik tangannya dari genggaman abangnya. Dah kenapa dengan abang Damian ni ? Aku tak mau balik dengan dia aku tak mau lah ! Kenapa memaksa ?
" Lepaskan tangan Mia ! " kata Damia mendatar.
Damian hanya diam dan masih memegang erat pergelangan Damia. Adam pula jadi panas hati melihat adegan itu.
" Tolong lepaskan tangan dia..." kata Adam akhirnya.
Damia sedikit terkejut dengan Adam yang tiba - tiba bersuara sebegitu dengan abang Damian.
Kini giliran Damian pula yang memandang pelik ke arah Adam. Wahh ? Siapa pulak mamat ni ? Nak suruh aku lepaskan tangan adik aku bagai ?
" Kau siapa ? Jangan masuk campur boleh tak ? Ni urusan aku dengan Damia...dah lah blah dari sini..." kata Damian sinis.
Berdesing telinga Adam dibuatnya. Wahh dia ni dah cabar kesabaran aku. Aku cakap baik - baik kot !
Damia sudah menggigit bibirnya. Alamak jangan gaduh sudah lah diaorang ni. Hmm Damia terlupa yang abangnya masih belum kenal dengan Tengku Adam Hanafie begitu juga Adam yang tak kenal Damian adalah abangnya.
" Encik..saya bukan nak kurang ajar ke apa...tapi dah Damia tak nak balik dengan Encik kan ? So jangan lah memaksa. Tak baik buat perempuan macam tu..." jelas Adam masih dengan bahasa sesopan yang mungkin.
Damia hanya terdiam kaku mendengarkan setiap butir bicara Adam. Tetiba Damian tersenyum sinis...
" Suka hati aku lah nak ajak Damia balik ke apa...aku ada hak untuk bawa dia balik ! " kata Damian.
" Hak ? Hak apa ? Kalau hak sebagai boyfriend aje tak perlu lah ! " kata Adam pula sinis.
Damia dan Damian kelihatan sedikit terkejut.
" Boyfriend ? Adam dah salah sangka ni.." desis hati Damia.
" Hahahahaha aku bukan ada hak sebagai boyfriend Damia...tapi aku ada hak sebagai abang Damia ! Dah Damia jom balik ! " jelas Damian lalu menarik kuat tangan Damia sehingga kakinya juga melangkah mengikut abangnya.
Adam kelihatan sedikit terkedu. Apa ? Abang Damia ? Jadi ? Aku silap lah ni ? Aduh Adam apa kau ni ? Overthinking sangat dah kenapa ?
********
Macam biasa destinasi yang dipilih Damian, pantai yang berdekatan dengan rumah nenek mereka. Hampir 5 minit juga masing - masing mendiamkan diri. Sehinggalah tiba - tiba Damian bersuara.
" Abang tak sangka..." luah Damian akhirnya.
Damia terdiam. Tak sangka ? Apa pulak ?
" Abang tak sangka adik abang di buli sampai macam tu sekali... " kata Damia lagi menyentakkan hati Damia. Apa ? Abang Damian tahu yang aku kena buli ?
Damia terus menoleh ke arah Damian.
" Ma..cam..mana..abang tahu ? " tanya Damia gugup.
Damian pula yang memandang Damia.
*Flashback*
Hmmm mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Damian sebenarnya tidak pergi dari sekolah setelah dia menghantar bekal makanan tadi. Malah dia berjalan di sekitar sekolah untuk melihat bagaimana keadaan sekolah Damia.
Namun sepanjang perjalanan, dia ada terdengar akan beberapa pelajar yang bercakap buruk tentang adiknya Damia. Dia baru tahu bahawa Damia juga telah digelar sebagai budak pembawa malang. Hanya disebabkan kematian Firdaus. Ya Damian tahu siapa Firdaus bagi adiknya sebab Damia selalu juga bercerita tentang hubungannya dengan Firdaus.
Damian tak sangka kematian Firdaus betul - betul membuatkan hidup adiknya berubah 100%.
Dalam tidak sedar , Damian sudah berjalan hampir waktu rehat. Dia juga tak sengaja lalu di kawasan berdekatan dengan toilet perempuan.
Damian lah yang memerhati semua adegan di mana Damia di buli sehingga spageti masakkannya dibuang di atas lantai macam tu aje. Sakit hati lelakinya apabila adik kesayangannya diperlakukan sampai sebegitu.
*Endflashback*
Damia sudah menangis teresak - esak dibuatnya. Tak sangka akhirnya terbongkar juga dengan abangnya. Rahsia yang disimpan olehnya selama ni telah abang Damiannya tahu semua.
Damian terus memeluk Damia buat kesekian kali. Dia memeluk erat Damia sambil mengusap lembut belakang Damia.
" Abang Damian mintak maaf. Mintak maaf sebab biarkan Mia hadap semua ni sorang - sorang. Maaf abang tak tahu yang Damia dah susah sangat selama hampir beberapa tahun..Maaf Mia..sepatutnya Mia tak diperlakukan macam ni. Ini bukan status Mia yang sebenar..." kata Damian sebak.
#Hmmm kesian tak Damia guys ? Siapa rasa abang Damian ni abang yg sweet gitu ? Cer komen tengok ? 😂 keep vote and comment ya guys ! Thanks kepada sesiapa yang minta diupdate tu ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro