Bab 43
"Jadi, betullah apa yang abang dengar? Zya nak kahwin dengan Fikh?"
Aku yang ketika itu sedang menimati milo ais terus mengerling pada abang Raziq. Terus aku tolak perlahan cawanku lalu aku anggukkan kepala.
Terdengar keluhan kecil pada birai mulut Raziq. Kecewa saja kedengaran dalam telingaku. Tapi, ini soal hati. Aku cuma anggap abang Raziq tak lebih dari seorang kawan dan abang.
"Maafkan Zya, bang. Zya tak bermaksud nak.."belum sempat aku menghabiskan ayatku. Abang raziq sudah mencelah.
"Nampaknya penantian abang selama ni sia-sia aje. Zya langsung tak perasan pada apa yang abang buat."keluhnya dengan kesal.
Aku mengetap bibir. Perasaanku mulai serba-serbi. Wajahnya aku pandang dengan riak wajah bersalah. Ya, aku masih tak buta. Apa yang abang Raziq buat pada aku, aku betul-berul hargainya.
Namun semua itu tak bermakna, dia boleh tambat hati aku? Aku sayang dia seperti seorang kawan, sayang aku kepada dia ibarat kasih adik kepada abangnya. Tak lebih dan tak kurang tapi.. hmm, aku jadi dilemma.
"Abang, abang jangan cakap macam itu. Zya hargai apa yang abang buat pada Zya."ujarku bersungguh-sungguh.
Raziq sekadar mendiamkan diri. Langsung wajahku tak dipandangnya. Ekspresi marah dan gram pun tak bermain di wajahnya. Nampak biasa tapi nampaklah kekesalannya di situ.
"Raziq!"
Aku dan abang Raziq terus menoleh ke arah suara yang memanggil. Mataku buntang tatkala melihat kelibat Fikh menghampiri. Lelaki itu terus melabuhkan punggung di sebelahku.
"Datang tak beritahu aku pun kan?" ujar Fikh dengan senyuman lebar menghias bibirnya.
Raziq mengeluh kecil. Tak senang duduk dibuatnya. Aku juga sudah resah. Sempat juga aku memandang pada Raziq...
"Aku dah try nak call kau tapi battery phone aku habis. Jumpa Zyara ni pun, tiba-tiba aje." bohong Raziq.
Fikh sekadar anggukkan kepala. Kini matanya beralih arah kepadaku. Dia tersenyum melihat aku di sebelahnya.
"Zya dah makan?"soalnya dengan penuh perhatian.
Bibirku mengukir senyum. Terus aku anggukkan kepala. "Dah. Encik Tengku Fikh tengah rehat ke sekarang?"soalku.
Fikh terus ketawa bila dengar apa yang aku cakap. Encik Tengku Fikh aje memanjang.. Pada pendengaran Fikh, apa yang aku panggil itu sangat comel. Erm.. comellah kot.
Raziq dihadap sekadar membisu kan diri. Dia cuba ubtuk usir perasaan cemburu yang tiba-tiba saja bertapa dalam hatinya. Walau apapun, Fikh masih kawan baiknya. Even, dia masih tak dapat nak terima tapi persahabatan lebih penting daripada perasaan sendiri.
Mungkin bukan takdirnya memiliki Zyara. Raziq cuba memadamkan api cemburu yang bermain dalam hatinya. Akhirnya dia mengeluh perlahan. Dia cuba paksa diri untuk tersenyum. Sakit? Yurp.. memang sakit.
"Kenapa taknak beritahu abang yang Zya nak pergi rehat? Lain kali jangan rehat seorang macam ni."usik Fikh.
Aku tersenyum panjang. Sukalah tengok gelagat Fikh yang comel ni. Dia caring sangat pada aku. Tak habis-habis akan bagi aku coklat bila dia nampak aku penat. Sweet? Of courselah..
"Aih, pasangan ni. Kau ni Fikh.. Takkanlah sepanjang masa Zya nak kena beritahu kau." celah Raziq dengan nada mengusik. Usik tapi hati sakit.
Aku memandang abang Raziq. Dia pula langsung tak memandang pada aku. Tak apalah, mungkin ini cara terbaik untuk dia mengelak dari terus sukakan aku.
"Apa salahnya, bro. Kalau dah sayang, kau takkan biarkan dia sendiri."ujar Fikh membalas dalam bergurau.
Raziq sekadar menarik senyum. Setelah itu dia diam. Air kopi panas yang sudah sejuk di hirupnya perlahan.
"Macam mana khabar adik kau?" soal Fikh teringatkan Pyqa.
Kini, giliran aku pula yang mendiamkan diri. Terkejut juga bila Fikh buka topik fasal adik. Aku pun tak tahu yang Raziq ada adik.
"Alhamdullilah, sihat. Owh, alang-alang kau dah buka story fasal adik aku ni.. boleh tak aku nak minta tolong pada kau sesuatu." pinta Raziq dalam nada serius.
Fikh tersenyum lalu menganggukkan kepala. "Apa saja untuk kau, bro." balas Fikh. Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala kerusi.
"Esok Pyqa nak balik tapi dia tak ada transport. Kau busy tak esok?" soal Raziq.
"Tak. Eh, Pyqa tengah cuti ke sekarang?" soalan berbalas soalan.
"Yurp. Bro, minta tolong eiyh. Esok aku nak kena keluar negeri." pinta Raziq mengharap
Serta-merta Fikh anggukkan kepala. "Boleh aje bro." ucap Fikh.
Aku tersenyum melihat gelagat sahabat baik itu. Ketika aku memandang pada Raziq lelaki itu juga turut sama memandang ke arahku dan senyuman penuh terpaksanya dia berikan pada aku.
....
Puan Saripah memasuki bilik pembantu yang sudah lama tidak dipakai itu bersama seorang doktor lelaki. Matanya terus melirik tajam ke arah Tan Sri Jaafar yang sudah terbaring kaku di atas katil usang itu.
Semenjak kemalangan itu, Tan Sri Jaafar strok seluruh tubuh. Dia langsung tak boleh bergerak mahupun bercakap. Tidur seperti mayat hidup yang hanya mampu menggerakkan mata saja. Kesian.. tak dapat nak bicara dan membebel lagi dah.
Doktor lelaki yang berusia 30-an itu terus merapati Tan Sri Jaafar. Dia memeriksa degupan jantung dan juga lain-lain. Puan Saripah pula sudah berpeluk tubuh. Sempat juga dia mengipas-ngipas kerana panas. Maklumlah, bilik pembantu tu tak ada air-cond, membahang panasnya itu.
Setelah selesai membuat pemeriksaan, doktor tersebut mengeluh perlahan. Sempat matanya memandang wajah Tan Sri Jaafar yang ketika itu turut memandangnya. Wajah Tan Sri Jaafar seperti meminta belas padanya tapi siapalah dia ni.. seorang doktor yang pengecut dan hanya mengikut telunjuk Puan Saripah sahaja.
"Macam mana dengan dia? Okey tak?"soal Puan Saripah dalam nada acuh tak acuh.
Doktor Rahman mengalihkan pandangan pada Puan Saripah. "Tan Sri perlukan rawatan segera daripada hospital. Kalau dibiarkan macam ni, lambat dia akan sembuh."adu Doktor Rahman dalam nada risau.
Terus terukir senyuman di birai bibir Puan Saripah. Dia menjeling ke arah Tan Sri Jaafar. Suka benar dia melihat keadaan Tan Sri Jaafar yang sangat menyedihkan tu. Kena. Memang kena.
"Baguslah macam itu. Lagi bagus tak sembuh daripada sembuh." ujarnya dalam nada selamba. Tiada riak takut di wajahnya.
Tan Sri Jaafar mengerut dahi. Tak guna!!! Dia memang kejam! Isy, kalaulah aku boleh bergerak.. dah lama aku bunuh dia. Dah hancurkan hidup isteri aku, anak aku dan sekarang nak sakitkan aku pula?! Dasar, perempuan kejam!
"Tapi, puan.. keadaan Tan Sri dah makin memburuk."ujar Doktor Rahman cuba mendesak.
Puan Saripah berpeluk tubuh. Dia pandang Doktor Rahman dengan pandangan geram.
"Aku bawa kau datang sini untuk check kesihatan dia aje kan? Ada aku suruh kau sibuk hal lain?" bentaknya.
Terus Doktor Rahman menikus. Dia tak berani untuk melawan. Sempat dia menjeling pada Tan Sri Jaafar. Maaf Tan Sri, saya tak dapat nak bantu Tan Sri.
"Lepas ni, kau tak payah datang sini. Kau buat kerja kau balik tapi ingat..!! Jangan beritahu sesiapa tentang ni kalau taknak keluarga kau tu merana. Faham?!" ugut Puan Saripah.
"Tapi, Tan Sri.."
"Kau dengar apa aku cakapkan? Kalau sekali lagi kau sibuk hal Tan Sri, aku takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup isteri kau tu. Huh, dasar isteri pelacur.." sempat dia mencerla isteri Doktor Rahman.
Walaupun berdesing telinganya mendengar isterinya dimaki namun Doktor Rahman hanya mampu sabar. Ya, isterinya adalah bekas pelacur tapi isterinya itu sudah bertaubat. Bukan kehendak isterinya mahu dilacur tapi ayah kandung iaterinya itu sendiri yang menjualkannya ke kelab malam.
Puan Saripah mengugutnya bahawa wanita itu akan lapor pada ayah isterinya itu jika Doktor Rahman tak menuruti kehendak Puan Saripah. Atas dasar kasih pada keluarganya, dia sanggup jadi pengkhianat kepada Tan Sri Jaafar.
"Dah, kau berambus sekarang! Menyemak."halau Puan Saripah.
Terus Doktor Rahman keluar meninggalkan mereka berdua di dalam bilik.
Puan Saripah tersenyum sinis memandang Tan Sri Jaafar. Kasihan pun ada, suka pun ada... padanlah. Dia terus melabuhkan punggungnya di birai katil lalu wajah Tan Sri Jaafar yang berkerut marah dipandangnya sinis.
"Seronok ke jadi mayat macam ni?"soalnya dalam nada perli. Pipi Tan Sri Jaafar dibelainya lembut.
Jelas dari mata Tan Sri Jaafar yang dia langsung tak sudi untuk disentuh oleh Puan Saripah. Tapi, perlu ke Puan Saripah kisah? Haha..
"Itulah. Lain kali jangan cari fasal dengan Ipah. Tak fasal-fasal abang mereput dalan bilik ni. Hmm.. kenalah dengan abang." bisiknya dalam bada perli diselangi tawa yang membingit.
"Cepatlah sembuh ya, Tan Sri.." ujarnya lalu menampar-nampar lembuy pipi kanan Tan Sri Jaafar.
Dia terus melangkah keluar dari bilik dengan hati yang senang. Akhirnya, semua dalam rumah ni adalah milik dia.!! Hahaha!!
....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro