Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38

"Mana Aina?"soal Tan Sri Jaafar.

Hairan juga dia melihat isterinya itu datang seorang. Selalunya, berkepit memanjang anak beranak tu. Lagipun si Aina tu bukannya seorang yang suka duduk rumah. Kalaua da aje masa, mesti keluar shopping takpun melepak dengan kawan-kawannya.

Dia dah lali sangat dengan perangai Aina tu. Sejak berusi lapan tahun, Aina memang sangat manja dengan dia. Sejak kecil lagi, Aina memang suka tunggu dia balik dari penerbangannya. Rajin budak itu mahu pergi ke airport semata-mata mahu berjumpa dengannya.

"Dia ada aje kat rumah."balas Puan Saripah sambil memeluk lengan sasa Tan Sri Jaafar.

Puan Saripah mengeluh perlahan. "Dia tak ada mood sekarang ni."

"Kenapa?"

"Si Fikh tu. Hmm.. ada masalah yang berlaku antara dia dengan Fikh. Saya pun tak tahulah macam mana cara nak pujuk Aina tu. Makan taknak, minum taknak.." luah Puan Saripah dalam nada sedikit kesal.

Sejak dua menjak itu, Aina nampak sangat lain. Dia tak terurus. Selalu berkurung dalam bilik, tak makan tak minum dan tak banyak bercakap. Hobinya keluar malam pun tak selalu dia buat. Stress sangat si Aina tu kali ni.

Tan Sri Jaafar sudah berkerut dahi. "Kenapa dia macam itu pula? Mungkin dia sedihlah tu Qurratun dah pergi. Diorang rapat kan? Haih.. bagilah dia masa."

Puan Saripah menggelengkan kepala. Wajah Tan Sri Jaafar dipandangnya.

"Abang sendiri tahukan macam mana si Aina tu suka sangat pada Fikh? Dia sedih sebab Fikh masih tak suka kan dia lagi." ujar Puan Saripah sedikit kesal.

Tan Sri Jaafar mendiamkan diri. Dia sekadar menggelengkan kepala. Yurp..

Inilah gaya orang muda kalau bercinta. Makan tak lalu, minum tak senang, mandi tak basah.. kerana cinta bertapak dalam hati. Lumrah hidup yang cinta, mencinta dan dicintai.. ada kala cemburu, ada kala sakit namun takkan jauh dari bahagia.

Bibir Tan Sri Jaafar tersenyum nipis. Entah kenapa, tiba-tiab dia terkenangkan bekas isterinya. Dia juga sama seperti Aina dahulu. Makan tak lalu, minum tak senang, mandi tak basah gara-gara seorang perempuan. Perempuan yang berkali-kali menolak cintanya hanya kerana takut status menjadi jurang.

Dia anak orang berharta manakala perempuan itu datangnya dari kampung. Berkali-kali Tan Sri Jaafar meluahkan perasaannya namun setiap kali itulah ditolak. Makin gadis itu jual mahal, makin itulah Tan Sei Jaafar makin menginginkannya. Dia cuba berusaha untuk dapatkan gadia itu sehinggalah akhirnya dia berjaya.

Gadis itu berjaya jadi miliknya. Mereka bersama dan bahagia. Sehinggalah, mereka memiliki seorang anak perempuan bernama Zyara. Hidupnya bertambah bahagia namun..

Kebahagiaan itu tak kekal lama. Ergh!! Mengenangkan itu Tan Sri Jaafar memejam matanya rapat. Masih terbayang dalam kepalanya saat wanita yang dicintainya itu ditangkap sedang membuat perkara haram dalam rumahnya. Itu buatkan dia marah dan kesal.

Dia fikirkan wanita itu harta bernilai tapi nampaknya dia mengutip berlian palsu di tepi jalan saja. Tak ada harganya. Hilang maruahnya..

"Abang.."

Puan Saripah menggoyangkan lengan Tan Sri Jaafar. Tak semena-mena Tan Sri Jaafar tersedar dari lamunannya. Baru dia tersedar sekarang dia sudah sampai ke kereta.

Wajah Puan Saripah dipandang nya sejenak. Kelihatan raut wajah hairan bermain pada wajah wanita itu.

"Abang, tak nak naik ke?"soal Puan Saripah sudah angkat kening kanannya.

Tan Sri Jaafar menghela nafas. Segera dia menaiki kereta Velfire tersebut dituruti oleh Puan Saripah. Perlahan-lahan kereta tersebut meninggalkan perkarangan KLIA.

"Abang fikirkan apa tadi?"soal Puan Saripah masih tak puas hati.

Mana taknya bukan main asyik lagi dia bercerita masalah Aina pada suaminya itu namun Tan Sri Jaafar elok pula termenung. Cubalah suaminya itu ambil serius fasal Aina sikit? Even, Aina itu bukan anak kandung Tan Sri Jaafar sekali pun.

"Abang terfikir fasal Zyara." luah Tan Sri Jaafar dalam nada sedikit sebak.

Buntang mata Puan Saripah dibuatnya. Gatal pula telinganya dia bila dengar nama Zyara disebut. Huh!! Betina itulah buatkan Aina jadi orang tak siuman sekarang ni!

"Kenapa abang nak kena ingat fasal dia?"soal Puan Saripah ingin tahu.

"Kat manalah dia sekarang ni? Abang risau pula kalau ada apa-apa jadi pada dia." luah Tan Sri Jaafar dalam nada risau.

"Huh.. abang, budak itu dah malukan abang. Kenapa abang perlu ingatkan dia? Entah.. entah dia langsung tak ingatkan kita." cebik Puan Saripah lalu berpeluk tubuh.

Tak senang pula dia membicarakan fasal Zyara dengan Tan Sri Jaafar. Buat serabut kepala.

"Saya pun.. masih  ragu-ragu Zyara buat benda tu."ujar Tan Sri Jaafar sambil mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

Puan Saripah mengeluh perlahan. Bahu Tan Sri Jaafar disentuhnya.

"Abang, Zyara tu selalu sangat buat perangai bila abang tak ada. Bukan setakat saya saja dimakinya, Aina pun dicacinya sekali. Dia tuduh kami ni kotor kerana rampas abang dari ibunya. Kecil hati saya bang. Saya sebagai seorang perempuan pun akan rasa terhina kalau dipanggil macam itu." Puan Saripah mulai mencucuk jarum.

Dahi Tan Sri Jaafar berkerut seribu. " Zya cakap macam itu pada Ipah?"

Laju sahaja Puan Saripah anggukkan kepala. " Saya diamkan aje perkara ni dari abang sebab saya taknak abang marahkan Zya. Tapi,.. huh.. maafkan saya bang kalau ceritakan semua ni pada abang." keluhnya pura-pura.

Terdengar dengusan keluar dari mulut Tan Sri Jaafar. Huh, tak sangka biadap betul si Zyara tu. Apa yang bagusnya mamanya itu?! Tak ubah seperti pelacur..

Bibir Puan Saripah menguntum senyum sinis. Huh.. padan dengan muka kau, Zyara. Inilah akibatnya kalau suka sangat buat fasal dengan aku.
...
Petang yang sedikit hening itu aku nikmati. Taman yang tak jauh dari villa Tengku Arifah itu memang sentiasa penuh dengan budak-budak. Tak pernah tak bising dengan suara budak-budak.

Aku menikmati pemandangan tasik. Bukan selalu aku dapat keluar macam ni. Ditambah lagi dengan kerja aku sebagai PA kepada Fikh sekarang ni. Memang tak ada masa nak menikmati keindahan alam ni.

Sesekali aku pandang budak-budak yang berkejaran dengan bapanya. Bibirku menyemat senyum tipis. Bahagianya budak itu. Kan, bagus kalau aku dapat jadi macam dia.. tak menangis, tak luka dan tak dilukai..

"Zya.. dah lama tunggu abang?"

Hampir tercopot keluar jantung aku bila disergah begitu. Terus aku menoleh pada Raziq dibelakang. Serentak itu dia mengambil tempat di sebelahku.

Aku sekadar senyum menyambut kehadirannya. Tiba-tiba sahaja Raziq ajak aku jump dia di taman. Aku pun dengan rela hatinya mahu jumpa dia.

"Kenapa abang nak jumpa Zya ni?"soalku mahu terus bincangkan perkara yang Raziq mahu katakan itu.

Raziq mendiamkan diri. Terus dia menghadapkan tubuhnya ke arahku. Aku sekadar berkerut dahi.

"Kenapa ni? Macam serious aje?" ujarku.

"Zya bekerja sebagai maid pada siapa dulu? Tan Sri Jaafar ke?" soal Raziq direct.

Aku tergamam untuk seketika. Sungguh, aku tak sangka Raziq akan bicarakan fasal ni.

"Kenapa abang nak tahu?" soalannya aku balas dengan soalan.

"Zya cuma jawab ya atau tidak aje."

Aku mengeluh perlahan. Wajah Raziq aku pandang. "Ya, dia majikan Zya."

"Dia ayah Zya kan?"

Kali ini, aku betul-betul terkejut. Jelas soalan itu mengundang rasa cuak kepadaku. Kali ini, aku diam lama. Aku alihkan mata ku ke tempat lain.

"Jawab, Zya.."gesa Raziq.

Aku tak semena-mena bangun. "Kalau abang jumpa ni cuma nak tanya soalan yang tak logik. Abang boleh balik kot. Saya pun banyak lagi kerja yang nak dibuat." elakku.

Belum sempat aku berura-ura mahu pergi, Raziq terus menarik tanganku. Langkahku serta-merta mati.

"Jadi, betullah Zya anak Tan Sri Jaafar?"duga Raziq.

Air mataku bercucuran. Entah kenapa, sulit betul aku nak cakap tidak. Akhirnya aku mengalah. Aku pusing pandang Raziq.

"Kalau dia ayah saya pun, abang tak boleh buat apa-apa. Kan?" ujarku sambil mengelap air mataku yang bersisa di pipiku.

Raziq mendiamkan diri. "Kenapa Zya perlu rahsiakan semua itu? Zya tak sayangkan ayah Zya ke?" soalannya kali ini buatkan aku terpempam.

"Lebih dari sayang. Zya sayang dan rindu papa."ucapku luhur. Mataku menunduk memandang lantai.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro