Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Angin - angin pantai yang sejuk tidak dapat menyejukkan hati Damia. Geram betul dia dengan makhluk Allah yang satu ni. Lelaki yang membawa Damia ke pantai ini hanya bersandar pada pokok yang rendang di belakang Damia sambil berpeluk tubuh. Dah macam culik aku !

Seketika Damia menoleh ke arah lelaki itu. Lelaki itu hanya tayang muka selamba sambil tersenyum sinis seperti mengejek Damia.

" Seronok ke buat Damia macam ni ? Bawa lari Damia pergi pantai ? Kenapa tiba - tiba balik sini ? " tanya Damia geram.

" Wooo...rileks..haish tak happy ke jumpa abang ni ? Tak rindu abang ke ? Abang rindu Mia tau.." kata Damian.

Abang ? Damian ? Siapa lelaki itu pada Damia ? Ya Damian , satu - satunya abang kandung Damia. Seorang yang amat handsome di mata para gadis. Senyuman manis tidak lekang di bibirnya. Tambah - tambah bila dia tatap wajah adik kesayangannya ini. Memang senyum memanjang.

Seketika Damian menapak ke arah adiknya Damia. Damia hanya memandang tajam ke arah abangnya. Damian berhenti setapak di hadapan Damia.

Dilihat adiknya yang hanya tinggi paras bahunya.

" You know what adik ? I miss you a lot. Dah lama abang tak tatap adik abang ni. Dah besar ya ? Makin cantik...meh sini peluk abang mehh.." kata Damian jujur.

Damia sedikit sebak. Dengar ucapan abangnya memang menusuk kalbu. Dia juga rindukan abangnya. Dah nak dekat setahun juga mereka tidak bersua muka.

" Cepat lah peluk abang ! " kata Damian lagi setelah Damia tidak memberi respon.

" Tak nak ! Abang ni ! Malu lah dekat orang..nanti diaorang cakap apa pulak ? Dekat pantai berpeluk - pelukan..."

Zapppp ! Sekelip mata Damia di dalam pelukan abangnya. Damia sedikit tersentak ! Berani betul abangnya ni peluk di tempat umum.

" Biar lah orang nak cakap apa. Mia adik abang. Halal untuk abang peluk. Hmmmm rindunya adik abang ni..maaf sebab dah lama tak jenguk Mia..bukan abang tak nak jenguk tapi..." kata - kata Damian terhenti di situ.

" Tapi....kenapa ? Perempuan tu tak bagi kan ? " sambung Damia mendatar. Dia tahu sangat sebab apa.

Damian ketawa kecil sambil mengeratkan lagi pelukkannya.

" Perempuan ? Heyyy...perempuan yang Mia panggil tu..ibu kandung kita tau..."

" Hahahaha ibu kandung ? Ibu kandung apa macam tu ? Tinggalkan Mia dekat rumah nenek macam tu aje ? Kenapa ? Susah sangat ke nak jaga Mia ? " hambur Damia tidak puas hati.

" Hmmm bukan macam tu lah Mia..maybe ibu ada sebab dia sendiri kenapa dia buat macam tu..in shaa allah suatu hari nanti mesti Mia akan tahu. " kata Damian kepada adiknya.

Damia hanya terdiam di dalam pelukan abangnya.

********

Keesokan harinya di rumah nenek. Lebih meriah sedikit dengan kehadiran abang Damian. Ada saja usik mengusik si abang kepada adiknya itu. Nenek sampai pening kepala. Haish boleh runtuh dibuatnya rumah aku ni karang.

" Hari ni biar abang hantar Mia pakai kereta ferari abang nak ? " tawar Damian.

" Tak payah...nanti timbul isu..."

" Timbul isu ? Kenapa pulak ? " tanya Damian pelik.

" Hahahaha tak ada apa - apa lah. Tak payah la abang..abang rest aje kat rumah nenek ni. Tolong nenek ke apa lagi bagus..." kata Damia lalu berjalan keluar dari rumah.

Damian hanya mendiamkan diri. Macam something tak kena aje dengan adik aku ni ?

" Okay lah Mia gerak dulu pergi sekolah nekk ! Bye Assalamualaikum abang ... " teriak Damia memandangkan nenek ada di dapur.

Damia ingin melangkah namun tiba - tiba ditahan abangnya. Haish ada - ada saja abangnya ini.

" Salam abang dulu.." kata Damian.

Lahhh ? Tu aje pun ? Seketika Damia menyalam tangan abangnya. Lagak dah macam isteri salam tangan suami aje. Macam - macam lah abangnya ni.

Seketika Damian tersenyum puas hati.

" Belajar rajin - rajin ya.." pesan Damian.

Damia hanya mengangguk laju lalu keluar dari rumah.



Perjalanan ke sekolah bersama 3 triplet seperti biasa.

" Hah Damia ! Awak okay ? Awak kena culik kan semalam ? Lelaki tu bawa awak pergi mana ? " tanya Humaiera bertubi - tubi macam mesin gun.

" Wooo..kejap - kejap..rileks Maiera.." kata Damia.

Adwa dan Adam hanya memasang telinga. Tambah - tambah Adam dia amat risau dengan Damia semalam. Dia hendak cari semalam namun terhalang dengan ayahnda yang tiba - tiba mengajaknya untuk ke bandar seketika semasa dia balik sekolah.

" Ermmm awak jangan risau lah Maiera..lelaki tu tak buat apa - apa pun dekat saya..dia...abang saya lah..." kata Damia perlahan.

Sukar didengari oleh Adwa dan Adam. Adam jadi tertanya - tanya. Siapa lelaki semalam pada Damia ? Boyfriend..baru dia ke ? Hati Adam mula tidak tenteram dan dihuni rasa cemburu.

Humaiera mengangguk kecil. Alahai abang Damia rupanya. Asal lah bawa lari Damia macam nak culik !

Seketika mereka meneruskan perjalanan ke sekolah.

******
Hari ni p&p berjalan dengan lancar pada masa 1 dan 2 . Namun masa ke 3 semuanya jadi sedikit tidak lancar dengan kehadiran seseorang di pintu kelas 4C1.

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu kelas 4C1 diketuk semasa waktu p&p cikgu Fadzillah. Seisi kelas memandang ke arah pintu kelas tersebut. Kelihatan seorang lelaki berpakaian segak bergaya sambil memegang sesuatu di belakangnya.

Kelas sedikit kedengaran bisik membisik antara satu sama lain.

Damia tidak mengambil tahu langsung. Seperti biasa dia hanya gemar memandang ke luar tingkap sebelahnya. Sikit pun dia tak pandang ke pintu. Namun tiba - tiba nama dia di seru..

" Damia ...ada orang nak jumpa kamu..."

Damia terus menoleh ke arah cikgu Fadzilah. Dia sedikit tersentak apabila abangnya Damian ada di pintu kelasnya.

Semua pelajar melihat ke arahnya. Pelik barangkali kenapa orang yang sehandsome Damian dan segak bergaya tu boleh nak jumpa Damia pulak ?

Adam hanya memerhati lelaki tu. Kenapa macam familiar sangat budak lelaki ni ? Eh kejap ! Bukan lelaki ni ke yang semalam tu ?

Seketika Damia bangun dan berjalan ke arah pintu kelas. Abang Damian !!! Dia ni memang nak kena cepuk dengan aku ni ! Aku dah cakap jangan datang sekolah aku ! Hmm habis lah lepas ni..

Adam hanya melihat langkah Damia dengan perasan cemburu gila. Wah ? Sampai ke kelas nampak lelaki tu cari Damia ? Special sangat ke hubungan diaorang ni ? Arghhh ! 💔

Seketika Damian menarik tangan Damia untuk bercakap di luar kelas. Pelajar - pelajar lagi bising lah dalam kelas.

" Attention class ! Jangan sibuk hal orang..buat kerja yang saya bagi tadi tu .." kata cikgu Fadzillah.

" Pst pst..." panggil Ikhwan.

Adam menoleh.

" Siapa tu ea ? Boyfriend Damia ke ? " tanya Ikhwan lagi menambah rasa bengang Adam. Namun dia masih mengawal riak mukanya.

" Hmm entah. Sudah ! Tak payah sibuk hal orang..buat kerja cikgu Fadzillah tu.." kata Adam mendatar.

Ikhwan hanya mencebik lalu melihat bukunya. Adam mengeluh berat.

Part of Damia.

Damian menghulurkan bekas makanan kepada Damia.

Damia memandang kosong ke arah bekas makanan itu.

" Ambik lah untuk makan rehat nanti. Abang buat sendiri tau..untuk adik abang ni.." kata Damian.

" Abang ni...kenapa datang sekolah Mia ? Sebab nak bagi bekal makanan ni aje ? Hmmm habis lah Mia abang...nanti mesti satu sekolah akan cakap pasal abang tahu tak ? " bebel Mia perlahan.

Damian hanya tersengeh.

" Cakap pasal abang ? Kenapa ? Sebab abang handsome sangat ke ? Mesti diaorang jelous dengan adik abang nanti kan ? Ada abang sehandsome abang " kata Damian.

" Hmmm diaorang memang akan jelous dan diaorang akan kutuk adik...diaorang akan bercakap pasal adik...diaorang akan cakap budak malang ni pun ada hati nak ada abang yang handsome ? " monolog Damia sedih di dalam hatinya. Tak dapat dia nak luah pada abangnya. Dia tak nak abang Damian tahu yang dia amat disisih di sekolah ini.

" Kenapa ni ? " tanya Damian setelah melihat riak wajah adiknya yang berubah.

Damia terus mengambil bekas makanan di tangan abangnya.

" Tak ada apa - apa. Thanks bawakan adik bekal makanan ni. Dah abang pergi balik sana..nanti nenek cari lah.." kata Damia lalu menolak abangnya untuk pergi dari sini.

Damian sedikit pelik. Macam ada yang tak kena aje dengan adik aku ni. Dah kenapa ?

Damia terus berlalu masuk ke dalam kelas tanpa menghiraukan abangnya lagi. Seketika figura Damian pun mula berlalu pergi.

#Macam mana guys chapter ni ? Best ? Comment and vote pls ? ❤😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro