Bab 47
"Zya!!"
Serentak itu kepalaku menoleh ke arah gerangan pemilik suara yang memanggil aku. Gadis yang mengenakan blouse coklat gelap itu masih melambai-lambaikan tanganku. Segera aku merapatinya.
Bangun sahaja pagi, aku dapat panggilan daripada Zura. Dia minta supaya aku berjumpa dengannya di restoran Starbuck yang berhampiran. Katanya, urgent. Maka, aku pun memilih untuk menuruti permintaannya.
Aku melabuhkan punggungku di atas bangku berhadapan dengannya. Aku lihat wajah Zura sudah berkerut risau. Melihatkan itu, aku pula yang jadi resah. Takkanlah sebab aku lambat dua minit, dia dah marah kot?
"Kenapa Zura?"soalku tidak mahu terus berteka-teki sendiri.
Aku dengar keluhan berat meniti keluar dari bibir gadis itu. Matanya yang bundar itu memandang wajahku dengan perasaan bercampur baur.
"Aku tak tahu nak explain benda ni macam mana."balas Zura.
"Kenapa?"
"Ini tentang papa kau, Zya. Tentang Tan Sri Jaafar."
Jawapan Zura mengundang rasa teka-teki. Kenapa Zura cakap fasal papa pula ni? Hatiku jadi resah tiba-tiba. Aku dapat hidu berita tak baik.
Namun, aku cuba kikis perasaan risau itu jauh-jauh. Aku kenal Tan Sri Jaafar. Dia bukannya orang yang senang untuk ditumpaskan. Kebanyakan syarikat tumpas dalam tangannya.
"Kau tahu tak tentang perkembangan papa kau,Zya?" soal Zura masih mahu memanjangkan persoalan yang sudah bertubi menghentam fikiranku.
Aku sudah berkerut dahi. "Yang last new aku dengar, papa aku fly ke Kanada pula."balasku.
Itulah berita terbaru yang aku dengar fasal papa. Katanya, sudah dua minggu lepas dia terbang. Kesahihannya aku tak pasti.
Kali ini, aku lihat Zura sudah menggelengkan kepala. Pelipis matanya diurut perlahan. Makin risau pula aku lihat respons yang Zura berikan. Dah macam handle kes berat pula aku tengok.
"Kenapa Zura? Apa sebenarnya yang jadi? Kenapa tanya pasal papa?"soalku bertubi-tubi.
Zura mengalihkan pandangannya pada aku. Dia sudah mengetap bibir.
"Papa kau sekarang tengah tenat kat rumah dia. Ibu tiri kau dengan Aina langsung tak kisah fasal dia. Dengan mata kepala aku sendiri, aku tengok Tan Sri Jaafar terbaring atas katil. Huhhh.."luah Zura sudah menunjukkan reaksi geram.
Tersentak aku mendengar jawapan Zura. Terasa jantung aku mahu berhenti apabila Zura kata papa sedang tenat. Ya Allah! Patutlah perasaan aku rasa serba-serbi sejak kebelakangan ni..
"Macam mana kau boleh tahu semua ni?"soalku sudah mencurahkan air mata.
Zura mengeluh perlahan. "Aku rasa pelik bila Tan Sri tak angkat call aku. Start dari situ, aku rasa Tan Sri tengah dalam problem. Semalam, aku pergi rumah Aina dan aku tengok kat bilik stor.."Zura seperti tak sanggup untuk menyambung bicara yang seterusnya.
Aku sudah mengetap bibir. Argh!!! Kenapa wujudnya manusia berhati binatang begitu? Kalau aku tak fikirkan pasal undang-undang negara, sudah lama aku biarkan mereka berdua itu tak bernyawa. Tak cukup lagi menyeksa hidup ibu.. sekarang diorang nak musnahkan hidup papa pula?!
"Keadaan papa saya macam mana?"soalku dalam nada resah. Air mata yang masih bercucuran aku kesat. Tangannya kemudian aku goyang, mendesak.
"Tan Sri betul-betul tenat. Dia tak boleh bercakap dan dia tak boleh bergerak."jelas Zura.
Aku sudah mengacip gigi. Kali ini, aku sudah terkaku habis. Dengar penjelasan pun tahu, Papa memang sedang tenat sangat.
Tak semena-mena aku bangun dari tempat dudukku. Tangan Zura aku tarik untuk menuruti ku. Air mata yang masih deras mengalir aku kesat.
"Zura, ikut saya."pintaku sambil menarik lengannya.
"Pergi mana?"soalnya yang sudah terkebil-kebil menurutiku.
"Pergi rumah Tan Sri Jaafar!." tegasku.
....
Pintu rumah diketuk bertalu-talu. Lagaknya seperti mahu memecahkan pintu rumah sahaja. Puan Saripah terus berlari membuka pintu. Huh!! Memekak! Dahinya sudah berkerut marah.
Buka sahaja pintu, matanya buntang tatkala melihat kelibatku di depan rumah. Bertambah terkejut dia bila tengok aku datang bersama Zura. Wajah aku dan Zura dipandangnya silih berganti.
"Ko-korang buat apa kat sini?" soal Puan Saripah tersekat-sekat. Resah sahaja riak wajahnya.
Aku mendengus. Wajahnya aku pandang dengan perasaan menyampah. "Zya tak sangka yang auntie ni sangat-sangat kejam!"bentakku marah.
Dahi wanita itu sudah berkerut. " Apa yang kau merepek ni? Bila masa pula aku kejam?! Kalau nak menuduh tu, sahih sikit boleh tak?" balasnya spontan. Riak wajah tak bersalah dipamernya..
Aku sudah mengacip gigi. Kalau tak diikutkan nafsu syaitan aku, dah lama aku cekik wanita itu. Huh! Buat masa sekarang, aku masih dapat bezakan halal haramnya.
"Apa yang auntie dah buat pada papa saya? Mana dia? Mana auntie kurung papa saya?" bentakku kuat.
Tergamam dia bila dengar soalan aku. Kali ini matanya beralih pada Zura namun hanya sekejap. "Ap-apa kau merepek ni, budak? Papa? Bukan dia dah fly ke?" bohongnya cuba mengawal intonasi suaranya.
"Auntie tipu! Saya nampak auntie kurung Tan Sri Jaafar dalam stor dapur."akhirnya Zura mencelah setelah lama mendiamkan diri...
Kali ini, Puan Saripah sudah berkerut memandang Zura. Pelik, kenapa kawan baik anaknya itu membela aku yang bukannya sesiapa ni.
"Zura? Apa semua ni?"
Gadis di sebelah aku itu sudah menggelengkan kepala. "Buat masa sekarang, saya tak boleh berada di pihak auntie. Kalau auntie salah lebih baik auntie mengaku."ujar Zura tegas.
Tergamam wanita itu mendengar nya. Tak guna! Budak hingusan nak nasihatkan aku?
"Kau fikir kau siapa nak menuduh aku?" bentaknya dengan suara lantang.
"Pulangkan papa pada saya, auntie!"desakku yang sudah menggoyangkan lengannya. Namun pantas dia menepis kasar.
"Aku tak ada papa kau lah! Kau berambus sekarang! Berambus cepat!!"teriaknya geram.
Aku sudah mengacip gigi. Air mataku masih berlinangan. Aku datang bukan saja-saja tapi aku sudah bertekad.
Tubuh Puan Saripah aku tolak kasar lalu aku berlari anak mendapatkan bilik stor. Zura yang membuntuti ku dari belakang turut berlari. Puan Saripah sudah terkejar-kejar kami berdua di belakang.
Buka sahaja pintu, langkahku mati. Begitu juga Zura.
Kelibat Aina yang sedang bermain-main pisau di atas dada Tan Sri Jaafar aku pandang dengan perasaan risau. Dari mata papa, aku tahu dia juga takut. Namun, aku tak mampu untuk lakukan apa-apa...
Aina sudah mengalihkan pandangannya pada aku dan kemudiannya Zura. Bibirnya menguntum senyum sinis. Kepala papa dibelainya lembut.
"Seronok bersembang kat depan? Cerita fasal siapa itu?" guraunya seperti orang tak waras.
Puan Saripah akhirnya dapat kami berdua. Tak semena-mena tubuh Zura dipeluknya lalu mulut Zura ditakup. Aku pula dibiarkan lepas.
"Aina, lepaskan papa Aina.. tolong lepaskan dia." rayuku sudah bercucuran air mata.
Aina sekadar tertawa kecil. "Mudah betul kau merayu pada aku. Kau fikir aku ni jenis senang terpujuk ke? Haih.."
"Tolonglah Aina lepaskan papa. Papa tak ada kaitan. Tak cukup lagi ke apa yang kau buat pada aku, pada ibu aku? Kenapa kau nak libatkan papa pula?" gertakku marah.
Bibir nipis gadis itu tersenyum sinis. "Bila masa pula aku buat kau? Bukan kau ke yang buat aku? Kenapa kau rampas Fikh daripada aku? Kenapa kau rampas dia?!??!!"
Aku sudah mengacip gigi. Wajah papa aku pandang hiba. Kasihan aku melihat dia. Keadaannya jauh daripada apa yang aku jangka. Keadaannya sangat menyedihkan.
"Bukan aku yang nak Fikh tapi.."
"Kalau kau nak papa kau selamat, kau jauhkan diri kau daripada Fikh. Aku nak kau batalkan semuanya! Baru aku akan bagi peluang kau jumpa papa kau."ugutnya sudah mengarah kan mata pisau kepadaku.
Kali ini, aku terdiam. Aina sudah mengalihkan pisau ke leher papa. Tergamam aku melihat tindakan gilanya itu. Yurp, sekarang Aina betul-betul seperti orang yang hilang waras akalnya.
"Masih nak berfikir lagi ke? Mampus jugalah orang tua ni dalam tangan aku agaknya.." ujar Aina yang sudah menekan pisau pada leher Tan Sri Jaafar.
Lelehan darah pekat mengalir dari leher papa. Buntang mata aku dibuatnya. Aku lihat mata papa terpejam rapat. Papa!!!
"Aina!!!! Cukup, tolong berhenti sakitkan papa!!"rayuku keras.
Aina sudah tersenyum. Dia alihkan kembali pisau itu jauh dari leher Tan Sri Jaafar. Terdapat kesan luka pada leher lelaki tua itu. Darah masih mengalir.
"Jadi, apa keputusan kau?" soalnya.
Aku mengeluh perlahan. "Baik, aku akan ikut apa yang kau nak." jawabku tegas.
Aina sudah meleret senyum. "Bagus! Aku bagi kau masa dua hari aje." tegasnya.
Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Mataku langsung tak beralih daripada memandang papa. Pandangan papa redup memandang aku.
Papa...
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro