Bab 10
Seperti biasa Adam berjalan di belakang seorang diri. Adik - adiknya berjalan di hadapan. Adik - adiknya masih bermasam muka dengannya. Masih tidak puas hati dengan keputusannya barangkali.
Adam memang kena buat macam ni. Sebab ni aje yang dapat dia buat untuk jaga Damia. Semua ni pun disebabkan surat yang Adam jumpa tempoh hari.
Surat ? Apa isi kandungannya ? Tetiba dia teringatkan setiap isi kandungan surat tersebut.
Assalamualaikum wahai orang bertuah yang menemui surat ini !
Tak kesah lah yang jumpa surat ni lelaki atau perempuan. Saya Firdaus , hanya nak minta pertolongan sedikit saja. Tolong jagakan gadis di meja sebelah kiri tu ! Please jagakan dia untuk saya ! Buat dia happy ! Buat dia tersenyum selalu andai saya ditakdirkan pergi dahulu :) Terima kaseh atas pertolongan yang awak berikan. Hanya tuhan yang dapat membalas segala jasa baik awak.
Firdaus :)
Begitulah sedikit coretan yang tertulis di dalam surat tersebut. Hmmm begitu sayangnya Firdaus terhadap Damia. Sehinggakan dia titipkan pesanan dan amanah seperti itu. In shaa Allah Firdaus. Aku akan cuba buat dia happy. Aku akan cuba buat dia tersenyum semula.
Seketika macam biasa, Adam lalu di hadapan rumah Damia. Dia berhenti seketika. Matanya meliar mencari Damia. Namun tiada.
" Hmm dia dah pergi sekolah ke ? " desis hati Adam.
" Ehem - ehem " berdehem Adwa tiba - tiba.
Adam terus menoleh ke hadapan dan mula melangkah semula.
Di sekolah, Adam melangkah masuk ke dalam kelas macam biasa. Kelihatan Damia sudah duduk di tempatnya. Semasa Adam melangkah untuk ke tempatnya dia sempat menyapa Damia.
" Hai selamat pagi " tegur Adam.
Damia sedikit tersentak dengan sapaan Adam yang tiba - tiba itu. Damia hanya memandang kosong ke arah Adam.
Namun Adam , membalas itu dengan senyuman nipisnya. Walaupun nipis senyumannya namun dapat mencairkan hati para gadis pada saat itu 😂
Damia hanya mendiamkan diri seperti biasa.
" Selamat pagi dekat Damia aje ? Habis aku ni tak nak cakap selamat pagi jugak ke ? " tanya Ikhwan tiba - tiba.
Adam menoleh ke arah Ikhwan.
" Kau pun nak jugak ? Okay selamat pagi Ikhwan.." kata Adam.
Ikhwan tersengeh seperti biasa.
" Hahahahah mestilah nak. Siapa aje yang tak nak wish good morning dari anak raja ni kan ? " kata Ikhwan bersama usikan.
Adam hanya membiarkan kata - kata Ikhwan itu berlalu seperti angin. Beberapa minit kemudian cikgu Bahasa Melayu pun masuk ke dalam kelas. Kelas bermula seperti biasa.
********
Waktu rehat, Damia membeli makanan di kantin. Selepas itu, dia mencari tempat kosong. Hmmm macam biasa bila Damia cari tempat kosong untuk diduduk aje mesti akan ada pelajar yang buat - buat meja tu penuh lah. Pastu ada jugak yang terus beredar bila nampak Damia nak duduk tempat yang berdekatan dengan diaorang.
Hmmm semua ni jadi macam ni sejak kematian Firdaus. Semua orang tak nak kawan dengan Damia. Dia dianggap budak pembawa malang.
Seketika Damia mendapat tempat duduknya. Dia duduk dan mula untuk makan. Tetiba ada seseorang duduk di meja yang sama dan duduk secara berhadapan dengan Damia. Seketika Damia mengangkat wajahnya memandang orang itu.
Dia ni dah kenapa makan dekat sini jugak ? Dah tak ada tempat lain ke nak duduk ?
" Kenapa ? " tanya Adam kepada Damia yang memandang pelik ke arahnya saat ini.
" Awak ni duduk kat sini kenapa ? " tanya Damia mendatar.
Semua pelajar yang ada di kantin sudah mula berbisik antara satu sama lain. Mengutuk lah tu.
" Saya nak makan lah. Tak nampak ni makanan saya ? "
" Hmmm pergi makan tempat lain lah. Saya tak selesa. " kata Damia cuba mengusir Adam. Hmmm dia tak nak pelajar - pelajar lain salah faham nanti.
Adam berdiam diri seketika..
" Ada nampak tempat lain yang kosong ke kat sini ? " tanya Adam.
Damia memerhati di setiap sudut kantin. Penuh !
" Tak ada kan ? So sini aje kosong. Its okay awak makan aje makanan awak. Saya makan makanan saya. Saya tak kacau makanan awak lah. Jangan risau " kata Adam selamba lalu mula memakan makanannya dengan berselera sekali.
Damia mendengus kecil. Haish dia ni. Ada aje jawapan dia. Asyik - asyik dia aje yang menang.
Dalam diam ada sepasang mata memerhati dengan perasaan yang tidak puas hati.
" Hmm sebab budak perempuan tu ke , abang Adam tolak penawaran ayahnda yang driver tu ? " desis hati Humaiera dari jauh. Ya dia yang memerhati tidak puas hati dari tadi.
Selepas rehat , semua pelajar masuk ke dalam kelas masing - masing. Hanya tinggal Damia aje yang tak masuk ke kelas lagi sebab dia ke tandas sekejap. Di tandas , apabila dia hendak keluar dari tandas tiba - tiba dia terserempak dengan Humaiera.
Humaiera memerhati tajam ke arah Damia. Dia memerhati setiap pergerakan Damia. Damia pula sedang sibuk mencuci tangan di singki dan tidak perasan yang dirinya diperhati.
Seketika dia ingin melangkah keluar namun tiba - tiba tangannya ditarik Humaiera. Kuat. Damia terdorong ke belakang dan tertoleh semula ke arah Humaiera.
" Kau..Damia kan ? " kata Humaiera.
Pergelangan tangan Damia digenggam erat oleh Humaiera.
" Errr ya..kenapa ? "
" Hmmm oh jadi kau lah yang buat abang Adam berubah kan ? " kata Humaiera sinis. Dia geram bila abang Adamnya berubah di sebabkan oleh budak perempuan yang entah apa - apa. Humaiera juga tahu budak perempuan di hadapannya lah yang diwar - warkan satu sekolah bahawa dia adalah budak malang !
" Hah ? " Damia sedikit kebingungan. Abang Adam ? Siapa ? Budak baru tu ke ? Kejap ehhh budak perempuan ni tak silap aku, adik kembar Adam kan ?
" Hmmmm aku just nak bagi warning dekat kau eh..jangan dekat - dekat dengan abang Adam aku. Jangan ganggu dia. Jangan buat dia berubah di sebabkan kau ! " kata Humaiera melepaskan geramnya.
Tangan Damia terasa sedikit sakit apabila digenggam erat Humaiera. Seketika Humaiera melepaskan genggaman. Damia sedikit pun tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Humaiera. Jangan ganggu Adam ? Sedangkan dia yang ganggu aku ! Jangan buat Adam berubah disebabkan aku ? Apa maksudnya ? Aku pun tak faham !
Seketika Humaiera beredar pergi meninggalkan Damia yang terpinga - pinga. Selepas itu Damia juga beredar balik ke kelasnya.
*******
Jam loceng balik telah kedengaran. Semua pelajar sibuk aje mengemas barang masing - masing. Well lumrah pelajar , asal balik aje laju. Asal datang sekolah aje lambat ! 😂
Di kelas 4C1 kelihatan hanya tinggal Adam , Damia dan beberapa orang lagi sahaja pelajar.
" Damia.." panggil Adam.
Damia menyepi. Dia juga sudah siap mengemas barang - barangnya.
" Damia..kita balik sekali ea ? Jalan kita pun sama.." ajak Adam.
" Hmm tak payah. Saya boleh balik sendiri.." kata Damia lalu ingin beredar.
" Tak apa lah Damia. Kita balik sekali aje lah. Saya akan lalu depan rumah awak jugak.." kata Adam yang membuntuti langkah Damia.
Tiba - tiba Damia menghentikan langkahnya. Adam turut membuat hal yang sama.
" Tolong lah Adam. Jangan kacau saya lagi. Saya tak nak orang lain anggap yang saya kacau awak. Saya tak nak orang anggap saya yang terhegeh - hegeh nak kawan dengan awak ! Please awak balik aje lah dengan adik - adik awak tu..saya tak nak diaorang fikir yang saya dah buat abang diaorang ni berubah.." kata Damia panjang lebar lalu beredar meninggalkan Adam.
Adam cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Damia. Kenapa Damia mention soal adik - adik kembarnya pulak ni ? Kejap ! Adwa dengan Humaiera ada cakap apa - apa ke dekat Damia ?
Seketika Adam mula melangkah keluar dari kelasnya.
Dalam perjalanan balik ke rumah, suasana hanya sunyi sahaja. Tiada siapa pun yang bersuara. Sehinggalah...
" Adwa .." panggil Adam mendatar.
" Hmm " sahut Adwa malas nak layan abangnya.
" Kau pergi serang Damia ke ? " tanya Adam serious..
Humaiera hanya berdiam diri dan memasang telinga sahaja.
" Hah ? Serang Damia ? Buat apa pulak ? Tak ada masa aku ..." jujur Adwa.
" Kau tak payah tipu aku la Adwa! Aku tahu lah kau yang serang dia kan ? Kau ada cakap something kan dekat dia ? Kenapa Adwa ? Kenapa kau tak puas hati lagi ? Kau marahkan aku sebab tak terima tawaran ayahnda ? Marah dekat aku ! Jangan kacau Damia ! " kata Adam yang mulai hilang sabar dengan Adwa.
" Kau ni dah kenapa abang ?! Aku cakap aku tak serang dia pun ! Aku tak serang lah ! Yang kau nak emo sangat tu dah kenapa ? Kenapa kau nak back up sangat budak perempuan tu hah ? Dia siapa pada kau ? " balas Adwa tidak puas hati pulak apabila dia dituduh melakukan sesuatu yang dia tidak buat.
Dada Adam berombak. Entah lah kali ni dia benar - benar marah. Tidak semena - mena , penumbuknya hinggap di pipi Adwa.
" Kau tak payah tipu aku lah Adwa ! Arghh ! " kata Adam dengan penumbuk yang selamat sampai di pipi Adwa.
Seketika Adwa membalas tumbukan tersebut. Alahai adik beradik ni bergaduh pulak dekat tengah - tengah jalan.
" Abang Adam ! Abang Adwa ! Stop it ! " teriak Humaiera. Tak sanggup dan tak sukanya dia melihat abang - abangnya bergaduh sebegini.
Mereka masih tetap bergaduh dan bertumbuk. Habislah wajah handsome diaorang esok pergi sekolah lebam sana sini.
" Abang Adam ! Stop ! Semua ni bukan salah abang Adwa ! Maiera yang bagi warning dekat budak tu ! Bukan abang Adwa ! " kata Humaiera bersama mata yang berkaca. Dia tak sangka disebabkan budak Damia tu , abang - abangnya boleh bergaduh sampai macam ni sekali. 😭
Automatik aksi tumbuk menumbuk berhenti. Adam dan Adwa serentak menoleh ke arah Humaiera.
#Sorry for late update 😭 sis busy skit bulan ni sbb mcm2 exam ada and aktiviti yang nak buat. So nahh chapter 10 korang ! Enjoy ya 🙈 tq reader yg mna snggup dm tnya bila nk update apa smua tu 😍 keep vote and comment guys ! 😉❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro