Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

"Zya!!"laung Puan Saripah berkali-kali.

Sudah hampir lima kali dia memanggil nama Zya namun orangnya masih tak kunjung tiba. Tak semena-mena Puan Saripah merengus geram. Entah kenapa,sejak dua menjak ni Zyara sudah mulai buat perangai.

Hilang terus moodnya nak keluar hari ni gara-gara Zyara. Sudahlah hari ni Sephora ada buat promosi besar-besaran. Huh!! Dasar budak bawa sial!

Puan Saripah terus mengatur langkah merapati bilik tidur Zyara. Pintu bilik gadis itu berkunci. Dahi wanita itu sudah berkerut.

Pagi tadi pun, pintu bilik perempuan itu berkunci juga. Puan Saripah sudah tidak sedap hati. Dia tak kisah sangat fasal kesihatan Zyara. Kalau mati pun budak tu, tak ada pun yang akan menyusahkan. Lagi bagus sebenarnya tapi disebabkan Tan Sri Jaafar ada.. nak tak nak dia kena juga jaga si Zyara tu baik-baik.

"Zyara? Kau pekak ke aku panggil ni? Bukalah pintu!"sorak Puan Saripah sambil menepuk pintu bilik gadis itu berkali-kali.

Masih tiada jawapan daripada Zyara. Puan Saripah sudah fikir macam-macam. Lari rumah ke budak ni?

"Aina!!!"laung Puan Saripah memanggil Aina.

Beberapa minit kemudian, Aina menuruni anak tangga. Mukanya yang kelihatan sangat mengantuk digagahkan juga untuk bangun. Suara mamanya itu kuatnya memang tiada tandingan dengan sesiapa.

Tak senang tidurnya tengah hari ni. Ingat nak tidur sampai ke petang tapi Puan Saripah pula kacau line. Heishhhh!!! Mahu saja dia memberontak tapi hanya dalam hati saja yang mampu.

"Kenapa ni, ma?" soal Aina sambil menggosok pelipis matanya.

Berat rasanya untuk dia mahu membuka mata. Maklumlah, semalam dia clubbing sampai larut malam. Upacara menyambut kebahagiaannya selepas kematian Qurratun. Hahaha!!

"Aina tahu kat mana, Zya?"soal Puan Saripah sambil berpeluk tubuh.

Senyuman Aina tak semena-mena meleret. Terkial juga Puan Saripah dibuatnya. Tiba-tiba senyum pula anak aku ni? Aku buat lawak ke tadi?

"Mama tanya pasal perempuan ini ke? Haih, benda tak penting pun kan.."ujar Aina lalu menguap lemah.

Puan Saripah sudah angkat kening. "Memang dia tak penting pun tapi mama nak tahu dia ke mana. Sejak pagi tadi dia tak keluar bilik. Takut-takut dah berkulat dalam bilik itu."seloroh Puan Saripah dalam nada memerli.

"Ma, tadi pagi Aina nampak Zya keluar rumah senyap-senyap. Dia pakai baju lawa-lawa tau tadi. Rasanya dia nak jumpa orang kaya itu kot.."beritahu Aina dalam nada spontan.

Serta-merta Puan Saripah tergamam. Keluar rumah senyap-senyap. Meluap-luap rasa marahnya tiba-tiba. Kurang asam punya manusia, dah pandai dia buat perangai dalam rumah ni?

"Kenapa tak beritahu mama, awal-awal?"soal Puan Saripah dalam nada geram.

"Alah, dia bukan penting pun. Sebab itu, Aina tak bagitahu mama."ujar Aina spontan. Langsung tidak ada riak takut di wajahnya.

Puan Saripah sudah mendengus geram. Giginya sudah diketap. "Siap budak tu kalau balik. Mama akan buat dia tak dapat stay langsung dalam rumah ni!" tegasnya dalam muktamad.

Aina sudah meleret sengih jahat. Yahh, itulah mamanya. Ada saja akal mahu memusnahkan hidup orang lain. Habislah kau kali ni, Zyara. Tak ada peluang lagi kau untuk duduk dalam rumah ni. Hahaha!!

"Tengok tu.."Raziq menuding ke arah burung yang sedang terbang berpasangan.

Aku terus melirik ke arah burung yang ditunjuknya. Tak semena-mena aku tersenyum sendiri. Wajah Raziq aku pandang kemudiannya.

Hari ni, Raziq bawa aku jalan-jalan satu KL. Inilah pengalaman aku yang pertama keluar mengelilingi KL. Semuanya dia belanja. Dari makan hinggalah minum. Aku betul-betul terhutang budi padanya.

"Kenapa dengan burung itu?"soal ku masih belum memahami maksudnya.

Raziq sekadar menyengih. Dia memeluk lutut lalu memandang langit. Setelah itu, dia beralih memandangku dengan pandangan redupnya. Aku dan dia saling memandang.

"Seronok jadi macam dia. Boleh keluar bersama dengan kekasih dengan gembira."ujar Raziq dengan nada oenuh romantik.

Dahiku sudah berkerut. "Abang.. tak pernah ada kekasih ke?"soalku.

Raziq sekadar ketawa kecil. "Dulu masa zaman nakal-nakal, adalah pasang dua tiga orang tapi lepas bekerja ni.. abang dah tak ada masa untuk semua itu."ceritanya sambil menikmati pemandangan pantai yang sangat indah.

Aku yang setia memasang telinga mendengar ceritanya sekadar menganggukkan kepala. Haih, memang tipulah kalau lelaki tak ada girlfriend. Bagi aku, Raziq sangat menepati ciri-ciri lelaki idaman. Dengan kesemua yang dia ada, dia hanya tinggal petik jari dan semua gadis akan datang mengerumuninya.

"Kalau macam itu, sekaranglah masanya abang Raziq cari kekasih."ujarku memberi pendapat.

Terus Abang Raziq ketawa mendengar kata-kataku. Eh, eh gelak pulak dah. Aku serius ni.! Lelaki itu memandang pada aku.

"Umur macam abang ni sepatutnya cari bakal isteri tau, Zya." tuturnya memandang aku penuh makna.

Aku sekadar angkat kening. Aku betulkan posisi duduk ku. "Kalau macam itu carilah isteri."balasku lalu meneguk air 7 up yang abang Raziq belikan untuk aku.

Raziq memerhatikan gelagat aku. "Sebenarnya, abang tak perlu cari pun. Orangnya dah ada depan mata abang." tuturnya dalam nada penuh makna.

Tersembur air yang berada dalam mulutku. Raziq ketawa kecil melihat gelagat aku yang sungguh memalukan tu. Segera aku membersihkan mulutku lalu aku memandangnya dengan pandangan terkejut. Watdehek? Apa maksud dia ni? Orang depan mata dia? Aku ke?!

"Ma-maksud abang?"soalku cuba untuk mendapatkan kepastian.

Raziq tersenyum. "Zya nak tak bersama dengan abang?"soalnya dalam suara romantik.

Aku mengetap bibir. "Tapi.. kita baru kenal."

"Kalau macam itu jadi kekasih abang dulu."bersungguh-sungguh betul dia mahukan aku.

Mulutku terkunci. Wajah Raziq aku pandang sejenak lalu aku menekur memandang pasir yang ku duduki.

Raziq memang lelaki yang baik dan dialah lelaki yang pertama kalinya buatkan aku rasa selesa selepas papa. Tapi, itu tak bermakna aku sukakan dia, cintakan dia.. aku cuma anggap dia tak lebih daripada seorang abang.

Fikiran aku masih memikirkan seseorang dan aku keliru siapakah sebenarnya seseorang itu tapi yang pasti seseorang itu bukan Raziq. Aku mengeluh perlahan.

Tapi, tak salah kalau aku cuba kan? Mana tahu perlahan-lahan.. aku boleh menerima dia.

Aku pandang wajah Raziq semula. Urghhh!!! Aku dilema.. nak ke tak..

"Kita berkawan dulu, boleh?" soalku. Lain nak dicakap, lain pula yang keluar.

Raziq sekadar menarik sengih. Satu keluhan kecil dilepaskannya lalu dia memandang laut yang terbentang di depan mata. Dari raut wajahnya, kelihatan sangat pudar saja emosinya.

Serba-serbi aku dibuatnya.

"Sorry, kalau abang terlalu cepat untuk tackle hati Zya."ucapnya dalam keluhan kesal.

Aku tak membalas. Rasa bersalahku semakin membuak.
...
Aku tiba di rumah. Abang Raziq menghantar aku sampai ke hadapan pintu pagar utama. Nasib baiklah Raziq bukan jenis yang terpujuk oleh emosi. Dia biasa sahaja lepas aku tolak pelawaannya untuk bercinta.

Guruh di langit mulai berdentum hebat. Awan mendung juga makin menebar di langit. Tanda-tanda hujan akan turun. Tak semena-mena aku berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Sempat aku melambai pada Raziq sebelum masuk ke rumah.

Belum sempat aku mencecah pintu utama, hujan sudah mulai rintik-rintik membasahi bumi. Sedikit sebanyak, pakaian ku jadi lencun.

"Assalamualaikum.."ucapku memasuki rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku lihat Aina, Puan Saripah sudah berkumpul di ruang tamu. Itu aku tak kisah sangat tapi bila melihat wajah papa yang sudah bengis semacam, buatkan aku jadi ketar.

"Kamu ke mana tadi?"soal Tan Sri Jaafar dalam nada mendatar.

Aku mengetap bibir. Wajah Aina dan Saripah aku pandang seketika. Kelihatan senyuman melirik sinis di wajahnya. Ah, pastinya mereka mengejek ku.

"Keluar."balasku dalam nada perlahan. Aku menundukkan kepala ke lantai.

"Papa tak sangka yang kamu ni sama saja dengan ibu kamu. Sama- sama pelacur!"jerkah papa.

Buntang mataku tatkala ayat itu menyapa bibir Tan Sri Jaafar. Aku benar-benar kelu. Runtun hatiku bila papa kandungku sendiri mencerca ku sebagai pelacur.

"Pa.. kenapa papa tergamak cakap macam itu?"luahku sebak. Air mataku mengalir deras.

Aina menyinis. "Aku dengar kau cakap kau pergi hotel dengan lelaki? Itu bukan bukti yang kau buat maksiat ke?"celahnya.

Fitnah.

Sungguh auta. Aku masih ada akal yang waras nak membezakan baik dan buruk. Takkan mungkin aku lakukan benda bodoh seperti itu. Sah, pasti anak beranak ini telah meracun fikiran papa!

"Pa.. Zya tak buat benda tu. Zya tak buat, pa."ulangku membela diri.

Aku cuba merapati papa yang duduk dengan wajah kesal. Tangannya cuba aku pegang. Aku mahu dia percayakan aku. Tolonglah, aku tak ada sesiapa lagi selain dia. Hanya dia saja yang aku ada.

Tan Sri Jaafar terus menepis tanganku kasar membuatkan aku tersungkur ke bawah. Dahiku tak semena-mena menghentak bucu kabinet. Aku rasakan darah mengalir dari birai lukaku. Namun, sakit luka itu tak sepedih lukanya hati aku bila papa langsung tak percayakan aku.

"Kau dengan mak kau sama aje! Aku ingat bila bawa kau ke sini, aku boleh ubah kau! Tapi, huh.. memalukan aku ada anak macam kau ni!"tengking papa lantang.

Air mataku makin lebat turunnya. Setiap kata-kata papa buatkan aku menggigil sedih. Sudah tidak ada lagi tersisa kasih sayang untukku. Yang ada hanya benci dan kejijikannya pada 'kesalahan' aku.

Puan Saripah sudah melirik senyum puas. Padan muka kau! Sekarang, kau takkan ada lagi tempat di hati papa kau. Senang sikit kerja aku lepas ni. Luahnya dalam hati.

Ini yang dia mahukan. Kebencian seorang ayah kepada anaknya. Nampaknya, kemenangan akan berpihak padanya selepas ni.

"Papa.. Zya tak buat semua itu. Itu semua fitnah, pa. Zya sumpah!" aku cuba buktikan kebenaran walaupun aku tahu kepercayaan papa padaku sudah tipis.

Aina mendengus. "Jadi, kau nak tuduh aku fitnah kau lah?!"celah Aina marah.

Aku mengerling padanya. Ikutkan hati aku yang sudah menyetan ni, dah lama aku belasah dia guna kaki!

"Papa taknak tengok muka Zya kat dalam rumah ni. Zya keluar dari rumah ni sekarang juga!"bentak papa tegas.

Aku tergamam tatkala mendengar arahan papa. Ke-keluar?

"Pa, percayakan Zya pa.. Zya tak buat semua itu!!! Pa!!!!!"rayuku cuba memeluk kakinya.

Papa terus menolak tanganku lalu dia berjalan meninggalkan aku. Dia menaiki tangga tanpa langsung pedulikan rayuan dan tangisanku yang bergema di ruang tamu.

Kini, tinggal hanya aku dan anak beranak itu. Mereka berpeluk tubuh sambil memandang sinis padaku.

Puan Saripah mendekatiku lalu mencangkung di hadapanku. "Inilah akibat kalau kau mula buat perangai." bisiknya perlahan lalu bangun.

Aku mengacip gigiku. Aku cuba kuatkan diri untuk bangun. Tanganku sudah terketar-ketar menahan amarah dan sedih bercampur baur. Ya Allah, kau sabarkan lah aku...

Rambutku tak semena-mena direntap kasar oleh Aina. Dia mengheretku. Meronta-ronta aku dalam sakit. Berkali-kali aku minta dilepaskan namun Aina langsung tak pedulikan.

Setibanya di pintu, dia menolak tubuhku. Aku jatuh terjelepuk ke laman rumah. Dia tergelak puas bila lihat keadaan aku yang sangat menyedihkan.

"Kau boleh berambus sekarang!! Papa dah tak nak tengok muka kau dalam rumah ni!"lantangnya lalu menutup pintu.

Aku terus bangun lalu mengetuk pintu rumah berkali-kali.

"Papa!! Zya tak salah pa!! Zya tak salah."ucapku berkali sambil mengetuk pintu.

"Papa.. percayakan Zya pa."akhirnya aku terduduk di depan pintu.

Air mataku bercucuran deras. Ya Allah, kenapa nasib aku perlu jadi macam ni?

Kenapa hidup aku tak begitu adil?

...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro