Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

Pergelangan tanganku yang masih bengkak aku urutkan perlahan. Tindakan kasar Aina buatkan tanganku terkehel.

"Fikh?" seru Aina dalam nada tercengang.

Tak semena-mena Fikh memeluk erat pinggangku buatkan aku termangu-mangu sendiri. Mata Aina yang sedari tadi melirik pada tangan Fikh sudah menagacip gigi. Geramnya bukan kepalang.

"Apa yang kau cuba nak buat pada tunang aku ni?"soal Fikh dalam nada tegas.

Aku mengetap bibir. Wajah Fikh aku pandang dengan pandangan tergamam. Wajahnya yang tampak biasa itu buatkan aku jadi serba-serbi.

"You cakap apa?"

"She's my fiance so please jangan cari fasal dengan dia. I think you better give that ring to her again." pinta Fikh dalam nada mendatar.

Aina terus menyembunyikan tangannya di belakang lalu dia gelengkan kepala. "Nope. Cincin ni sesuai di jari I. Dia tak layak nak pakai cincin ni." bentak Aina berdegil.

"Aina, please.."aku pula yang merayu.

Gadis itu masih berdegil. Dia tak pedulikan permintaan aku. Malah satu jelingan yang tajam dihadiahkannya kepada aku. Terkesima aku dibuatnya.

"Kau.. tak sepatutnya ada di samping Fikh! Sepatutnya, aku yang jadi tunang Fikh bukannya kau!"bebelnya dalam nada geram.

Fikh mengeluh perlahan. "Aina, jangan buat macam ni. Please.." rayu Fikh cuba mendapat belas Aina.

Serta-merta Aina menggelengkan kepala. Dia keluarkan tangannya semula lalu dia belek cincin yang tersarung di jari manisnya. " Tak sesuai ke Fikh you tengok cincin ni pada jari I?"soalnya.

"Sepatutnya I tau yang jadi tunang you lepas.." belum sempat Aina menyambung kata-katanya.

Beberapa orang security guard datang mendekati kami bertiga. Fikh terus meminta guard tersebut menangkap Aina.

Aina terjerit-jerit dan meronta minta dilepaskan. Dia dibawa keluar dari mall.

Aku mengeluh perlahan. Akhirnya, cincin itu kembali semula ke jari manisku. Bibirku menguntum senyum.

Apa yang Fikh buat tadi langsung tak tergambar dalam fikiran aku. Dia buat aku lupa siapa aku sebenarnya pada diri dia. Aku rasa aku dah mula sayangkan dia. Cara dia layan aku seperti dia betul-betul kasih kepada aku..

"Zya.."seru Fikh dari belakang.

Lamunanku mati tatkala mendengar suaranya. Terus aku menoleh ke belakang dan aku lihat kelibat Fikh datang bersama peti kecemasan yang kecil.

Fikh melabuhkan punggung disebelahku. Tak semena-mena pergelangan tanganku yang sakit dipegangnya perlahan. Aku mengaduh sakit.

"Sakit.."rengekku berkali-kali. Fikh tersenyum nipis.

Dia masih galak mengurut pergelangan tanganku. Akhirnya, aku biarkan saja dia mengurut lenganku.  Sesekali aku pandang wajahnya yang ralit mengurut tanganku.

Bau haruman minyak wanginya menyapa batang hidungku. Bau yang sungguh menghangatkan jiwa. Dadaku mulai berkobar hebat.

"Sakit lagi ke?"soalnya memandangku. Tak semena-mena mataku dan mata Fikh bertaut.

Aku tergamam. Cepat-cepat aku alihkan mataku ke tempat lain manakala Fikh pula sudah terbatuk kecil. Segera aku menarik tanganku semula.

"Sakit lagi tak?"soalnya lembut dengan suara yang cuba dikawalnya.

Aku gelengkan kepala. "Erm, tak." balasku cuba menjawab dengan nada biasa.

"Baguslah kalau macam itu." ujar Fikh.

Dia tak semena-mena menyusun semula kotak pertolongan cemas itu. Suasana hening membelengu kami berdua. Aku dan dia sama-sama membisu.

"Terima kasih sebab rawat tangan Zya."ucapku dalam nada ikhlas.

Fikh tersenyum nipis. Wajahku dipandangnya sejenak. "Its okey." balasnya.

"Fikh, Zya.."

Aku dan Fikh sama-sama menoleh ke arah suara yang memanggil nama kami berdua. Terus aku terlihat Tengku Arifah di tangga. Dia sudah tersenyum-senyum di sana.

Erk? Sejak bila pula Tengku Arifah ada kat situ? Takkanlah sejak Fikh rawat aku kot?!  Pipiku tak semena-mena terasa panas. Huh!!!
...
Tak cukup dengan bilik tidurnya, ruang tamu rumahnya juga habis hancur dek di baling ke sana sini. Puan Saripah hanya mampu menggelengkan kepala.

Sah! Anaknya yang seorang itu memang sudah tidak waras. Hanya kerana lelaki bernama Fikh, Aina meraung seperti perempuan kehilangan laki. Menjerit melempar seperti orang gila stress. Huh!!

"Sudah-sudahlah tu, Aina. Jangan tosakkan barang lagi." tegur Puan Saripah.

Aina langsung tak pedulikan teguran Puan Saripah. Dia masih tetap menghancurkan barang. Segala bingkai gambar dan juga pasu bunga sudah berkecai ke lantai.

Gadis itu memang cepat baran. Sekali dia marah, habis satu rumah lingkup. Sebiji sangat perangai Aina ni dengan perangai bekas suaminya yang dulu, Arshad. Kalah judi, habis barang-barang rumah dibalingnya ke luar tingkap.

Baguslah sekarang si Arshad tu sudah merengkok di penjara. Tak perlu lagi dia diugut oleh lelaki tak guna itu. Dahulu, hampir setiap hari Arshad datang ke rumahnya untuk meminta duit. Kalau tak bagi nanti, dia ugut akan beritahu perkara yang sebenarnya terjadi. Rancangan untuk memisahkan keluarga bahagia Tan Sri Jaafar itu.

"Aina, enough!! Jangan disebabkan lelaki, Aina jadi macam ni.."bentak Puan Saripah yang sudah mulai bertegas.

"Diamlah, ma!" balas Aina terus mengerling tajam ke arah mama kandungnya itu.

Pandangannya tajam seperti mahu membunuh. Air mata yang membasahi pipinya tak semena-mena disapu.

"Aina, apa kamu cakap kan ni? Kamu tahu tak dengan siapa kamu bercakap ni?" Puan Saripah sudah mulai bertegas.

Aina berdiri lalu mendekati Puan Saripah. "Kalau tak disebabkan kau.. aku takkan gila macam ni. Faham tak?! Kalau kau tak halau betina tu keluar dari rumah ni.. dia takkan jumpa dan duduk dekat rumah Tengku Arifah!!!" herdik Aina ber aku kau pada Puan Saripah.

Tergamam Puan Saripah dibuatnya. Matanya mencerlung pada wajah bengis Aina. Ringan sahaja tapak tangannya menampar pipi Aina. Tak semena-mena Aina tertolak ke kiri lalu jatuh ke sofa.

"Kau jangan nak start biadab dengan aku eiyh! Kau kena sedar yang aku ni mak kau!"bentak Puan Saripah sambil menuding jari kepada Aina.

Pipinya yang sudah panas dipegangnya. Sakit. Terus dia menoleh ke arah Puan Saripah. " Aina benci mama!!!" jeritnya dan terus berlalu meninggalkan Puan Saripah.

Dia berlari memanjat tangga rumah. Puan Saripah di bawah sudah mengeluh perlahan. Diikutkan hati tadi, mahu saja dia kasi penumbuk padunya pada Aina. Nasib baik akal warasnya masih dapat fikirkan bahawa Aina adalah anak kandungnya.

Puan Saripah terduduk di atas sofa. Tak fasal-fasal hubungannya dengan Aina jadi renggang. Si Zyara itulah penyebabnya.

Dia perlu buat sesuatu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro