Bab 16
Keesokan harinya datang aje sekolah, 3 triplet itu digemparkan dengan berita bahawa pelajar - pelajar yang telah mengenakan Humaiera kini sudah digantung sekolah selama sebulan. Pelajar - pelajar itu telah dikenal pasti bahawa mereka adalah senior - senior yang telah menganggu Damia tempoh hari. Senior - senior itu juga telah mengaku bahawa mereka membuat semua itu kerana tidak berpuas hati dengan Humaiera yang membela Damia tempoh hari. Hmmm tapi pelik siapa yang berjaya buat senior - senior tu ditangkap pengetua ea ?
Jeng ! Jeng ! Jeng !
Siapa lagi kalau bukan Prince Charming Humaiera lah.
Ikhwan telah merancangkan semuanya. Dia mengumpul semua bukti - bukti yang berkaitan dengan senior - senior tersebut. Hmmm namun ada sesuatu yang buat Ikhwan tertanya. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh senior - senior tersebut. Rasanya macam ada lagi orang yang menyuruh mereka berbuat demikian namun susah untuk disiasat oleh Ikhwan.
Hari ni semuanya berjalan dengan lancar bagi Humaiera. Dia juga dah makin membaik. Tiada apa lagi yang menganggunya. Pelajar - pelajar lain jugak tidak lagi bercakap pasal Damia. Heee Damia juga dah kembali berkawan dengannya seperti biasa begitu juga dengan abang - abangnya. Heeee ni semua berkat prince charmingnya ehhhh ?🙈
" Erm...abang Adam , abang Adwa..temankan Damia makan kejap boleh ? " kata Humaiera yang tiba - tiba bangun dengan roti dan air kotak di tangan.
" Hah ? Asal ? Maiera nak pergi mana ni ? " tanya Adwa.
" Haah..Maiera nak pergi mana ? " tanya Damia jugak.
Adam hanya mendiamkan diri.
" Ada hal sikit nak uruskan..kejap aje.." kata Humaiera.
" Sure ? Boleh sorang - sorang ni ? Nak abang Adwa temankan ? " tawar Adwa. Risau sungguh lah dia dengan adiknya ini.
Hah ? Abang Adwa nak teman ? No tak boleh ! Nanti kantoi lah..
" Eh tak payah tak payah ! Maiera okay..Maiera akan hati - hati kali ni... Okay lah Maiera pergi dulu bye ! " kata Humaiera tergopoh gapah lalu berlari kecil meninggalkan Adam,Adwa dan Damia.
Lagi lama - lama cakap dengan abangnya Adwa memang tak jadi lah kerjanya.
Adam hanya tersenyum kecil dalam diam. Dapat diduga dah dia apa yang mahu dilakukan oleh Humaiera.
*****
Tangan dikibas - kibas di hadapan wajahnya. Arghhhh panas ! Malaysia so hot ! Aduhai kenapa aku boleh terlupa ? Kenapa lah aku tak letak duit sekolah tu siap - siap dalam beg duit tadi ? Ikhwan sekarang tengah duduk seorang diri dia pondok kecil yang berhampiran dengan padang bola sekolah.
Haish careless lah kau ni Ikhwan. Dah lah botol air pun lupa nak isi. Nahhh elok lapar + dahaga.
" Ya Allah...aku mohon satu keajaiban..turunkan lah bidadari yang membawa makanan dan minuman kepada aku..." doa Ikhwan sambil menadah tangan dan memandang langit yang membiru.
Hahahaha perangai entah apa - apa lah Ikhwan ni..
Tiba - tiba dalam sekelip mata, ada seseorang meletakkan air kotak dan sebungkus roti di atas tangan Ikhwan yang ditadah tadi. Ikhwan tersentak ! Seakan - akan doanya dimakbulkan.
Seketika dia memandang ke arah seseorang itu. Kelihatan Humaiera sedang tersenyum manis kepada Ikhwan. Ikhwan sedikit terkesima. Alahaii comelnya. Senyuman paling indah yang pernah aku tengok. Ya Allah apakah ini bidadari yang kau kirimkan ?
" Makan lah roti tu...saya belikan untuk awak..sebagai ucapan terima kaseh sebab dah banyak tolong saya.." kata Humaiera.
Ikhwan terkelu. Tak tahu nak cakap apa. Time - time ni juga la nak jadi bisu pun haish ! 😥
Hmmm memandangkan Ikhwan macam tak nak cakap dengan aku aje ? Lebih baik aku blah aje kan ?
" Ermmm okay lah..tu aje yang saya nak cakap..tak apa lah saya balik kelas dulu.." kata Humaiera hampa lalu dia menoleh dan ingin melangkah pergi.
" Humaiera ! " panggil Ikhwan tiba - tiba menghentikan langkah Humaiera.
Lambat - lambat Humaiera menoleh memandang Ikhwan. Kelihatan Ikhwan telah berdiri secara berhadapan dengan Humaiera.
" Terima kaseh...untuk roti dengan air...ni angel.." ucap Ikhwan.
Dengar saja perkataan yang terakhir tu sudah mampu membuatkan Humaiera tersenyum kembali.
******
Damia menulis sedikit coretan dalam diari yang selalu dibawanya ke sekolah. Memandangkan cikgu pun tak ada lebih baik dia tulis diari.
Damia menulis mengenai apa yang berlaku beberapa hari yang lalu. Dia juga ada meluahkan tentang isi hatinya. Tidak lupa juga nama Firdaus diselitkan sekali dalam coretan tersebut. Seketika dia mencuri - curi pandang Adam di meja sebelah.
Adam hanya fokus pada buku rujukan Mathnya. Langsung tidak perasan akan Damia yang memandangnya.
Damia tersenyum kecil. Terima kaseh pada orang meja sebelah ni jugak. Di sebabkan dia , aku dapat senyum semula. Aku juga dapat rasa apa itu erti kawan semula.
Adakah dia dapat menjadi pengganti Firdaus ?
Tiba - tiba entah macam mana Adam juga menoleh memandang ke arah Damia. Adam sedikit tersentak melihat Damia yang memadang ke arahnya. Pandangan mereka bertaut seketika.
" Err.."
" Kenapa ? " tanya Adam.
" Err tak ada apa - apa lah. Saya nak pergi toilet kejap.." kata Damia lalu bangun dan berlalu.
Adam hanya mengangguk kecil.
Beberapa minit kemudian, ada rakan kelas Adam yang sedang usik mengusik dan berkejaran di dalam kelas. Tetiba mereka terlanggar sedikit meja Damia sehingga menyebabkan satu buku di atas meja Damia jatuh ke sebelah meja Adam.
Adam hanya menggeleng melihat telatah rakan kelasnya. Alahai dah budak form 4 tapi perangai macam budak - budak.
Seketika Adam mengambil buku Damia yang terjatuh itu.
Loceng balik telah berbunyi. Semua pelajar berpusu - pusu keluar di pintu utama sekolah. Adam dan Damia berjalan secara beriringan untuk menuju ke pintu pagar sekolah juga. Humaiera dan Adwa sudah menunggu mereka berdua di situ.
Dalam perjalanan menuju ke pintu sekolah, Adam ada berborak sedikit dengan Damia.
" Err hah Damia..ni buku awak.." kata Adam lalu menghulurkan buku kepada Damia.
Damia sedikit tersentak ! Diari aku lah ! Macam mana boleh ada dekat Adam ? Aku pun tak perasan buku tu tak ada dalam beg pulak tadi.
Damia mengambil cepat - cepat buku diari miliknya itu.
" Mana awak dapat buku ni ? " tanya Damia.
" Oh tak , tadi budak kelas kita jatuhkan. Tu yang saya simpan dulu. Terlupa nak bagi dekat awak tadi masa dalam kelas.." jelas Adam.
" Oh yaka ? Terima kaseh ..." kata Damia.
Adam mengangguk kecil. Sedar tak sedar mereka dah sampai di pintu pagar sekolah.
" Lambatnya abang Adam dengan Damia ni.." rungut Humaiera.
" Sorry Maiera.." kata Damia.
" Nak date pun kejap lagi lah...jalan jauh lagi nak balik rumah..boleh manfaatkan sebaik - baiknya. " usik Adwa pulak.
Muka Adam dan Damia masing - masing blushing apabila terima usikan tersebut. Alahai malunyaa ! 😭
" Dah - dah tak payah nak merepek ! Jom balik ! " kata Adam lalu menarik beg sekolah yang disandang Adwa.
Seketika mereka berempat memulakan perjalanan untuk balik. Dalam beberapa minit kemudian, apabila mereka dah agak jauh sedikit dari sekolah tiba - tiba ada sebuah kereta ferari berwarna biru cair muncul menghalang laluan mereka !
Mereka berhenti berjalan. Semua memandang pelik antara satu sama lain.
" Dah kenapa dengan kereta ni ? Sekat jalan orang pulak ?! Tahu lah pakai ferari ! Tak yah ahh nak menunjuk bagai ! " kata Adwa tidak puas hati.
Adam hanya diam memerhati tajam ke arah ferari tersebut.
Humaiera dan Damia hanya terdiam.
Tiba - tiba keluar satu figura lelaki yang berpakaian serba hitam. Baju t shirt berlengan pendek berwarna hitam , kasut sport adidas berwarna hitam. Cermin mata hitam dan juga bertopi hitam. Dia berdiri megah di hadapan mereka berempat. Wajahnya sedikit kurang jelas kerana dilindungi oleh topinya.
Siapa dia ? Dia cari siapa ?
Tiba - tiba figura itu bergerak menuju ke arah mereka berempat. Semuanya terpacak tidak berkutik.
Apabila sampai saja di hadapan Damia , lelaki itu terus menarik pergelangan tangan Damia.
" Jom ! " kata lelaki itu.
Apabila lelaki itu bersuara sahaja, jantung Damia berdengup laju ! Dia juga tersentak hebat !
Damia terus ditarik oleh lelaki tersebut , Damia tidak melawan dan hanya membuntuti langkah lelaki itu.
Adwa , Adam dan Humaiera juga seperti dipukau kerana tak mampu nak berbuat apa - apa. Mereka juga seperti tak tahu apa yang berlaku sebenarnya sekarang ini.
Apabila Damia sudah dibawa pergi dengan kereta ferari tersebut, baru Adam mengejar kereta itu.
" Damia ! " teriak Adam lalu mengejar kereta Ferari tersebut.
Namun hampa , kelajuan kereta Ferari tersebut tak dapat Adam tandingi.
#Wahhh ? Siapakah lelaki itu ? Damia dibawa lari ke ? Apa kaitan orang tu dengan Damia ? Ok guys sorry for late update minggu ni 😭 author busy sgt dgn assignment 😥 minggu dpn dh kena hntar 💆 stress btul ni. So ni aje yg mampu taip . Hope readers suka lah ya ❤ okay keep vote and comment pls 🙈💕 kbyeee.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro