Bab 3
Sejak pukul 9 pagi tadi, aku sudah bertugas sebagai cleaner untuk majlis pertunangan kawan Aina ni. Nasib aku baik, sebab aku diberi makan pagi , petang dan malam jadi tak perlulah aku nak kena keluarkan duit poket untuk mendapatkan sesuap nasi.
Ketika aku sedang membersihkan bahagian bawah pentas, aku lihat seorang wanita sedari tadi asyik memerhatikan gelagatku sejak tadi. Aku cuba untuk abaikan. Namun, entah kenapa hati aku rasa tak sedap.
Namun, tak lama lepas itu.. wanita itu pergi tinggalkan majlis. Aku menarik nafas lega. Takut juga aku.
"Kau Zyara, pekerja sementara itu ke?"sapa seseorang dari arah belakang.
Tak semena-mena aku menoleh ke belakang. Aku lihat seorang lelaki yang memakai pakaian seragam yang sama dengan aku mendekatiku. Aku sekadar memberikan senyuman kepadanya. Awkward.
"Nama aku Rafiq. Kau boleh panggil aku, Fiq."dia hulurkan salam perkenalannya pada aku.
Namun, aku langsung tak menyambut hulurannya. Aku pandang saja dan kemudian aku pandang wajahnya. Mungkin, dia mengerti.. dia tarik tangannya semula.
"Siapa yang beri kau kerja ni?" soal Rafiq cuba mencari topik untuk dijadikan bual bicara.
"Majikan saya."balasku pendek. Aku kembali melakukan tugasku semula.
Dia sekadar mengangguk perlahan. Suasana kami berdua hening saja. Dia pandang sekeliling sebelum dia alihkan pandangannya pada aku.
"Pelik. Kau langsung tak ada rupa seperti pekerja bawahan. Entah, kau macam tak layak jadi cleaner kat sini."tutur lelaki itu tiba-tiba.
Aku tergamam bila dia katakan begitu. Serentak itu, aku menoleh memandangnya. "Kenapa awak cakap macam itu?"
"Kau bekerja di rumah Tan Sri Jaafar ke?" dia ubah lagi topiknya.
Makin berkerut dahi aku dibuatnya. Aih, mamat ni. Semua benda dia tahu. Dia tukang tilik nasib ke apa?
"Macam mana awak tahu?"soalku cuba untuk berlagak biasa.
"Aku ada dengar orang cakap. Aku pun mula-mula tak percaya kau ni cuma maid."ujarnya dengan nada mendatar.
Berkerut dahi aku. "Kenapa awak cakap macam itu?"
Lelaki itu tak semena-mena tersenyum. Aku sudah angkat kening. Dah rosak ke wayar dalam kepala itu, cik abang oit? Aku tanya serius, dia senyum pula. Gila ke?
"Sebab belum pernah lagi aku jumpa maid secantik kau."
Buntang mata aku dibuatnya. Dia sudah tersengih-sengih. Aku sudah berkira-kira. Masalah mental agaknya mamat ni. Belum apa-apa dah puji aku. Dia belum tahu aku ni macam mana. Huh?! Lelaki..
"Owh, begitu. Ermm.. saya nak ke sana dulu. Tuan suruh saya bersihkan bahagian sana. Bye." cepat-cepat aku pergi tinggalkan si Rafiq itu. Gila?!
Raziq sekadar tersengih sendiri bila melihat Zya pergi cepat-cepat daripadanya. Comel betul. Anak Tan Sri pun belum tentu secantik itu. Huh! Lantaklah, orang kata nak tackle budak cleaner pun.. asalkan cleaner tu cantik. Dia on saja.
"Ziq!"sorak Fikh yang sudah mengatur langkah merapati Raziq.
Raziq terus mengalihkan pandangannya pada Fikh yang melambai-lambaikan tangan padanya. Butang seragam cleaner itu ditanggalkannya satu persatu. Nampaknya, sia-sia saja dia pakai seragam cleaner ni. Tak banyak benda yang dia boleh borakkan dengan si Zya, maid cantik itu.
"Kau buat apa pakai baju cleaner ni? Huh, tak takut taraf kau jatuh ke?"perli Fikh sambil berpeluk tubuh.
Jarang boleh tengok si Raziq buat kerja bodoh. Dia jemput si Raziq ni sebagai tetamu VVIP tapi si Raziq pula boleh buat hal pakai baju cleaner. Wow! Ini kalau dia lapor dalam group whatsapp 'Jejaka Hangat' ni, habis si Raziq jadi bahan. Mana taknya, anak Tan Sri Othman pengusaha automotif pakai baju cleaner. Berita hangat.
Raziq sekadar tersenyum. Lantaklah si Fikh nak cakap apapun. Asalkan tadi dia dah gembira."Aku nak tackle hati budak cleaner lah."jawabnya jujur.
Dia melipat seragam tersebut lalu diletakkan di atas pentas. Fikh serta-merta ketawa kecil.
"Are you serious? Cleaner?" masih tersisa baki tawanya. Ini lagi gila daripada pakai baju seragam itu.
Raziq ni jenis memilih perempuan. Seberapa banyak pun perempuan yang dipersembahkan pada kawan sejak kecilnya itu, Raziq tetap tak pandang. Sudah berjenis perempuan yang Fikh sudah bawa jumpa dengan Raziq. Dari yang pakai ketat sendat sampailah ke perempuan pakai niqab namun masih tak ada satupun yang mampu menjentik hati Raziq.
Tetapi, hari ini.. keluar juga dari mulut temannya itu yang dia suka seorang perempuan. Alhamdullilah kalau macam itu tapi.. ada pula yang tak kenanya kat situ. Cleaner?!
"Im serious." tegas Raziq. "Erm, by the way.. kenapa kau tak siap lagi? Majlis kau cuma tinggal 2 jam lagi kan?" soal Raziq sambil membelek jam tangannya.
Fikh mengeluh perlahan. Kedua-dua tangannya menyeluk kocek seluarnya. "Baju aku tak sampai lagi."ujar Fikh.
"Apa jenis kedai lah yang kau tempah ni? Kau tak ada baju spare lain ke?" Raziq cuba berikan cadangan yang lain.
Fikh mengangguk perlahan. "Ada tu memang ada tapi aku nak pakai baju yang bakal isteri aku dah pilihkan."ecececehhh!!! Sawit habis Fikh kali ini.
Tersembur tawa Raziq dibuatnya. Ini kali pertama telinganya rasa nak meleleh nanah. Lantak pi lah sawit ke sweet ke jiwang ke apa.. yang penting geli gelaman dia mendengarnya.
Tak semena-mena Fikh meluku kepala Raziq. Mangkuk punya sahabat! Jarang tau dia guna ayat bodoh macam ni. Arggg!!!
Malu pula...
...
Aku melangkah sambil mataku meliar mencari papan tanda tandas. Urghh!! Ini dah kali kedua aku round tingkat yang sama tapi tandasnya masih juga tak jumpa. Haih! Punyalah besar hotel yang ditempah, kalau cari tandas dah macam selesaikan puzzle silang kata gamaknya. Perlu ke dinilai lima bintang?
Ini semua gara-gara Aina dan kawan-kawan dia.
"Guys, looks! I perkenalkan inilah maid I yang I suruh buat kerja amal dengan menjadi cleaner for this ceremony tu." entah patut kata-katanya dijadikan salam perkenalan ataupun sebuah hinaan.
Bahuku tak semena-mena ditariknya kasar lalu dihadapkan ke hadapan teman-temannya. Aku sekadar mengetap bibir. Pandangan mereka seakan-akan terkejut melihat aku.
"Are you serious? Dia maid kau?" soal salah seorang kawan Aina dalam riak terkejut.
Aina sudah berkerut dahi. " Why?"
Seorang lagi teman Aina datang mendekatiku sambil dia membelek rambutku yang ikal keperangan paras pinggang. Aku sudah mengacip gigi. Sesekali aku menjeling ke arah Aina. Dia seperti tak puas hati.
"Kat mana you rebonding rambut you ni?" soal temannya itu masih memegang rambutku yang ikalnya memang semula jadi.
"Er.."
"Guys, soalan apa you tanya ni? Of course lah kedai gunting yang murah. Mana lagi dia nak pergi lagikan?" sampuk Aina cuba memotong untuk aku menjawab. Menghina sungguh kata-katanya itu.
"But its look so natural." celah seorang lagi rakan Aina yang sedari tadi asyik membelek wajahku.
"Muka dia pun.." belum sempat kawan Aina yang lagi seorang itu menghabiskan ayat, Aina terus memangkas.
"Kenapa dengan muka dia, Meyra?"
"Ada iras-iras ayah you, Tan Sri Jaafar." balasnya sambil menggaru-garu dagu.
Aku dan Aina sama-sama tersentak. Muka aku ada iras-iras papa? Aina sudah mengetap gigi. Wajahku dijelingnya penuh menyampah. Iiiihhh!! Geramnya! Fikirannya sudah mencanang idea.
Awalnya tadi dia mahu mengenakan Zyara tapi nampaknya lain pula yang jadi.
Aina tiba-tiba dapat idea gila. Dia mengeluarkan lipstik murah lalu dihulurkannya kepadaku.
"Zya, ini lipgloss yang you suruh I bawa tu." ujar Aina sambil menghulurkan lipgloss tersebut ke tanganku.
Aku sudah berkerut dahi. Lipgloss? Bila masa pula aku suruh dia bawa lipgloss? And, the important things is.. Bila masa pulalah aku pekena make up ni?
Baru sahaja aku mahu menggapai lipgloss itu, tangan kawan Aina yang bernama Meyra itu terus merebut lipgloss tersebut dari tangan Aina.
"Kemboja? I tak pernah dengar pun jenama ni?"soal Meyra dalam nada hairan.
Aina tersengih sinis lalu mencebik. "Jenama yang you boleh dapat dari pasar jalanan." perlinya.
"Eiiuu, eiiuu!!!!" geli gelaman mereka berempat dibuatnya. Cuma kawan Aina yang berdiri di sebelahku saja yang buat reaksi biasa.
Meyra tak semena mena mencampakkan lipgloss tersebut. Sempat Aina sambut lalu menarik sengih sinis.
Aku yang jelas terkejut akan tuduhan fitnah Aina itu masih mendiamkan diri. Aku langsung tak berpeluang membela diri. Jelas sungguh pandangan hina yang kawan-kawan Aina berikan pada aku.
Yang paling pelik itu, gara-gara make up murah ajepun.. aku sudah dipandang hina. Walaupun make up tu harganya murah, tak semestinya tak berkualiti kan? Yang penting jangan beli yang ciplak punya.
Aina tak semena-mena memegang daguku kasar lalu dihadapkan ke wajahnya.
"Apa you nak buat ni, Aina?"soal kawan Aina yang berdiri di sebelahku.
"Adalah I nak buat, Zura." ujar Aina dengan makna yang penuh muslihat.
Aina terus mencolekkan lipgloss tersebut ke bibirku. Beberapa kali aku meronta dan cuba mengelak namun Aina masih meneruskan perbuatan jahatnya itu. Kawan-kawan Aina yang lain sudah tertawa jahat kecuali Zura.
"Enough, Aina!!" lantang Zura bertegas.
Dia cuba menolong aku untuk melepaskan diri. Beberapa kali dia mencuba sehingganya aku berjaya meloloskan diri daripada mereka berenam.
Gara-gara Aina, bibir aku dah tak berupa. Beberapa kali aku bersihkan menggunakan baju seragam cleaner ku. Banyak betul bekas lipglossnya itu. Mangkuk betul perangai si Aina tu.
Tandas ni pun satu hal! Ergh!! Dah satu jam aku round, toilet masih tak jumpa!
"Cik! Cik!" teguran suara itu buatkan aku menoleh ke belakang.
Cepat-cepat aku menutup mulutku. Matilah aku kalau ada orang nampak muka aku yang comot ni.
" Ya?"balasku menutup mulutku dengan lengan bajuku.
Lelaki itu berkerut dahi bila lihat aku menutup mulut. Pelik mungkin sebab tutup mulut macam itu bila bercakap.
"Er.. cik ni AJK yang bertugas untuk majlis ni ke?"soal lelaki itu. Nasib baiklah, dia tak menegur kenapa aku pelik sangat hari ni.
"Ya, saya. Kenapa encik tanya?" soalku kehairanan.
Lelaki itu tak semena-mena menghulurkan pakaian yang siap dihanger dan dibaluti plastik. Sekeping kertas bertuliskan sesuatu juga diserahkan kepadaku. Aku yang masih blur-blur terus mengambil hulurannya. Terlupa pula nak cover muka aku yang comot.
Aku dengar lelaki itu cuba menahan ketawa. Aku yang masih tak sedar apa-apa memandangnya dengan wajah pelik.
"Kenapa encik?"soalku angkat kening.
Lelaki itu menggelengkan kepala. Dia cuba untuk menahankan diri daripada menghamburkan tawa.
"Tak ada apa-apa cik. Erm, saya nak minta tolong cik hantarkan barang ni pada alamat yang saya tuliskan itu. Bila tuan punya badan tanya kenapa, cik cakap kami minta maaf sebab buat penghantaran lewat."ujarnya.
Aku sekadar anggukkan kepala. Alamat yang tercatat pada kertas itu aku belek sejenak. Bilik aras satu.. hmm..
....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro