Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 50

Malam semakin lama semakin kelam. Jalan yang dilaluinya pula sudah mula sunyi. Namun itu semua langsung tak mencabar rasa takut dalam hati Zura. Kini, kepalanya ligat memikirkan fasal Zyara dan Fikh.

'Zya, aku nak beritahu kau sesuatu.'-kirim.

Sesekali Zura menilik whatsapp yang dikirimnya pada Zyara. Single tick? Eh?! Jarang betul si Zyara tu menyingle tick kan aku punya pesanan. Double tick, blue tick selalu lah.

Zura capai telefonnya semula. Haih, telefon pun dah nak wafat. Powerbank tak bawa, charger tak bawa. Zura mengeluh sendiri. Kerana terburu-buru mahu berjumpa dengan Fikh, segala apa dia lupa bawa.

'Zya, balaslah.'

Itulah pesanan terakhir yang dia dapat kirim sebelum akhirnya telefon pintarnya mati. Terus Zura melemparkan telefonnya ke seat belakang. Pfftt... Haih, time cenggini jugalah kau nak mati telefon oit..

Zura kembali fokuskan perhatiannya kepada pemanduan nya. Lagu Warkah untukku nyanyian Ara AF berkumandang di corong speaker keretanya. Sesekali Zura mengamati lagu tersebut.

Tak lama lepas itu, kereta Jazz yang dipandunya berhenti bergerak. Makin gamak Zura terkejut. Watdehek?! Bukan bulan lepas dia dah pergi service ke? Aih!! Zura sudah mendengus. Nice! Ini memang hari paling malang yang pernah dia lalui.

Telefon mati, sekarang ni.. kereta pula acah-acah semput! Dan, yang paling geramnya itu, pandai pula keretanya itu berhenti di kawasan hutan rimbun yang gelap gelita. Sekadar lampu jalan saja yang menerangi.

Zura menghempaskan kepalanya ke kepala kerusi. Apalah nasibnya hari ni? Dia mendengus kecil. Sesekali dia menoleh ke jalan belakang. Manalah tahu ada kereta yang lalu lalang. Sepi.

Jarum panjang sudah menuding ke angka 11 malam, Zura jadi risau. Dia bukannya takut kan hanru atau whatever it is. Dia lebihkan takutkan manusia yang berperangai tak ubah seperti hantu.

Kebelakangan ni, banyak kes yang terjadi di sekitar kawasan perumahannya itu. Ada kes culik, rompak, rogol dan sebagainya. Membayangkan itu, Zura sudah meremang bulu roma. Cepat-cepat dia singkirkan apa yang difikirkannya. Dia cuba fikir positif.

Setelah 20 minit menunggu, matanya tak semena-mena menangkap cahaya lampu yang datang daripada belakang. Sebuah kereta jenama Audi berwarna putih mendekati keretanya. Terus Zura melangkah keluar dari kereta lalu melambai-lambaikan tangan ke arah kereta itu.

Nasib baik, ada juga hamba Allah yang datang lalu jalan ni. Kereta Audi tersebut berhenti di belakang kereta Zura. Segera Zura mendekati kereta tersebut. Bibirnya sudah tersenyum gembira. Syukur-syukur!

Cermin tingkap kereta yang gelap itu menyukarkan penglihatan Zura. Dia ketuk kaca tingkap itu perlahan.

"Boleh tolong saya tak?" soal Zura masih ligat mengetuk tingkap kereta.

Tak semena-mena pintu kereta tersebut terbuka. Segera Zura menjauh. Dia lihat kelibat seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Senyuman yang tadinya terukir di birai bibir Zura terus pudar. Setapak demi setapak dia mengundur ke belakang.

Lelaki itu sudah tersengih sinis memandangnya. Zura bungkam. R-Rayyan?

"Hai sayang, kita jumpa lagi ya? Dah lama you tak jumpa I kan?" ujar lelaki itu terus mengunci pintu keretanya.

Zura sudah berkerut geram. "Kau boleh pergi. Aku tak perlukan kau kat sini lah!" gertak Zura cuba memberanikan diri.

"Hei-hei?! Mana boleh halau calon suami macam itu? Tak takut dosa ke, sayang?"

Rayyan terus menyambar pergelangan tangan Zura. Zura gumam. Terus Zura cuba untuk melepaskan tangannya. Beberapa kali dia meronta namun pegangan tangan lelaki itu semakin kejap.

Tubuhnya terus ditarik ke dalam pelukan lelaki itu. Zura cuba meronta untuk melepaskan diri namun kekuatan Rayyan lebih daripadanya.

"Kau nak buat apa ni, gila?!" soal Zura masih bergelut untuk melepaskan diri.

Rayyan tersenyum sinis. Kepala Zura ditarik ke dalam pelukannya. Tangan kanannya sudah mulai meraba belakang badan Zura. Air mata Zura sudah mulai mengalir deras. Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan aku!

"Dari dulu lagi aku tertanya-tanya, apa rasanya kau ni agaknya? Dulu, aku cuba dapatkan kau. Bukan main susah lagi kan? Malam ni, kau aku punya!" ujar lelaki itu.

Dengan kasarnya, dia menolak tubuh Zura menghempas kereta miliknya. Wajah Zura dikucupnya rakus. Zura cuba mengelak. Air matanya mengalir menagih simpati. Namun, Rayyan langsung tak pedulikan.

"Rayyan lepaskan saya, Rayyan.. tolong Rayyan!!"rayu Zura berkali-kali sambil dia terus menerus menolak tubuh Rayyan yang sudah menekan tubuhnya pada badan kereta Audi milik Rayyan.

"No way, sayang.."

Zura makin sesak. Pandangannya mulai kabur. Namun, dia dapat lihat ada sebuah kereta yang berhenti di hadapannya. Sebelum akhirnya Zura pengsan  dalam pelukan Rayyan.
...
Aku mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah Tan Sri Jaafar. Tanganku keras mengetuk pintu rumah. Nama Aina dan Puan Saripah aku panggil silih berganti.

Tak berapa lama kemudian, Puan Saripah membuka pintu. Bibirnya mengukir senyum sinis. Aku pula sudah buat muka menyampah plus serius.

"Mana Aina, auntie?" soalku dalam nada tegas.

"Kau cari aku ke, perempuan?" kelibat Aina muncul di belakang Puan Saripah. Tak semena-mena dia menarik lenganku memasuki rumah.

Tubuhku terus tertarik memasuki rumah tersebut. Badanku jatuh di atas lantai. Aku dengar tawa jahat Aina bergema memenuhi ruang tamu begitu juga Puan Saripah. Aku sudah mengacip gigi.

Apa jenis manusia lah yang berada di hadapan aku sekaranh ni? Langsung tak ada belas ihsan!

"Baguslah kau ni, Zya. Datang tepat waktu." puji Aina dalam nada perli.

Aku mendiamkan diri. Wajahnya aku pandang garang. Jangan haraplah bibirku ini mahu menyemat senyum pada mereka berdua itu. Orang yang dah hancurkan keluarga bahagia aku!

"Aku dah buat apa yang kau suruh. Sekarang, pulangkan papa pada aku!" bentakku dalam nada tegas.

Aina tertawa kecil. " Aku ni taklah sebodoh kau, Zya. Apa bukti yang kau dah betul-betul buat kerja kau?" soal Aina mahu memastikan kenyataan aku.

Aku bangun lalu aku mendekati Aina dan Puan Saripah. Jari manisku aku tunjukkan pada dia. "Cincin itu aku dah serahkan pada Fikh. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa. Puas?"

Aina sudah mengangkat kening. Dia memandang wajah serius ku sebelum dia alihkan memandang Puan Saripah. Seperti mengerti pada apa yang Aina mahukan, Puan Saripah menganggukkan kepala.

"Baguslah kalau kau dah buat apa yang aku suruh."ujar Aina dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

Aku sudah berkerut dahi. "Jadi, kau lepaskan papa. Biar aku bawa papa dengan aku."

"Dan.. biarkan korang berdua buat laporan polis tentang kami? Haha.. weiyh, kau ni bodoh ke apa? Takkan mungkin semudah itu aku lepaskan korang berdua." ujar Aina.

"Aku dah buat apa yang kau suruh. Apalagi yang kau nakkan, Aina?" soalku.

"Aku nak kau mati!" balas Aina yang sudah mengeluarkan pisau dari belakang.

Perlahan-lahan Aina merapatiku. Aku yang tergamam terus mengundurkan langkah ke belakang. Bibir Aina sudah melakar senyum jahat.

"Aina?! Kenapa?!"

"Supaya tak ada lagi kau depan mata aku! Kau dengan Qurratun tu sama saja. Dua-dua perosak kebahagiaan aku!" balas Aina sambil tertawa sinis.

Puan Saripah sudah tersengih sinis. Bangga? Huh, anak buat dosa boleh pula dia senyum? Nak membunuh?!

Akhirnya aku menyandar pada dinding. Jalan mati!. Tubuh Aina semakin menghampiriku. Beberapa kali aku merayu minta dilepaskan namun Aina langsung tak pedulikan aku.

Tubuh aku dikepungnya. Pisau dapur itu diacukan pada perutku lalu perlahan-lahan dia menarik sampai ke leher. Aku sudah takut. Ya Allah. Aina memang sudah tidak waras.

"Kau patut mati."
"Aina.. tolong lepaskan papa." rayuanku untuk kali terakhir.

Tawa Aina bergema. "Aku akan lepaskan dia bila aku dapat bunuh kau dulu!"

Belum sempat Aina mahu melukakan tubuhku, pintu utama rumah Tan sri Jaafar dibuka kasar. Beberapa anggota polis memasuki rumah. Aku, Aina dan juga Puan Saripah sama-sama terkejut.

Puan Saripah sudah bertempiaran lari ke ruang tamu. Aina pula sudah mengacip gigi. Wajahku dipandangnya marah. Baru sahaja dia mahu menusukkan pisau ke perutku, dua orang anggota polis menahannya. Tangannya dibawa ke belakang.

"Cik tak apa-apa ke?"soal seorang anggota polis kepadaku.

Terus aku gelengkan kepala. Terkejut juga aku bila melihat polis datang merberobos. Tepat waktu pula itu. Sumpah! Aku tak hubungi polis pun tadi.

"Zya.."seru seseorang yang ketika itu mengatur langkah menghampiri aku dan anggota polis itu.

"Fikh?"
...







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro