Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

One

6.00 petang. Selepas tamat latihan rumah sukan di sekolah, Lucas dan Martha mengekori Martin masuk ke dalam hutan. Kata Martin, dia ingin menunjukkan sesuatu yang sangat gempak. Lucas mulanya enggan, (hutan kot, ada apa yang gempaknya selain haiwan buas seperti harimau?) tapi setelah dipaksa berkali kali oleh Martin, dia terpaksa akur. Begitu jugak Martha, yang tidak mahu dipanggil adik derhaka kerana mengingkari perintah Martin abangnya.

Martha menarik hujung baju Martin. Mukanya berkerut risau setelah mereka berjalan semakin jauh ke dalam hutan. Entah apa yang ingin dilakukan oleh Martin. "Kita balik jelah wei, dah nak malam ni. Kan kena marah dengan omma,"ujar Martha. Sesekali nyamuk yang mengigit kulit tangannya ditepuk.

"Waktu senja ni la semakin banyak hantu keluar,"balas Martin disusuli hilai tawa kerana melihat wajah Lucas dan Martha berubah pucat serta merta.

"Hantu? Kau ajak aku masuk dalam hutan ni sebab nak cari hantu ke?"Lucas cuak. Martin angguk. Martha dah genggam kemas lengan Martin kerana berasa seram sejuk. Keadaan hutan semakin gelap dan suram. Pokok pokok yang tinggi di sekitar menutupi pemandangan langit dan menghalang cahaya. Bunyi ungas ungas bagaikan muzik seram.

Martin berhenti di hadapan sebatang pokok sebesar pemeluk orang dewasa. Dia sentuh kulit batang pokok yang terasa kasar sambil memerhatikan Lucas dan Martha. "Korang percaya tak Slender man tu wujud?"soalnya.

Dahi Lucas bergaris. "Apa? Slender Man? Aku tak pernah dengar pon. Kalau Superman tu aku tahu la,"

Martin menghela nafasnya. "Slender Man tu sejenis hantu. Dia suka culik orang terutamanya budak budak. Ada orang percaya dia wujud, ada yang kata sekadar urban legend je,"jelas Martin.

Lucas mengangguk. "Rupa Slender Man tu macam mana?"

Martha pulak menyambung penerangan Martin. "Tubuh dia tinggi. Yang pernah jumpa slender man....diorang cakap benda tu sama tinggi dengan sebatang pokok. Dia pakai suit hitam, seluar hitam dan wajah dia kosong, tanpa mata, hidung dan mulut,"

Lucas meletuskan tawa. "Hahahha takan la hantu pon pakai kot sama macam appa aku pergi office. Lawak lah korang berdua ni. Ni mesti korang reka reka je kan pasal slender man ni sebab nak takutkan aku. Tak seram ok,"ejeknya.

"Jangan celupar sangat. Aku tak main main ni,"Martin nampak serius. Lucas cuba berhenti untuk tidak ketawa.

"Jap...kalau slender man tu wujud, mana korang dapat tahu pasal dia,"

"Ayah aku seorang pengkaji paranormal. Dia kaji tentang makhluk makhluk mistik, hantu, raksasa. And slender man salah satu subjek yang dia kaji,"Martin membuka begnya, mengeluarkan sebuah buku lama. Di kulit hadapan buku tu yang dah berkulat tertulis tajuk 'Slender Man'.

"Ayah kau ada kaji tak pasal hantu kopek hahhaahahha,"sekali lagi Lucas gelak.

Martha memukul bahu Lucas. "Tak payah la ejek sial,"dia menjeling Lucas.

"Sorry sorry. Macam ni la, kalau Slender Man tu muncul sendiri depan mata aku baru aku percaya cakap kau Martin,"cabar Lucas.

"That's why kita kat dalam hutan sekarang. Kita panggil Slender Man. Amacam? Kau berani tak,"

"Fine...takde hal,"

"Guys, i think ni idea bodoh. Jangan cari pasal,"Martha membantah cadangan abangnya itu.

"Takpe Martha. Abang kau ni dah taksub sangat dengan Slender man. Martin...kalau kau gagal panggil Slender man tu, esok belanja aku makan. Deal tak?"

Martin angguk.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro