Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAP ; THREE

Haeun menunggu di lobby seperti yang dijanjikan. 10 minit sudah berlalu. Namun, si dia yang memberi arahan masih belum muncul.

Handphone di tangan dibelek. Tiada sebarang mesej mahupun call yang masuk. Haeun sudah penat berdiri lama. Dia berjalan sedikit mencari tempat duduk.

Nasibnya baik, ada sebuah bangku panjang yang kosong berhampiran jalan. Belum sempat Haeun melabuhkan punggungnya di atas bangku itu, seseorang menyapa dari belakang.

"Haeun!" sapa Yerin. Haeun segera menoleh. "Ah, ya? Duduk lah dulu." Haeun melabuhkan punggungnya di atas bangku diikuti Yerin. Haeun menunggu apa yang Yerin mahukan darinya.

"Nak tanya about event esok. Kau dah ada pasangan ke untuk ke event tu?" soal Yerin sambil tersenyum. "Kalau belum ada pasangan, aku nak jemput kau jadi pasangan kawan aku. Kebetulan dia pun belum ada pasangan. Boleh?" terang Yerin panjang lebar.

Namun, Haeun dengan selambanya menjawab, "Emm, aku dah ada pasangan. Thanks."

"Oh, okay. Tak apa lah kalau macam tu." Wajah Yerin sedikit berubah kesan daripada kata-kata Haeun. Dia menganggap bahawa Haeun tidak sudi membantu kawannya. Yerin tersenyum paksa.

Haeun sedar akan situasi sekarang. Dia telah melukan hati Yerin tanpa sengaja. Haeun memilih untuk berdiam diri. Takut jika berkata lagi, akan lebih melukakan hati Yerin.

Haeun bukan seorang yang suka berkasar ataupun suka melukakan hati orang lain, tetapi mungkin situasi tegang di dalam kelas tadi telah membuatnya berubah seperti ini. Dia sedikit tertekan.

"Haeun, aku pergi dulu lah ya." kata Yerin lalu bangun mahu beredar. Namun, belum sempat dia melangkah pergi, muncul sebuah kereta mewah bewarna merah di hadapannya.

Kereta itu membunyikan hon membuatkan Haeun dan orang di lobby memberi perhatian terhadapnya. Cermin kereta itu diturunkan. Seorang lelaki berkaca mata hitam berada di dalam kereta.

Cermin mata hitamnya dibuka. Terlihat wajah tampan lelaki itu. Jeon Jungkook, pemandu kereta mewah itu as known as penghantar mesej kepada Haeun.

Jungkook memberi arahan sekali lagi kepada Haeun menggunakan isyarat tangan untuk Haeun masuk ke dalam kereta.

"Oh, dah sampai. Aku pergi dulu ya, Yerin. Bye!" ucap Haeun sambil tersenyum lalu berlari anak ke arah Jungkook. Yerin  masih tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada Haeun dan Jungkook.

Sebaik sahaja Haeun masuk ke dalam kereta, Haeun melambaikan tangan ke arah Yerin begitu juga Jungkook. Mereka berdua mula hilang dari pandangan.

"Patutlah reject. Dah dapat permata rupanya." Yerin tersenyum sinis.

◃───────────▹

Suasana di dalam sebuah kereta sunyi bagaikan tiada seorang manusia pun di dalamnya. Jangankan manusia, cengkerik pun tiada. Demi memecahkan kesunyian, Haeun mula bersuara.

"Anyway, kita nak ke mana?" soal Haeun sambil menoleh ke arah Jungkook. Jungkook sedang fokus memandu dan dia langsung mengabaikan soalan Haeun. Haeun bertanya lagi.

"Jeon Jungkook, are you hear me? I'm asking you. Hello!" Haeun mencuit sedikit bahu milik Jungkook. Jungkook menoleh sebentar, "Kau duduk diam-diam boleh tak?" balas Jungkook.

"Okay, fine!" kata Haeun dengan nada yang agak tinggi. Merajuk lah, apa lagi.

Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi. Sebaik sahaja sampai di kawasan parkir, Jungkook terus melihat keadaan Haeun sambil membuka tali pinggang keledar.

"We're arrived. Jom?" pelawa Jungkook dengan lembut. Namun, Haeun sedikit pun tidak menghiraukannya. Masih merajuk lagi.

Jungkook langsung keluar dari kereta lalu ke pintu kereta sebelah Haeun. Pintu kereta dibuka. Jungkook menghulurkan tangannya tetapi tiada respon.

"Okay." kata Jungkook sambil menutup semula pintu kereta. Dia berjalan sedikit ke hadapan, tiba-tiba seorang gadis muncul lalu mereka berlanggaran sesama sendiri.

"Oh, sorry. Cik okay?" tanya Jungkook kepada gadis itu. Mujur Jungkook sempat menyambut gadis itu daripada tersungkur.

"Maafkan saya. Saya nak cepat sampai tak nampak awak. Sorry." kata gadis itu sambil menunduk 45° meminta maaf.

"Ah, tak mengapa. Nasib baik awak tak cedera." kata Jungkook tersenyum.

Manakala keadaan di dalam kereta pula, "WOW! Perempuan ni takde duit ke nak beli kain? Wah! Mesranya kau dengan dia. Kalau dengan aku kau buat perangai. Dasar Jeon Jungkook!"

Haeun terus keluar dari kereta. Sudah, tak jadi merajuk.

"Hai, sayang! Jom?" Haeun memeluk lengan Jungkook. Gadis itu terkejut melihat kehadiran Haeun. Haeun menjeling.

"Oh, girlfriend awak? Cantik!" kata gadis itu. Jungkook hanya tersenyum manakala Haeun menarik-narik lengan Jungkook.

"Okay lah. Kesian girlfriend awak. Saya pergi dulu ya." Gadis itu pun beredar. Haeun masih memeluk lengan Jungkook.

"Tak nak lepas ke?" soal Jungkook. Haeun terus melepaskan lengan Jungkook sebaik sahaja Jungkook bertanya.

"Tak ada lah. Aku bukan jeles tapi kau tengok lah pakaian dia yang tak cukup kain tu. Sakit mata tengok. Kau suka lah kan?" kata Haeun panjang lebar.

"Mestilah suka!" balas Jungkook.

"Ish, gatal!" Haeun menepuk dada Jungkook lalu berjalan menuju ke pintu masuk Shopping Mall.

"Jangan risau. Aku tak akan tergoda dengan sesiapa sebab aku milik seseorang." kata Jungkook dengan nada perlahan. Manakala Haeun, "Jeon, cepatlah!".

bersambung..

vote and comment
to support my story.

©CHOCTAE- 2019

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro