Bab 5
Ke hulu ke hilir Aina di biliknya. Dia rasa benar-benar buntu sekarang ni. Tak lama lagi, Fikh akan resmi menjadi suami kepada Qurratun Lara itu. Dia tak boleh biarkan benda itu terjadi.
Fikh perlu jadi miliknya, sangat-sangat perlu menjadi miliknya. Dia sudah cinta mati pada lelaki itu. Siang malam, hanya lelaki itu sahaja dalam fikirannya. Lama-lama dia pasti akan gila kalau terus menerus memikirkan cara mahu mendapatkan Fikh.
"Mama!!!"sorak Aina manja.
Tergopoh-gopoh dia menuruni tangga lalu mendapatkan Puan Saripah di ruang tamu. Puan Saripah yang ketika itu sedang duduk membaca buku di ruang tamu terus terkejut.
Aku yang ketika itu sedang membersihka. meja makan tersentak mendengar teriakan Aina dari tingkat dua itu. Bergema satu rumah hasil teriakan azimatnya itu.
"Kenapa ni, sayang?"soal Puan Saripah sambil mengusap kepala Aina.
Aina masih terus memeluknya erat seperti tak mahu lepas. Aku sempat menjeling ke arah anak beranak itu. Gelagat Aina itu ibarat mati laki aje.
"Sebab cinta, ma..."luahnya dengan nada penuh nyaring.
Terasa pecah gegendang telinga aku ni dibuatnya. Geli pun ada juga. Sebab cinta aje, dah melebih macam hilang suami. Sempat juga aku pasang telinga. Aku lengahkan kerjaku membersih kan meja makan. Tak jauh jaraknya meja makan dengan ruang tamu.
"Lah, mama ingat dah settle dah. Fikh kan dah jadi tunang Qurratun."pujuk Puan Saripah dengan nada lembut.
Terbatuk aku bila dengar nama Fikh disebut. Mata anak beranak itu serentak memandang tajam ke arahku. Alamak!
"Zya! Kau pasang telinga ke?!"lantang suara Puan Saripah mengherdikku.
Aku terus termangu. Wajahnya akh pandang takut-takut. Kantoi pula dah. "Tak, puan."balasku pendek.
"Kau tercegat lagi kat situ itu kenapa? Berambuslah ke tempat kau!" celah Aina pula dengan nada kasarnya.
Cepat-cepat aku beralih dari meja makan menuju ke dapur. Berdesing telinga aku bila disapa nada nyaring Puan Saripah dengan si Aina itu. Kuatnya bukan kepalang. Tak payah pakai mikrofon pun, dah boleh dengar. Huh!
"Semaklah budak itu."rungut Aina sambil mendengus.
"Biarkan dia. Sambung cerita Aina tadi." Puan Saripah mengalih topik. Baginya, topik aku ni tak penting sangat. Fikh tu yang penting.
Aku masih memasang telinga. Aku sempat bersembunyi di sebalik tiang yang berdekatan dengan ruang tamu. Suara mereka yang kuat itu makin menyenangkan tindakan ku untuk menghendap topik yang mereka bualkan.
"Aina taknak Qurratun dengan Fikh. Fikh itu tak sepatutnya dengan perempuan itu, dia sepatutnya kahwin dengan Aina!!!"hamburnya dalam nada sedih.
Aku disebalik tiang sekadar mencebik. Orang jahat macam kau mana layak dapat lelaki sebaik itu! Nilai ku dalam hati.
"Semua dah terlambat, Aina. Tak lama lagi Fikh akan berkahwin dengan Qurratun."ujar Puan Saripah cuba memujuk Aina.
"Aina takkan biarkan itu terjadi. Walau apapun, Fikh perlu jadi milik Aina!"ujarnya dalam nada penuh muslihat.
Aku sudah berkerut dahi. Apa maksud kata-kata Aina tadi? Hati aku jadi tak sedap.
"Aina nak buat apa?"soal Puan Saripah berkerut dahi.
Aina menoleh ke arah ibunya itu lalu dia menyungging sengih.
"Mama tengoklah nanti."ujarnya.
Sah, Aina cuba nak buat sesuatu yang tak baik ni. Tapi, apa dia? Aku tak dapat untuk mengagak.
...
Ketukan pintu bertalu-talu membuatkan Tengku Arifah mengatur langkah untuk membuka pintu. Dia sudah tahu siapa si empunya suara yang memberi salam.
"Mama!"terus betul si Fikh menyambutnya.
Tengku Arifah sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum. Marah-marah sayang gitu. Tangannya dikucup lembut oleh Fikh lalu Fikh tak semena-mena memeluk bahunya.
"Aih, gembira aje ni. Ada benda yang jadi ke?"soal Tengku Arifah cuba mencari topik.
Fikh tersenyum nampak gigi. Terserlah kekacakannya malam itu. Nampaknya Fikh mewarisi kekacakan arwah suaminya, Tengku Zakhrullah. Memang suaminya itu memiliki senyuman yang manis dan itu persis seperti senyuman yang dimiliki Fikh hari ini.
"Kejap ma. Kita duduk dulu, nanti baru Fikh cerita."ujar Fikh sambil membawa mama kesayangannya itu ke ruang tamu.
Setelah mereka berdua duduk bersebelahan, akhirnya Fikh menggenggam tangan ibunya erat.
"Jadi, cerita pada mama apa yang jadi?"tak sabar betul Tengku Arifah mahu mendengar cerita anak tunggalnya itu.
Fikh tersengih. "Its like other day for our dating but today was so special."tuturnya dalam loghat British.
Tengku Arifah berkerut dahi. "Why?"
"Qurratun ajak Fikh bercuti ke rumah Opah dia kat Perak. She said yang opahnya itu garang sikit." terang Fikh serba sedikit.
"Bila itu?"soal Tengku Arifah.
"This weekend."jawab Fikh dalam nada teruja.
Tengku Arifah mengeluh perlahan. "But, this weekend you ada appoinment penting dengan Tan Sri Jaafar. Do you know, right?"
"But, bukan Tan Sri Jaafar maaih fly lagi ke?"soal Fikh berkerut dahi. Memang itu yang dia dengar dari PA Tan Sri Jaafar.
"No. Dia akan ke Malaysia semula Jumaat ni and esoknya, dia ada appointment dengan our company."tegas Tengku Arifah.
Fikh mengeluh perlahan. "Tak boleh ke tangguh hari lain, ma? Jumpa opah Qurratun is much more important."ujar Fikh dalam nada lemah.
"No, no.. for this time, Fikh kena ikut cakap mama. Tan Sri Jaafar itu penting dalam syarikat kita. Kalau tak disebabkan dia, business ni takkan naik. Faham?!" arahan Tengku Arifah langsung tak berkalih.
Akhirnya Fikh mengeluh perlahan. Hmm.. nampaknya, dia kena tangguh ke hari lainlah nak ke rumah opah Qurratun.
"I will mom."
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro