Bab 13
Hari ni dah masuk sekolah macam biasa. Adam tak sabar nak tatap muka Damia 😂 Dia berjalan ke sekolah dengan lebih pantas hari ni. Tak macam selalu. Asyik jalan dekat belakang aje.
Sampai - sampai aje sekolah, Adam masuk dalam barisan seperti biasa. Dia tercari - cari jugak kalau ada Damia di dalam barisan. Namun masih tidak kelihatan. Mungkin hari ni Adam datang terlalu awal kot.
Dalam beberapa minit kemudian, figura Damia pun muncul. Dia memilih untuk beratur yang terakhir sekali. Maklumlah , siapa aje yang nak beratur dekat - dekat dengan dia kan ?
Adam dah nampak Damia. Terus dia ambik keputusan untuk beratur di belakang jugak even sekarang dia dah beratur di barisan tengah.
Dalam sekelip mata Adam dah beratur di sisi Damia. Ya sebab barisan lelaki dan perempuan hanya bersebelahan sahaja. Namun Damia masih tak perasan akan kehadiran Adam di sisi. Dia masih sibuk memandang ke arah kasut sekolahnya.
" Selamat pagi Damia.." ucap Adam di sebelah Damia.
Damia tersentak ! Suara ni...suara yang dah hampir 3 hari dia tak dengar. Damia lambat - lambat menoleh ke sisi.
Kelihatan Adam juga memandang ke arah Damia. Pandangan mereka bertaut seketika. Adam menghadiahkan senyuman nipis kepada Damia. Damia kaku. Tak tahu nak buat apa. Pandangannya dengan Adam juga tidak lepas...
Jantung Damia berdegup kencang. Terasa rindunya terubat. Eh rindu terubat ? Sejak bila Damia mula rindukan Adam ni ?
Bunyi microphone menyentakkan Adam dan Damia. Ya perhimpunan dah nak mula. Adam dan Damia akhirnya masing memandang ke hadapan lalu mula fokus pada perhimpunan.
Dalam setengah jam macam tu, perhimpunan tamat maka semua pelajar masuk ke kelas masing - masing.
" Bro ! Aku rindu gila kat kau dohh " kata Ikhwan lalu acah - acah usap air mata. Action lebih Ikhwan ni.
" Eleh ye ye aje kau ni...tak yah nak action lebih sangat lah " kata Adam.
Ikhwan tersengeh kepada Adam. Selepas itu dia memandang ke arah Damia pulak.
" Hah Damia ! Ni Adam dah datang hari ni. Tak ada lah nak tengok kerusi kosong lagi kan ? " usik Ikhwan.
Damia blushing ! Ya Allah malunya bila Ikhwan tegur macam tu. Adam jugak memandang Damia di meja sebelah. Kelihatan Damia hanya tertunduk - tunduk memandang meja.
" Ish kau ni Ikhwan. Jangan kacau orang pagi - pagi lah..dah buka buku tu baca lagi bagus.." kata Adam cuba menyelamatkan Damia dari terus blushing gitu.
Ikhwan menggosok belakang kepalanya yang tidak gatal lalu akur dengan kata - kata Adam.
Seketika mereka bertiga membuat hal masing - masing.
*******
Loceng rehat berbunyi. Semua pelajar menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kekosongan. Namun Damia memilih untuk tidak ke kantin. Hari ni nenek membekalkan dia makanan dari rumah. Nenek bekalkan apa ? Nasi goreng kampung kesukaan Damia.
Damia memilih untuk duduk di astaka sekolah. Lagi pun astaka kini tak ada orang. Boleh lah Damia makan dengan tenang di sana.
Damia membuka bekal makanan yang disediakan oleh neneknya. Bau masakan neneknya menambahkan rasa lapar Damia. Lagipun semalam Damia tak makan apa - apa sebab tertidur. Pagi ni pulak dia juga tak sempat nak breakfast.
Baru sesudu Damia ingin menjamah nasi gorengnya tiba - tiba datang seseorang menepis ! Habis sudu Damia yang berisi nasi goreng itu jatuh ke lantai astaka.
Damia sedikit terkejut lalu memandang ke arah orang yang menepis itu.
" Kau buat apa kat sini ? Ni tempat kami lah ! " kata seorang pelajar senior kelas 5C1.
" Entah ! Buat semak tempat orang aje ! " kata seorang lagi pelajar perempuan yang berkaca mata.
" Blah ahhh weyh ! " teriak seorang lagi lalu menolak - nolak Damia.
Damia tak tahu nak buat apa. Dia dah lah lapar. Hmmm kenapa dia selalu diperlakukan macam ni. Semua tempat duduk yang dia duduk mesti ada aje tak kena. Hmmm kenapa malang sangat hidup aku ni ? 😢
" Kau pekak ke apa hah ?! Kitaorang cakap blah ! Blahh arr ! Tak faham bahasa ke hah ? " kata senior itu lagi lalu ingin menunjal kepala Damia..
Zappppp ! Tangan senior itu di tahan seseorang.
Semua orang yang ada di situ termasuk Damia tersentak.
" Korang tak ada kerja lain ke ? Kenapa kacau orang ? " tanya Humaiera.
Ya orang yang menahan tangan senior itu ialah Humaiera. Berani betul Humaiera ni dengan senior.
" Kau siapa nak back up - back up budak malang ni ? " tanya senior itu.
" What ? " kata Humaiera lalu melepaskan kuat tangan senior yang ditahannya tadi.
Senior itu sedikit terkejut. Minah ni berani gila buat macam tu dekat tangan senior ?
" Korang semua tak kenal aku siapa ? " tanya Humaiera sinis.
Semua terdiam.
" Aku Tengku Afnan Humaiera . Putri kepada Tengku Ilham Huzairie ! Still tak kenal lagi ke ? " kata Humaiera geram.
Dengar - dengar sahaja nama ayahnda Humaiera, terus senior - senior itu terlopong ! Siapa aje tak kenal Tengku Ilham Huzairie ? Kerabat diraja tu. Maybe anak - anak Tengku Ilham Huzairie aje orang tak berapa nak kenal.
" Errr..maafkan..kami..Teng..ku...kami.."
" Dah ! Pergi dari sini sekarang ! " arah Humaiera tegas. Malas dia nak bermaaf - maafan dengan senior yang entah apa - apa ni. Hari ni bukan hari raya !
Damia hanya menjadi pemerhati. Budak perempuan ni bukan yang warning aku hari tu ke ? Dia adik Adam kan?
Baru senior - senior itu hendak melangkah pergi tiba - tiba Humaiera berkata sesuatu.
" Mulai hari ni, jangan sesiapa lagi kacau budak ni ea ! Kalau dia duduk kat sini jangan kacau dia ! " teriak Humaiera.
Senior - senior itu hanya mengangguk lalu cepat - cepat beredar. Kerabat diraja jangan main - main kau !
Seketika Humaiera menunduk mengambil sudu Damia yang jatuh lalu dihulurkan kepada Damia.
Damia takut - takut menyambut huluran dari Humaiera.
" Awak okay ? " tanya Humaiera.
Damia mengangguk kecil.
" Ermmm saya nak minta maaf pasal hari tu dekat toilet.." kata Humaiera straight to the point.
Damia terus memandang tepat ke arah Humaiera.
" Ermm tak apa..saya faham..awak..."
" Tak - tak..saya memang salah..saya tak sepatutnya halang awak untuk kawan dengan abang Adam. Tu hak awak. Ermmm boleh tak kita jadi kawan lepas ni ? " kata Humaiera ikhlas.
Damia terdiam. Dah lama dia tak ada kawan dan tiada sesiapa pun ingin berkawan dengannya setelah kematian Firdaus. Tak disangka - sangka hari ni masih ada orang yang nak berkawan dengannya. 😢
" Tapi..saya budak malang...awak tak takut ke kalau lepas ni orang - orang bercakap tentang awak kalau awak kawan dengan saya ? " tanya Damia.
" Alahh...orang sampai bila pun akan terus bercakap. Its okay saya tak kesah. Biar saya nak tunjuk dekat diaorang yang saya okay aje kawan dengan awak. Tak ada apa pun yang malang. Yang penting yakin pada Allah aje. " kata Humaiera.
Bersikap positif sungguh adik Adam ni. Humaiera sama macam Adam. Baik sangat orangnya.
" So ? Kita kawan lah ni kan ? " kata Humaiera lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Damia.
Mungkin dah tiba waktunya untuk aku ada seorang kawan. Seketika Damia menyambut huluran tangan Humaiera.
" Ya..kita..kawan " kata Damia lalu menghadiahkan senyuman yang pertama kepada Humaiera.
Humaiera juga begitu. Tersenyum sampai ke telinga.
Dalam diam Adam memerhati dari jauh sejak tadi. Adam tersenyum puas hati dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. Ya dia dah tengok di mana ada senior yang menganggu Damia. Kalau tak Adam yang nak pergi tolong Damia tadi tapi entah macam mana tiba - tiba Humaiera yang muncul menggantikan tempatnya tadi.
Alhamdulillah Humaiera dah selamatkan semuanya.
*********
Damia mengemas barang - barangnya untuk balik ke rumah. Kini hanya tinggal dia seorang sahaja di kelas. Adam apa semua pun dah balik. Biasalah Damia selalu jadi yang terakhir.
Setelah siap apa semua, Damia pun keluar dari kelas dan berjalan menuju ke pintu utama sekolah.
Melangkah sahaja keluar dari perkarangan sekolah, tiba - tiba tangan Damia ditarik seseorang.
" Damia ! Jom balik sekali..." ajak Humaiera.
Damia sedikit terkejut. Ehh ? Humaiera menunggu dirinya ? Tiba - tiba baru Damia perasan dekat situ ada Adam dan juga adik kembarnya si Adwa.
" Hai Damia " sapa Adwa sambil tersenyum. Sapaan kali pertama Adwa buat Damia.
" Dah - dah jom balik.." kata Humaiera teruja lalu menarik tangan Damia. Damia hanya membuntuti Humaiera.
Adam dan Adwa hanya berjalan di belakang. Di biarkan para gugirls jalan di hadapan. Ya kalau tak diaorang dah nak balik tadi namun Humaiera la yang nak sangat tunggu Damia. Nak balik sama - sama katanya.
Sepanjang perjalanan , Humaiera tak berhenti - henti berborak dengan Damia. Macam - macam hal dicakapkan oleh mereka. Adam dan Adwa hanya menjadi pemerhati.
Baguslah Damia dah mula bercakap semula dan Adam ada nampak jugak yang sepanjang mereka berborak, Damia macam tersenyum sedikit. Comel aje Adam tengok.
Sedar tidak sedar, mereka dah sampai di rumah Damia. Kelihatan nenek ada di beranda rumah.
" Assalamualaikum nenek.." sapa Adam.
" Waalaikumusalam..ehh Adam ? " kata nenek Jannah.
Dia kelihatan sedikit pelik dengan kehadiran Humaiera dan Adwa.
" Kenalkan nek..ni adik - adik kembar saya..Humaiera dengan Adwa.."
Nenek jannah mengangguk kecil.
" Mehh lah masuk dulu.." ajak nenek Jannah.
" Oh tak apa lah nek..lain kali aje lah.." kata Adam.
" Haah..kitaorang kena balik cepat hari ni..takut bonda risau pulak.." tambah Adwa.
" Haah betul tu..lagipun kitaorang nak hantarkan Damia balik aje...heee " kata Humaiera pulak.
Nenek jannah tersenyum lalu mengangguk. Baik betul diaorang bertiga ni.
" Okay lah bye Damia ! Jumpa kat sekolah esok.."
Damia mengangguk laju. Selesa benar dia berkawan dengan Humaiera. Humaiera sporting dan annoying sikit orangnya.
Setelah menyalam tangan nenek Jannah, mereka mula beredar pulang.
" Baikkan diaorang tu ? " tanya nenek Jannah.
" Yelah nenek.."
#Okay guys macam mana chapter ni ? Semua berpuas hati ? 😂 heeeee okay see u guys next week ! Keep vote and comment pls 😉❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro