Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 53

Masuk sahaja ke dalam restoran, mata Pyqa meliar mencari kelibat orang yang dia mahu jumpa hari ini. Beria-ia benar dia mahu bersemuka dengan Fikh.

Pagi tadi, dia dapat whatsApp pendek daripada Fikh. Katanya, lelaki itu mahu jumpa dengan dia untuk bincangkan sesuatu. Kerana itulah Pyqa beria-ia benar bersiap bagai nak rak. Dia bukan saja mengenakan mekap tebal seinci malah gaun nya juga cukup mewah. Makan kat Manhattan Fish aje pun.

Pyqa teruja kerana dia fikirkan Fikh mahu melamarnya. Bukan dia tak tahu, Fikh sudah tidak ada apa-apa kaitan dengan Zyara jadi maknanya, Fikh mahu memilihnya menjadi isteri.

"Abang Fikh.." sapa Pyqa apabila dia melihat kelibat lelaki yang dicintainya itu berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Fikh yang ketika itu sedang membelek telefon terus memandang ke arah Pyqa. Gadis itu tak semena-mena melajukan langkah merapati Fikh. Segera dia mengambil tempat di hadapan Fikh. Bibirnya sudah menguntum senyum.

Fikh membalas senyuman Pyqa. " Pyqa taknak pesan apa-apa dulu ke?"soal Fikh dengan ramah.

Pyqa gelengkan kepala. " Tak apa. Kita teruskan pada topik yang abang nak bincangkan tu. Penting kan abang kata?"

Sebuah anggukan Fikh berikan kepada Pyqa. Dia menarik nafas dalam. Pertemuan ini bukannya diatur untuk menyakitkan hati Pyqa tapi.. dia mahu Pyqa faham sesuatu.

Bukan dia tak tahu, Pyqa memang mencintainya namun dia tak mampu untuk balas cinta Pyqa. Walaupun Pyqa adik kepada Raziq namun Fikh tak boleh untuk memaksa dirinya menerima orang lain yang bukan dalam hatinya.

"Sebelum itu, abang nak minta maaf pada Pyqa sebab benda ni akan melukakan hati Pyqa." luah Fikh dalam nada serba-serbi.

Kali ini, senyuman Pyqa berubah pudar. Dahinya sudah berkerut. Entah kenapa, dia dapat hidup sesuautu yang tidak baik.

"Apa dia?"

"Abang berniat nak ambil Zyara sebagai isteri abang. Mungkin dalam masa terdekat ini abang akan melamar Zya."

Penjelasan Fikh buatkan Pyqa terpana. Sungguh dia terpempam bila dapat tahu berita itu. Pyqa sudah mendengus perlahan. Dahinya berkerut geram.

"Jadi, kenapa abang perlu beritahu Pyqa semua ni? Abang nak sakitkan hati Pyqa ke?" soal Pyqa dalam nada geram.

Fikh menggelengkan kepala. "Semalam abang jumpa abang Pyqa dan abang beritahu semua ini. Dia yang cadangkan abang untuk jumpa dengan Pyqa dan jelaskan segalanya pada Pyqa untuk elakkan salah faham."

"Abang rasa berita ni buat Pyqa gembira ke? Kalau abang nak ambil Zya tu sebagai isteri, ambillah.. jangan beritahu Pyqa fasal benda yang Pyqa taknak dengar." jerkah Pyqa dalam nada marah.

Fikh mengeluh kecil. "Abang dah kenal Pyqa sejak Pyqa masih baby lagi. Kita main sama-sama, membesar sama-sama. Jadi, abang kenal sangat perangai Pyqa macam mana. Apa yang abang nak Pyqa tahu, abang sayangkan Pyqa seperti abang sayangkan adik kandung abang."

Pyqa meleret sengih sinis. Pedih betul hatinya bila lelaki yang dia cinta menyayanginya seperti seorang adik dan bukannya seperti seorang kekasih.

"Abang dah boleh simpan rasa sayang abang tu. Fine. Kalau abang nak kahwin, abang kahwinlah tapi jangan anggap Pyqa ni adik ke apa.."gertak Pyqa.

Terus dia bangun dari tempat duduknya. Sedih? Kecewa? Siapa tak rasa sedih, siapa tak rasa kecewa? Lelaki yang dicintainya mencintai orang lain dan bukan dirinya.

Pyqa berlalu dengan hati yang lirih. Air mata sudah bertakung di birai mata namun dia cuba untuk memujuk diri agar air matanya tak berbirai jatuh.
....
"Papa, Zya ada bawakan album gambar keluarga kita. Mungkin papa nak tengok kan? Biar Zya tunjukkan." ujarku.

Terus aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Satu persatu halaman aku tunjukkan pada Tan Sri Jaafar. Kadang aku lihat dia senyum dan kadang juga aku lihat  matanya membicarakan kesedihan.

"Ini gambar masa ibu dengan papa bercuti kat pantai. Ibu cerita yang papa takut pantai tapi ibu pujuk papa sampailah ibu berjaya hilangkan ketakutan papa itu. Hahah.. bila ibu cerita itu pada Zya, ibu ketawakan papa." beritahuku turut sama ketawa kecil.

Tan Sri Jaafar menarik senyum. Nampaknya dia juga turut terhibur dengan cerita aku yang ringkas itu.

Aku buka halaman seterusnya. Tak semena-mena pandanganku terpaku pada gambar aku yang ketika itu sedang memeluk anak patung pemberian papa. Mataku sudah redup sebak.

"Gambar ni, Zya masih ingat lagi. Inilah anak patung yang papa belikan untuk Zya.. tapi, anak patung tu encik Arshad dah rosakkan. Hmm... maafkan Zya sebab tak dapat jaga anak patung yang papa berikan pada Zya." lirihku sebak.

Kali ini reaksi sedih ditayangkan oleh Tan Sri Jaafar. Dia perhatikan saja aku yang sudah menunduk sedih.

"A... A... A... A..ra"

Aku berkerut dahi. Terus aku memandang ke arah Tan Sri Jaafar. Papa sebut nama aku? Aku lihat wajah papa yang sangat sulit untuk menuturkan kata.

"Papa sebut nama Zya ke?"soalku masih tak percaya.

Tan Sri Jaafar terus menganggukkan kepala perlahan. Terus senyumku melebar.

"Papa, Zya harap papa dapat bercakap. Bolehlah kita bersembang macam dulu-dulu. Kan?"ujarku.

"P.. p..papa n..nak min..min..ta ma..af." Lelaki itu cuba untuk menghamburkan luahannya.

Aku sudah buat muka sebak. "Papa jangan minta maaf. Semuanya dah terjadi. Sebelum ibu meninggal pun, dia beritahu Zya yang dia tak pernah marah kan papa. Dia cakap rasa cinta dia yang kuburkan perasaan marahnya pada papa."jelasku mengenangkan saat-saat terakhir aku dengan ibu suatu ketika dahulu.

Tan Sri Jaafar kelihatan mendung wajahnya. Ekor matanya di arahkan ke tempat lain.

"P..P..Papa j..ju..ga s..s..sayang.. kan i..ibu k..k..kamu, Z..ya"luah papa dari hatinya yang paling dalam.

Kali ini air mataku jatuh. Kalau lah ibu masih hidup, mungkin dia lah orang yang paling gembira bila dapat tahu lelaki yang dia cinta masih menyayanginya, masih mencintainya.

Ibu, ibu dengarkan? Papa masih cintakan ibu, dan ibu tak pernah pun luput dari ingatan papa.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro