Bab 48
Buka sahaja pintu, Fikh melihat kelibat aku dan Zura di muka pintu. Wajahku aku tundukkan ke bawah, langsung wajahnya aku tak tatap. Perasaanku jadi serba-serbi.
Kepalaku yang sudah terasa berat tak semena-mena aku pegang. Huh, kenapa pandangan rasa berpusing ni? Baru sahaja aku mahu rebah, Fikh pantas menyambut. Aku tak semena-mena jatuh dalam pelukannya.
"Kenapa ni Zya?"soal Fikh sudah risau.
Terus aku menolak tubuhnya supaya tidak menyentuh aku. Lengan Zura aku genggam erat. Wajah Fikh aku cuba elak untuk pandang. Maaf Fikh, antara cinta dan kasih seorang ayah.. saya lebih memilih ayah daripada awak.
"Saya tak apa-apa. Awak jangan risau."ujarku cuba mendatarkan suara.
Fikh sudah berkerut dahi. Wajah Zura di sebelahku dipandangnya. Dia mahu minta jawapan daripada Zura namun Zura pula mengelak daripada memandang nya.
"Biar abang tolong.." baru sahaja Fikh mahu menyentuh tanganku, cepat-cepat aku mengelak.
"Saya kata saya tak apa-apa. Abang jangan risau. Saya boleh naik bilik sendiri."aku sudah mulai meninggikan suara sedikit.
Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana sakit hati aku kali ini. Aku sedih kerana terpaksa memarahi Fikh yang langsung tak tahu apa-apa. Dia tidak bersalah tapi dia jadi mangsa. Kerana rasa cinta oleh Aina, aku terpaksa lepaskan Fikh sedangkan hati aku sudah jatuh sayang padanya.
Aku lihat Tengku Arifah datang menghampiri kami bertiga. Dress tidurnya diikat sambil matanya tertumpu memandangku. Aku sudah mengacip gigiku.
"Kenapa ni? Kenapa semua berkumpul depan pintu ni?"soalnya yang masih terpinga-pinga.
Aku sudah menarik nafas dalam. Maaf Tengku Arifah, saya juga terpaksa babitkan Tengku dalam hal ni. Zura sudah mengurut bahuku. Dia cuba menyalurkan kekuatan kepadaku.
"Tengku.. saya rasa saya dah tak boleh lagi nak teruskan semua ni. Sa-saya bukannya siapa-siapa Tengku Fikh. Saya cuma Zya, perempuan biasa yang hanya menumpang di rumah ni."jelasku. Wajah Fikh yang sudah tergamam langsung aku tak pandang.
Tengku Arifah juga turut sama terkejut mendengar apa yang aku katakan ini. Dahinya berkerut. Pelik. Kenapa aku boleh tiba-tibah berubah macam ni.
"Kenapa ni, Zya? Kenapa kamu ni?"bertubi-tubi soalan dihamburkan Tengku Arifah. Jelas terkejut mendengar pernyataan aku.
"Fikh, saya bukannya tunang awak ataupun sesiapa untuk awak. Qurratun yang sebenarnya adalah tunang awak. Awak ingat dia tak? Gadis yang sangat awak cinta?"soalku memandang Fikh. Matanya yang redup menikam wajahku buatkan aku haru.
Pandangannya itu buat aku rasa bersalah. Dia buat aku berfikir dua kali sama ada mahu teruskan apa yang aku buat ataupun tidak. Huh..
"Kenapa tiba-tiba Zya jelaskan semua ni?"soalnya dalam nada mendatar. Wajahnya nampak tenang dan biasa.
Aku mengetap gigiku. "Saya sedar yang awak cintakan saya atas nama Qurratun bukannya atas nama saya. Awak milik Qurratun, selamanya milik Qurratun. Saya taknak dicintai kerana menipu menjadi orang lain."hamburku.
Cincin pertunangan yang tersarung pada jari manisku aku tanggalkan lalu aku berikan pada Fikh. Dia langsung tak menyambut pemberianku. Dia berdiri sahaja sambil matanya langsung tak beralih daripada menatap aku.
Terus aku tundukkan pandangan ku ke bawah. Bila mata aku dan Fikh bertembung, dia buat aku rasa serba-salah. Dia buat aku berfikir yang tindakan aku ni langsung tak bijak.
"Ambillah. Cincin ini bukan milik saya." ujarku masih menghulur kan cincin tersebut kepada Fikh.
Tak semena-mena Fikh menggenggam tanganku erat. Terkejut aku melihat tindakan drastiknya itu. Terus mataku memandangnya dengan perasaan terkejut.
"Apa yang terjadi sebenarnya, Zya? Kenapa Zya boleh jadi macam ni?"soalnya dalam nada tegas.
Pandangan mata kami berdua bertaut. Ya Allah, Zya kenapa setiap kali kau pandang mata dia, kau akan rasa bersalah? Terus aku menepis kasar tangannya. Pandanganku aku alihkan ke tempat lain.
"Saya dah penat, abang Fikh. Saya dah penat terus berlakon jadi orang lain untuk abang. Saya nak jadi Zyara. Saya taknak jadi seorang penipu dalam hidup abang."jelasku tegas.
Terus aku datang menghampiri Tengku Arifah yang berada di sebelah Fikh. Wanita yang sedari tadi diam membisu, memandang aku dengan pandangan resah. Lenganku diusapnya perlahan. Tatapan sedih dia berikan pada aku.
"Kenapa Zya? Zya ada masalah ke?"soal Tengku Arifah cuba memujukku.
Aku menggelengkan kepala perlahan. Kedua-dua lengan Tengku Arifah aku genggam erat. Maaf Tengku, saya terpaksa lukakan hati Tengku.
"Terima kasih, Tengku. Tengku sangat baik pada saya. Terima kasih sebab tumpangkan saya kat sini."ucapku dalam nada lirih.
"Zya.."sedih saja wanita itu memanggil namaku.
Cincin itu aku serahkan pada Tengku Arifah. Bibirku menguntum senyum kelat. Air mataku berbirai jatuh membasahi pipi.
"Cincin ni bukan milik saya, Tengku. Saya tak layak untuk pakai cincin ni."ujarku.
"Jangan cakap macam itu, Zya. Cincin ni untuk kamu, memang untuk kamu." pujuk Tengku Arifah.
"Saya taknak memiliki sesuatu yang tak sepatutnya untuk saya. Maaf Tengku. Saya pergi dulu. Halalkan makan minum saya selama saya berada di sini." pintaku lalu mencium tangan Tengku Arifah. Aku hiba.
Kenapa terlalu sakit untuk mengucapkan selamat tinggal? Dan, kenapa pengakhirannya mesti begini? Tak layak ke untuk aku merasakan cinta? Tak layak ke untuk aku bahagia?
"Zya nak pergi mana?"soal Fikh yang sedari tadi mendiamkan diri.
Aku memandangnya semula. " Ke tempat yang saya takkan jumpa abang langsung."balasku.
Tangan Zura aku tarik untuk menurutiku. Dia juga kelihatan tergamam mendengarkan jawapanku. Sesekali Zura pandang wajah Fikh. Lelaki itu sudah serius saja wajahnya. Langsung tiada calitan senyuman di bibirnya.
"Zya, kau rasa betul ke apa yang kau buat ni?"soal Zura apabila merasakan kami berdua sudah jauh daripada kelibat mereka berdua.
Aku mengetap bibir lalu aku anggukkan kepala. Aku ada dua pilihan dan salah satunya menjadi jawapan dan yang lainnya mesti aku korbankan. Demi selamatkan papa, aku terpaksa kuburkan cinta aku pada Fikh.
Maafkan saya, Fikh.
"Fikh.. kenapa kamu biarkan Zyara pergi macam tu? Kenapa kamu tak halang dia? Kenapa Fikh?"bercucuran air mata Tengku Arifah melihat pemergian Zyara yang makin jauh.
Fikh mengeluh perlahan. " Biarlah dia, ma. Memang dari awal dia bukan milik Fikh." ujar Fikh dalam nada mendatar. Pandangannya ditundukkan memandang lantai.
"Kenapa kamu cakap macam itu? Kamu yang heret dia dalam masalah ni dan sekarang kamu biarkan dia pergi macam itu aje?" Tengku Arifah sudah menyoal.
"Mama nak Fikh pujuk dia ke? Macam itu ke?"soalan berbalas soalan.
Tengku Arifah mendiamkan diri. Sempat dia jeling ke luar. "Mama rasa ada benda yang buatkan Zyara jadi macam itu."ujar Tengku Arifah dalam nada mendatar.
"Fikh pun sedar benda itu, ma. Tapi.."
"Mama kenal gadis yang bersama Zyara itu. Dia anak Puan Fateeh, kawan mama. Esok kamu jumpa dia, tanya pada dia apa yang sebenarnya jadi pada Zyara."cadang Tengku Arifah. Matanya dialihkan pada Fikh.
Fikh menganggukkan kepalanya perlahan. Kehilangan Zyara buatkan dia jadi kosong. Apakah? Mungkinkah dia sudah pun sayangkan gadis bersama Zyara itu?
....
Puan Saripah sudah mundar-mandir di ruang tamu. Fikirannya sudah serabut. Kehadiran Zyara yang mendadak itu buatkan hatinya jadi tak tenang.
Aina yang bersilang kaki di atas kerusi sekadar menggelengkan kepala. Risau sangatlah mamanya ni. Benda kecil begini pun risau.
"Kenapa mama ni? Mundar mandir saja sejak tadi. Cuba bertenang sikit."ujar Aina selamba sahaja.
Terus Puan Saripah berkerut dahi. Dia bercekak pinggang. "Tenang kamu kata? Kamu tahu tak yang sekarang ni Zyara dah tahu semuanya? Kalau dia lapor pada polis macam mana? Kamu nak masuk lokap? Nak?!"gertak Puan Saripah sudah resah.
Aina sekadar tertawa kecil. "Mama nak risau apa? Budak bengap tu takkan berani nak laporkan perkara ni pada polis. Kalau dia nak tengok papa dia itu mati, buatlah." ujar Aina.
Puan Saripah melabuhkan punggungnya di sebelah Aina. Wajah anak kandungnya itu dipandang.
"Bukan fasal Zya seorang aje, mama terfikirkan fasal Zura. Dia itu dahlah peguam. Kalau dia dakwa kita macam mana? Aina tahu sendiri kan Zura tu macam mana?"
Aina meleret senyum sinis. Pfft.. Si Zura tu lagilah senang nak settle.
"Fasal Zura itu mama jangan risau. Aina dah prepare kan balasan yang terbaik untuk dia sebab sibuk sangat jaga tepi kain orang."balas Aina dengan senyuman yang penuh tersirat.
Puan Saripah mendiamkan diri.
"Kamu yakin ke dengan apa yang kamu buat ni, Aina?"
"Lebih dari yakin ma. Kalau dengan membunuh, Aina boleh dapatkan Fikh.. kenapa tidak?" jawabnya penuh makna.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro