Bab 21
Aina mengatur langkah menuju ke pintu lalu dibukanya. Tak semena-mena dia terloncat-loncat gembira apabila melihat Zura datang mengunjunginya. Zura juga turut terlompat kegedikan lalu mereka berdua berpelukan. Riuh satu rumah dengan jeritan nyaring mereka.
"Biy, kenapa datang tak bagitahu ni?"tutur Aina sambil memeluk pinggang Zura.
Dia dan Zura memang teman rapat. Dia, Qurratun, Zura, Hannah dan bla, bla yang tak penting tu memang kawan sejak zaman universiti lagi. Di universiti, memang mereka terkenal dengan perangai gedik gila nak mampus.
Zura nasibnya baik kerana dia dapat melanjutkan pelajarannya dalam bidang perundangan dan hasilnya Zura menjadi seorang peguam yang berpengaruh. Kerana itu, Aina bangga bila berkawan dengan Zura. Peguam kot...
"Sorrylah, I saja nak buat suprise kat you. Hmm.. lama dah kita tak together-gether kan?" balas Zura dalam nada menggedik.
Mereka berdua duduk di sofa sambil berpegangan tangan. Aina terus mengeluh kecil. Itu semua lakonan saja.
"Lepas kita kehilangan Atun.. hmm, I still rasa kehilangan. She's my bestfriend and Im still cannot accept that she was gone." keluh nya kesal. Kononnya dia simpati atas nasib Qurratun.
Sedangkan sebaliknya, bukan main gembira lagi dia bila dapat tahu Qurratun sudah mati. Senang sedikit kerjanya nak mendapatkan Fikh. Hmm.. tapi sampai sekarang dia tak ada masa nak melawat Fikh, busy dengan clubbing..
Zura mengeluh perlahan. Tiba-tiba hatinya jadi pilu bila mengenangkan detik-detiknya bersama Qurratun. Huh.. memang manis belaka. Di mana dia bersedih, di situlah Qurratun ada. Sedangkan yang lain.. buat tak peduli saja pada dia. Termasuklah Aina.. setiap kali dia ada masalah, Aina selalu akan larikan diri.
Dia datang ni pun sebenarnya bukan nak jumpa Aina sangat. Niatnya ke sini mahu berjumpa Zyara. Dia perlu beritahu Zyara sesuatu dan dia mahu minta kerjasama daripada Zyara untuk membantunya.
"She will never get back with us. Sekarang dia dah tenang kat sana. "luah Zura cuba menenangkan hatinya.
Dia tak mahu terbawa emosi. Selepas dia dapat tahu bahawa Qurratun sudah tiada, dia menangis seharian. Malam sebelum Qurratun meninggal dunia, gadis itu sempat whatsapp kan sesuatu kepadanya.
"Dia lebih suka kalau aku mati daripada hidup..Aku dah lama sedarkan benda tu..'- Qurratun.
Memang Qurratun sudah lama sedar akan perasaan Aina pada Fikh tapi Qurratun diamkan saja. Semuanya dia lakukan demi menjaga hubungan persahabatan mereka berenam.
Mata Zura meliar mencari kelibat Zyara namun batang hidung pun dia tak nampak. Ke mana pula si Zyara ni? Dia keluar pergi kedai ke? Hatinya menebak. Zura pandang wajah Aina lalu dia jungkit senyuman menggedik.
"You, mana pembantu you tu? What's her name? I always lupa.." soal Zura dalam nada nyaring.
"Do you mean, Zyara?"
Zura menganggukkan kepala. "Yes, that pity girl."balasnya.
Aina mengetap bibir. Entah patut atau tidak dia buka cerita fasal si malang itu.
"Papa I dah halau dia keluar rumah ni. You nak tahu tak yang selama ni, dia ada affair dengan seorang mamat kaya ni. "sembang Aina diselangi tawa jahatnya.
Reaksi Zura sedikit terkejut. Kena halau? Huh!! Takkanlah sebab ada affair dengan lelaki kaya, Zyara kena halau? Tak logik dek akal. Lagipun, tergamak Tan Sri Jaafar menghalau darah dagingnya sendiri?!
"Omaigod. Affair? Pfft.. but, takkan sebab itu je dia kena halau?"Zura cuba mengorek lebih dalam maklumat.
Ketawa Aina makin menjadi-jadi. Zura pula sudah berkerut dahi. Kenapa Aina gelak jahat semacam ni?
"I beritahu papa I yang that rich man bawa Zyara pergi hotel. Hahah.. donno what? Sebenarnya, itu tipu aje.. I tipu papa I but I tak sangka dia percaya bulat-bulat." tanpa Aina sedar, dia mendedah
kan tembelangnya.
Tergamam Zura mendengarnya. Sah, Zyara pasti sudah dijahili oleh Aina dan Puan Saripah. Isy, tergamaknya mereka ni? Kasihan pula dia membayangkan nasib Zyara. Papa sendiri tak percayakannya sedangkan dia adalah anak. Huh!!. Mesti sedih.
Zura cuba memantapkan lakonan gediknya. Dia perlu pura-pura berpakat dengan Aina untuk memerli Zyara. Itu yang dia perlu buat untuk masa sekarang ni.
Zura tertawa gedik. "Haha.. poor girl."perli Zura dalam nada sinis.
Aina tersenyum. "Dia pun tak function sangat dalam rumah ni. Orang dah bayar gaji but still not working. Memang patut pun dia kena halau."tambah Aina makin memburukkan Zyara di hadapan Zura.
Ya Allah, dah lingkupkan hidup anak beranak.. sempat lagi kau burukkan Zyara? Hati jenis apalah yang diciptakan untuk kau ini, Aina? Kejam!
...
Sudah sebulan berlalu dan sekarang aku sudah sebulan menetap di rumah Tengku Arifah. Alhamdullilah, hidup aku terlebih selesa di sini. Semakin lama, hubungan aku dengan Tengku Arifah semakin rapat.
Dia sudah seronok bila aku ada disisinya dan aku juga seronok bila dia ada di sisiku. Keselesaan dan keserasian yang wujud antara aku dan Tengku Arifah buatkan aku merasakan dia ibarat seperti seorang ibu kepada aku.
Kalau Tengku Arifah ada waktu kelapangan, dia akan mengajak aku untuk membuat kek. Dari dia, aku belajar membuat kek coklat Merry. Susah juga nak belajar buat kek ni. Memang kena hafal step tapi bila dah selalu buat.. step tu dalam kepala aje. Ahahaks.. nampaknya, aku dah boleh buka kedai kek sendiri.
Kehadiran aku kat sini bukannya seorang tetamu tetapi sebagai seorang pembantu rumah. Aku dah beritahu itu pada Tengku Arifah awal-awal. Dia dah betul-betul buatkan aku rasa terhutang budi. Kelengkapan aku di sini sangat cukup, melebihi daripada cukup sebenarnya.
Bilik aku pun besar dan baju pakaian semua dia sediakan. Baik sangat Tengku Arifah ni..
Petang ni, aku belajar cara nak masak kek batik pula. Aku tolong Tengku mematahkan biskut manakala Tengku pula sibuk membuat coklatnya.
"Kalau Zya nak tahu, inilah favourite saya masa kat Melbourne dulu. Waktu suami saya masih hidup, setiap hari dia akan masakkan kek ini untuk saya."cerita Tengku Arifah tanpa dipinta.
Aku tersenyum mendengarnya. Seronok bila dengar cerita orang lepas berkahwin ni. Semuanya manis dan sweet belaka.
Kepalaku tak semena-mena terkenangkan pada papa. Dia pun suka kek batik ni. Tapi, sekarang dia terpaksa kurangkan pengambilan kek ni untuk jaga kesihatan. Tapi, ini memang favouritenya.
"Papa saya pun sukakan kek ni." ucapku tanpa aku sedari.
Dahi Tengku Arifah terus berkerut namun setelah itu dia senyum. " Saya rasa Zya tak pernah pun cerita pada saya fasal keluarga Zya kan?"
Tertelan liur aku dibuatnya. Ce-cerita? Huh! Habislah aku kali ni..
"Tak ada apa pun yang menarik fasal keluarga saya, Tengku. Kami miskin saja."dalihku berbohong.
Tengku Arifah berkerut dahi. "Miskin? Maksud kamu?"soalnya masih leka menyiapkan coklat sebagai topping.
Arghhhh!! Sudah.. Terpaksalah aku menipu sekali lagi. Maaf Tengku, kali ini saya terpaksa menipu Tengku.
"Sebelum ni, saya bekerja sebagai seorang pembantu rumah.. Tengku. Tapi, lepas itu saya kena halau."jelasku pendek.
"Halau kenapa?"soalnya ingin tahu.
Aku mengeluh perlahan. "Maaf Tengku, untuk yang satu ni saya terpaksa sembunyikan. "tegasku dalam nada hormat.
Tengku Arifah sekadar menganggukkan kepala. "Jadi, kamu taknak pulang ke rumah keluarga kamu semula?"soalnya lalu mengalihkan perhatiannya pada aku.
Aku terdiam untuk seketika. Pulang ke pangkuan keluarga semula? Bila papa dah tak percayakan aku, siapa lagi yang ada untuk aku pulang ke pangkuannya semula? Huhh..
"Saya tak ada keluarga." anggap sajalah keluarga aku sudah mati. Itu lebih baik. Kalau aku cerita perkara sebenar, pasti hal itu akan menconteng arang pada wajah papa.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro