Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 46

Aku menuruni tangga menghampiri Tengku Arifah sedang berbincang sakan dengan designer bagi wedding aku nanti. Hanya tinggal tiga minggu saja lagi dan aku akan sah bergelar isteri kepada Tengku Fikh Fakhrullah.

Apabila melihatku, terus Tengku Arifah memanggil aku untuk duduk di sebelahnya. Segera, aku berlari mendapatkannya. Ketika itu, Tengku Arifah sedang asyik membelek tema perkahwinan aku nanti.

"Ini, cantikkan Zya?"soal Tengku Arifah sambil menunjukkan ke salah satu tema. Tema bunga ros merah. Gabungan warna merah dan maroon. Nampak sangat elegan.

Aku melirik senyum. Aku pun suka. Cuma, aku tak minat sangat dengan bunga ros. Lantaklah, orang cakap bunga itu bunga cinta pun. Aku tak suka! Aku sukakan bunga orkid merah jambu. Kuat dan utuh. Tapi, since Tengku Arifah dah berkenan, aku angguk aje cakap cantik.

"For me lah, you better ambil tema fantasy love. You kan dah ada muka ala-ala mat Saleh celup gitu. Sesuai sangatlah you jadi princessnya, Tengku Fikh itu jadi your prince." cadang pereka tersebut dengan lenggok menggediknya.

Haih, fantasy ni pun okey juga. Kalau bunga aje nampak dah selalu sangat tapi fantasy pun sama.. Aku sudah berkerut dahi. Ni lah malas ni, dilemma nak pilih mana satu yang lagi bagus.

"Ini pun bagus juga. Mama pun suka."ujar Tengku Arifah membahasakan dirinya mama.

Semenjak aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan Fikh, Tengku Arifah terus minta aku panggil dia mama. Katanya, biar hubungan menantu dan mertua jadi lebih erat.

Sebenarnya, aku masih separuh-separuh lagi. Aku risau dan aku takut. Aku takut kalau Fikh tahu siapa aku sebenarnya dan dia ceraikan aku. Cukuplah kenangan ibu diceraikan papa itu berlaku, tak mahu pula aku perkara itu jadi pada aku pula. Namun, melihatkan kesungguhan Fikh mahu memperisterikan aku, aku jadi terharu.

"Fantasy love apa aje yang ada?"soalku membelek buku tersebut.

"Cinderella, snow white, beauty and the beast... and so on." jelasnya ringkas.

Aku sekadar menganggukkan kepala lalu kepalaku menoleh ke arah Tengku Arifah. "Kalau kita pilih tema ni, tak nampak macam kebudak-budakan sangat ke, ma?" soalku sedikit ragu.

Tengku Arifah mengetap bibir. Matanya terus beralih pada designer lembut tersebut.

"Tema fantasy yang lain daripada yang lain? Ada tak?"soal Tengku Arifah.

"Ada. Ini baru dalam package kami. Since, ramai yang suka combination jadi kami decide supaya customer boleh gabungkan mana-mana tema. This package conclude dress and another set of pelamin juga. But the payment maybe expensive." terang designer tersebut.

"Gabungkan dua tema?"soalku sedikit hairan.

Designer lelaki lembut itu sekadar menganggukkan kepala. Buku yang berada di atas ribaku dicapainya lalu dia membuka helaian depan.

"Al-misalnya, cik zya nak combine tema black pearl ni dengan cinderella, so we will give aura black pearl but we still touch up it like cinderella fantasy." jelasnya pada ku.

Terus aku anggukkan kepala. Boleh tahan juga dia punya package ni. Aku membelek satu persatu muka surat lalu mata aku terpandangkan design pelamin bagi sleeping princess. Nampak cantik. Bangkunya persis tempat tidur sleeping princess time koma. Hmm..
cantik!

Selepas itu aku belek tema lain pula. Tiba-tiba pula aku terpandangkan dress Cinderella yang sangat cantik. Amboi! Kalau aku pakai ni confirm lawa. Ahahaks! Sekali sekala puji diri sendiri. Dengan kasut lutsinar nya. Haih.. tapi, nampak macam mahal aje..

"Kalau saya nak combine tema Sleeping beauty ni dengan tema Cinderella? Expensive sangat ke harganya?"aku sudah terkebil-kebil.

Namun Tengku Arifah terus memeluk bahuku. "Zya jangan risau, mama akan taja semuanya. Janji, Zya dapat kahwin dengan Fikh."ujar Tengku Arifah.

"Tapi, mahallah ma."ujarku sedikit bersalah.

Tengku Arifah menggenggam tanganku erat. "Kebahagian Fikh itu adalah bayarannya. Mama cuma nak tengok Fikh bahagia dengan orang yang dia cinta. Itu saja."

Aku mengeluh perlahan. Kata-kata mama berjaya buat aku rasa sebak air mata. Nak mengalir saja air mata aku ni. Aku fikirkan nasib aku ni akan malang dan buruk namun Tuhan lebih bijak dalam merancang. Sekarang, aku gembira dan aku bahagia bersama keluarga Tengku Arifah.

Terus aku memeluk erat tubuh Tengku Arifah. "Terima kasih, ma. Zya betul-betul rasa dihargai." ucapku dalam nada sebak.

"Owh, so sweet you alls bedua ni." celah designer tersebut sambil bertepuk-tepuk tangan.

Tak semena-mena aku dan Tengkh Arifah ketawa kecil. Haih, baru nak fefeeling tetiba pula suara nyaring designer itu pula kacau. Hahaha, terhibur!

Pada masa yang sama, Fikh yang mendengar perbualan tersebut sekadar menarik senyum nipis. Kata-kata Tengku Arifah berjaya buatkan dia rasa terharu.

Kenapa dia perlu ingatkan yang silam kalau sekarang dia sudah ingin melakar masa depannya bersama Zyara? Qurratun sudah pergi dan gadis itu takkan kembali. Jadi, dia yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan seperti orang lain. Fikh mengeluh perlahan.
...
Buka sahaja pintu, Puan Saripah melihat kelibat Zura di muka pintu. Segera dia jemput Zura dengan senyuman manis yang tak lekang pada bibirnya.

"Assalamualaikum, auntie."ucap Zura penuh lembut.

Tanga Puan Saripah dicapainya lalu diciumnya. Puan Saripah sekadar menyungging senyum. Kenapalah perangai si Aina itu tak sebagus Zura ni? Haih??!!

"Nak jumpa Aina ke, Zura?"soal Puan Saripah berjalan bergandingan dengan Zura menuju ke ruang tamu.

Zura tak semena-mena menganggukkan kepala. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa sementara Puan Saripah masih berdiri.

"Dah lama saya tak nampak Aina, auntie. Saya ajak keluar pun dia tak nak sebab itu saya risau." ujar Zura buat muka risau.

Puan Saripah sekadar menganggukkan kepala. " Auntie pun dah tak tahu nak buat apa. Sejak kebelakangan ni, dia diam aje. Risau auntie tengok."

Zura mengeluh perlahan. Dia menundukkan pandangan ke lantai. Kesal saja wajahnya.

"Boleh tak kalau saya nak jumpa dia, Auntie?"soal Zura dengan wajah sedih.

"Nanti sekejap, auntie akan panggil Aina ya. Mungkin dia akan gembira kalau nampak kamu kat sini." ujar Puan Saripah sedikit teruja.

Zura sekadar menganggukkan kepala.

Apabila melihat kelibat Puan Saripah memanjat tangga, terus dia berubah wajah. Huh!! Niat asalnya memang bukan untuk melawat Aina tapi dia mahu cari sesuatu.

Dua hari lepas, dia menghubungi Tan Sri Jaafar namun panggilan langsung tak diangkat. Bila dia berjumpa dengan PA Tan Sri Jaafar, dia kata buat masa sekarang ni Tan Sri Jaafar tak fly ke mana-mana. Lagi pelik itu, PA nya juga turut melapor bahawa Tan Sri Jaafar langsung tak bekerja semenjak tiga minggu lepas.

Kerana itulah, dia terhidukan sesuatu. Dia dapat rasakan ada perkara terjadi pada Tan Sri Jaafar... dan .. semuanya ada kaitan dengan Puan Saripah dan Aina.

Apabila merasakan kelibat Puan Saripah sudah tiada, Zura terua bangun dari tempat duduknya. Dia mengatur langkah menuju ke dapur. Entah kenapa, dia tertarik ke arah itu.

Pintu yang terbuka sedikit buatkan Zura merapati pintu itu. Dia sempat menghidu bau bubur dari bilik tersebut. Bilik stor tapi ada bau bubur? Sah, pasti ada orang di dalam ni! Tebak zura.

Sempat dia menjeling mahu memastikan situasi selamat. Setelah itu, dia intip dengan berhati-hati.

Hampir terpana Zura dibuatnya, dia lihat sekujur tubuh yang sangat dikenalinya. Sungguh menyedihkan keadaan lelaki tua itu. Dulu, dia megah tapi sekarang.. dia sudah tidak berupaya.

"Tan Sri.." seru Zura perlahan. Sebak dia melihat keadaan Tan Sri Jaafar begitu.

Sadis betul Puan Saripah ni! Zura sudah mengetap bibir.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro