Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31

Cincin ditanganku aku raba perlahan lalu satu keluhan berat aku lepaskan. Perasaan aku jadi serba serbi. Sambil termenung, aku pandang langit yang kian malap.

Angin sepoi-sepoi menyapa ubun kulitku. Tak semena-mena aku mengurut lenganku yang terdedah lalu aku duduk memeluk lutut sambil memandang langit. Hmm.. itulah yang aku lakukan setiap hari bila ada masalah.

Hidup aku penuh dengan masalah. Aku ibarat seorang Cinderella namun kisahnya berbeza. Sekurang-kurangnya Cinderella bahagia bersama puteranya.. sedangkan aku? Aku hanya hidup dalam penipuan saja.

Perasaan aku serba salah bila mengenangkan penipuan yang telah aku lakukan pada Fikh. Dia selalu katakan dia sayangkan aku, dia cintakan aku, dia rindukan aku.. tapi, dia tak tahu siapa aku sebenarnya.

Setiap kali lelaki itu tuturkan ucapannya, setiap kali itulah aku mulai rasa bersalah yang amat. Kasihan Fikh. Dia anggap aku adalah tunangnya sedangkan Qurratun sudah lama pergi.

Cincin yang tersemat pada jari manisku, aku keluarkan dari jariku lalu aku belek. Cincin bertatahkan berlian berwarna biru laut. Cantik. Hmmm. Aku mengukir senyum. Pandai betul Qurratun membuat pilihan.

"Qurratun, maafkan saya. Saya tak berniat nak gantikan tempat awak dalam hati Tengku Fikh. Dia masih awak punya dan awak jangan risau."ucapku sendirian sambil membelek cincin pertunangan itu.

Aku harap Qurratun dengar apa yang aku cakapkan sekarang ni. Langit yang semakin malap, aku pandang lalu aku mengeluh perlahan.

Setitik demi setitik hujan membasahi bumi. Cepat-cepat aku memasuki bilik lalu mengunci jendela. Sejuk. Lebat betul hujan pada malam ni. Air-cond pun makin gamak menyejukkan badanku. Segera aku mengatur langkah keluar dari bilik.

"Zya?"sapa Tengku Arifah yang ketika itu baru sahaja keluar dari biliknya.

Aku menoleh ke arahnya lalu satu senyuman aku lemparkan pada dia. "Tengku tak tidur lagi?"soalku untuk memanis bicara.

Tengku Arifah sekadar menggelengkan kepala. "Mata saya tak dapat nak lelap. Banyak benda yang saya fikirkan." ujarnya dalam nada perlahan.

Aku memandangnya dengan dahi berkerut. "Apa dia, Tengku?" soalku.

Wanita itu menarik senyuman pendek. Tali jubah tidurnya diikat lalu rambutnya paras bahu disanggulnya. Dia mengatur langkah ke bilik bacaannya yang berada betul-betul di hadapan biliknya.

"Mari ikut saya ke dalam." ajaknya.

Dengan patuh, aku turutkan langkahnya memasuki kamar bacaannya. Inilah kali pertama aku masuk ke kamar bacaan ini. Sungguh elegan dan sangat eksotik. Hampir keseluruhan perabot dalam bilik ini daripada ukiran kayu. Aku terpaku untuk sejenak.

Tengku Arifah melabuhkan punggung di atas sofa. "Mari sini, duduk."ajak wanita itu sambil memukul lembat tempat kosong di sebelahnya.

Serentak itu, aku mengatur langkah mendekatinya. Tempat kosong disebelahnya aku duduki. Kini, sepenuh perhatianku beralih pada Tengku Arifah.

"Kenapa Tengku ajak saya ke mari?"soalku memulakan bicara asal kami.

Tengku Arifah tersenyum nipis. "Ada benda saya nak tunjuk pada kamu dan beritahu kamu." jelas wanita itu.

Aku langsung tidak membalas malah aku hanya mendiamkan diri. Aku masih menunggu jawapan daripada dia. Wanita itu tak semena-mena mengeluarkan sebuah kotak lalu diletakkan di atas meja kopinya. Aku berkerut dahi.

"Ini semua gambar-gambar antara Qurratun dan Fikh. Saya sembunyikan semuanya bila tahu Qurratun sudah tiada."jelas Tengku Arifah dalam nada lelah.

Tanganku mencapai salah satu gambar yang berada dalam kotak teraebut. Aku belek gambar itu sejenak lalu bibirku menguntum senyum. Gambar antara Qurratun dan Fikh di atas bot. Kelihatan riak wajah mereka berdua nampak bahagia.

Tengku Arifah memanjangkan lehernya untuk melihat gambar yang aku pegang lalu bibirnya menguntum senyum tipis.

"Itu adalah gambar yang paling Fikh suka. Saya selalu teringat bila setiap malam, dia selalu akan renung gambar ni."cerita Tengku Arifah. Di penghujung ayat, aku dengar nada sedihnya.

Aku mendiamkan diri untuk sejenak. "Kenapa Tengku tunjukkan semua gambar ni?"

"Saya nak buang semua gambar ni memandangkan Fikh sudah ada kamu."jelas wanita itu seperti muktamad.

Aku terkesima. Nak buang? "Kenapa Tengku nak buang? Bukan ke gambar-gambar ni sangat bermakna untuk Fikh?" aku sudah berura-ura mahu mempertahankan harta berharga milik Fikh tu.

Mungkin memori Fikh pada Qurratun sudah terpadam tapi kenangan itu masih kekal tercipta. Aku taknak disebabkan aku, Fikh lupa terus pada Qurratun. Gadis itu juga berhak untuk ada dalam ingatan Fikh.

"Saya taknak Fikh sakit bila tengok gambar ni."balas Tengku Arifah.

Aku mengeluh perlahan. Gambar-gambar dalam kotak tersebut aku keling dengan perasaan sebak. " Kalau macam itu, biar aje saya yang simpan semua gambar ni, Tengku." ucapku bersungguh.

"Kamu nak buat apa simpan?"

Bibirku menguntum senyum. "Mungkin Fikh dah tak ingat Qurratun tapi saya percaya dia masih dapat rasakan kewujudan Qurratun dalam hidupnya. Saya pasti."tegasku dengan keputusan yang aku buat.

Pada awalnya, Tengku Arifah rasa berat hati untuk memberikan semua gambar itu kepada aku tapi tak lama lepas itu.. dia mengalah juga. Kotak tersebut terus aku angkut lalu aku bawa ke bilikku.

Sempat Tengku Arifah memberi peringatan. Dia ingatkan aku supaya tak menunjukkan sebarang gambar pada Fikh supaya kesihatan Fikh masih terjaga.

Aku akan ingat pesanannya itu. Tapi, aku akan cuba buatkan Fikh ingat semula pada Qurratun tapi dengan cara halus.
...
Dokumen berisi segala surat menyurat terus dilemparkan Aina tepat di hadapan Zura. Zura yang ketika itu sedang menghirup jus oren hanya berlagak biasa.

Aina terus menghempaskan punggungnya dan duduk berdepan dengan Zura. Dia sudah berkerut marah. Tak sangka, Zura yang sudah dianggapnya seperti BFF sanggup tikam belakangnya. Wajah selamba Zura dipandang nya tajam.

"Apa semua ni, Zura? I ingat you kawan I! But now? Huh?!" tak terluah dek kata-kata kekecewaan yang tersemat dalam dada Aina.

Zura mengeluh perlahan. Gelas yang sudah tinggal separuh jus orennya diletakkan semula ke atas meja lalu dokumen itu disimpannya ke dalam beg bimbitnya.

Spontan Zura memberikan pandangan seperti tak ada apa-apa yang terjadi antara mereka berdua.

"I just tanya you, betul tak apa yang ada dalam dokumen tu. Thats it then why you kecoh sangat ni?"perli Zura dengan nada tak bersalah.

Aina mengetap bibir. Tajam saja sepasang matanya menikam wajah Zura.

"Mengarut. You memang mengarut. Takkan mungkin Zyara itu adalah anak kandung Tan Sri Jaafar. So, you nak kata I ni siapa?"tebik Aina lalu bersilang tangan di dada.

Rasa gemuruh disembunyikan di sebalik senyuman sinisnya. Zura menarik sengih.

"You hanya anak tiri kepada Tan Sri Jaafar dan anak kandung Encik Arshad yang sekarang ni tengah merengkok kat dalam penjara." lancar saja Zura mengeluarkan hujahnya.

Serentak itu, Aina kembali tercengang. Jawapan Zura itu buatkan dia tak senang duduk diam. Kiri dan kanan dipandang nya. Takut-takut kalau ada orang dengar fasal peribadinya. Bahaya kedudukannya nanti.

Aina mengetap bibir. "Macam mana you boleh tahu semua ni?" bisiknya dalam nada geram.

"I get it from my fathers

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro