Bab 12
Humaiera di tempatkan di dalam bilik jagaan yang ketat. Ya, keadaan Humaiera setakat ini tidak lah berapa baik sangat. Suhu demamnya terlalu tinggi. Doktor juga perlu memantaunya dengan kerap lagi.
Aliya masuk ke dalam bilik rawatan ViP untuk melihat keadaan putrinya. Huzairie pula sedang berbincang dengan doktor di bilik doktor tentang keadaan Humaiera.
Tinggallah abang - abang Humaiera di luar bilik rawatan Humaiera.
Adam hanya terduduk lemah di kerusi yang tersedia di situ. Manakala Adwa pula hanya berdiri sambil bersandar pada dinding.
" Semua ni salah aku. Kalau aku tak cetuskan semua ni. Maiera takkan sakit sampai macam ni..Kau memang abang yang bodoh lah Adam ! " teriak kasar Adam di dalam hatinya.
" Hmmm kan betul apa aku cakap hari tu.." luah Adwa tiba - tiba.
Adam sedikit tersentak ! Namun dia tidak menjawab.
" Disebabkan hal kau lah abang, Maiera sampai sakit kau tahu ? Semua punca dari kau ! Sibuk sangat dengan budak si Damia tu. Kau tengok apa jadi sekarang ? " kata Adwa geram.
" Hmm..aku..aku..minta..maaf.." ucap Adam akhirnya.
" Jangan minta maaf lah...dah terlambat..Maiera dah sakit dah pun..." kata Adwa sinis lalu melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Maiera.
Adam terdiam. Seperti tepat kata - kata Adwa terkena pada batang hidungnya sendiri. Maafkan abang Maiera...
Seketika Adam meraup wajah tampannya kasar. Hatinya berbelah bagi saat ini. Di antara adiknya sendiri atau Damia, gadis yang semakin hari semakin membuka pintu hatinya semula.
Di sekolah pula...
Pelik. Setengah hari di sekolah tanpa ada gangguan dari Adam. Hmmm selalu bila datang aje sekolah, mesti akan tengok muka dia yang serious tu dulu. Namun hari ni dia tak hadir ke sekolah pulak. Rasa lain lah pulak. Alahai tu la orang suka cakap. Bila ada depan mata tak dihargai , bila dah tak ada depan mata baru nak tercari - cari.
" Kenapa dia tak datang ea ? " desis hati Damia lalu dia melihat ke arah tempat duduk Adam yang kosong. Dulu tempat tu dihuni oleh Firdaus. Sekarang dah jadi tempat Adam.
Seketika Ikhwan menegur Damia.
" Rindu Adam ke Damia ? " tanya Ikhwan spontan.
Damia tersentak lalu memandang ke arah Ikhwan.
" Dia tak datang hari ni, katanya ada hal keluarga. " kata Ikhwan seolah - olah menjawab pertanyaan yang terbuku di hati Damia.
Seketika Damia memandang ke hadapan.
" Hal keluarga ?" soal Damia di dalam hati.
*******
Siang telah berganti malam. Namun Humaiera masih tidak sedarkan diri. Dia masih pengsan dan terbaring kaku. Kelihatan bonda, ayahnda dan Adwa sudah balik ke rumah terlebih dahulu.
Ya Adam menawarkan dirinya untuk menjaga Humaiera sepanjang malam ini. Dia rasa bersalah sangat dengan Humaiera. Maka biarlah dia yang bertanggungjawab.
Adam memerhati setiap inci wajah milik adiknya Humaiera. Comel. Bersih tanpa ada sedikit pun jerawat. Pandainya adiknya ini menjaga muka. Ish cakap pasal muka pulak dah kenapa ? 😂
Seketika Adam meraih tangan adiknya Humaiera. Dia mengenggam erat jari jemari adiknya itu.
" Maafkan abang Adam..Abang Adam dah buat Maiera sakit.." kata Adam perlahan lalu mengusap lembut tangan adiknya itu.
Betapa sayangnya Adam terhadap Humaiera sebenarnya. Even dia jarang tunjuk sifat caring dia dekat Humaiera namun dia teramatlah sayang akan adik perempuan satu - satunya ini ❤
Tiba - tiba kedengaran bunyi notification dari whatsapp Adam bertalu - talu. Hmm siapa pulak yang hantar chatt ni? Sebenarnya seharian, Adam tak bukak whatsapp . So banyak jugak lah chatt yang masuk tapi diabaikan Adam. Hari ni dia cuma fokus pada Humaiera sahaja.
Seketika Adam meleraikan pegangan tangan Humaiera. Dia pun membuka whatsappnya. Banyak chatt yang masuk namun Adam hanya tertarik pada satu chatt sahaja. Chatt dari siapa ?
Ikhwan 👦
Assalamualaikum bro !
Esk dtg sek tk ?
Kau tahu tk ad org rindu ni.
Klw aku bgitahu mesti kau terkejut.
Someone yg rindu kau tu mcm tk tentu arah aje bila kau tk msuk kls hri ni.
Kejap2 tgk tmpt duduk kau. Dh mcm gila bayang aku tgk.
Ceh ! Sengaja nak kena kan aku lah tu. Entah - entah dia yang rindukan aku ! Adam terus keluar dari laman whatsapp. Dia bluetickkan aje chatt dari Ikhwan tu.
Tetiba bunyi notification whattsapp lagi. Adam terus menekan notification itu. Ya sekali lagi Ikhwan lah yang mengirim chatt itu. Namun chatt yang diterima oleh Adam dari Ikhwan kali ni , mampu membuatkan Adam tersentak.
Ikhwan 👦
Someone yg rindukan kau tu bkn aku.
Tapi...
Budak meja sebelah kiri kau !
Ye Damia !
Dia lah someone yg tk tentu arah hri ni 😏
Damia ? Rindu aku ?
" Ab..abang..A..dam..? " panggil Humaiera.
Adam terus menutup phonenya lalu beralih pandangan kepada Humaiera.
" Maiera ? Maiera dah sedar ? Alhamdulillah..." kata Adam seraya meneka butang pemanggil.
Doktor telah memeriksa keadaan Humaiera. Alhamdulillah demam Humaiera dah mula kebah. Suhunya juga telah turun kepada suhu biasa.
" Maiera..ada nak makan apa - apa tak ? Nak abang ambik kan ? " tawar Adam.
Humaiera menggeleng. Seketika Adam mengeluh.
" Maiera.." panggil Adam.
" Hmm ? " sahut Humaiera lemah. Ya dia rasa badannya lenguh - lenguh.
" Lain kali..jangan macam ni lagi ea ? " kata Adam.
Humaiera kebingungan seketika. Jangan macam ni ? Macam ni apa ? Seperti boleh membaca fikiran Humaiera, Adam terus menjawab.
" Jangan buat abang Adam risau lagi dengan Maiera...please..jantung abang macam nak terkeluar tahu tak ? " luah Adam.
Ohhh baru Humaiera faham maksud Adam. Seketika Humaiera cuba bangun dan mengubah posisi dari baring lalu duduk.
" Ohhhh abang Adam risau jugak dengan Maiera ea ? Ingatkan abang Adam tak kesah pun kalau..."
Zapppp ! Adam terus memeluk Humaiera. Humaiera tersentak ! Tak sangka pulak Adam akan sebegini dengannya. Selama ni Adam mana pernah tunjuk yang dia kesahkan dirinya.
" Jangan cakap macam tu...abang mana yang tak sayangkan adiknya ? Even abang Adam tak pernah tunjuk caring abang dekat Maiera..tak bererti abang tak sayang Maiera..abang saya adik abang..lagipun Maiera satu - satunya adik kembar perempuan abang..tiada penggantinya.." luah Adam sambil memeluk erat Humaiera ke pinggangnya.
Humaiera tiba - tiba jadi sebak ! Air mata dah keluar sikit - sikit dah..
" Maiera mintak maaf...abang Adam..Maiera...salah..Sebab Maiera..abang Adam dengan abang Adwa gaduh...Maiera..janji Maiera takkan lagi serang Damia..Maiera...takkan halang abang kawan dengan dia lagi..maybe Maiera yang terlalu overthinking...Maiera minta maaf.." kata Humaiera sambil menangis teresak - esak dalam dakapan abangnya.
" Shuhhh...nanti abang Adam ceritakan dekat Maiera dengan Adwa..kenapa abang nak kawan sangat dengan Damia.." kata Adam perlahan sambil mengusap lembut rambut adiknya yang panjang ikal mayang.
Hmmm aku kena bagitahu adik - adik aku supaya diaorang tak salah sangka lagi.
********
Dah 3 hari Adam dan adik kembarnya tak masuk sekolah. Humaiera pulak hari ni baru keluar dari hospital. Alhamdulillah kesihatan Humaiera semakin membaik.
Hmmm ayahnda dah inform pihak sekolah tentang ketidak hadiran kami ke sekolah sebab apa. Maka , pengetua sekolah berbesar hati bagi cuti. Alahaiii rindu nak tengok muka pujaan hati. Adakah dia baik - baik sahaja ? Rasa - rasanya dia rindu aku tak ? Macam aku rindukan dia ?
Masa balik tadi. Ada lalu depan rumah Damia. Namun rumahnya hanya pintu tertutup rapat. Kelibat Damia jugak tidak kelihatan. Hmmm harap dia baik - baik aje sepanjang ketidak hadiran aku ke sekolah.
" Oii..termenung jauh nampak ? Teringatkan kak Damia ke ? " tanya Humaiera.
Kak Damia ? Kenapa panggilan kakak yang dikatakan sedangkan mereka umur sama ?
" Hah ? Eh tak ada lah..Hahahahaha jangan panggil Damia kakak lah..umur sama dengan kita kan ? " kata Adam.
Humaiera menggeleng.
" Tak nak ! Nak panggil kakak juga sebab..Damia kan bakal kakak ipar Maiera..betul tak abang Adwa ? "
Adwa hanya ketawa kecil.
" Haah .. betul sangat lah tu..bakal kakak ipar aku jugak.." tambah Adwa pulak.
Adam hanya tersenyum kecil. Alahai adik - adik aku ni..menyakat aku pulak. Setelah mereka tahu cerita Adam dari A - Z mengenai kisahnya dengan Damia, Humaiera dan Adwa tak habis - habis mengusik abang mereka.
" Sabar lah abang...esok dah masuk sekolah dah pun..tatap lah puas - puas nanti si Damia tu ya ? " kata Adwa ingin menyakat lagi..
Adam terus bangun lalu ingin mengejar Adwa.. Adwa apa lagi ? Nak tunggu ja ? Lari lah ! Maka jadi lah aksi kejar mengejar di halaman rumah mereka. Indah kan ? Bila tiga adik beradik kembar ini bersama dan berbaik semula ? ❤🙈
#Okay guys nahh chapter 12 🙈 tq kpd yg menunggu chapter SAP ni ❤ tq jgk yg mna komen dan ada yg hntar kt wall mintak cpt update chapter 😂 author cuba untuk update setiap minggu jgn risau ya 😉 ok keep vote and comment guys 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro