Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

Dari jauh aku perhatikan rumah Tan Sri Jaafar. Ya Allah, rindunya aku pada rumah. Namun, rindukan makin bertapa untuk papa. Hmm.. sayangnya sekarang ni papa sudah ke luar negara. Menyedihkan.. aku langsung tak dapat ikut bersama untuk menghantar papa.

Tak semena-mena air mataku berlinangan. Perasaan benci papa pada aku buatkan aku rasa sebak. Papa langsung tak memberi peluang kepada aku untuk membela diri. Arghh!! Lupakan Zyara.

Buat masa sekarang ni, lebih baik untuk kau tinggalkan papa. Bila dah tiba masa yang sesuai, kau datanglah pada papa semula dan jelaskan segalanya dengan bukti yang ada.

Sekarang ni, aku tak boleh lagi nak jumpa papa. Kalau aku jumpa pun, dia still bencikan aku. Jadi, tak ada gunanya.

"Aira.."seru seseorang lalu menyapa bahuku.

Bukan main terkejut lagi aku bila ditegur. Terus kepalaku memusing ke arah gerangan pemilik suara. Aku tergamam sejenak.

"Cik Zura?"sebutku dalam nada terkejut.

Gadis itu sekadar meleret senyum nipis. "Dah lama saya cari awak. Ke mana awak pergi?"soalnya dalam nada risau.

Aku tidak menjawab soalannya. aku diam sejenak. "Ke-kenapa cik Zura cari saya?"soalku.

Zura ni dahlah kawan baik Aina. Kalau dia beritahu Aina yang aku ada kat sini, entah apalah yang mereka akan buat pada aku. Lagipun, sekarang ni memang aku tak nak bersemuka dengan mereka berdua tu.

"Saya nak ceritakan pada awak sesuatu."jelasnya dengan wajah sedikit serius.

Aku berkerut dahi. Sesuatu? Dia masih nak bahaskan pasal aku ni anak Tan Sri Jaafar ke? Haih! Aku malas dah nak ungkit benda itu.

"Awak boleh ikut saya sekejap tak?"pintanya apabila merasakan aku langsung tak memberi respons pada soalannya.

"Kalau saya tak nak?"aku masih berdegil.

Zura mengeluh perlahan. "Untuk kali ni, saya minta Zya berikan kerjasama. Benda ni sangat penting untuk awak tahu."ujarnya.

Wajah Zura yang tampak serius, aku pandang dengan perasaan was-was. Dia seperti mengharap untuk aku menurutinya.

Akhirnya aku mengalah. Kasihan pula kalau aku buat dia macam ni.

"Baiklah, saya ikut." putusku.

Zura memberikan senyuman pada aku. Dia membawa aku ke keretanya lalu kami meninggalkan kawasan perumahan Tan Sri Jaafar.

Kami tiba di hadapan cafe Old Town. Selesai membuat pesanan, suasana hening membelengu aku dan Zura. Dia juga seperti berkira-kira mahu menyusun ayat.

"Jadi, apa yang cik Zura mahu bincangkan?"soalku mahu fokus pada niat asal kami datang ke sini.

Zura menarik nafas. "Saya masih nak bincangkan fasal Tan Sri Jaafar."jelasnya ringkas.

Aku tak semena-mena mengeluh perlahan. "Saya dah cakap yang saya ni bukan anak Tan Sri Jaafar." aku masih menegakkan pembohonganku.

"Zyara, saya nak beritahu awak sesuatu." ujarnya memandang tepat anak mataku.

Aku mengetap bibir. Telingaku sudah aku tadahkan mahu mendengar apa yang bakal dihamburkannya.

"Kes kematian ibu awak, Puan Hannah adalah di bawah kes arwah ayah saya. Semasa kes kematian ibu awak dibicarakan, ayah saya yang bertungkus lumus untuk mendapatkan pembelaan atas kematian ibu awak dan menghukum Encik Arshad atas tuduhan tu."

Penjelasan Zura buatkan aku ternganga. Apa? Aku masih dalam keadaan separuh tak percaya. Peguam yang membela kematian ibu aku memang kawan ibu tapi aku tak sangka yang dia adalah ayah Zura. Aku sudah terpinga-pinga.

"Ayah saya tahu yang ibu awak pernah jadi isteri Tan Sri Jaafar sebelum dia berkahwin dengan Encik Arshad. Ayah saya cuba cari tahu fasal latar belakang Encik Arshad sebelum dia berkahwin dengan ibu awak dan.." ayat Zura tergantung lama.

Aku sudah berkerut dahi. Masih menunggu ayat yang seterusnya. "Kenapa?"

Zura memandang aku dengan pandangan redup. Lalu, dia mengukir senyum. Sebuah buku dikeluarkannya dari beg yang dibawanya. Buku tersebut tak semena-mena diserahkan padaku.
Aku menyelak helaian demi helaian.

"Itu buku catatan ayah saya. Bila dia ada kes untuk dibicarakan, buku nilah yang dia gunakan untuk selidik setiap biodata pesalah."ujar Zura.

Aku akhirnya membuka helaian di mana informasi tentang Encik Arshad ditulis. Aku baca dengan teliti. Bukan main terkejut lagi apabila aku terbacakan salah satu maklumat fasal statusnya sebelum ni. Tak mungkin lah...??

Zura menyungging senyum nipis. "Ya, betul. Sebelum tu Encik Arshad adalah suami kepada Puan Saripah dan awak tahukan tentatif Puan Saripah menjerat ibu awak?"

Tiba-tiba aku teringatkan pada perbualan Puan Saripah yang pernah aku dengari beberapa minggu lepas. Dia sendiri yang kata bahawa dia yang menjerat ibu sampai ibu diceraikan oleh papa.

Urghhhhh!! Aku sudah mengetap bibir. Tak guna. Rupanya mereka itu satu keluarga. Patutlah Encik Arshad itu tak kalah kejamnya. Rupanya dia bersekongkol dengan isterinya untuk menyiksa ibu.

Bila terbayangkan perkara itu, tak semena-mena rasa benciku makin meluap-luap. Air mataku terus berlinangan. Aku sudah tak tahan. Kematian ibu perlu aku balas pada Puan Saripah. Dia memang kejam, lagi kejam daripada iblis.

"Saya akan tolong awak untuk bela nasib awak dan ibu awak." pelawa Zura bersungguh-sungguh.

Mataku terus memandang wajah bersih Zura. Air mata ku yang besisa, aku kesat menggunakan lengan bajuku.

"Tapi, kenapa awak nak tolong saya? Bukan awak kawan baik Aina?"soalku.

Zura tersenyum tipis. Buku catatan ayahnya dipegang erat lalu dia pandang aku semula.

"Saya nak akhirkan apa yang ayah saya dah mulakan. Saya rasa itu adalah apa yang dia nak."tutur Zura dalam nada sedikit sebak.

Aku tergamam. Lalu aku menganggukkan kepala. "Terima kasih, Zura."ucapku dengan rasa terhutang budi.
...
Tengku Arifah memegang erat tangan Fikh. Wajah bersih Fikh direnungnya dalam sayu. Fikh masih terbaring di atas katil dan masih tak sedarkan diri.

Sudah dua bulan berlalu namun Fikh masih sama. Tidak bergerak, tidak bercakap dan tidak senyum. Dia ibarat mayat hidup yang masih punya degupan jantung. Membayangkan hal itu, Tengku Arifah jadi sebak.

"Fikh, sampai bila kamu nak jadi macam ni? Kamu memang betul-betul nak tinggalkan mama ke?" soal Tengku Arifah dengan linangan air mata.

Fikh diam saja, langsung tak memberi respons. Makin sayu hati Tengku Arifah. Ubun rambut Fikh dibelainya.

Fizikal Fikh sudah pulih, tiada lagi mesin atau apa di sekelilingnya cuma otaknya saja yang seperti orang mati. Sudah dua bulan, Fikh koma dan masih tak sedarkan diri.

"Fikh, mama taknak kehilangan kamu selepas mama kehilangan ayah kamu. Jangan biarkan mama jadi macam ni." pinta Tengku Arifah.

Masih tak menyahut. Akhirnya, Tengku Arifah mengeluh perlahan. Sia-sia sahaja dia bercakap dengan Fikh. Bukan Fikh dengar pun, malah anaknya itu juga memang takkan membalas.

Tengku Arifah akhirnya keluar dari bilik Fikh. Dia terus mengunci pintu bilik Fikh lalu memasukkan kunci ke dalam kocek seluarnya.

Aku yang ketika itu turut sama menuruni tingkat dua, terlihat Tengku Arifah meninggalkan bilik larangan itu. Dahiku sudah berkerut.

Apabila merasakan Tengku Arifah sudah ke tingkat bawah, tak semena-mena aku melangkah mendekati pintu itu.

Bibirku aku ketap kejap. Tombol pintunya aku pegang lalu aku pulas. Masih terkunci. Mataku meliar ke sekeliling. Apabila merasakan keadaan sudah selamat, tak semena-mena aku dekatkan kepalaku pada permukaan pintu.

Manalah tahu, kot-kot aku ada dengar sesuatu ke sebagai petunjuk. Tak ada. Sunyi sahaja bilik itu. Tak ada suara.. tak ada apa. Akhirnya aku mengalah.

Kepalaku masih ligat berfikir. Apa sebenarnya yang ada di sebalik bilik ni? Kenapa beria-ia sangat Tengku Arifah melarang aku untuk masuk ke bilik ni? Aku sudah berkerut dahi.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro