Bab 51
Kepalanya yang masih sakit diurutnya perlahan. Dia masih berasa pening kepala namun Zura gagahkan juga badannya untuk bangkit dari tempat tidur. Cahaya yang menerobos ke dalam bilik buatkan Zura mengecilkan matanya. Suasana bilik yang dia duduki itu dipandangnya sejenak.
Tak semena-mena, Zura terpana. Kejadian malam itu, malam di mana dia berjumpa dengan Rayyan dan.. dan.. air mata Zura mengalir setitis demi setitis. Adakah? Adakah.. dia sudahpun..
Pintu bilik tak semena-mena dibuka dari luar dan Zura melihat kelibat seorang gadis memasuki biliknya. Mata mereka berdua bertentangan.
Gadis itu dengan penuh terujanya mendapatkan Zura yang masih terkebil-kebil di atas katil. Gadis berambut perang paras bahu itu terus duduk di sebelah Zura lalu memeluk Zura.
"Nasib baik akak dah sedar. Kami betul-betul risau tengok keadaan akak." ujar gadis itu dengan nada mesra.
Zura mengerut dahi. Tak kenal, tiba-tiba saja mesra macam dah kenal lama.
"Awak ni siapa dan.. dan.. saya sekarang ni ada kat mana?"soal Zura masih meliar memandang sekeliling bilik tersebut.
Gadis itu sekadar tersenyum. Tangan Zura dipegangnya lembut. "Nama saya Pyqa. Akak sekarang ni ada kat rumah keluarga saya."
Dahi Zura sudah berkerut. Matanya merenung wajah Pyqa. Nampak daripada muka macam orang baik.
Apabila melihatkan Zura masih separuh percaya, dia mengeluh kecil. "Mungkin akak tak kenal saya tapi mesti akak kenal abang saya. Abang sayalah yang selamatkan akak malam itu."
"Abang awak selamatkan saya?"
Laju Pyqa menganggukkan kepala. "Nama abang saya abang Raziq. Akak kenal tak dia?"
Kali ini, Zura terpaku. Sekali lagi? Kenapa setiap kali dia perlukan bantuan, lelaki itu akan ada untuknya. Termasuk kali ini, sudah tiga kali Raziq menyelamatkannya. Zura benar-benar berterima kasih kepada lelaki itu.
Ekor mata Zura beralih pada Pyqa. "Boleh awak ceritakan pada saya, apa yang berlaku sebenarnya pada saya?" soal Zura ingin mendapatkan kepastian.
Pyqa mengeluh kecil. "Saya sendiri pun tak tahu apa yang jadi sebelumnya. Yang pasti, malam itu abang bawa akak balik rumah. Badan abang luka-luka dan akak pula sudah tak sedarkan diri. Akak tak sedarkan diri selama tiga hari berturut-turut."jelas Pyqa dalam nada lirih.
Terkenang pula dia kejadian malam itu, pipi Raziq calar balar. Lebam sana sini, berdarah di dahi. Yurp, sangat menyakitkan bila luka itu ada padanya. Namun dia tahu, Raziq takkan bergaduh kalau untuk benda yang penting.
Zura jadi serba-serbi. Badannya diurut perlahan. "Awak betul-betul tak tahu ke apa yang jadi sebelumnya. Raziq tak ada cerita?" soal Zura sudah bernada risau.
Kucupan rakus Rayyan yang menyinggah pada wajah dan lehernya, masih dapat dia rasakan. Sungguh, Zura rasa sangat trauma kerana itu. Mungkin kah tubuhnya sudahpun dinodai oleh lelaki itu? Air matanya tak semena-mena bercucuran deras.
Pyqa yang melihat perilaku Zura itu tergamam. Terus bahu Zura diurutnya perlahan.
"Abang Raziq taknak ceritakan benda tu pada saya. Kalau akak nak tahu, akak tanya pada abang." ujar Pyqa.
Pada masa yang sama, Raziq yang ketika itu turut melintas di hadapan bilik Zura, telah terdengar perbualan itu. Entah kenapa, dia rasa sebak pula bila mendengar tangisan Zura.
Zura mengalihkan pandangannya ke muka pintu apabila dia melihat kelibat Raziq memasuki kamar. Pyqa tak semena-mena bangun mendapatkan Raziq.
"Biar Pyqa tinggalkan abang dengan akak ni. Mungkin ada benda penting yang korang nak bincangkan." ujar Pyqa sebelum meminta diri untuk pergi.
Raziq sekadar menganggukkan kepala. Apabila dia merasakan kelibat Pyqa sudah jauh, dia mendekati Zura yang masih duduk memeluk lutut di atas katil. Terus Raziq melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Ap-apa yang terjadi pada saya malam tu, encik Raziq?" soal Zura yang sudah menahan rasa sebak di dadanya.
Raziq sekadar mengukir senyum kelat. "Awak jangan risau, Zura. Lelaki itu tak dapat buat apa-apa pun pada awak. Nasib baik, saya sempat tolong awak." balas Raziq memandang wajah bersih Zura.
Terus Zura mengucap syukur. Dadanya yang sedari tadi tak berhenti berkobar diusapnya lembut. Barulah lega sedikit hatinya. Matanya terus beralih pada wajah Raziq.
Dia lihat parut-parut luka pada wajah bersih Raziq. Rasa bersalahnya menyerbu. Tak semena-mena tangan Zura menyentuh parut luka di wajah Raziq. Tergamam Raziq dibuatnya.
"Maafkan saya. Disebabkan saya, wajah encik luka-luka macam ni." ucap Zura dalam rasa bersalah.
Raziq tersenyum nipis. "Tak adalah sakit sangat. Biasa-biasa aje. Berbaloi sebab dapat tolong Zura." ujar Raziq.
Kali ini kata-katanya disambut tawa kecil Zura. "Sakit tak?" soal Zura masih memegang luka yang berbekas pada pipi Raziq.
Sebuah gelengan Raziq berikan. "Tak." jawabnya sepatah.
"Ye ke?" Zura semacam tak percaya. Dengan wajah penuh innocentnya, dia tekan parut tersebut. Tak semena-mena Raziq meraubg sakit.
Terkejut Zura mendengarnya. Namun tak lama lepas itu, dia ketawa.
Tadi cakap tak sakit?
...
Setelah memastikan papa sudah tidur, aku dengan berhati-hati menyelimutkan tubuh lelaki itu sampai ke dada. Bibirku menguntum senyum nipis. Semakin hari, kesihatan papa semakin membaik.
Sudah seminggu berlalu semenjak kejadian di rumah Tan Sri Jaafar itu berlaku. Walaupun kejadian itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan trauma pada aku tapi syukurlah tak ada yang menjadi korban ketika itu.
Tangan kanan papa aku usap perlahan. Wajahnya yang sedang tidur aku tatap dengan pandangan penuh bercampur baur. Aku rasa gembira namun di sudut lain, aku juga turut berasa sedih. Anak jenis apalah aku ni? Kenapa aku tinggalkan papa tinggal dengan orang seperti Puan Saripah dan Aina tu? Bodohnya aku.
"Pa, papa rehatlah banyak-banyak. Papa kena sihat macam dulu. Bolehlah nanti kita dapat spent time sama-sama macam dulu-dulu."ujarku dalam nada sebak.
Tangannya yang sejuk aku kucup dengan penuh kasih sayang. Tak semena-mena, air mataku mengalir.
"Papa ingat lagi tak kenangan masa papa, ibu dan Zya keluar pergi pantai dulu? Papa berlumba-lumba dengan Zya dan ibu untuk bina istana pasir paling tinggi? Hahaha.. papa jahat sebab papa robohkan istana pasir kitorang dulu."ceritaku cuba mengungkit kisah lama..
"Zya sayang sangat-sangat pada papa!"ucapku lalu mengucup kedua-dua belah pipinya. Tan Sri Jaafar masih tak sedar dari lenanya. Penat mungkin. Bibirku menguntum senyum nipis.
Setelah memastikan semuanya okey, aku terus mengatur langkah keluar dari wad papa. Pintu aku tutup. Ketika aku menoleh ke belakang, hampir tercopot jantung aku bila melihat Fikh sudah berdiri di belakangku.
Dia mengukir senyum padaku. Aku pula lambat-lambat membalas. Sesekali aku menjeling wajahnya.
"Papa awak macam mana? Okey?" soal Fikh sambil matanya meliar mengintai di dalam wad papa.
"Alhamdullilah. Dia okey."ucapku.
Fikh sekadar menganggukkan kepala. Selepas itu suasana antara aku dan Fikh kembali hening. Aku rasakan mata lelaki itu asyik merenung wajahku. Segan aku dibuatnya.
Semenjak kejadian itu, aku jarang berjumpa dengan Fikh. Aku faham. Dia orang yang bekerja. Lagi-lagi ditambahkan projek Mega yang bakal diuruskan oleh Fikh hujung tahun ni, makin busy lah lelaki itu nampak gayanya. Dua kali saja aku berjumpa dengan dia, itupun tak banyak sangat aku berbual dengan dia.
Sekarang, Fikh dah tahu siapa aku dan siapa dia. Fikirku, mungkin dia akan bencikan aku untuk seumur hidupnya namun fikiranku itu jauh meleset. Fikh masih layan aku sama seperti dulu. Seorang kawan, nope.. seorang kekasih yang sangat dicintainya walaupun sekarang aku ini bukan lagi pemegang title "tunang olok-oloknya" lagi.
"Baguslah sekarang semuanya dah kembali ke seperti sediakala." ujar Fikh cuba membuka topik baru.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Pandanganku aku tundukkan ke bawah.
"Berkat pertolongan Tengku, papa saya diselamatkan. Terima kasih." ucapku memberikan tundukan kecil padanya.
Fikh meleret senyum nipis. "Taknak panggil saya Encik Tengku Fikh ke?" sempat pula dia menyakatku.
Kali ini aku memandangnya. Mata kami berdua bertaut. Tak semena-mena aku dan Fikh sama-sama tertawa. Encik Tengku Fikh?
Perli ke tu?
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro