Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Epilog

This is the last chapter for my second writing:Sleeping Prince Love. Sorrylah kalau segala jalan cerita tidak memuaskan anda sebagai pembaca.

Maybe ada some error sikit dalam penulisan ni. Contohnya nama ibu Zyara itu. Kadang letak Puan Ierma lah, kadang letak nama Puan Ieda lah. Sebab itu penulis taknak sebut nama mak dia itu, takut bertambah lagi error nya itu.

Btw, thanks sebab sudi baca my second writing ni sampai habis. Thank you kepada yang vote jalan cerita and comment. Saya terima kalau comment negative sekalipun.. improve diri sendiri. Hehe..

So, the last chapter will being present..

Enjoy it..
...
Jeju Island, memang sangat cantik. Lagi-lagi bila musim luruhnya telah tiba. Walaupun sejuk, tapi sangat menyamankan untuk siapa yang ada di sekitarnya.

Aku menikmati suasana pagi yang sedikit sejuk. Kekadang aku lihat daun kekuningan yang berguguran di sepanjang jalan yang berdekatan dengan hotel yang aku duduki. Sangat cantik kalau diambil gambarnya.

Sudah sebulan kami berdua berkahwin dan hari ini adalah hari kedua aku di Korea Selatan menikmati cuti honeymoon kami. Siapa yang suggest korea ni? Hmm.. Tak lain dan tak bukan Tengku Arifah lah.

Aku tak sangka yang mak mertua aku itu jenis melayan drama tangkap leleh korea. Aku ingat dia layan drama melayu aje. Hahaha.. kuat drama betullah Tengku Arifah ni..

Tapi, aku suka tempat ni. Romantis memanglah romantis tapi pemandangannya sangat mengindahkan. Langsung tak dapat untuk dinikmati di Malaysia. Lain negara, lain keindahannya dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

"Ermm.. kenapa tinggalkan abang tidur sorang-sorang atas katil itu?" rungut Fikh sambil memeluk pinggangku dari belakang.

Terkejut aku dibuatnya bila Fikh buat begitu. Namun lepas itu, aku senyum. Fikh mendagu di atas bahuku. Tak semena-mena aku menyandarkan kepalaku pada kepalanya. Dia biarkan saja.

"Abang, tengok pokok itu. Cantik kan?"soalku menunjuk ke arah sebatang pokok yang daunnya tak hebti-henti berguguran bila ditiup angin.

Fikh turut sama memandang ke arah pokok tersebut lalu dia tersenyum. "Memang cantik tapi tak secantik isteri abanglah." balas Fikh yang sudah mulakan permainan jiwang karatnya.

Aku ketawa daja dengar pickup linenya itu. "Cantik ke isteri abang ni?"soalku sengaja mahu bermanja dengannya.

"Cantiklah. Takkan tak cantik. Siang malam abang termimpikan dia, perempuan yang dah berjaya buat mimpi malam abang jadi indah." erk.. sekali lagi! Ahahah....

Aku melepaskan pelukannya lalu aku menghadapkan tubuhku pada Fikh. Kedua-dua belah pipinya aku pegang lembut. Fikh biarkan saja. Dia memeluk tubuhku semula.

Ada lagi satu berita aku nak beritahu lelaki yang aku cinta ni. Ehem-ehem..

"Abang, nak dengar berita gembira tak?"soalku cuba memancing saspens pada pagi itu.

Fikh sudah berkerut dahi. "Apa dia?"

"Abang tekalah. Tak bestlah kalau Zya bagitahu abang direct kan? Tekalah. Cepat-cepat.." desakku dengan suara manja.

"Sayang dah berjaya turunkan berat badan?"tebaknya. Aku gelengkan kepala. Okey, benda tu sensitif bagi kaum wanita.

"Dapat baju baru daripada mama?"

Aku gelengkan kepala lagi. "Lagi?"

"Dapat jumpa pelakon korea?" wou, kalau boleh nak tapi hampa tak jumpa pun seekor kat sini. Pfft.. sedih.

Aku gelengkan kepala. No, no and no.. Aku masih meleret senyum teruja ku. Makin bertambah kerutan pada dahi Fikh.

"Okey, fine. Abang fade up! Now tell me what it is?"

Aku meleret senyum. " Abang nak anak berapa orang?"

Fikh sudah berkerut dahi. "Kalau boleh nak 15 orang. Meriah sikit rumah kita nanti."seloroh Fikh dengan wajah innocentnya.

Aduhai, 15 pula dah? Waktu tu kata nak 20? ahahaha!!! Dia dah turunkan bilangan lah kot. Nanti kalau 20 orang, better beli satu apartment terus. Tak adalah semak sangat.

Aku tersenyum. "Zya dah berjaya beri satu anak pada abang. So, ada baki lagi 14 orang." ucapku lalu aku bawa tanganku singgah ke perut ku.

Fikh kelihatan tergamam. Dia sudah angkat kening. Masih tak faham apa yang aku bicarakan. "Apa maksud Zya?"

"Zya mengandung anak pertama kita. Abang tak lama lagi akan jadi seorang ayah tau. Gembira tak? Gembira tak?!!" ujarku dalam nada teruja.

Terus Fikh terloncat-lomcat gembira. Aih, biarlah dia meloncat pun. Dia gembiralah tu, dapat anak. Fikh terus menarik aku dalam pelukannya sambil berkali-kali dia mengucap syukur.

"Alhamdullilah, sayang. Terima kasih. Ya Allah, abang rasa abang lah orang paling bahagia kat dunia sekarang ni."ucap Fikh ke telingaku.

Aku membalas pelukannya. "Kita besarkan anak ni sama-sama. Most welcome, abang."balasku dalam nada sebak.

Inilah penamatnya. Penamat seorang Cinderella bersama Sleeping Prince nya. Kisah cinta dua dongeng yang berbeza dimaktubkan dalam satu riwayat yang sama.
 
Semua orang layak untuk bahagia, semua orang layak untuk gembira. Cuma, bagaimana jalan cerita mereka dicipta untuk mendapat bahagia. Cinta sebuah keluarga dan cinta seorang kekasih adalah penghujung yang gembira.

                    -THE END-
           -Sleeping Prince Love-
                -Wattpads Ke-2-
                 By:Choco_Lyn

...
Hye, para readers yang saya kasihi semua. Saya ada terbitkan story terbaru saya yang ke-9 under Choco_Lyn. Haha tolong support saya!! InsyaAllah, cerita ni takkan mengecewakan semua😀.. mailah baca 'Only You, Love'..

Update》28.08.2018

Romantic Genre😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro